cet det PM...
RM21 million rugi...sebab invest dalam saham...pasaran saham
down...
menteri kewangan...
cet det kawal hal wang negara...
cuma kes ni dah 29 tahun...
biasa satu generasi 40 tahun...
wang negara mesti cet det urus...
Buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad
in Turbulent Times yang kini masih dalam "tahanan"
Kementerian Dalam Negeri, muncul sebagai buku laris di Singapura, menyebabkan
pengedarnya terpaksa menempah seribu naskah tambahan dari luar negara
Selain dakwaan bahawa puluhan bilion
ringgit Malaysia "terjatuh" ke dalam lubang hitam semasa zaman
pemerintahan Mahathir Mohamad, buku ini menyarat beberapa cerita yang tidak
diketahui umum, termasuklah bagaimana bekas Perdana Menteri ini pernah dipujuk
oleh Allahyarham Putera Negeri Sembilan untuk minum arak dan menari.
Setelah menghubungi kedai buku berangkai di
Singapura pada hari ini, MerdekaReview
mendapati bahawa buku ini telah habis stoknya di kedai-kedai buku berangkai yang
utama, melainkan Kinokuniya yang terletak di Takashimaya.
Kedai buku Prologue yang terletak di pusat
beli belah ION, Orchard Road
memberitahu wartawan MerdekaReview
melalui telefon, bahawa buku berjudul Malaysian
Maverick yang dibeli oleh kedainya telah habis dijual dalam tempoh
dua minggu. Mereka telah membuat tempahan kedua, yang belum sampai stoknya.
Mereka mempercayai bahawa penerbit buku kini sedang menambah cetakannya.
Kedai buku berangkai seperti MPH, Borders
pula telah habis stoknya. Satu-satunya kedai buku berangkai di Singapura yang
masih ada stok sekarang adalah Kinokuniya. Bagaimanapun, kedai ini enggan
memaklumkan jumlah jualan Malaysian
Maverick atas alasan "maklumat sulit komersial".
Pengedar: Menambah tempahan
1,000 naskah
Menurut statistik daripada pengedar buku,
Palgrave Macmillan, sejumlah 1,700 naskah buku berjudul Malaysian Maverick
diedarkan di Singapura. Menurut respon daripada kedai buku di "akar
umbi", stok buku ini telah habis dijual, maka mereka mengambil keputusan
untuk menambah tempahan sebanyak 1,000 naskah. Namun demikian, disebabkan stok
ini dihantar dengan pengangkutan laut, maka ia perlu menunggu sehingga Februari
untuk diedarkan ke pasaran.
Pada hakikatnya, sejumlah 800 naskah Malaysian Maverick telah
tiba di kastam Malaysia pada awal Disember 2009. Namun, buku baru ini
"ditahan" kesemuanya oleh kastam atas alasan untuk diperiksa KDN.
Buku ini masih dalam "tahanan" di pejabat Pelabuhan Klang, dan gagal
masuk ke pasaran buku Malaysia.
Barry Wain adalah editor The Wall Street Journal,
kini sebagai pengkaji di Institute
of Southeast Asian Studies. Dalam buku setebal 363 muka surat ini,
Barry Wain telah mengulas pentadbiran PM keempat, Mahathir Mohamad selama 22
tahun.
Selain itu, Barry Wain juga mengulas
pengalaman Mahathir dalam pengajian, dan pengalamannya ketika berkecimpung
dalam politik dalam bab kedua. Selain daripada maklumat yang dikumpulnya, Barry
Wain juga menemuramah sahabat Mahathir, termasuk Allahyarham Tunku Abdullah Tunku
Abdul Rahman.
Walau bagaimanapun, Mahathir pernah
menafikan apa yang ditulis oleh Barry Wain, setelah isu ini menjadi
kontroversi. Malah, Mahathir mencabar KDN untuk memberi laluan agar buku ini
diedarkan di pasaran, supaya beliau boleh menyaman penulisnya, dan beberapa
orang lain yang "memfitnah" beliau, lantas membersihkan nama untuk
dirinya.【Baca
blog Mahathir: MALAYSIAN MAVERICK】
Mahathir dipujuk minum arak?
Mahathir muncul sebagai ahli parlimen buat
kali pertama pada tahun 1964. Beliau tinggal di rumah Tunku Abdullah semasa
parlimen bersidang. Bekas putera Negeri Sembilan ini membawa Mahathir untuk
berlegar di Royal Selangor Club, "memujuknya untuk menari dan mimum arak"
(persuading him to dance and
have a glass of white wine).
Barry Wain memetik Tunku Abdullah untuk
berkata, "I brought him
down to my level,...otherwise it would have been boring." (Saya
menurunkannya ke tahap seperti saya, kalau tidak bosanlah.)
Sememangnya, apa yang menarik adalah
skandal yang berlaku ketika zaman pemerintahan Mahathir (gambar kanan). Di
bawah pena Barry Wain, Mahathir jelas "cakap tak serupa bikin".
Beliau melaungkan slogan "bersih, cekap dan amanah", tetapi
pentadbirannya bercanggah dengan apa yang dilaungkannya.
Pada tahun 1980-an, semasa kejatuhan
harga timah di dunia, Mahathir memberi lampu hijau kepada syarikat "dua
ringgit" Maminco Sdn Bhd untuk masuk ke pasaran, supaya melambungkan harga
timah. Ia berakhir dengan kegagalan. Ketika ditemuramah oleh Barry Wain pada 31
Mac 2008, Mahathir mengakui bahawa "saya tidak masak dengannya ketika itu,
saya tidak faham."
Malah, skandal Bank Bumiputera lebih
membeliakkan mata. Untuk bail out syarikat yang menjadi lambang
perusahaan bumiputera ini, kerajaan telah menyuntik wang secara langsung dan
tidak langsung, sebagai cubaan untuk membantunya melalui Petronas, tetapi
akhirnya gagal.
Menurut Malaysian Maverick, Bank
Bumiputera ini telah menjadi mesin ATM peribadi. Pada tahun 1983, UMNO telah
meminjam RM200 juta daripada Bank Bumiputera, untuk membina ibu pejabatnya di
PWTC. Namun, UMNO tidak mampu untuk menjelaskan hutang ini. Sehingga Julai
1988, UMNO telah berhutang dengan Bank Bumiputera sebanyak RM300 juta, termasuk
faedahnya. Malah pada tahun 1989, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Bank
Bumiputera berhak untuk mengambil alih PWTC yang dicagarkan.
Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin
ketika ditemuramah Barry Wain berkata, UMNO akhirnya mencapai muafakat dengan
Bank Bumiputera untuk membayar pampasan RM126 juta.
Bab keenam yang bertajuk, "Skandal,
Skandal apa?", menyatakan bahawa tiga juta ringgit hanyalah sebahagian
kecil daripada keseluruhannya. Menurut Malaysian Maverick, skandal
seterusnya membawa jumlah kepada puluhan bilion ringgit, dan mendakwa bahawa
negara mungkin rebah kalau bukan disokong cukai dari Petronas. cet det and kroni cekap sapu share petronas.
*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.
Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.
Posted by rakyat marhaen
No comments:
Post a Comment