Friday, 3 February 2012

ABU MUSA AS_SHA'ARI DATUK ABU HASAN AS_SHA'ARI


Taqwa imtisalul awamir

Wa Yajtanibun_ nawahi

Taqwa adalah buat apa yang Allah suruh menjauhi apa yang Allah larang.



Abu Musa AsSya'ari radhialllahu anhu

Yang ujtama adalah Ikhlas kemudian berlakulah apa yg akan berlaku mengikut taqdir Allah

Mohonlah jauhi dari api neraka yg panas dan gelap…





Ketika Amirul mu'minin Umar ibnu Khatthab radhiallahu anhu menghantarnya ke Bashrah utk menjadi panglima dan gabenor , beliau mengarahkan agar rakyat berhimpun kemudian ia berucap di hadapan mereka , katanya … sesungguhnya amirul mu'minin Umar radhiallahu anhu telah menghantar aku kpd kamu sekalian agar aku mengajar kpd kalian kitab Tuhan dan sunnah nabi sallallahu alaihi wasalam serta membersihkan jalan hidup kamu sekalian



Ore ramai berasa hairan dan bertanya Tanya. Mereka mengerti apa yg dinaksud dgn mendidik dan mengajar mereka tentang AdDinul islam yg memeng menjadi kewajiban gabenor tersebut jua membersihkan jalan hidup mereka, maka hal ini memang sangat menghairankan dan menjadi suatu tanda Tanya…

Siapakah kiranya gabenorini, yg mengenai dirinya hasan basri radhiallahu anhu pernah berkata…

Tak se ore pengendera pun yg dating ke basrah lebih berjasa kpd penduduknya selain dia…

Ia adalah Abdullah bin Qais dengan nama panggilan Abu Musa AsSya'ari. Ia meninggalkan negeri dan kampong halamannya Yaman menuju makkah sebaik sahaja mendengar munculnya se ore rasulullah yg menyerukan Tauhid dan menyeru beribadah hanya kepadaAllah subhanahu Ta'ala berdasarkan penalaran akal dan penegertian serta menyuruh berakhlak mulyo…

Di makkah dihabiskan waktunya utk duduk dihadapan rasulullah sallallahu alaihi wasalam utk menerima petunjuk hidayah dan keimanan daripadanya. Kemudian pulanglah ia ke negerinya membawa kalimah Allah subhanahu waTa'ala dan baru kembali semula setelah pembebasan Khaibar. Kebetulan kedatangan ini bersamaan dgn tibanya Ja'far bin Abi Thalib radhiallah bersama rombongannya dari Habsyah, hingga semua mereka mendapat bahagian dari hasil pertempuran Khaibar\kali ini abu Musa asSya'ari tidaklah dating seore diri tetapi membawa lebih dari limapuluh ore lelaki yaman yg telah diajarkan tentang adDin Islam, serta dua ore saudara kandungnya yg bernama Abu Ruhum dan Abu Burdah rombongan ini bahkan seluruh kaum mereka dinamakan Rasulullah sallallahu alaihi waSalam selaku golongan Assya'ari, serta dilukiskannya bahawa mereka adalah ore ore yg amat lembut hatinya diantara sesamanya. Dan sering mereka diambilnya selaku tamsil perbandingan bagi para sahabatnya

Sabda rasulullah sallallahu alaihiwasalam



Kalangan AsSya'ari ini bila mereka kekurangan makanan dlm gahzwah atau ditimpa kelaparan. Maka mereka kumpulkan semua makanan yg mereka miliki pada selembar kain, lalau mereka bahagi bahagikan sama rata. Mereka adalah termasuk golonganku dan aku termasuk golongan mereka mulai saat tersebut Abu Musa radhiallahu anhu menempati kedudukan tinggi dan tetap di kalangan umat muslimin yg ditaqdirkan mendapat nasib baik kerana berpeluang menjadi sahabat rasulullah sallallahu alaihi wasalam yg terbilang dan sekaligus muridnya seterusnya menjadi penyebar islam ke seluruh dunia, pada setiap masa dan zaman.

Abu Musa radhiallahu anhu mempunyai berbagai sifat istimewa dan utama. Ia adalah prajurit yg gagah berani dan pejuang yg tangguh bila berada di medan ghazwah. Tetapi is jua se ore panglima perdamain peramah dan tenang, keramahan dan ketengannya mencapai batas maksima beliau jua se ore pakar hokum yg cerdas dan berfikiran sihat yg mampu  menumpukan perhatian kepada kunci dan punca atau inti persoalan serta mancapai sehingga ada yg mengatakan…



Qadhi atau hakim umat ini ada empat sahabat  yakni Umar, Ali Abu Musa dan zaid bin Tsabit Radhiallahu anhum ajma'in





Selain hal tersebut bersifat  suci hingga orang yg menipunya di jalan Allah subhanahu waTa'ala pasti akan tertipu sendiri, tak ubahnya seperti senjata makan tuan…Abu musa Radhiallahu anhu sangat bertanggungjawab dan amanah terhadap tugasnya dan besar perhatiannya terhadap sesame manusia. Andaikata kita ingin memilih satu semboyan atau slogan dari kenyataan hidupnya maka cogankata atau slogan tersebut akan berbunyi…

Yang utama adalah Ikhlas. Kemudian biarlah terjadi apa yg akan terjadi…

Dalam perjuangan Abu Musa asSya'ari radhiallahu anhu memegang amanah dengan penuh berani sehingga menyebabkan rasulullah radhiallahu anhu sallallahu alaihi wasalam berkata mengenai dirinya…

Pemimpin dari ore ore berkuda ialah Abu musa radjiallahu anhu

Dan selaku pejuang abu Musa radhaiallahu anhu menggambarkan hidupnya sebagaimana berikut…

Kami pernah pergi menghadapi suatu ghazwah bersama rasulullah sallallahu alaihi wasalam hingga kasut kami pecah berlobang lobang tidak ketinggal kasutku jua bahkan kuku jariku mengelupas singga kami terpaksa mambalut tapak kaki kami dgn sehelai kain yg koyak…

Keramahan kedamaian dan ketengannya jangan harap menguntungkan pihak musuh dalam sesuatu ghazwah. Kerana dlm suasana seperti ini ia akan meninjau sesuatu dgn sejelas jelasnya dan akan menyelesaikannya dgn tekad yang kenal menyerah

Pernah terjadi ketika umat muslimin membebaskan negeri parsi AsSya'ari dgn tenteranya menduduki kota Isfahan. Penduduknya meminta berdamai dgn perjanjian bahawa mereka akan membayar ufti atau pampas an. Tetapi dlm perjanjian itu mereka tidak jujur, tujuan mereka hanyalah menghulur waktu utk mempersiapkan diri dan akan memukul umat muslimin secara curang…

Tetapi kearifan Abu Musa radhiallahu anhu yg tak pernah lenyap di saat saat yg diperlukan telah mencium hasrat busuk yg mereka sembunyi. Tatkala mereka bermaksud hendaklah melancarkan pukulan itu maka abu Musa tidaklah terkejut bahkan telah lebih dahulu bersiap sedia untuk melayan dan menghadapi mereka . terjadilah pertempuran dan belum lagi sampai tengahari abu musa radhaiAllah telah mendapat kemenangan yg gemilang

Dalam medan tempur melawan empayar parsi abu Musa assya'ari radhiallahu anhu mempunyai peranan dan jasa besar. Bahkan dlm pertempuran di tutsar, yg dijadikan oleh hurmuzan selaku benteng pertahanan terakhir dan tempat ia bersama tenteranya mengundur diri, Abu musa radhiallah menjadi panglima dan bintang cemerlang. Pada saat tersebut amirul mu'minin umar ibnu khatthab radhiallahu anhu menghantar sejumlah tentera yg besar bilangannya dan dipimpin oleh Ammar bin yasir radhiallahu anhu, barra bin malik, anas bin malik, Majzah al bakri dan salamah bin Raja'

 Kedua tentera tersebut yakni tentera islam dipimpin abu musa assya'ari dan tentera parsi dibawah hurmuzan  bertembung dlm satu pertempuran dahsyah. Tentera parsi menarik diri ke dalam kota tutsar yg mereka perkuat menjadi benteng. Kota tersebut dikepung oleh umat muslimin berhari hari lamanya, kemudian panglima abu musa menggunakan aqal taktik hid'ah

Dikirimnya beberapa ore menyamar selaku pedagang parsi dan membawa dua ratus ekor kuda disertai beberapa prajurit perintis menyamar selaku pengembala

Pintu gerbang kota dibuka untuk menjemput para pedagang masuk. Sebaik benteng dibuka, prajurit prajurit menyerbu menerkam penjaga dan pertempuran kecil berlaku…



Abu musa assya'ari beserta pasukannya tidak melepaskan peluang   menyerang meyerbu masuk kota …pertempuran berlaku dahsyat beberapa lama kemudian seluruh kota dapat ditawan …semua musuh menyerah kalah.

Leader of the enemy dibawa ke Madinah bagi menyerahkan nasib mereka kpd khalifah amirul mu'minin. Abu Musa AsSya'ari Radhiallahu anhu selepas meninggalkan medan jihad fil qital…dia berubah menjadi ahli ibadah yang kuat, sufi, rajin bertaubat, sering menangis dan amat jinak dan lembut selaku burung merpati. Belia rajin membaca alQur'an dengan suara yg merdu dan lunak menggetarkan hati para pendengarnya sehingga mengenai hal ini rasulullah sallallahu alaihi wasalam pernah bersabda…



Sungguh…Abu Musa AsSya'ari Radhiallahu anhu telah dianugerahkan Allah sallallahu alaihi wasalam akan seruling dari seruling family Nabi daud alaihissalam



Setiap Umar radhiallahu anhu melihatnya maka dipanggilnya dan disuruh untuk membacakan ayat alQur'an. Beliau berseru…

Bangunkanlah kerinduan kami kepada Tuhan kami wahai abu musa…

Demikianlah pula hal dalam pertempuran di medan ghazwah, ia tidak ikut serta, kecuali jika melawan kaum musyrikin iaitu orang yg menentang AdDinul islam dan bermaksud hendak memadamkan Nur Ilahi. Adapaun peperangan antara sesame muslimin, maka ia menyingkirkan diri dan tidak akan terbabit di dalamnya.

Pendiriannya ini jelas terlihat dalam perselisiahan anta saiyidina ali karramallahu wajhah dan muawiyyah radhiallahu anhu dan pada peperangan yang apinya berkobar ketika itu antara sesame muslimin

Mumkin inti perbincangan kita kini akan dapat menyingkap prinsip hidupnya yang amat tersohor yakni dlm peristiwa di majlis tahkim. Pengadilan atau penyelesaian sengketa antara saiyidi ali Karramallahu wajhah dgn saiyidina muawiyyah radhiallahu anhu

Pendiriannya ini sering dikemukakan  selaku saksi dan bukti atas kebaikan hatinya yg berlebihan sehingga menjadi makanan lazat bagi ore yang memperdayakan dirinya , tetapi seperti mana akan  kita lihat kelak, bahawa pendirian ini walau mumkin agak tergesa gesa dan terdapat padanya suatu kecuaian, hanyalah menyingkap kebesaran sahabat yang mulyo ini sam ada kebesran jiwa…ghina'_ulnafsi…kebesaran imannya kepada yang hak serta keyakinannya kpd kawannya

Pendapat abu musa asSya'ari mengenai soal hal majlis tahkim ini dpat kita buat kesimpulan sedemikian…

Memperlihatkan adanya peperangan sesame muslim dan mempertahankan pemimpin dan adanya tanda tanda bahawa  masing masing ingin menjadi kepala pemerintahannya. Suasana antara kedua belah pihak sudah berlarutan sedemikian jauh serta teramat gawat menyebabkan nasib seluruh umat Islam telah berada ditepi jurang yg amat dalam. Maka menurut abu musa asSya'ari suasana ini mesti diubah dan dirombak dari awal secara keseluruhannya

Sesungguhnya perang saudara yg terjadi ketika itu, hanya berlegar pada peribadi kepala Negara atau khalifah yg menjadi rebutan oleh dua golongan umat muslimin. Maka jalan penyelesaiannya adalah hendaklah imam Ali radhiallahu anhu mesti turun dari jawatan gabenor, kemudian semua urusan diserahkan lagi dari awal kpd umat muslimin yg dgn jalan mustawarah akan memilih khalifah yang mereka kehendaki…

Demikian analisa dan penilaian Abu musa assya'ari radhiallahu anhu berhubung dgn hal tersebut, demikian pula kaedah penyelesaiannya. Adalah memang benar bahawa Imam ali bin abi talib radhiallahu anhu telah dilantik selaku khalifah secara sah dan benar pula bahawa perlantikan yg tidak beralasan, tidak dapat dibiarkan mencapai maksudnya utk membatalkan yang benar  di sisi syariat. Hanya sahaja pada pandangan Abu musa asSya'ari. Pertikaian sekarang ini telah menjadi pertikaian antara penduduk Iraq dan penduduk Syria, yg memerlukan pemikiran dan penyelesaiam kaedah baru. Kerana pengkhianatan muawoyah radhiallahu anhu sekarang ini telah menimbulkan pembangkangan penduduk Syria sehingga  semua pertikaian itu tidaklah hanya pertikaian dalam pandangan dan pilihan sahaja

Tetapi sesemuanya itu telah berlaruitan menjadi prang saudara  dahsyat yg telah memakan ribuan nyawa sebagai magsa perang dari kedua belah pighak dan masih mengancam Islam dan umatnya dgn akibat yang lebih parah sekiranya tidak ada sebarang tindakan perdamaian yg nyata\]

Maka melenyapkan sebab sebab pertikaian dan peperangan serta mengelakkan benih binih adan punca puncanya bagi abu Musa assya'ari merupakan cara terbaik untuk mencapai penyelesaian

Pada mulanya sesudah meneriman cadangan tahkim Imam ali radhiallahu anhu bermaksud akan melantik Abdullah bi abbas radhiallahu anhu atau sahabatnya yg lain selaku wakil dari pihgaknya. Tetapi golongan besar yg berpengaruh dari sahabat dan tenteranya memaksanya utk memilih Abu Musa AsSya'ari Radhiallahu anhu

Alasannya kerana abu musa tidak sedikit pun masuk campur dlm pertikaian antara Saiyidina Ali dan Muawiyyah radhiallahu anhu sejak semua atau dgn perkataan lain beliau mengambil sikap sederthana. Bahkan setelah putus asa dari membawa kedua belah pihak kepada saling mamahami dan mengerti kepada perdamaian dan menghentikan peperangan maka ia menjauhkan diri dari pihak pihak yg bersengketa. Maka ditinjau dari aspek ini ia adalah insane yang amat tepat untuk melaksanakan Tahkim

Mengenai Iman abu musa asSua'ari ban jujur amanahnya tidak dipertikai oleg saioyidina ali radhiallahu anhu hnaya sahaja dia tahu betul maksud tertentu pihak lain dan mereka pandai menggunakan debat dan tipu muslihat. Sedang abu musa radhiallahu anhu adalah insane lurus dan tidak suka tipu muslihat walau dia insane alim… serta ia suka bersifat jujur dgn ore lain..dan bukan dengan kepintarannya…

Kerana itu Imam Ali radhiallahu anhu khuatirs sekiranya Abu Musa AsSya'ari akan ditipu oleh pihak lain, dan Tahkim hanya akan berubah menjadi debat lidah dari sebelah pihak yang akan menambahkan buruknya keadaan Tahkim antara kedua belah pihak itu mula berjalan. Abu Musa Radhiallahu anhu tampil bagi pihak imam Ali Radhiallahu anhu sedang Amru bin Al_Ash Radhiallahu anhu selaku wakil Saiyidina Muawiyah. Dan Sesungguhnya Amru Al Ash memiliki kepintaran buat tricky dan tajam minda dlm berpolitik yang luar biasa dan sentiasa berpihak kpd Muawiyyah Radhiallahu_anhu

Pertemuan antara kedua ore awakil tersebut yakni Amru Al Ash dan Abu Musa AsSya'ri didahului dengan usul yg dicadangkan oleh abu musa assya'ari supaya percalonan Abdullah ibnu Umar selaku khalifah umat muslimin kerana tidak se ore pun di antara umat muslimin ynag mengasihi, menghormati dan memuliakannya

Mendengarkan cadangan Abu Musa AsSya'ari lalu Amru Al Ash melihat adanya peluang emas yg tidak akan dibiarkan dan maksud cadangan Abu Musa ialah bahawa agar ia sudah tidak terikat lagi dgn pihak yg diwakilinya yakni Imam Ali Radhiallahu anhu. Ertinya bahawa ia bersedia menyerahkan jawatan khalifah kpd pihak lain dari kalangan sahabat sahabat Rasulullah salllahu alaihi wasalam dgn alasan bahawa ia telah mencadangkan Abdullah ibnu Umar Radhiallahu_anhu

 Demikianlah dgn kepandaiannya amru al ash telah menemukan pintu yg lebar utk mencapai tujuan sehingga ia tetap mencadangkan muawiyyah. Kemudian dicadangkan pula puteranya sendiri Abdullah bin Amru yang memang mempunyai kedudukan yg tinggi di kalangan para sahabat rasulullah salllahu alaihi wasalam selaku saingan yang tidak bererti

Kepintaran amru al ash ini dibaca oleh keahlian abu musa assya'ari. Kerana ternyata amru al ash mengambil prinsip pencalonan itu sebagai dasar bagi perundingan dan tahkim, ia memutarkan kea rah yang lebih aman secara tidak disangka sangka dinyatakannya kpd amru al ash bahawa pemilihan khalifah itu adalah hak seluruh umat islam sedang allah subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan bahawa semua urusan mereka hendaklah dirundingkan. Musyawarah sesama muslimin. Maka hendaklah soal pemilihan tersebut diserahkan hanya kpd mereka bersama

Dan akan kita lihatnanti bagaimana amru al ash menggunakan prinsip yg mulyo ini untuk keuntungan pihak muawiyah

Tetapi sebelum itu mari kita dengar soal jawab yg bersejarah yang berlangsung antara abu musa assya'ari dan amru al ash di awal pertemuan  mereka yg dipetik dari kitab Al Akhbar at_Thiwal karya Abu Hanifah al Dainwari seperti ini…

Abu Musa: hai amru…apakah engkau menginginkan kemaslahatan umat dan redha allah subhanahu waTa'ala

Jawab Amru: apakah itu…

Kita lantik Abdullah bin Umar. Beliau tidak campur sedikit pun dlm peperangan ini.

= dan tuan bagaimana pandangan tuan terhadap muawiyah…

+tak ada tempat muawiyah disini dan tidak ada haknya…

=apakah tuan tidak mengakui bahawa uthman bin affan radhiallahu anhu dsecara aniaya…

+ benar, saya ada mengakuinya…

= maka muawiyyah adalah wali dan penuntut darahnya, sedangkan kedudukan dan asal usulnya di kalagan Quraisy telah pun tuan ketahui pula. Jika ada yg mengatakan nanti kenapa ia dilantik utk jawatan khalifah. padahal tidak ada hubung kaitnya maka tuan dapat memberikan alas an bahawa ia adalah wali  darah uthman, sedang allah subhanahu wata'ala berfirman …

Barangsiapa yg dibunuh secara aniaya. Maka  kami berikan kekuasaan kepada walinya…Disamping itu ia adalah saudara Ummu Habibah, isteri nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam jua adalahdikalangan sahabat rasulullah sallallahu alihi wasalam/

+Taqwalah kpd Allah subhanahu wa Ta'la wahai amru al ash…mengenai kemulyaan Muawiyyah yg kamu kata kan itu …seandainya khalifah dapat perolehi dgn kemulyaan…maka iansan yang amat layak berhak terhadapnya adalah Abrahah bin Ahabah kerana ia adalah keturunan raja raja yaman attababiah yg menguasai bahagian timur dan barat bumi…kemudian apa ertinya kemulyaan muawiyah  berbanding dgn Ali karramallahu wajhah…adapun katamu bahawa muawiyyah adalah selaku wali darah ke atas Uthaman …maka lebih utamalah daripanya putera uhtan sendiri yakni Amru bin uthman. Tetapi seandainya kamu bersedia mengikuti cadanganku yakni kita hidupkan kembali sunnah dan kenangan Umar ibnu Khatthab dgn mengangkat puteranya Abdullah ibnu Umar radhaiallahu anhu insane Alim yang zahid dan solih tersebut…

= kalau sedemikan apa penghalangnya apabila tuan melantik atau mencalonkan puteraku yakni Abdullah yg jua memiliki keutamaan dan kesolihan demikian lebih dahulu berhijrah dan bertemankan nabi Muihammad sallallahu alaihi wasalam…

+puteramu menag insane benar tetapi kamu telah mengheretnya ke lumpur peperangan ini…maka baiklah kita serahkan sahaja kpd insane baik putera dari insane baik yakni Abdullah ibnu Umar radhiallahu anhu…

=wahai abu musa…urusan ini tidak sesuai bagi dirinya kerana jawatan ini hanya layak bagi lelaki yang memiliki dua pasang geraham yg satu untuk makan sedang lainnya utk member makan

+ telah melampaui engkau wahai amru…umat muslimin telah menyerahkan penyelesaian masalah ini kpd kita setelah mereka  berpanahan dan bertetakan pedang. Maka janganlah kita jerumuskan mereka kpd fitnah yg lebih parah

=jadi bagaimana pandangan tuan

+pendapatku, kita lucutkan sahaja jawatan khalifah tersebut dari kedua mereka yakni Imam ali radhiallahu anhu dan muawiyyah radhiallahu anhu dan kita serahkan sepenuhnya kpd musyawarah umat muslimin yg akan memilih siapa yang mereka sukai untuk menjadi khalifah

=ya saya bersetuju dgn pendapat ini kerana di sanalah terletak keselamatan jiwa manusia

Jika kita analisa dan hayati percakapan tersebut akan kita dapat gambarkan yg biasa kita bayangkan mengenai abu musa assya'ari yg setiap  kita ingat akan peristiwa tahkim ini ternyata bahawa  abu musa radhiallahu anhu  jauh sekali akan dapat dikata kan lengah atau lalai. Bahkan dalam soal jawab ini kepintaran dan kecerdikan nya menonjol dari kecerdikan amru al ash yg terkenal licik…

Kemudian ketika amru al ash radhiallahu anhu hendak memaksa abu musa assya'ari menerima muawiyyah selaku khalifah dgn alas an kebangsawannya dlm umat quraisy dan kedudukannya selaku wali darah uthaman ibnu Affan maka datanglah jawaban dari abu musa assya'ari suatu jawaban yg bernas dan tajam laksana mata pedang yakni seandainya khalifah  berdasarkan kebangsawanan maka

Abdullah ibnu Abbas telah menasihati Abu Musa AsSya'ari  dgn berkata…

Demi allah subhanahu waTa'ala saya khuatir amru al ash akan menipu tuan .jika telah tercapai persetujuan mengenai sesuatu antara tuan berdua , maka silakan lebih dahulu ia berucap kemudian barulah Tuan berucap…





Tetapi sebagimana disebutkan tadi melihatkan suasana sedemikian gawat dan penting, abu musa ssya'ari radhiallahu anhu tidak menyangka amru al ash akan melakukan suati muslihat sehingga ia merasakan yakin bahawa amru akan memenuhi apa yg telah mereka persetujui bersama.

Hari berikutnya kedua mereka bersemuka, abu musa radhiallahu anhu mewakili pihak imam ali karramallahu wajhah dan amru al ash mewakili muawiyyah radhiallahu anhu

Abu  musa mempersilakan amru berucap lebih dahulu tetapi ia menolak dan katanya

Tidak mumkin aku akan berucap lebih dahulu dari tuan…tuan lebih utama daripadaku lebih dahulu hijrah dan lebih tua…



Maka tampillah abu musa assya'ari radhiallahu anhu , ia menghadap kea rah ore ramai dari kedua belah pihak yg sedang dudk menunggu dgn berdebar seraya berkaya…



Wahai saudaraku sekalian kami telah meninjau dan mangkaji sedalam dalamnya mengenai hal ini yg akan dapat  mengikat tali kasih saying dan memperbaiki keadaan ummat ini, kami tidak melihat jalan yg lebih tepat daripada melucutkan jawatan kedua  tokoh ini ali radhiallahu anhu dan muawiyah radhiallahu anhu dan menyerahkannya kpd kehendak menjadi khalifah . dan kini sesungguhnya saya telah melucutkan ali dan Muawiyyah dari jawatan mereka. Maka hadapilah urusan kamu sekalian ini dan lantiklah insan yang kalian sukai untuk menjadi khalifah kalian…

Kini tiba giliran amru ardhaiallahu anhu utk memmaklumkan perlucutan muawiyyah sebagaimana telah dilakukan abu musa assya'ri terhadap ali radhiallahu anhu…

Untuk melaksanakan persetujuan yg telah dilakukannya kelmarin. Amru

Menaiki mimbar lalau berkata…



Wahai saudara sekalian. Abu Musa telah mengatakan apa yang telah kamu sekalaian dengar dan ia telah melucutkan sahabatnya dari jawatan. Ketahuilah bahawa saya  juga telah melucutkan sahabat saya dari jawatannya sebagimana yg ia lakukan dan saya mengukuhkan sahabatku muawiyyah kerana ia adalah wali dari amirul mu'minin Usman ibnu affan dan penuntut darahnya serta manusia yang lebih berhak dgn jawatan ini.

Abu musa tidak tahan menghadapi kejadian yg tidak disangka sangka ini. Beliau mengeluarkan kata kata sengit dank eras selaku tamparan peringatan kpd amru. Kemudian ia kembali kpd sikap mengasingkan diri, diayunkan langkah nya menuju makkah di dekat baitullahilharam menghabiskan usianya dan hari harinya di sana Ubudiah kpd Allah.

AdDin 'ala mulukihim

AdDin atas pemimpin mereka…rakyat ikut pemimpin

Abu Musa adalah insane yg amat diyakini Rasulullah sallallahu alaihi wasalam

Dan kesayangan rasulullah sallallahu alaihi wasalam

Dan sahabat sahabatnya

Sewaktu rasulullah sallalahu alaihi wasalam masih hidup, ia dilantik  menjadi gabenor di yaman bersama muaz bin jabal.

Setelah rasulullah sallallahu alihi wasalam wafat ia kembali ke madinah untuk memikul tanggungjawabnya jihad besar yg sedang dihapadi tentera islam menentang farsi dan rom

Di zaman khalifah umar alkhatthab selaku amirulmu'minin. Dia telah dilantik selaku ganbenor di bashrah sedang khalifah usman ibnu affan telah melantiknya selaku gabenor kufah

Abu musa assya'ari radhiallahu anhu termasuk ahlu alqur'ani dan beliau rajin membaca al qur'an dan meng hafaznya mendalami mengamal dan menghayati isi kandunngannya.

Dia berkata…

Ikutilah alqur'an…dan jangan kamu sekalian berharap akan diikuti oleh alqir'an



Beliau jua termasuk ahli ibadah…ubudiah yang tinnggi kepada allah ta'alatabah. Waktunya di isi dgn berpuasa walau dimusim panas …selaku ahli sufi yang rajin berpuasa walau panas terik mentari siang…

Dia berkata…

Mudah mudahan rasa haus di panas terik siang ini akan menjadi [-elepas dahaga bagi kita di hari kiamat nanti…

Pada suatu hari yg lembut…ajal hamper tiba wajah menyinar nur cemerlang wajah insane yang mengharapkan rahmah Allah serta sawaaban wa khaira amalan dari Allah Ta'ala dia berzikir diulang ulangkan



Allahuma antasSalam…wa minKasSalam…

No comments:

Post a Comment