Abu zar al ghifari
Bani al ghifari ini amat mahir berjalan waktu male
hari mahir ilmu falak… abu zar al ghifari sejak zaman jahiliah menentang keras
penyembahan berhala sama sifat dengan abu bakrah assiddiq.
Apabila dia mendengar rasulullah m uncul, dia terus
menemui rasulullah…dan apabila mendengar rasulullah membaca ayat al qur’an dia
berasa ta’jub lalu berkata …ini bukan syair ini adalah kalam Allah lantas dia
mengucapkan
اشهد ان لا اله الا
الله و اشهد ان محمدا رسول الله
Abu zar apabila dia masuk islam dia menghancurkan
berhala…dia dipukul…apabila dia sedar dia mengucapkan
لااله الا الله محمد رسول الله
Ta’jub jua rasulullah melihat murid barunya ni yang
berani…lalau sewaktu islam kuat asbab Umar al khattab masuk islam maka abu zar
al ghifari telah berdakwah kepada bani alghifari dan bani Aslam.
Akhir nya bani al ghifari dan bani aslam telah menemui
nabi Muhammad di masjid nabawi selepas peristiwa hijrah tersebut. Lelaki
[erempuantyua remaja anak anak semua sudah muslim
Nabi Muhammad ta’jub melihat bani al ghifari dan bani
aslam masuk islam dalam jumlah yang banyak hasih dakwah abu zar alghifari lalau
rasulullah bersabda sesunguhnya Allah menganugerahkan hidayah kepada sesiapa
yang dikehendakiNya…
Seluruh warga
ghifar telah menyatakan islam kepada rasulullah.
Dengan
pandangan kasih saying melihatv wajah etnik ghifar maka rasulullah telah
bersabda
ETnik ghifar telah di ghafar /diampuni Allah Ta’ala
Kemudian rasulullah melihat etnik aslam dan bersabda
Sesungguhnya
etnik aslam telah di Salam(DITERIMA DENGAN Aman damai oleh allah ta’ala
Rasulullah telah memuji abu zar dengan bersabda
Tidak akan pernah lagidijumpai di bawah langit ini
insane benar ucapan nya daripada abu zar…
Abu zar yang berjiwa zuhud, berjiwa bebas/hurriah…
Rasulullah
telah Nampak masa depan abu zar alghifari yang berprinsip kebenaran yang
disertai keberanian… haq wa hamas/berani, rasulullah lalu bersabda…
Benar batinnya benar jua zahirnya…
Benar aqidahnya benar jua ucapannya
Ia akan menjalani hidupnya dengan benar , tidak akan
melakukan kekeliruan…
Kebenarannya bukanlah keutamaan yang bisu, kerana bagi
abu zar kebenaran yang bisu bukanlah kebenaran, yang dikatakan benar adalah
yang menyatakan yang haq dan menentang yang batil, menyokong yang betul
menafikan yang salah.
Benar adalah kecintaan penuh terhadap yang haq,
mengemuka dengan berani dan melaksanakan dengan terpuji.
Rasulullah telah Nampak hal yang akan dilalui abu zar
asbab prinsipnya kebenaran ketegasan dan keberanian. Lalu rasulullah manasihati
abu zar supaya bersabar…
\
Suatu hari rasulullah mengemukan soalan kepada abu zar
sepertimana berikut’’’wahai abu zar, bagaimana pandanganmu apabila kamu menemui
pembesar yang mengambil ipeti untuk diri mereka sendiri/ jawab abu zar. Demi
zat yang mengutuskan Tuan dengan kebenaran, akan saya tebas mereka
denganpedangku…sabda rasulullah “ mahukah kamu saya berikan jalan yang lebih
baik dari pendapatmu…? Ytakni bersabar sampai kamu menemuiku”.
Soalan rasulullah ini ada hubungan hal PEMBESAR dan
harta…
Maka abu zar perlu bersabar dengan pembesar sepertim
muawiyah dan pembesardi zaman tersebut…dengan bersabar sehingga menemui
rasulullah di alam akhirah…
Selepas rasulullah
wafat …zaman khalifah abu bakrah asiddiq…, kemudian umar alkhattab, dua
khalifah ini zuhud… tiada penyelewengan di zaman khalifah abu bakrah asiddiq
dan umar al faruq……abu zar yang memang lantang dengan loisannya mula bersuara
di zaman muawiyah umar al faruq hidup sederhana menjauhi kemewahan menegakkan
ADIL …membela rakyat fuqara’ wal masakin…membela armalah dan golongan
mustadh’afiin…
Umar memerintahkan utusan khalifah fi irak, Syria,
shan’a dan negeri yang jauh selai supaya pembesar/gebenor tidak hidup
mewah…kalau hidup mewah akan dipanggil Umar al faruq mengadap di madinah…
Tenang hidup abu zar denganpemerintahan umar al faruq
yang adil…
Apabila umar
wafat, mula umat muslimin hidup mewah…
Abu zar mula menasihati umat muslimin sehingga ada yang
mula berfikir mamadai hanya dengan membayar zakat sedangkan masih ada yang
mustadh’afiin yang memmerlukan bantuan kebajikan seperti infak bersedekah…
Ada puak yang mula memonopoli kemewahan…
Apabiladia
berasa nak mengangkat pedang menentang orang yang mewah maka dia teringat
nasihat rasulullah supaya bersabar… lalau disarung kembali pedangnya…
Sebab dia
berfikir yang hidup mewah jua adalah muslim sedang ayat al qur’an surah annisa’
ayat 92 menyebut
Dan tidaklah harusa sama sekali bagi insane mukmin
membunuh seorang mukmin, kecuali dengan tidak sengaja…
Lalau dia teringat akan puji yang disebut
rasulullah bahawa takka ada yang lebih
benar ucapannya selain abu zar…mmaka dia berfikir baik dia menasihati muslimin
dengan tazkirah yang mana lebih tajam dan banyak hasilnya daripada pedang walau
sepenuh bumi…
Maka abu zar
mula menasihati muslimin, dia mendatang pembesar kaum hartawan kepada manusia
yang suka menumpukkan harta untuk diberikan nasihat, bukan untuk mengutip
upeti, sebab kenabian bukan suatu kerajaan, menjadi rahmat anugerah, mengajar
tawadhu’, bukan sombong diri, persamaan bukan pengkastaan, sderhana bukan
keserakahan dan pemborosan, kedamaian, dan kebijaksanaan dlm menghadapi hidup
bukan terpedaya danmati dalam mengejarnya…
Lalau abu zar menasihati puak yang suka menumpukkan
harta…
Pergi menasihati tazkirah di pusat kekuasaan dan
gudang harta denganlisan yang haq yang tajam dan benar cuba merubah sikap
mental puak penumpuk harta satu p[ersatu. Lalau abu zar menjadi panji panji
utama rakyat yang disokong rakyat ramai atas tazkirahnya supaya puak penumpuk
harta meng infak harta kepada golongan miskin dan mustadh’afiin.
Sehingga
menyebabkan abu zar berjalan jauh ke negeri negeri yang belum pernah
dilihatnya…membela kebajikan umat islam.
Nama abu zar
mula digeruni oleh puak penumpuk harta…yang menyeleweng…di banyak negeridan
daerah namanya menjadi kan puak penumpuk harta gerun dengan nama abu zar al
ghifari…
Ucapannya
Khabarkan kepada pem=numpuk harta yang menumpukkan
harta emas dan [perak, mereka akan disterika dengan seterika api neraka ,
menyeterika kening dan pinggang mereka di hari kiamat
Cogankatanya…KHABARKAN KEPADA PARA PENUMPUK HARTA…
Kempennya menjadi panji panji suatu misi atau GERAK
kebaktian hidupnya untuk rakyat musliminn…menggerunkan penumpuk harta
Abu zar mengarahkan sasaran pertama terhadap pemegang
utama kekuasaan dan gudang raksaksa kekayaan iaitu Syria, tempat dimana
muaawiyah ang memerintah wilayah yang amat subur…
Dengan ucapan serta keberaniannya maka abu zar telah
membentuk satu jawatankuasa memantau orang pembesar dan hartawan yang
menumpukkan harta supaya dapat mencegah puak yang menyalahgunakan kuasa atau
menumpoukkan harta kekayaan dengan cara yang batil
Dalam beberapa hari jah , negeri Syria menjadi seperti
anak anak lebah yang tiba tiba menemukan ratu yang mereka taati.
Dan seandainya abu zar memberikan isyarat untuk buat
bangkangan dan pemberontakan kepada puak penumpuk harta, nescaya pertumpahan
darah aqkan berkobar. Cuma memang niat abu zar hanyalah untuk mengutarakan
pandangan rakyat muslimin dihormati …dan
ucapannya untuk menyedarkan orang kaya akan utamanya infak untuk kebajikan
rakyat muslimin
Abu zar berdialog dengan muawiyah…
Abu zar mempersoalkan kekayaan muawiyah…keadaan harta
muawiyah sebelum dan selepas menjadi gabenor Syria…
Hal rumah muawiyah yang dihuni di makkah dulu dan
mahligai mahligai yang terdapat di Syria …
Di persoalkan sahabat muawiyah yang ikut menumpukkan
harta dan hedungb gedung serta tanah pertanian yang luas.
Abu zar berseri kepada yang hadir
Apakah tuan sewaktu al qur’an diturunkan kpd
rasulullah, ia berada di lingkungan tuan tuan lalu abu zar menjawab sendiri dan
berkata ‘ Benar, tuan tuan lah al qur’an yang diturunkan, dan tuan tuanlah yang
telah mengalami sendiri berbagai peperangan” kemudian diulangi soalan “tidak
kah tuan tuan menjumpai dalam al qur’an ayat seperti ayat 34-35 surah atTaubah
yang bererti
Wahai ore ore yang beriman. Sesungguhnya banyak di antara
pendita pendita dan ahli ugama yahudi dan nasrani memakan harta orang ramai
dengan cara batil, dan mereka menghalangi manusia dari jalan Allah (addinul
islam). Dan ingatlah orang orang yang menyimoan harta emas dan perak serta
tidak dibelanjakan pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan
balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya iaitu pada hari dibakar emas dan
perak dan harta benda itu dalam neraka jahannam, lalu diselar dengannya dahi
mereka sambil dikatakan kepada mereka “Inilah apa yg telah kamu simpan utk diri
kamu sendiri, oleh itu rasalah azab dari apa yg kamu simpan itu
Muawiyah menjawab “ ayat ini diturunkan epada hali
kitab” lalau abu zar membahaskan “tidak”
dengan nada tinggi perdebatan ni berlangsung. “ bahkan ayat ni diturunkan untuk
kita dan kepada mereka juga (ahli kitab)
Abuzar menasihati muawiyah dan para pejabat tinggi
agar melepaskan gedung harta. Tanah, serta harta kekayaan itu dan tidak
menyimpan untuk diri sendiri , kecuali sekadar keperluan sehari hari/ bersederhana
Cerita perdebatan abu zar dengan muawoiyah ini
tersebar ke pelusuk negari darimulut ke mulut…(zaman ni tak de media television
dan cyber.
Cogankata
kempen ‘ khabarkan kepada penumpuk harta akan seterika seterika api neraka”
Muawiyah mula merasa risau dan cemas dengan kempen abu
zar ini…
Lalu mengenangkan pengarauh abu zar yang kuat
dikalangan rakyat maka muawiyah
menghantar surat kepada khalfah uthaman ibnu affan
Surat muawiyah tertulis “abu zar telah merosakkanperpaduan
ore ore Syria”
Lalau khalifah uthman menghantar surat mengundang abu
zar mengadapnya di madinah
Abu zar berkata kepada rakyat…
Aku tidak mahukan dunia. Tuan tuan…
Zuhud abu zar dengan kalimah tersebut…
Melihatkan sokongan rakyat, dan bahaya kempen abu zar
ini maka khalifah uthman mencadangkan supaya abu zar duduk di madinah dan tak
perlu pergi ke Syria negeri kaya yang dikuasai muawuyah selaku gabenor.
Dengan ucapan lunak mesra…khalifah usman berkata
kepada abu zar…
Tinggallah Tuan di sini disampingku, disediakan bagimu
unta yang besar, yang akan menghantar susu pada waktu pagi, lunch, petangnya”
Lalu abu zar menjawab dengan berani ‘ aku tidak perlu
pada dunia tuan tuan”
Sememangnya benar abu zar tidak perlu dengan dunia
manusia, kerana dia bersifat zuhud dan mengutamakan kekayaan rohani/ ghina’ul
nafsi/kekayaan jiwa
Abu zar minta izin khalifah uthman untuk mendiami Rabazah…diizinkan Khalifah usman
Di tengah revolusi moral ini , abu zar tetap menjaga
amanah Allah dan rasulullah dan selalau mengingati pesanan rasulullah agar
tidak menggunakan senjata pedang untuk menasihati sahabat seperti muawiyah.
Abu zar berfikir dan tidak terkejut dengan tabiat
orang yang suka menebarkan fitnah
Ada puak yang mengambil kesempatan akan dakwah abu zar
dan pada satu waktu dating puak dari kufah yang mencadangkan pemberontakan
kepada khalifah Othman…puak kufah itu meminta abu zar mengibarkan bendera
pemberontakan kepada khalifah Othman…maka abu zar menyelar puak kufah yang nak
memberontak dengan berkata ‘
Demi Allah, seandainya uthman hendak menyalibku di
tiang kayu yg tertinggi atau dinatas bukit sekalipun pastilah saya dengar
titahnya dan saya taati, saya bersabar dan sedarkan dirimu dan saya merasa
bahawa demikian adalah yang sebaik baiknya bagiku..
Dan seandainya ia menyuruhku berkelana dan mengembara
dari satu hujung dunia, pastilah akan saya dengar dan taati, saya bersabar dan
menahan diri dan saya merasa bahawa yang sedemikian ini adlah yang sebaik
baiknya bagi ku”
Inilah insane abu zarv yang zuhud…amat menghormati
khalifah uthman…
Allah menganugerahkan firasat yang benar bagi abu zar
menilai setiap keadaan…walau yang dating adalah puak pemberontak dari
kufah…kasyaf, pandangan tembus dari qalbu yang bersih …diri yang zuhud akan
harta dunia…
Dia melihatkan akan bencana besar dari pemberontakan
senjata yang nak dimulakan puak pemberontak dari kufah kepada khalifah uthman…
Diangkatnua suaranya yang tajam dan bukannya diangkat
senjata …pesanan rasulullah di waktu rasulullah masih hidup…
Bersabar terhadap manusia yang suka menumpoukan harta
dan mengejar pangkat dan kuasa…
Abu zar telah berusaha memberikan tazkirah dengan
kaedah man damai kepada pembesar seperti muawiyah…dan tidak mengangkat senjata…
Abu zar spend the life di baki usianya dengan membuat
penyelidikan siasah siasatan yang lebih mendalam dalam hal harta dan
kekuasaan/pamngkat kera kedua duanya mempunyaio daya tarikan yang menjadi punca
fitnah yang sangat dikhuatirkan abu zar bersama rasulullah
Harta , kuasa pangkat ini buleh menjadi dugaan yang
hebat bagi manusia …
Dalam kitab jaat sakratul maut bil haqqi tulisan Dr
Aidh Abdullah al qarni, ada menyebut bahawa muawiyah di usianya sewaktu nak
wafat dia menyesal kerana menjadi pembesar…kalau buleh dia nak menjadi ore awam
jah…
ada ulama’ menyebut…ramai yang menjadi zuhud di waktu nak meninggalkan dunia fana…
ada ulama’ menyebut…ramai yang menjadi zuhud di waktu nak meninggalkan dunia fana…
Abu zar menjauhi saudara handai nya yang menjadikan
pejabat yang memiliki harta menimbun apatah lagi yang ditumpukkan dengan cara
yang batil
Pada suatu hari abu zar menemui abu musa asya’ari
…lalau abu musa asya’ari membentangkan kedua tangannya sambil menyambut abu zar
dengan ceria lalu berkata’salam
sejahtera wahai saudaraku, tetapi abu zar menolak, katanya ‘aku bukan saudaramu
lagi, kita bersaudara pada masa dulu sebelum engkau menjadi gabenor”
Abu zar melihatkan hidup rasulullahbyang bersederhana
dan jua hidup khalifah abu bakrah daan umar al faruq yang jua hidup
bersederhana tanpa menumpukkan harta untuk diri sendiri…bahkan harta banyak dikumpulkan
di baitul mal untuk bantuan golongan rakyat mustadh’afiin.
Pada suatu hari abu zar ditawarkan jawatan amir
/gabenor di irak lalau dia berkata
Demi allah , tuan tuan tidak akan dapat memancingku
dengan dunia itu untuk selama lamanya”
Suatu hari ada sahabat melihat abu zar memakai baju
using lalu sahabat tersebut berkata ‘ bukankah tuan masih mempunyai baju yang
lain? Beberapa hari yang lalu, saya lihat tuan ada mempunyai dua helai baju
baru’
Abu zar menjawab “ wahai putera saudaraku, kedua baju
tersebutvtelah ku berikan kepada ore yang lebih memerlukan daripadaku” kata
sahabat tersebut “demi Allah, tuan jua memerlukannya”
Abu zar menjawab “ampunilah Ya Allah…” engkau sangat
membesarkan dunia” tidakkah engkau lihat burdah/jubah yang saya pakai ni? Dan
saya punya satu lagi untuk solat jumaat. Saya mempunyai seekor kambing untuk
diperah susu dan seekor keldai untuk ditunggangi, nikmat apalagi yang lebih
besar dari yang kita miliki ini…”
Pada suatu hari
abu zar menyampaikan hadis sahih “aku diberi wasiat oelh nabi Muhammad dengan 7 hal
1.
Disuruh aku agar
belas kasihan terhadap fuqara’ wal masakin/miskin dan
2.
Disuruh aku
mendekatkan diri dengan kalanagan mustadh’afiin ini dan membelanya
3.
Disuruh aku
melihat ore di bawahku dan bukan orang diatasku (orang kaya)
4.
Disuruh aku
jangan meminta dengan orang lain
5.
Disuruh aku
supaya berkata benar/haq
6.
Disuruh
menjalankan tugas dakwah addinul islam tanpa khuatir dicela orang
7.
Disruh aku
membanyakkan sebut “la haula wa la quawata illa billah
Hidupnya penentang penyalahgunaan kuasa untuk
menumpukkan harta menjatuhkan yang salah menegakkan yang benar. Menyampai
peringatan dan nasihat
Mereka melarangnya mengeluarkan fatwa…maka abu zar
bertambah lantang bersuara memberikan peringatan dan nasihat, abu zar berkata ‘
demi tuhan yang nyawaku berada ditanganNya seandainya tuan tuan menaruh pedang
di atas bahuku sedang menurut rasa hatiku masih ada kesempatan untuk
menyampaikan pesanan rasulullah yang ku dengar dariapanya, pastilah akan ku
sampaikan jua sebelum tuan tuan memotong batang leherku
Wahai…kenapa kaum muslimin enggan mendengar nasihat
dan bicara katanya sewaktu tersebut… seaqndainya mereka mendengar nasihat abu
zar, pastilah fitnah yang bergelora ketika itu akan padam dan mati dalam
kandungan tanah…
Kini abu zar sedang menghadapi sakratul maut di
rabazah…suatu tempat yang dipilihnya selaku tempat kediaman selepas
terjadiperbezaan pandangan dengan khalifah uthman …nah marilah kita
mendapatkannya untuk melepaskan kepergian insane besar yang zuhud ini. Dan menyaksikan
akhir kesudahan dari kehidupann yang menakjubkan
Se ore muslimah yang kulitnya kemerah merahan dan
duduk hamper dengannya menangis, muslimah ini adalah isteri abu zar alghifari,
ia bertanya kepadanya ‘apa yang membuatkanmu menangis padahal muat adalah pasti
dating? Isterinya menjawab “Tuan akan meninggal, padahal pada kita tidak ada
kain untuk mengafankan jenazah tuan…”
مشأ الله
Abu zar tersenyum mesra, lalu dia berkata kepada
isterinya ‘ jangan menangis, pada suatu hari sewaktu saya berada di sisi
Rasulullah bersama beberapa ore sahabatnya, saya mendengar rasulullah bersabda
yang mafhumnya “ Pasti ada salah se ore di antara kalian yang akan meninggal di
padang pasir liar, yang akan disaksikan nanti sekumpulan insane yang beriman…”
Semua yang ada di majlis rasulullah telah meninggal di
kampong jemaah umat muslimin, tidak ada lagi yang masih hidup di antara mereka
melainkan diriku…nah kini aku menghadapi maut di padanmg pasir, maka
perhatikanlah olehmu jalan…siapa tahu kalau kalau ada sekumpulan insane
beriman, sudah dating. Demi Allah yang tidak akan memungkiri janji…pasti
insyaAllah tiba sekumpulan muslimin mukminin.
Kemudian rihnya kembali kepada hadrat Allah ta’ala
Satu kabilah sedang dating berjalan di padang sahara
kumpulan mukminin yang diketuai Abdullah Ibnu mas’ud, sebelum menuju ke tempat
tujuan Abdullah ibnu mas’ud telah melihat satu tubuh terbujur seperti maiyit,
sedang disisnya ore tua dan se ore anaknya, kedua dua menangis
Beliau mengarahkan kekang kenderaan ke tempat
tersebut, diikuti dari belakang oleh anggota kumpulan tersebut…apabila dilihat
maiyit di dapati sahabatnya abu zar alghifari… lalu aoir matanya membasahi
pipi…lalu dia berkata “ engkau berjalan sebatang kara…, mati sebatang kara… dan
dibangkitkan sebatang kara
Abdullah ibnumas’ud ;lalu duduk diceritakan dijelaskan
maksud pujiannya tadi kepada para sahabatnya b” bahawa abu zar berjalan
sendirian, mati sendiri dan akan bangkit di hari kiamat sendiri…
Ucapan tersebut terjadi sewaktu ghazwah tabuk, tahun
ke 9 hijrah,rasulullah telah mengarahkan untuk tentera islam menghalang tentera
rom…dalam perjuangan di medan ghawah tabuk ini kesukaran telah melanda… ada
yangbbersuara mengatakan “ya rasulullah ada orang yang tertinggal di belakang
lalau rasulullah bersabda
Biarkan, andainya dia berguna, apsti akan disusulkan
oleh allah pada kalian. Dan seandainya
dia tidak membawa manfaat, nescaya Allah telah membebaskannya kamu sekalian
daripadanya
Pada suatu hari , mereka melihat dipersekitaran dan Nampak keldainya yang menyebablan abu zar
lambat…rasulullah mengulang jawaban nya tersebut
Keldai abu zar memang telah sangat letih disebabkan
lapar dan haus serta terik matahari, hingga langkahnya menjadi longlai. Cepat
tetapi kelelahan bagai merantai kakinya…
Abu zar merasakan ia akan ketinggalan jauh dari
kumpulan pejuang yang menyertai ghazwah tabuk…
Lalu dia turun dari kenderaannya dipikul barang di
atas bahunya dan dia teruskan perjalanan dengan berjalan kaki
مشأ الله
Dipercepat berjalan kaki di tengah padang pasir yang
panas, agar dapat bersama rasulullah.
Di waktu pagi, sedang sahabt menurunkan barang
…dilihat debu naik di udara sedang dilihat abu zar sedang berjalan panyas
tangkas dan laju…
Tiba dengan perlahan menghampiri rasulullah dengan
senyum cerai walau keletihan…inilah abu zar alghifari yang penyabar…dengan
kesukaran hidup yang melatih diri agar menjadu muslim penyabar.
Rasulullahbberasa kasih sayng kepada abu zar lalau
bersabda
Semoga Allah melimpahkan anugerah rahmatNya kepada abu
zar…Ia akan berjalan sebatang kara, meninggal sebatang kara, dan bangkit
sebatang kara
مشأ الله
Selepas berlalu masa dua puluh tahun atau lebih lama
dari dari peristiwa perjalanan sendirian
abu zarn menuju di ghazwah tabuk bersama rasulullah. Terbukti benar
hadis rasulullah bahwa abu zar wafat sendiri di padang pasir rabazah, sebatang
kara…setelah dia menempuh hidup sebatang kara.. yakni satu satunya insane yang
menjadi qudwah sifat zuhud keluhuran cita v=cita…kemudian di si Allah ia aan
dibangkitkan di akhirat nanti selaku satu satu tokoh besar asabab jasa jasanya
yang banyak untuk perjuangan menegakkan yang haq…ada;ah tiada peluang bagi
orang lain untuk berdampingan dengannya
Dari Abu
Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku, sambil menepuk pahaku:
Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka
melalaikan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah tuan untuk saya?“ Sabda
baginda, solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah
segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada
dalam masjid, maka solatlah pula (bersama mereka).”
(HR Muslim)
(HR Muslim)
مشا الله
No comments:
Post a Comment