Rukun
Islam Ke-3 Zakat Emas dan Perak
1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah: (a) milik
orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.
Firman
Allah S.W.T.: Maksudnya:
Dan
orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya
pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat
azab yang pedih. (Surah At-Taubah: Ayat 34)
2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan
85g.
Kadar
zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar) Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau
lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan
kadar 2.5%.
3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan
595 gram. Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.
HIKMAT
ZAKAT
1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa
hikmat, misalnya:
(a) mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang
dikehendaki oleh Islam;
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di
kalangan orang Islam;
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;
(d) memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial,
dan pendidikan;
(e) melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri
sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.
2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat
kepada umat Islam:
(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang
seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek
perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam.
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan
harmoni;
(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup
makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam
keseluruhan kehidupan umat Islam.
3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat
berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam. Contohnya:
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan
untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada
mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi
orang Islam;
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang
halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu
golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan
pendapatan mereka.
4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan
masyarakat:
(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan
asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan
lain-lain;
(b) wang zakat dapat digunakan untuk membantu
pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;
(c) membantu golongan susah supaya dapat merasai
kesenangan hidup. ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
1. Orang fakir; orang yang tidak berharta untuk
memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin; orang yang mempunyai harta tetapi
hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
3. Amil; orang yang mengurus pungutan dan pembahagian
zakat.
4. Mualaf; orang yang baru memeluk Islam (saudara
baru).
5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya. 6. Orang
yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..
8. Musafir yang terkandas.
Bersama
kita mengimarahkan bumi Allah ini......
No comments:
Post a Comment