Tiga Bahagian Manusia
Di dalam tajuk “KESEMPURNAAN MANUSIA DAN
BAHAGIANNYA”, di antara Tuk Kenali
HAJI MUHAMMAD YUSUF BIN AHMAD menulis:
“ ….Terbahagi manusia itu kepada tiga
bahagian:
(Pertama yang bertabi’at dengan tabi’at
Mala’ikat iaitu yang memberi manfa’at semata-mata, tiada yang memberi mudharat
sekali-kali.
(Kedua) yang bertabi’at dengan tabi’at
kebanyakan binatang, tiada memberi mudharat dan tiada memberi manfa’at; dan
(Ketiga yang
bertabi’at dengan binatang yang buas.
Maka
berlarilah kamu pada medan bahagaian yang pertama supaya mendapat kamu akan
panji-panji kemenangan dan sayogia kamu menjauhkan diri kamu darpiada jatuh ke
dalam halaman bahagian yang kedua dan hubaya-hubaya kamu menghulurkan kaki ke
dalam lembahan bahagian yang ketiga.”
[PENGASUH: Tahun
Satu, Bil.2,24 Julai 1918]
No comments:
Post a Comment