Sebahagian daripada syair mempunyai hikmah
sebagaimana yang disabdakan oleh
Rasullah (saw).
(Rentak dalam percakapan seumpama melagukan
suara: maksud daripadanya ialah untuk
mewujudkan kegembiraan hati dan jiwa yang
menyebabkan kegembiraan fikiran).4
Oleh yang demikian kami lebih cenderung untuk
menggunakan puisi dalam siri
buku ini, bertujuan untuk menambah gambaran yang
baik oleh seseorang da'i
terhadap pengertian-pengertian
tertentu, supaya mendalam di dalam jiwanya dan
memerhati serta mengingatinya
sentiasa.
Bukti yang paling jelas tentang
kepentingan syair dalam menyebarkan aqidah dan
mempertahankannya, ialah
peranan yang telah dimainkannya ketika membantu
ahli-ahli bid'ah untuk
menyebarkan bid'ah di kalangan masyarakat awam. Usahausaha
ini dilakukan untuk menentang
usaha-usaha Ibnu Taimiyyah serta pengikutpengikutnya
ketika mereka berusaha
membatalkan segala bid'ah dengan hujjahhujjah
sunnah yang mulia.
(Tidak dapat dinafikan bahawa
hujjah lojika yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah telah
memberikan kesannya, tetapi
kekeringan lojika tidak dapat mengatasi kebasahan
dan keindahan syair (puisi)
sebagaimana yang dikatakan oleh penyair Islam
Muhammad Iqbaal.
Iqbaal adalah seorang penyair yang benar aqidahnya,
mendalam pemerhatiannya
dan sejahtera pemikirannya. Beliau telah dithiqahkan
oleh Abul Hasan 'Ali an
Nadawi yang telah membuat satu kajian mengenainya
yang dinamakannya sebagai:
(Rawaa'i Iqbaal). Beliau juga telah dithiqahkan oleh
al Mauduudi di dalam satu
makalah penting yang disiarkan oleh al Majallatul Ba'thil
Islaamiyyil Hindiyyah. Di
dalamnya beliau menerangkan kelebihan Iqbaal dalam
memberi arahan kepada
generasi yang telah ditawan oleh tamaddun Barat dan
menjauhkan mereka daripada
kesempitan perkauman juga
ketika beliau menegaskan bentuk yang sebenar bagi
Daulah Islamiah, sehinggakan al
Mauduudi telah menyifatkan bahawa apa yang
dilakukan olehnya adalah suatu
yang besar dalam lapangan islah (pemulihan) yang
mempunyai nilai yang tinggi dan tidak boleh
dilupakan oleh sejarah. Beliau juga mampu menyelamatkan generasi muslim yang
telah diselaputi dengan berbagai
fitnah dan teori yang berbagai.
Lebih dari itu, Iqbaal telah melakukan satu perkara
yang amat penting di akhir
hayatnya mengikut neraca Islam, iaitu penglibatan
beliau dalam membongkar
kebatilan al Qaadiaaniyyah dan
al Ahmadiyyah serta memberi amaran daripada
mendekatinya. Anda akan
mendapatinya amat mengingkari terhadap kesesatan
wihdatul wujud, bersalahan dengan apa yang difahami
oleh setengah golongan
tentang sikapnya.
Kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal
Rahimahullah :
Zaman
satu bangsa yang hina
tidak
pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka
dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi
tetapi
semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:
Mereka
ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan
mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam
Cita-cita
mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran
mereka hanyalah penipuan cendekiawan.33
No comments:
Post a Comment