Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah
keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College
New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich
University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M.
dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO
di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik
menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco
Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman
dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat
berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari
kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau
melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini
serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan
dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji
al-Quran tanpa henti.
Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang
mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang
besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang
diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima
ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan,
kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani
mengubah ajaran nabi Isa?”
Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa
setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam
konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana
dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib
dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri
lakukan.
Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang
Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan
perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan
secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam
erti kata yang sebenarnya.”
Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/
Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)
Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau
adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western
Classical Dileep KumarMusic dari Trinity College of Music, Oxford University.
Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik
Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan
kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya
menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi
pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya
menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta
muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol
anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.
Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang
pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki
tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan
mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang
kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya
terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik
perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak
berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang
tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas
tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan
keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha
Rahman.
Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada
tanggal 6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau
berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya
yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi
dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan
berterima kasih kepada Allah.”
Rujukan:
http://www.arabnews.com/?page=1§ion=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom
Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)
Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah
dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada
asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun
disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau
terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada
Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama
begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau
berasa begitu dekat dengan Tuhan.
Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of
Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk
menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif
sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan
beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya
dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu
semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di
undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang
melanda umat dan agama Islam.
Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada
projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di
Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford
Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada
Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).
Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm
Jang (Bangsa China)
Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf
IslamOnline bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman
khinzir Jang(babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas
beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan
moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis
mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah
perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan
mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi
kesihatan manusia.
Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama
Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat
di negara China pada hari ini.
No comments:
Post a Comment