Yang ana baca dalam Usul 20 Hasan
Al-Banna cuma dua jer: Bidaah Idofiyyah dan Tarkiyyah, iaitu bidaah dengan
menambah (idofah) sesuatu yang selama ini tiada disunnahkan atau mengurangkan
(tarkiyah) sesuatu yang selama ini disunnahkan. Hakikiyah dan klhilafiyyah tu
hanyalah perkara bid`aah tu sendiri samada ianya sememangnya bid`ah mengikut
kata jumhur atau permuafakatan ulamak ataupun ia diperselisih pendapatkan
(khilafiyyah)
Kebanyakan bid`aah sekarang adalah
bentuk menambah sesuatu yang tiada di zaman Rasulullah seperti penambahan
bilangan azan di hari jumaat kepada 2 kali, penambahan rakaat solat tarawih.
Kedua-dua bid`aah ini diterima oleh para sahabat dan ia menjadi sandaran hukum.
Begitu juga dengan penulisan dan pengumpulan al-Quran dan hadis , semuanya
tidak disuruh oleh Rasulullah s.a.w. tetapi dilakukan dengan alasan yang kuat.
Namun perkara-perkara tambahan ini
berleluasa sehingga melampau kepada perkara-perkara yang tiada alasan hukum
sehingga menjadi perkara khurafat dan dolalah. Sebab itulah Rasulullah
bersabda: Ketahuilah bahawa sebaik-baik kata ialah al-Quran, sebaik petunjuk
ialah petunjuk Muhamad, dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang
dibaharukan (tanpa hak dan sandaran) dan setiap yang dibaharukan itu adalah di
dalam neraka). Dengan itu timbul istilah Bidaah hasanah (yang baik) dan bidaah
dolalah (yang sesat).
Perkara Bid`aah ini hanya berlaku
dalam masalah ibadah dan aqidah kerana asal hukum padanya adalah haram
melainkan apa yang telah disyariatkan Allah dan Rasul-Nya (yang telah lengkap)
Manakala dalam hal-hal lain, ia berkaitan dengan ijtihadiyah para ulamak yang
kita boleh ikut hukum-hukum yang diijtihadkan secara muktabar.
Contoh bida’ah idofiyyah seperti
solat dhuha berjemaah
No comments:
Post a Comment