Aqidah Imam Abul Hassan
as-Sya'ari
Ikuti sejarah beliau,
bagaimana beliau terpengaruh dengan fahaman
Muktazilah dan akhirnya
bagaimana beliau bertaubat masuk ke dalam
Aqidah ahlusSunnah wal
Jamaah.
Seperti apa yang
ditulis di dalam kitab Siyar A'lamin Nubala' oleh
al-Imam Adz-Dzahabi
15/85-90, dan Tarjemah Abul Hasan al-Asy'ari oleh
Syaikh Hammad bin
Muhammad al-An¬shari cetakan ketiga 1390 H:
Beliau adalah al-Imam
Abul Hasan Ali bin Ismail bin Abu Bisyr Ishaq
bin Salim bin Ismail
bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Abu Burdah
bin Abu Musa al-Asy'ari
Abdullah bin Qais bin Hadhar salah seorang
sahabat Rasulullah
Shalallahu 'alaihi wasallam yang masyhur.
Dilahirkan pada tahun
260 H di Basrah, Irak.
Beliau mengambil ilmu
kalam dari ayah tirinya, Abu Ali al-Jubai,
seorang imam kelompok
Mu'tazilah.
Ketika beliau keluar
dari pemikiran Mu'tazilah, beliau memasuki kota
Baghdad dan mengambil
hadis dari muhaddis Baghdad Zakariya bin Yahya
as-Saji. Demikian juga,
beliau belajar kepada Abul Khalifah al-Jumahi,
Sahl bin Nuh, Muhammad
bin Ya'qub al-Muqri, Abdurrahman bin Khalaf
al-Bashri, dan para
ula¬ma thabaqah mereka.
Al-Hafizh Ibnu Asakir
berkata di dalam kitabnya Tabyin Kadzibil
Muftari fima Nusiba ila
Abil Hasan al-Asy'ari, ''Abu Bakr Ismail bin
Abu Muhammad al-Qairawani
berkata, 'Sesungguhnya Abul Hasan al-Asy'ari
awalnya mengikuti
pemikiran Mu'taziIah selama 40 tahun dan jadilah
beliau seorang imam
mereka. Suatu saat beliau menyepi dari manusia
selama 15 hari, sesudah
itu beliau kembali ke Bashrah dan solat di
masjid Jami' Bashrah.
Selesai solat Jum'at
beliau naik ke mimbar seraya mengatakan: Wahai
manusia, sesungguhnya
aku menghilang dari kalian pada hari-hari yang
lalu kerana aku melihat
suatu permasalahan yang dalil-dalilnya
sama-sama kuat sehingga
tidak mampu aku tentukan mana yang haq dan
mana yang batil, maka
aku memohon petunjuk kepada Allah Subhanahu wa
Ta'ala sehingga Allah
memberikan petunjuk kepadaku yang aku tuliskan
dalam kitab- kitabku
ini, aku telah melepaskan diriku dari semua yang
sebelum¬nya aku yakini,
sebagaimana aku lepaskan bajuku ini.
Maka beliau melepas
baju beliau dan beliau serahkan kitab-kitab
tersebut kepada
manusia. Ketika ahlul hadis dan fiqh membaca
kitab-kitab tersebut
mereka mengambil apa yang ada di dalamnya dan
mereka mengakui
kedudukan yang agung dari Abul Hasan al-Asy'ari dan
menjadikannya sebagai
imam.'"
Para pakar hadis
(Ashhabul hadis) sepakat bahwa Abul Hasan al-Asy'ari
adalah salah seorang
imam dari ashhabul hadis. Beliau berbicara pada
pokok-pokok agama dan
membantah orang-orang menyeleweng dari ahli
bid'ah dan ahwa' dengan
menggunakan al-Qur'an dan Hadis dengan
pemahaman para sahabat.
Beliau adalah pedang yang terhunus atas
Mu'taziah, Rafidhah,
dan para ahli bid'ah.
Abu Bakr bin Faurak
berkata, ''Abul Hasan al-Asy'ari keluar dari
pemikiran Mu'tazilah
dan mengikuti madzhab yang sesuai dengan para
sahabat pada tahun 300
H."
Abul Abbas Ahmad bin
Mu¬hammad bin Khalikan berkata dalam kitabnya,
Wafayatul A'yan
(2/446), ''Abul Hasan al-Asy'ari awalnya mengikuti
pemikiran Mu'tazilah
kemudian bertaubat."
Al-Hafizh Ibnu Katsir
berka¬ta dalam kitabnya, al-Bidayah wan Nihayah
(11/187),
"Sesungguhnya Abul Hasan al-Asy'ari awalnya adalah seorang
Mu'tazilah kemu¬dian
bertaubat dari pemikiran Mu'tazilah di Bashrah di
atas mimbar, kemudian
beliau tampakkan aib-aib dan kelemahan pemikiran
Mu'tazilah."
Tajuddin as-Subki
berkata dalam kitabnya, Thabaqah Syafi'iyyah
al-Kubra (2/246),
''Abul Hasan al-Asy'ari mengikuti pemikiran
Mu'tazilah selama 40
tahun hingga menjadi imam kelompok Mu'tazilah.
Ketika Allah
menghendaki membela agamaNya dan melapangkan dada beliau
untuk ittiba' kepada
al-Haq maka beliau menghilang dari manusia di
rumahnya."
(Kemudian Tajuddin as-Subki menyebutkan apa yang dikatakan
oleh al-Hafizh Ibnu
Asakir di atas).
Ibnu Farhun al-Maliki
berkata dalam kitabnya Dibajul Madz¬hab fi
Ma'rifati A'yani
Ulama'il Madzhab (hal. 193), ''Abul Hasan al-Asy'ari
awalnya adalah seorang
Mu'tazilah, kemudian keluar dari pemikiran
Mu'tazilah kepada
mazhab yang haq madzhabnya para sahabat. Banyak yang
hairan dengan hal itu
dan bertanya se¬babnya kepada beliau, Maka
beliau menjawab bahwa
beliau pada bulan Ramadhan bermimpi bertemu Nabi
Shalallahu 'alaihi
wasallam yang memerintahkan kepada beliau agar
kembali kepada
kebenaran dan membelanya, dan demikianlah kenyataannya
-walhamdulillahi
Taala-."
Murtadha az-Zabidi
berkata dalam kitabnya Ittihafu Sadatil Muttaqin bi
Syarhi Asrari lhya'
Ulumiddin (2/3), ''Abul Hasan al-Asy'ari mengambil
ilmu kalam dari Abu Ali
al-Jubba'i (tokoh Mu'tazilah), kemudian beliau
tinggalkan pemikiran
Mu'tazilah dengan sebab mimpi yang beliau lihat,
beliau keluar dari
Mu'tazilah secara terang-terangan, beliau naik
mimbar Bashrah pada
hari Jum'at dan menyeru dengan lantang,
'Barangsiapa yang telah
mengenaliku maka sungguh telah tahu siapa
diriku dan barangsiapa
yang belum kenal aku maka aku adalah Ali bin
Ismail yang dulu aku
mengatakan bahwa al-Qur'an adalah makhluk,
bahwasanya Allah tidak
boleh dilihat di akhirat dengan mata, dan
bahwasanya para hamba
menciptakan perbuatan-perbuatan mereka. Dan
sekarang lihatlah aku
telah bertaubat dari pemikiran Mu'tazilah dan
meyakini bantahan atas
mereka,' kemudian mulailah beliau membantah
mereka dan menulis yang
menyelisih pemikiran mereka."
Kemudian az-Zabidi
berkata, "Ibnu Katsir berkata, 'Para ulama
menyebutkan bahwa
Syaikh Abul Hasan al-Asy'ari memiliki tiga fasa
pemikiran:
Pertama mengikuti
pemikiran Mu'tazilah yang kemu¬dian beliau keluar darinya,
Kedua menetapkan tujuh
sifat aqliyyah, yaitu; Hayat, Ilmu, Qudrah,
Iradah, Sama', Bashar,
dan Kalam, dan beliau menakwil sifat-sifat
khabariyyah seperti
wajah, dua tangan, telapak kaki, betis, dan yang
semisalnya.
Ketiga adalah
menetapkan semua sifat Allah tanpa takyif dan tasybih
sesuai manhaj para
sahabat yang merupakan metode beliau dalam kitabnya
al-Ibanah yang beliau
tulis belakangan.'"
Di antara
tulisan-tulisan beliau adalah; al-Ibanah an Ushuli Diyanah,
Maqalatul Islamiyyin,
Risalah Ila Ahli Tsaghr, al-Luma' fi Raddi ala
Ahlil Bida', al-Mujaz,
al-Umad fi Ru'yah, Fushul fi Raddi alal
Mulhidin, Khalqul
A'mal, Kitabush Shifat, Kitabur Ruyah bil Ab¬shar,
al-Khash wal 'Am, Raddu
Alal Mujassimah, Idhahul Burhan, asy-Syarh wa
Tafshil, an-Naqdhu alal
Jubai, an-naqdhu alal Balkhi, Jumlatu
Maqalatil Mulhidin,
Raddu ala lbni Ruwandi, al-Qami' fi Raddi alal
Khalidi, Adabul Jadal,
Jawabul Khurasaniyyah, Jawabus Sirafiyyin,
Jawabul Jurjaniyyin,
Masail Mantsurah Baghdadiyyah, al- Funun fi Raddi
alal Mulhidin, Nawadir
fi Daqaiqil Kalam, Kasyful Asrar wa Hatkul
Atsar, Tafsirul Qur'an
al-Mukhtazin, dan yang lainnya.
al-Imam Ibnu Hazm
Rohimahullah berkata, "al-Imam Abul Hasan al-Asy'ari
memiliki 55 tulisan.
al-Imam Abul Hasan
al-Asy'ari Rohimahullah berkata dalam kitabnya
al-Ibanah an Ushuli
Diyanah hal. 17:
Apabila seseorang
bertanya, "Kamu mengingkari perkataan Mu'tazilah,
Qadariyyah, Jahmiyyah,
Haruriyyah, Rafidhah, dan Murji'ah. Maka
terangkan kepada kami
pendapatmu dan keyakinanmu yang engkau beribadah
kepada Allah
dengannya!" Jawablah, "Pendapat dan keyakinan yang kami
pegangi adalah berpegang
teguh dengan kitab Rabb kita, sunnah Nabi
kita Shalallahu 'alaihi
wasallam dan apa yang diriwayatkan dari para
sahabat, tabi'in, dan
para ahli hadits. Kami berpegang teguh
dengannya. Dan
berpendapat dengan apa yang dikatakan oleh Abu Abdillah
Ahmad bin Muhammad bin
Hanbal."
Ringkas perkataan kami
bahwasanya kami beriman kepada Allah, para
malaikatNya,
kitab-kitabNya, para rasulNya, dan apa yang dibawa oleh
mereka dari sisi Allah
dan apa yang diriwayatkan oleh para ulama yang
terpercaya dari Rasulullah
Shalallahu 'alaihi wasallam, kami tidak
akan menolak
sedikitpun. Sesungguhnya Allah adalah Ilah yang Esa,
tiada sesembahan yang
berhak diibadahi kecuali Dia, Dia Esa dan tempat
bergantung seluruh
makhluk, tidak membutuhkan anak dan isteri. Dan
bahwasanya Muhammad
Shalallahu 'alaihi wasallam adalah hamba dan
urusanNya. Allah
mengurusnya dengan membawa petunjuk dan dien yang
benar. Surga dan neraka
benar adanya. Hari kiamat pasti datang, tidak
ada kesamaran
sedikitpun.
Dan Allah akan
membangkitkan yang ada di kubur. Allah bersemayam di
atas Arsy seperti dalam
firmanNya:
"Allah bersemayam
di atas 'Arsy". (QS. Thaha: 5)
Allah. memiliki dua
tangan, tapi tidak boleh ditakyif, seperti dalam firmanNya:
"Telah Kuciptakan
dengan kedua tangan-Ku". (QS. Shad: 75) dan firmanNya
"Tetapi kedua-dua
tangan Allah terbuka." (QS. al-Maidah: 64)
Allah memiliki dua mata
tanpa ditakyif, seperti dalam firmanNya:
"Yang berlayar
dengan pengawasan mata Kami." (QS. al-Qamar: 14)
Siapa yang menyangka
bahwa nama-nama Allah bukanlah Al¬lah maka
sungguh dia sesat,
Allah berilmu seperti dalam firmanNya
"Dan tidak ada
seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula)
melahirkan melainkan
dengan ilmu-Nya." (QS. Fathir: 11)
Kita menetapkan bahwa
Allah mendengar dan melihat, kita tidak
menafikannya seperti
dilakukan oleh orang-orang Mu'tazilah, Jahmiyyah,
dan Khawarij."
Beliau berkata dalam
kitabnya Maqalatul lslamiyyin wa lkhtilafil
Mushallin hal. 290:
Kesimpulan apa yang diyakini oleh ahli hadis dan
Sunnah bahwasanya
mereka mengakui keimanan kepada Allah, para
malaikatNya,
kitab-kitabNya, para rasulNya, dan apa yang dibawa oleh
mereka dari sisi Allah
dan apa yang diriwayatkan oleh para ulama yang
terpercaya dari
Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam, mereka tidak
akan menolak sedikitpun.
Dan bahwasanya Allah adalah Ilah yang Esa,
tiada sesembahan yang
berhak diibadahi kecuali Dia, Dia Esa dan tempat
bergantung seluruh
makhluk, tidak memerlukan anak dan isteri. Dan
bahawasanya Muhammad
Shalallahu 'alaihi wasallam adalah hamba dan
utusanNya.
Mereka memandang
wajibnya menjauhi setiap penyeru kepada kebid'ahan
dan hendaknya
menyibukkan diri dengan membaca al-Qur'an, menulis
atsar-atsar, dan
menelaah fiqih, dengan selalu tawadhu', tenang,
berakhlak yang baik,
menebar kebaikan, menahan diri dari mengganggu
orang lain,
meninggalkan ghibah dan namimah, dan berusaha
memperhatikan keadaan
orang yang kekurangan.
Inilah kesimpulan dari
apa, yang mereka perintahkan, amalkan, dan
mereka pandang, dan
kami mengatakan sebagaimana yang kami sebutkan
dari mereka dan kepada
ini semua kami bermazhab, dan tidaklah kami
mendapatkan taufiq
kecuali dari Allah."
ada sebilangan
mendakwa, kitab al=ibanah adalah bukti taubat abu hasan
dari ulasan beliau
tentang tauhid sifat dua puloh....
hakikatnya, kitab al-ibanah
adalah petanda taubat beliau dari aqidah
mu'tazilah, bukan
aqidah sifat dua puloh...
tidak ada fakta yang
menyatakan abu hasaan al-asyari menafikan aqidah
sifat dua puloh beliau
itu, ini adalah kerana, kandungan sifat dua
puloh itu terkandung
dalam kitab luma' fi raddi 'ala ahl bidaah,
karangan beliau. kitab
tersebut dikarang selepas dari beliau menulis
kitab al-ibanah....
sekian
Abu jahal (dalam kitab
hadis ni tulis abu jahil) mati dibunuh
hadis 1771 jilid 3
sahih Muslim
dari Anas bin Malik r.a
katanya rasulullah saw bersabda “Siapa yang
sanggup mencari berita
mengenai kegiatan abu jahal?” maka berangkatlah
ibnu Mas’ud , didapati
Abu jahal telah dipukul rubuh oleh dua orang
anak “Afra (orang
anshar, anak petani kurma), sehingga dia tidak
berdaya.Lalu kupegang
janggutnya, sambil berkata, “engkau abu jahal?”
jawabnya “tidaklah
menjadi kehinaan bagiku jika engkau yang
membunuhku, atau
dibunuh oleh kaumku sendiri” Kata Abu Mijlaz, “Abu
jahal mengatakan :asal
aku jangan dibunuh anak petani.
No comments:
Post a Comment