AsSalam
Majalah Al Islam yaitu bulan
Rabiul awal/ mac 2009 ada mengisahkan
bagaimana tentera mongol yang hidup secara nomad buleh menakluk Kota Baghdad.
Pemimpin Mongol pada zaman
tersebut adalah Hulagu.
Akibat hidup mewah di kota baghdad serta banyak hiburan...Kekuatan
Rakyat baghdad
masa tersebut menjadi lemah...semangat untuk berjihad, kurang...
Hulagu yang membawa tentera Mongol
dengan mudah mengalahkan Pemerintah Kerajaan Abbasiyyah ketika hal ini
terjadi...
Kemusnahan yang besar di Iraq dan Iran akibat serangan mongol telah
di assume sebagai malapetaka dahsyat bagi umat Islam.
Seorang Sarjana Eropah D' Ohsson
dalam bukunya Histoire des Mongols cuba memberikan gambaran...Selepas
serangan dilancarkan, hanya kemusnahan dan tulang-tulang manusia sahaja yang
kelihatan. Bandar-bandar dan kampung telah dibakar manakala penduduk pula
dibunuh dengan zalim
ada ahli sejarah menyatakan bahawa
mangsa yang terkorban adalah dalam jumlah yang ramai.
ASSUBKI MENYATAKAN SERAMAI 900,000
ore,
Ibnu kathsyir mencatatkan 1.8
million ore terkorban
ada pendapat menyatakan 800,000
yang hilang nyawa...
khalifah Musta'sim telah dibunuh
dgn zalim
tubuhnya dibungkus dalam
permaidani dan kemudian dipijak pijak oleh kuda kuda tentera Mongol sehingga
mati.
Peristiwa pembunuhan khalifah ini
berlaku pada Rabu 14 Safar 656H ketika berusia 46 tahun selepas memerintah
selama 15 tahun 8 bulan.
selepas kejatuhan baghdad
pada tahun 656 H/1258M sekali gus menamatkan pemerintahan Khulafa'
Abbasiyyah
Hulagu mengarahkan Panglimanya
yang bernama Boka Timur menyerang di bahagaian selatan Iraq , Khuzistan seterusnya ke Azerbaijan
kejatuhan khalifah ini meyebabkan
kesan kepada pemerintah Islam yang khuatir akan diserang oleh tentera Mongol...
Masa inilah muncul Syeikhul Islam
Ibnu Taimiyyah yang bangun berjihad fi Qital...
Dukacita dari hal penaklukan
tentera Mongol,...
Kesan penaklukan ini telah berlaku
percampuran darah antara kaum...maka berlaku asimilasi di antara
kaum...Akhirnya pemimpin mongol ada yang memeluk Islam.
hulagi diganti oleh anaknya Abaka.
Pemimpin mongol sendiri berebut
takhta pemerintahan...
hiulagu mengasaskan pemerintahan
yg dikenali Ilkhan... berpusat di Mongol
Pemerintahan Ilkhan terletak di
Maraghah dekat Tabriz di Azerbaijan.
Pemerintahan kerajaan ini meluas
sehingga ke Khurasan , Iran ,
Azarbaijan, Al jazirah, Iraq
dan Anatolia tanpa berani dicabar oleh
pemimpin Arab ketika hal ini terjadi...
gebanor Baghdad
Iraq
zaman tersebut dilantik bernama Ahmad bin Amran
Abaka anak Hulagu telah
memperkenalkan corak pemerintahan baru yang dengan tumpuan di bidang
ketenteraan dan pentadbiran.
tiga menteri dilantik ...di
tempatkan di baghdad
usaha membangunkan kembali baghdad dijalankan
dengan membina sebuah terusan yang telah dibina di Sungai Euphrates sehingga ke Kufah...
yang menelan belanja 100,000
dinar. terusan ini adalah untuk menggalakkan pertanian bagi menjamin bekalan
makanan mencukupi...
Puak Mongol sememangnya tidak
mahir dalam soal pentadbiran serta pengurusan negara kerana bangsa ini memang
selalu kembara dari satu kawasan ke kawasan lain...
Di fahamkan, bahawa Tembok Besar China telah dibina oleh pemimpin Rakyat China bagi tujuan menghalang serangan tentera
Mongol menyeran Tanah Besar China ...sedangkan
di Baghdad tidak dibuat benteng pertahanan yang
kukuh seperti pemimpin rakyat China ..
semasa
bangsa mongol memerintah, berlaku juga kemelut ekonomi pada tahun 695H/
1295M. Inflasi berlaku secara meluas, aktiviti perdagangan dikatalan berhenti
sama sekali.
Pada November 1295M, Ghazan telah
dilantik sebagai Khan menggantikan Baydu...lantas memakai gelaran Sultan
Mahmud.
dua menteri telah dilantik iaitu
Ali Shah dan Rashid Addin Fadhlullah.
Sistem kewangan telah disusun
semula begitu juga sistem pungutan cukai
Kisah lanjut buleh dibaca di
halaman 30 majalah Islam Bulan ini...
cuma dukacita dalam artikel ini
tidak ditulis kisah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah yang bangun jihad menentang
serangan tentera Mongol. Dikisahkan Ibnu Taimiyyah pernah dipenjarakan oleh
Khalifah...
Nampak jelas kesan kejahatan
pemerintahan masa tersebut dibalas Allah dengan serangan tentera Mongol
Iktibar bagaimana Baghdad dapat ditumpaskan dengan mudah.
Masalah yang melanda umat Islam seperti bercakaran sesame sendiri, menjatuhkan
antara satu sama lain, tidak bijak mentadbir serta menguruskan. Lalai dgn
hiburan, tidak bijak mentadbir, gilakan harta, dan pangkat serta tiada kesatuan
sesame mereka akhirnya telah membawa padah memakan diri ore Islam pada ketika
itu.
Seharusnya peristiwa serangan
tentera Mongol ke atas Baghdad
menjadi Iktibar serta pengajaran agar ia tidak berulangkembali dalam lembaran
sejarah umat Islam
ditulis pada 11.3.2009
No comments:
Post a Comment