Beliau ialah Haji Muhammad
Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar
Negeri Kelantan.
Tersohor diperingkat awal
dengan panggilan Awang Kenali oleh Muallimnya Syeikh Ahmad bin Mustafa bin
Muhammad Zain al-Fathani.
Pada tahun 1969 ke Makkah utk
belajar. Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari
sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau makan ataupun
tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak
membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan
yang Amat kuat.
Beliau duduk dalam halaqah
ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur. Hampir
semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok
Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat. Antaranya ialah
Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Hj Abdullah
Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak.
Beliau aktif menulis. Antara
karyanya: Risalatud Durril Mantsurterjemahan dan penjelasan Fadhilat Burdah
Bushiri, Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi
Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih.
Terlibat dlm menyelesaikan
pertikaian antara Syeikh Yusuf al-Nabhani dengan Muhammad Abduh (pemimpin Kaum
Muda Mesir)Para alim ulamak, asatizah dan ore ramai menunaikan solat ke atas jenazahnya di hari kewafatan beliau pada hari
Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya di Talkinkan oleh Tuan
Guru Hj Mohammad Nor bekas Mufti Kelantan.
No comments:
Post a Comment