Ammar bin Yasir
radhiallahu anhu'
Penghuni
aljannah yang telah dijamin rasulullah sallallahu alaihi wasalam
Seandainya ada
insan yang dilahirkan di aljannah lalu dibesarkan dalam haribaannya dan menjadi
dewasa, kemudian dibawa kea lam dunia untuk menjadi hiasan dan AnNur maka 'Ammar bersama
ibunyalah Sumayyah dan bapanya Yasir adalah insane tersebut
Tetapi mengapa
kita mengatakan seandainya seolah oleh
hanyalah andaian belaka padahal family yasir adalah penghuni aljannah
ketika rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda…\ertinya Sabar ya Abu
Yaqzan, sabar ya usratulYasir, tempat yang telah dijanjikan bagimu adalah
aljannah
Ucapan
rasulullah sallallahu alaihi wasalam
Bukanlah hanya
hiburan belaka tetapi benar benar
mengakui kenyataan yang diketahuinya dan menguatkan fakta yang dilihat dan
disaksikan dugaan family yasir sabar yang disiksa sebab masuk Islam.
Yasir bin 'Amir
ayahanda kepada 'Ammar bin yasir berangkat meninggalkan negerinya di yaman bagi
mencari dan menemui saudaranya. Sebenarnya dia berasa aman mendiami tanah suci
makkah bermukimlah dia di makkah dan mengikat perjanjian dengan abu huzaifah
bin al mughirah saudaranya yang ditemui di makkah
Ayat 142 surah
ali Imranyang bererti
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk
aljannah padahal belum lagi nyata kepada allah wjudnya ore ore yang berjihad
yang berjuang dgn bersungguh sungguh di antara kamu dan belum lagi nyata
wujudnya ore ore yang sabar tabah dan teguh pendirian dalam perjuangan
Ayat 3 surah al
ankabut yang bererti
Sesungguhnya Kami
telah menguji ore ore yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang
demikian nyata apa yang diketahui allah tentang ore ore yang sebenar benar
berIman dan nyata pula apa yang diketahui Nya tentang orang orang yang berdusta
Ayat 16 surah
attaubah yang bererti
Adakah kamu
menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dalam keadaan kamu yang sedia ada padahal
belum lagi terbukti kepada Allah seperti Yang diketahuiNya ore ore yang
berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman teman rapat untuk mencurahkan
rahsia kepada mereka selain daripada Allah dan rasulNya serta ore ore yang
beriman…dan ingatlah Allah mohor mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu
lakukan.
Ayat 179 surah
Ali Imran yang bererti
Allah tidak
sekali kali akan membiarkan ore ore beriman dalam keadaan yang kamu ada se ore
bercampur aduk mu'min dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu sehingga Ia
memisahkan orang yang buruk munafik daripada insane baik yakni ore beriman
Ayat 166_167 surah Ali Imran
Dan apa yang
telah menimpa kamu apada hari bertemu dua kumpulan angkatan tentera di medan
ghazwah UHUD tersebut. Maka adalah ia dengan izin Allah dan dengan tujuan Allah
hendak melahirkan dengan nyata akan ore ore yang beriman. Dan jua dengan tujuan
Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikata kan kepada mereka…
Marilah
berperang pada jalan Allah untuk membela Islamatau pertahankanlah diri, family
dan harta kamu. Mereka menjawab…kalau kami faham ada peperangan dengan sebenar
benarnya tentulah kami mengikutmu turur berperang. Mereka ketika mengeluarkan
perkataan itu lebih dekat kpd kufur dari dekat kepada Imann. Mereka selalau
menyebut dengan multnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan ingatlah bahawa
Allah mohor mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.
SEMEMANGNYA
DEMIKIANLAH ALQUR'AN MEMDIDIK manusia umat muslimin bahawa pengorbanan mereka
adalah utama saripati keimanan dan bahawa keberanian menentang kezaliman
mestilah dihadapi dengan sifat sabar, teguh pendirian dan pantang berundur
mencari naik syahid.
Jika demikian barulah sese ore mampu membentuk
keutamaan Iman yang cemerlang.
Infa' harta…
korban jiwa naik syahid untuk Islam adalah dituntut demi mencapai kejayaan
hidup di dunia dan akhirat
Sumayyah yasir dan 'ammar telah memberikan
qudwah hasanah contoh pengorbanan jiwa untuk menaikkan Islam…family yasir ini
ditaqdirkan memiliki sifgat sabar tabah berani gagah perkasa untuk perjuangan
Islam
Melihatkan
siksaan yang menimpa family Yasir pasti insane akan syahdu dan sedih …siksaan
yang berat ditanggung family yasir sehingga
Ammar memanggil
rasulullah sallahu alaihi wasalam\ya rasulullah sallallahu alaihi wasalam azab
siksa yang kami deritai ini telah sampai ke kemuncak
Maka rasulullah
berkata
Sabar lah ya
abal Yaqzan…Sabar ya usratul Yasir
Tempat kalian
adalah di aljannah.
Inilah jaminan
rasulullah sallalhu alaihi wasalam kepada family yasir yang menerima siksaa
dari kafirin
Family yasir
mkuat teguh mempertahankan Iman islam walau tubuh ya di siksa.
Siksan berat
ini digambarkan sahabat bernama 'amar bin hakam
Ammar diseksa
sampailah ia tidak menyedari apa yang diucapkannya\berkata Ammar bin maimun
Musyrikin
membakar ammar bin yasir dengan api
Maka rasulullah
sallallhu alaihi wasalam lalau pergi ke tempat ammar di sekasa oleh kafirin dan
memegang kepalanya dengan tangan baginda sallallahu alaihi wasalam sambil
berkata\ yang bberti
Hai api jadilah
kamu sejuk dingin ditubuh 'ammar seperti dulu kamu sejuk dingan di tubuh nabi
Ibrahim alaihissalam
Semua seksaan
tersebut tidak dapat menekan jiwa ammar radhiallahu anhu yang sabar walau
seksaanya amat berat menekan tulang belakang dan menghabis tenaganya menan
sakit. Ketika apoada suatu haru tukang cambuk dan pedera yang zalim mulai
hukuman bakar dengan besi panas sampai disalib di atas pasir panas dengan
ditindih batu lkasana bara merah yang panas, bahkan sampai ditenggelamkan di
dalam air sehingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dgn
keceradaan yang parah
Pada hari
seksaan yang berat ini dia telah tidak sedarkan diri kerana dahsyatnya seksaan
yang ditimpakan musuh. Lalau puak musyrikin telah mengarahkan dia supaya ikut
lagu memuja patung barhala…dia yang tidak sedarkan diri sebab sakit seksaan
telah ikut barkata …hanya lidahj yang berkatya sedang hakikat qalbu masih teguh
beriman dgn Allah…
Inilah seksaan
yang berat yang dialami family yasir… apabila ammar sedar dia apabiula seksaan dihentikan sementara dia
berasa amat menyesal dan berasa dosa besar telah terlanjur dia lakunkan…sehingga
dia merasakan seksaan yang di alaminya adalah lebih ringan berbanding dosanya
yang terlanjur berkata dgn lidah dlm keadaan tidak ingat…kerana seksaan berat
yang ditanggung…
Allah yang
mohor agung telah memutuskan agar peristiwa yang mengharukan ini mencapai titik
kesudahan ayang amat luhur rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah memegang
tangan ammar sambil berkata salam ke atas kamu ya ammar bangunlah hai pahlawan
tak ada sesalan atas mu dan tidak ada
yang cacat
Ketika
rasululah sallallahu alaihiwasalam menemui sahabatnya didapati ia sedang
menangis maka disapulah tangisnya dengan tangan rasulullah sallahu alaihi
wasalam serta bersabda\orang orang kafirin itu telah menyiksa mu dan
menenggelamkanmu ke dalam air sampai kamu mengucap begini dan begitu…
Benar wahai
rasulullah…jawan ammar sambil neratap penyesalan
Maka rasulullah
sallallahu alihi wasalam sambil senyum menyebut
Jika mereka
memaksamu lagi tidak apa ..ucapkanlah seperti apa yang kamu katakana tadi…
Hakikatnya
qalbumu telah penuh dgn Iman hakikatnya qalbu tetap ada iman walau ucapan yang
dipaksakan kepada mu dengan seksaan pedih oleh kafiriin sehingga kamu hilang
sedar…
Alau rasulullah
salllahu alaihi waslam membacakan ayat 106 surah AnNahlu yang bererti
Kecuali ore
yang dipaksa , sedang hakikat qalbunya teguh beriman
Kembalilah
ammar diliputi sakinah selepas mendengar lafaz sabda rasulullah yang memujuknya
dengan mebacakan ayat ini\
Sakit yang
dirasai telah hilang dgn khabar yang baik dari rasulullah kepada dirinya dan
familinya yang telah syahid maknya summayyah telah naik syahid sama hal dgn
ayahnya yang jua syahid kesan seksaan yang pedih yang dilakukan dgn zalim oleh
kafiriin di zaman permulaan islam.
Ammar
radhiallahu anhu telah mendapat martabat yang ditinggi disisi rasulullah
sallallahu alihi wasalam\lalau rasulullah semasa di madinah telah bersabda
Yang bererti
Sesungguhnya
'ammar dipenuhi Iman sampai ke tulang belakangnya
Semasa berpaku
perselisihan antara khalaid alwalid dan Ammar bin Yasir …Rasulullah sallallahu
alaihi wasalam bersabda yang bererti
Sesiapa yang
memusuhi 'Ammar maka ia akan dimusuhi Allah, dan siapa yang membenci ia akan
dibenci Allah
Sesungguhnya
ammar adalah kekasih allah yang sanggup mengorbankan nyawa untuk allah
Ammar syahid
dalam medan perang jamal
Maka tidak ada
pilihan bagi Khalid alwalid lalau dia
bertemu ammar mohon maaf dan mengakui kesalahannya terhadap ammar bin yasir
radhiallahu anhu
Rasulullah
telah mebela ammar daloam semua hal termasuk ketika perbalahan semasa pembinaan
masjiod di madinah apabila ada sahabat yang berkata kurang lunak kpd ammar
Rasulullah
bersabda yang bererti
Apa maksud
meraka berkata demikian kpd ammar diseruNya mereka ke aljannah tetapi mereka
hendak mengajaknya ke neraka sunguh ammar adalah biji mataku dan batang
hidungku sendiri
Rasulullah
telah menyataka kasih sayangnya kepada 'ammar bin yasir radhiallahu anhu menyatkan
kesucian imannya mengangkatnya selaku qudwah hasanah bagi sahabat sahabat . rasulullah bersabda yang bererti
Contohi dan
ikutilah setelah kewafatanku nanti insane seperti Abu bakrah assiddiq dan umar
…,dan ambillah hidayah yang dipakai 'ammar untuk dijadikan bimbingan
Ammar insane
bertubuh tinggi dengan bahunya yang bidang dan matanya yang biru insane yang
amat pendiam dan tidak suka banayk bercakap
Ammar menyertai rasulullah dlm ghazwah
Badar
Uhud
Khandak/ahzab
Tabuk
Dll
Selepas rasulullah sallallahu alaihi wasalam
wafat …amar meneruskan perjuangan menegakkan islam dgn gagah perkasa berani
untuk naik syahid
Khalifah umar alkhattab melantik ammar menjadi wakil khalifah di Kufah mernjadi wali
di kufah
Bersama
Abdullah ibnu mas'ud menjadi bendahara kufah
Kepada pendudk
negeri kufah yang kini adalah negeri Iraq
Umar berpesan
dengan surat
Saya menghantar
kepada truan tuan 'ammar bin yasir radhiallahu anhu selaku amir dan Abdullah
ibnu mas'ud selaku bendahara dan Wazir.dia sahabat rasulullah ini adalah insane
pilihan dari golongan sahabat nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam dan
termasuk pahlawa pahlawan di medan badar alkubra
Ammarv telah
mebuat peraturan di kufah yang tak disukai oleh puak tamak rakus kan harta
dunia. Puak tamak itu telah membuat komplot konspirasi menentan ammar
Pangkat wazir
ini tidaklah menambahkan kecuali bertambah solih zuhud dan tawadhu' diri ammar
bin yasir
Ibnu Abil
Huzail yang hidup semasa ammar menjadi wazir di Kufah menyebut
Saya melihat
ammar bin yasir radhiallahu anhu sewaktu menjadi amir di Kufah, membeli sayur
di pasar lalu mengikatnya dengan tali dan memikulnya di atas bahunya yang
bidang. Tubuhnya yang tinggi dan besar memudahkan tugas ini..nampak tawadhu'
insane yang dilantik menjadi amir kufah ini harus dijadikan qudwah hasanah
pemimpin hari ini.
Ammar memikul
sayur tersebut dan membawanya pulang rumahnya sendiri…maka Nampak jelas bahawa
ammar adalah insane zuhud dan tawadhu' dia suka melakukan tugasnya sendiri
tanpa negarahkan ore bawah tadbur urusnya
Sifat ini sma dgn sifat rasulullah sallahu
alaihi wasalam yang menjahit bajunya sendiri…
Seorang awam
telah berkata cuba menjatuhkan imej ammar sewaktu ammar menjadi amir di Kufah
Hai ore yang
telinga terpotong…
Telinga ammar terpotong ketika memrangi puak
murtad dlm ghazwah Yamamah
Lalau amir
kufah ini menjawab
Yang kamu cela
adalah telingaku yang terbaik\kera ia ditimpa kecederaan semasa jihad fi
sabilillah…untuk islam
Memang satu telingan beliau putus dalam jihad
fil qital fi sabilillah dimedan yamamah yakni salah satu dianatara hari hari gemilang bagi ammar
radhiallahu anhu.
Panglima perang
in seperti nagin kencang yang menyerbu musuh musailmatul kazab sehingga
melumpuhkan musuh di perang yamamah menentang puak murtad…
Semangat umat
muslimin bertambah dgn melihat perjuangan berani mati ammar bin yasir seperti
digambarkan dgn lafaz Abdullah ibnu umar radhiallahu anhu dalam peristiwa
tersebut
Waktu perang
yamamah saya melihat ammar sedang berada di atas batu karang. Ia berdiri sambil
menyeru tentera muslimin
Ya muslimin
apakah tuan tuan hendak lari dari syurga…inilah saya ammar bin yasir …ke
marailah btuan tuan
Seruan ammar
ini menaikkan semangat jihad dikalangan mujahidin muslimin
Saya melihat
telinga telah putus dalam perang ini teruntai untau sedang ia tetap berperang
dgn gagah berani dan perkasa merempuh musuh
Barang siapa
yang masih kurang yakin terhadap kebesaran Muhammad sallallahu alaihi wasalam
selaku rasulullah yang benar dan muallim yang semprna bagi umat mnausia maka
hendaklah ia berdiri sejenak di hadapan contoh contoh yang dipamirkan sahabat
sahabat rasulullah yang cemerlang gemilang dan terbilang.
Sahabat
rasulullah salllahu alaihi wasalam berjihad menegakkan islam dgn ikhlas jujur
dan luhur.
Sahabt rasulullah
sallallahu alihi wasalam apabila masuk ke medan jihad fil qital akanmara ke
hadapan seperti ingin maut ingin naik syahid…mencari syahid…
Apabiloa
sahabat menjadi khalifah dan hakim mahkmah sahabat tak berasa segan untuk
memerah susu untuk bekalan makanan wanita janda dan kanak kank seperti yang
dipamirkan asbu bakrah assiddiq dan Umar
alkhattab memasak tepung menjadi roti
untuk anak anak yatim
Apabila sahabat
rasulullah salllahu alaihi wasalam menjadi pembesar Negara sahabat tidak segan
untu memikul karung gandum di bahunya seperti kita lihat dlm kisah ammar bin
yasir… kemudian redha menyerahkan salry nya kepada infa' fi sabilillah dan
menyanyam daun tamar untuk dijadikan bakul seperti yang dipamirkan salman
alfarisi radhiallahu anhu
Huzaifah bin
yaman adalah sahabat yang ahli dlm bahasa rahsia firasat dan risik hal
berhubung hal ghaib sedang menghadapi panggilan ilahi maka sahabat sahabatnya
yang sedang berkumpul di sekeliling menanyakan kepadanya
Saiapak yang
mesti kami ikuti dlm pandanganmu jika terjadi pertikaian di antara kami
Sambiol mengucapkan kata kata terakhir
huzaifah ibnu yaman berkata
Ikutilah ammar
ibnu sumayyah kerana sampai wafatnya ia takkan berpisah dengan kebenaran.
Adalahbbenar
bbahawa ammar selamanya akan berada di landasan kebenaran dimana sahaja dia
berada …imannya ikhlas kepada Allah Ta'ala.
Hidup bahagia
adalah hidup di akhirat berilah Rahmat
ethnik Ansar dan ethnic muhajirin
dan setelah tersebut sdengar nasyid alunan sahabat
Apakah sama
nilainya …ore yang berjuang membina masjid
Sibuk bekerja
baik berdiri mahupun duduk dengan menyingkir berpangku tangan
Ketiika Ammar bekerja mengangkat batu besar
Tiba tiba rasullallah salllahu alaihi wasalam berkata
Rahmat Anugerah
allah subhanahu waTa'ala …memandang ammar dgn perasaan kasih saying llau
rasulullah mengibas debu dgn tangannya di kepala ammar dengan penuh rsa kasih.
Rasulullah
sallalahu alihi wasalam bersabda
Aduhai ibnu
sumayyah ia dibunuh oleg puak penderhaka
Menag terjadi
hal sedih ni di masa perang jamal…
Apabila suatu
ketika dinding yang dibina Ammar roboh dan menimpanya maka sahabat menyangka Ammar
tewas…lalau rasulullah sallallhu alihi wasalam berkata
Tidak, ammar
tidak apa apa, hanya ia nanti akan dibunuh oleh puak derhaka
Ammar yakin
bahawa dia akan naik syahid…ammar adalah penyokong kuat saiyidina ali dalam
perang siffin…dia sokong ali dan menentang muawiyyah… pada ammar martabat
saiyidina ali adalah tinggi di sisi rasulullah sallahu alaihi wasaalam Ali
Karramallahu wajhah telah berjuang dari wal permulaan islam….sanggup berada di
bawah smenggantikan nabi Muhammad semasa peristiwa hijrah…
Ammar yang
selalau benar yakin bahawa ali karramallahu wajhah adalah khalifah yang wajib
disokong…maka dlm perang siffin
Pertembungan
antara saiyidina Ali karramallahu wajhah dan saiyidina muawiyyah dlm perang
siffin ini menelan nyawa muslimin…maka di sini kebijaksaan Abu musa assya'ari
untuk mendamaikan muslimin dlm Majlis Tahkim
Ammar amat yakin bahawa jawatan khalifah adal
hak Imam ali Karramallahu wajhah.
Imam ali
Karramallahu wajhah gembira dengan sokongan saiyidna ammar bin Yasir
radhiallahu anhu
Letika perang
siffin berjalan Imam ali karramallahu wajhah menghadapi tugas penting selaku
tugas menumpaskan pemberontakan penderhaka bughah…
Ammar ikut menyokong tugas imam ali
karramallahu wajhah menumpaskan penderhaka. Waktu tersebut usianya 93 tahun
Apakah dalam
usia 93 tahun ammar masih menyertai medan perang menyokong Imam Ali
karramallahu wajhah
Dia melakukan
tugas dengan lebih semangat seperti yang dilakukan oleh pemuda 30 tahun
Tokoh mujahidin
yang sifat pendiam ini hamper sahaja menggerakkan bibirnya kecuali mengucapkan
kata kata perlindungan seperti berikut
Aku berlindung
dengan Allah dari sebarang fitnah
Aku berlindung
kepada Allah dari fitnah
Tak lama
selepas Rasulullah sallallahu alihiwasalam wafat kata kata ini merupakan doa
yang tak putus lekang di bibir ammar. Setiap hari berlalu setiap hari ia
memperbanyakkan doa dan mohon perlindungan Allah dari fitnah seolah oleh hatinya
yang suci merasakan bahaya mengancam yang semakin dekat dan menghampiri juga
Dan tatkala
bahaya tersebut hamper tiba Yasir Ibnu sumayyah telah mengerti di mana ia mesti
berdiri. Maka fitnah di perang siffin walau usia telah cecah 93 tahun ia bangun
menghunus pedangnya demi membela kebenaran yang pada keyakinannya pasti
dipertahankan Ali Karramallahu wajhah adalah Khalifah yang layak
Kata kata hal pertempuran di medan perang
siffin begini
Hai manusia
Marilah kita berangkat menuju kumpulan yang mendakwa
hendak menuntut bela darah Uthaman
Demi Allah
subhanahu wa Ta'ala maksud mereka bukanlah hendak menuntut bela tetapi
sebenarnya mereka telah merasakan manisnya dunia dan telah ketagihan
terhadapnya. Mereka mengetahui bahawa kebenaran adalah telah terang jelas namun
hanya dijadikan alas an untuk pemuas nafsu serakah mereka, mereka bukan yang
berlumba lumba dalam kebaikan dan tidaj
juga termasuk pendahulu memeluk AdDinul Islam. Alas an apa sehingga mereka
berhak untuk ditaati oleh kuam muslimin dan dilantik sebagai pemimpin, dan
tidak pula dijumpai dalam hati mereka perasaan gerun kepada Allah subhanahu
waTa'ala yang akan mendorong mereka untuik mengikuti kebenaran
Mereka telah
menipu ore rami dengan mengaku hendak menuntut bela kematian uthaman, pada hal
tujuan mereka adalah yang sesungguhnya ialah hendak menjadi penguasa
Kemudian ammar
mengambil bendera dengan tangannya dikibar tinggi di atas sambil berseru
Demi Zat Allah
yang menguasai nyawaku…saya telah bertempur dengan mengibarkan bendera ini bersama rasulullah
sallahu alaihi waslam dan inilah aku siap berperang pula dengan mengibarkannya
kini. Demi nyawa saya didalam penguasaan allah yang menguasai setiap sesuatu…
walaupun mereeka bertempur dan menyerbu hingga Berjaya mencapai kubu pertahanan
kita, namun saya tahu dengan pasti bahawa kita berada di pihak yang benar dan
mereka di pihak yang batil
Mujahidin
yangmenyertai 'ammar yakin terhadap kebenran ucapannya. Lalau Abu AbdirRahman
Sullami berkata…
Kami ikut serta
dengan imam Ali karramallahu Wajhah di pertempuran Siffin, maka saya lihat
Ammar bin yasir radhiallahu anhu setiap ia menyerbu di sesuatu jurusan atau
turun ke suatu lembah maka para sahabat rasulullah mengikutinya tak ubahnya ia
seperti panji panji dan petunjuk bagi mujahidin yang bersama Imam Ali
Karramallahu Wajhah.
Ammar
radhiallahu anhu yakin dia telah dijanjikan akan syahid seperti hadis
rasulullah
Ammar akan dibunuh oleh puak penderhaka
Lalu ammar bersenandung
Hari ini daku akan bertemu dengan kekasih tercinta
nabi Muhammad salllallahu alaihi wasalam dan sahabat yang telah naik syahid
Kemudian
seperti sebutir peluru dahsyat ammar menyerbu kea rah mua'awiyah dan orang
orang yang di sekelilingnya dari golongan bani Umayyah lalu melepas seruannya
yang kuat dan nyaring menggetarkan
Dulu kami
hentam kalian di saat diturunkan wahyu kini kami hentam lagi kalian kerana
memesongkannya
Tebasan maut
menghentikan intention jahat
Dan memisahkan
kawanan pengkhianat
Atau AlHaq
berjalan kembali pada landasannya yang betul..
Maksud syair
ini bahawa sahabat yang dahulu dan Ammar termasuk salah se ore di antara mereka
di mana dahulu telah memerangi golongan bani Umaiyyah yang menjadi syirik dan
pemimpin tentera musyrikin. Mereka memerangi orang orang itu kerana secara
terus terang alqur'an memerintahkan untuk berjihad terhadap mereka kerana
musyrikin
Dan kini di
bawah pimpinan Mua'wiyyah walau mereka telah memeluk islam dan meskipun
alqur'anulkarim tidak menyuruh secara tegas memerangi mereka, tetapi dan
pengertiannya terhadap maksud dan tujuan alqur'an membolehkan ia yakin bahawa
dirinya wajib memerangi mereka sehinggalah perkara haq yang dirampas
dikembalikan kepada pemiliknya serta api fitnah dan pemberontakan dapat
dipadamkan untuk selama lamanya
Dulu bani
umayyah kafir maka diperangi kini mereka terpesong dari ajaran islam lalau
ammar dan imam ali karramallahu wajhah memerangi puak derhaka iniorang orang
muawiyyah cuba menghindari ammar agar peadng mereka tidak menyebabkan
kematiannya hingga terang dan nyata bahawa merekalah yg disifat sebagai puak
penderhaka. Kepahlawan ammar yang berjuang seolah olah ia satu pasukan tentera
jua telah menghilangkan pertimbangan dan aqal sihat mereka. Maka sebahagian
tentera atau pasukan muawuyah akhirnya menewaskan dirinya dengan demikian
tewaslah ammar ditangan muawiyyah\
Sebahagian
besar dari tentera Muawiyah radhiallahu anhu terdiri dari orang orang yang baru
sahaja memeluk islam yakni orang yang baru masuk islam sebaik sahaja gendering
perang kemenangan bertalu talu terhadapa pembebasan negeri negeri di bawah
kuasa rom dan parsi
Merekalah
sebenarnya yang menjadi punca fitnah dan menyalakan perang saudara yang dimulai
oleh pembangkang Muaawiyah dan penolakannya untuk mengiktiraf Ali radhiallahu
anhu selaku khalifah dan imam bagi kaum muslimin . jadi mereka ini bagaikan
kayu bakar menyalakan apinya hingga menjadi besar dan menggejolak
Muawiyyah
berkata dengan politik
Bahawa yang telah membunuh ammar adalah orang
yang keluar bersama dari rumahnya dan membawanya pergi berperang kerana
seandainya ammar tetap duduk dirumah maka tidak akan terbunuh juga
Dengan demikian
tertipulah orang ramai dengan takwil yang dicari cari ini bagaimanapun pada
umumnya ramai orang yang memendam maksud tertentu dalam hatinya setelah itu
pertempuran berkobar semula sampai saat yang telah ditetapkan
Jasad ammar
radhiallahu di dukung oleh Imam ali radhiallahu anhu ke suatu tempat, ia
mensolatkannya bersama umat muslimin, lalau dimakamkan dgn pakaiannya yang
berlumuran darah yang bersih dan suci sesungguhnya tidak satupun dari sutera
atau beludru dunia yang layak untuk menjadi kain kafan bagi seorang syahid
mulyo setaraf ammar…
Umat muslimin
berdiri dim tepi kuburnya dengan penuh ta'jub mereka teringat satu saat yang
lalu ketika Ammar berdendang di depan mereka di atas areana perjuangan hatinya
penuh kegembiraan tak ubah bagai seorang perantau yang merindukan kampong halaman
dari mulutnya terbit lafaz…
Hari ini aku
akan bertemu dengan kekasih tercinta dengan nabi Muhammad sallallahualihi
wasalam dan sahabatnya
Rasulullah
sallallahu alaihi wasalam bersabda
sesungguhnya
syurga telah merindukan Ammar..
benar jawab sahabat yang ada dekat rasulullah
sallallahu alaihi wasalam
nah benar
syurga telah merindukan ammar kini telah layak dia memenuhi panggilan rindu
syurga setiap kebaikan akan dibalas Allah dengan kebaikan…inilah kekasih
rasulullah saiyidna ammar bin yasir radhiallahuanhu.
No comments:
Post a Comment