Thursday, 1 March 2012

HAL WANITA DALAM HADIS SAHIH




اللهم  صلى على محمد اللهم صلى عليه وسلم

اللهم أنصر المجاهدين في كل مكان امين

اللهم  صلى على محمد اللهم صلى عليه وسلم

السلام عليكم



Hadis 1361 jilid 3 Sahih Bukhari

Daripada Ibnu Umar Radhiallahu anhu

Berkata…

Seorang perempuan didapati mati terbunuh
dalam suatu peperangan di masa Rasulullah
Sallallahu alaihi waSalam

Lantas baginda melarang membunuh perempuan
dan kanak kanak...
Rasulullah Salallahu Alaihi WaSalam ditanya oleh para sahabat sebagai berikut:

Apakah ada mu’min yang pengecut...
Nabi bersabda: Ada.
Baginda ditanya lagi...
Apakah ada mu’min yang bakhil...
 Baginda bersabda: Ada
 Kemudian ditanya lagi:
Apakah ada mu’min yang pembohong...
Baginda menjawab ...Tak de muslim yang berbohong hadis riwayat Imam malik



Nikah mut_ah

Nikah Mut_ah adalah nikah dengan perjanjian
untuk suatu masa tertentu umpamanya kerana si
lelaki dalam suatu tugas peperangan maka
selama masa tugasnya tersebut dan sebagainya.

Nikah mut_ah seprti ini biasa dilakukan ore pada
masa jahiliah selepas islam datang…
mula mulanya
dibolehkan nikah mut_ah oleh rasulullah
sallallahu alihi wasalam yaitu beberapa hari pada
hari hari penaklukan kota makkah sesudah itu
nikah mut_ah dilarang dalam islam







Hadis sahih mulim 1324 jilid 3

Abu hurairah berkata

Kami pergi berperang bersama dengan rasulullah
sallalahu alaihi wasalam tanpa wanita menyertai
kami

Lalu kami bertanya kepada baginda

Bolehkan kami melakukan pengebirian…

Baginda melarang kami melakukannya tetapi
membolehkan kami menikahi wanita utk suatu
tempoh masa tertentu dengan mahar sehelai
baju

Kemudian Abdullah membacakan ayat

Hai ore beriman janganlah kamu haramkan
sesuatu yang baik yang telah allah halalkan
bagi mu dan janganlah kamu melampuai batas
( wa la ta’tadu...

Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang
melampaui batas (ayat 87 surah Almaidah



Hadis sahih muslim 1325 jilid3

Dari jabir bin Abdullah dan salamah bin Akwa
radhiallahu anhu keduanya berkata

Suruhan Rasulullah sallallahu alaihi wasalam
datang kepada kami...lalu dia berkata
”rasulullah sallallahu AlAihi wasalam telah
membolehkan kamu nikah mut_ah...



Hadis 1326 sahih muslim jilid 3

Dari Abu Salamah radhiallahu anhu
berkata ...rasulullah sallallahu alihi wasalam
membolehkan nikah mut_ah pada tahun Authas
(tahun penaklukan kota makkah...selama tiga
hari. Kemudian baginda melarangnya



Hadis sahih muslim 1327 jilid 3

Dari rabi’ bin sabrah radhiallahu anhu

Berkata bapanya pergi berperang bersama
Rasulullah salllahu alaihi wasalam menakluki kota makkah.

Katanya ”kami tinggal di sana selama 15 belas
hari. rasulullah sallallahu alihi wasalam memberi
izin kepada kami melakukan nikah mut’ah.
Lalu saya dan se ore sepupuku pergi mencari
wanita untuk kami nikahi secara mut_ah.

Aku lebih tampan dari sepupuku yang memang
agak lebih jelek daripada ku.

Masing masing kami membawa sehelai baju
untuk mas kahwin. Tetapi bajuku telah usang,
sedangkan baju sepupuku masih baru dan halus

Setelah kami sampai di bawah_ atau di atas Kota
Makkah, kami bertemu dengan se ore wanita
muda, cantik dan berleher jinjang

Lalu kami bertanya kepadanya

Sudi kah anda menerima salah se ore dari kami 
berdua kahwin mut_ah denganmu...

Jawab wanita tersebut ”apa mas kahwin yang
bakal anda berikan...

Lalu kami memperlihatkan baju yang telah kami
sediakan untuk nikah mut’ah

Sementara itu , wanita tersebut sedang
memperhatikan kami,
sepupuku melihat kepadanya sambil berkata...

Baju ini sudah usang, sedangkan bajuku masih
baru dan halus

Wanita tersebut menjawab
Baju usang ini jua tidak apa apa (maksud OK...

Dia menyebutnya sampai tiga kali atau dua kali

Kemudian aku nikahnya secara mut’ah  dan
hampir sahaja aku tidak pulang rumah

Seandainya setelah berlangsung tiga hari,
Rasulullah sallallahu alaihi wasalam tidak
mengharamkannya...



Hadis sahih muslim 1328 jilid 3

Dari rabi’ bin Sabrah al Juhani radhiallahu anhu.
Bapanya mengkhabarkan kepadanya bahawa dia
pernah pergi bersama sama rasulullah sallallahu
AlAihi wasalam dalam menakluk Makkah.

Rasulullah sallallahu AlAihi wasalam bersabda ...

Aku telah membolehkan kamu nikah mut’ah

Sesungguhnya mulai saat ini...

Allah telah mengharamkannya sampai hari
Kiamat nanti.

Maka siapa yang masih punya isteri
mut’ah...ceraikanlah dia dan jangan kamu ambil
kembali daripadanya apa apa yang telah kamu
berikan kepadanya



Hadis 1329 sahih muslim jilid 3

Dari khalid bin muhajir bin Saifullah Radhiallahu
anhu berkata

Ketika dia sedang duduk dengan se ore lelaki
minta fatwa kepadanya hal nikah mut’ah...

Lalu Khalid membolehkannya

Maka berkata Ibnu Abi ”Amrah...memang , nikah
mut’ah pernah dibolehkan pada masa permulaan
Islam kerana terpaksa seperti halnya boleh
makan sebab terpaksa (lapar...

Memakan bangkai, darah, dan khinzir

Sesungguhnya Allah telah menetapkan
HUKUMnya dalam AdDin

Dan melarang melakukannya



Hadis 1330 sahih muslim jilid 3

Dari rabi’ bin Sabrah Aljuhani radhiallahu anhu

Berkata ...

Rasulullah salllahu alaihi wasalam telah melarang
melakukan nikah mut’ah

Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda...

Ketahuilah Nikah Mut’ah haram mulai hari ini
sampai Kiamat.

Siapa yang telah memberi sesuatu kepasa wanita
yang dinikahinya secara mut’ah janganlah
mengambilnya kembali



Hadis 1331 sahih muslim jilid 3

Dari Ali bin Abi Talib radhiallahu anhu berkata

Ketika terjadi ghazwah khaibar.
 Rasulullah sallallahu alihi wasalam melarang
 melakukan nikah mut’ah dan memakan daging
keldai jinak

No comments:

Post a Comment