Monday 16 April 2012

UTAMA kan kita belajar hadis sahih



1- Nabi telah hidup selama 23 tahun, dan banyak antara perkataannya telah dirakamkan oleh para sahabat, daripada seorang kepada seorang, bersambung-sambung sehingga ke zaman di mana kata-kata Nabi ini telah dibukukan.

2- Selain daripada perkataan Nabi, para sahabat turut merakamkan segala perbuatan, peristiwa, sifat-sifat dan apa-apa yang berkaitan dengan Nabi yang mereka kenali.

3- Rakaman itu yang hamper 700 ribu hadis, akhirnya dikumpulkan setelah disaring keasliannya, dikenali para periwayatnya, oleh para imam hadis. Ada hadis palsudan hadis dhaif yang kemudian di tapis dan hanya yang sahih dikumpulkan dalam hadis sahih muslim sahih bukhari Abu Daud. ibnu majah Abid Dunya AtTirmizi, AnNasai dan beberapa perawi hadis hasan sahih dan muktabar…

Hadis palsu (maudhu’) muncul sebab ada puak nak menghina manusia dan menghina nasab keturunan manusia…maka hadis palsu itu telah memecahkan kesatuan umat islam…

Hadis dhaif yang muncul jua adakala buat manusia keliru…



4- Pelbagai kitab telah ditulis, antara yang popular ialah Al-Muwatta’ oleh Imam Malik, Al-Musnad oleh Imam Ahmad, kitab-kitab oleh Imam Al-Bukhariy, Imam Muslim, Imam Abi Dawud, Imam An-Nasa’iy, Imam Ibnu Majah, Imam At-Tirmizi, Imam Ad-Daruqutniy dan banyak lagi.

5- Sangat malang apabila ramai dalam kalangan umat Islam menyebarkan hadis dhaif dan hadis palsu sebab kurang ilmu belajar hadis

6- Dan hadis 40 adalah kitab Hadis yang baik untuk dihafal dan di amalkan kitab Al-Arba`un An-Nawawiyyah – yang ditulis oleh Imam An-Nawawiy (meninggal 676H) –antara isi hadis ARBAIIN adalah…bab niat lillah Taala akan di berikan sawaabal akhirah…


7- kitab hadis 40 turut ditulis oleh An-Nasawiy (meninggal 303H), Al-Ajurriy (meninggal 360H), Ibnu l-Muqri’ (meninggal 381H), Al-Bayhaqiy (meninggal 458H), Syaykhi sy-Syuyukh (meninggal 541H), Ibnu `Asakir (meninggal 571H), dan ramai lagi.

8- Sebenarnya sangat banyak lagi hadis yang perlu diketahuï dan dipelajari oleh umat Islam, Allah berkata:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً
Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam itu sepenuhnya Al-Baqarah Ayat 208

9- At-Tabariy menyebut Ta’wil «sepenuhnya» sebagai jami`an (kesemuanya).

10- Bagaimanakah umat Islam boleh mengamalkan Islam keseluruhannya jika Al-Qur’an tidak baca berulang-ulang, dan KURANG BACA HADIS SAHIH

11- Muhammad Fu’ad `Abdu l-Baqi menghitung hadis dalam
Sahih Al-Bukhariy sebanyak 7563 hadis, belum lagi hadis dalam Sahih Muslim, atau kitab-kitab hadis yang lain.

12- Wajar LAH kita membaca kesemua hadis Nabi – sekurang-kurangnya yang sahih yang terdapat di dalam Sahih Al-Bukhariy atau Sahih Muslim – kemudian barulah diikuti dengan kitab-kitab ANNASAI ATTirMIZI, ABID DUNYA, ABU DAUD, INBU MAJAH dll


 Wahai para penceramah, wahai para penda`wah, sampaikanlah hadis-hadis Nabi itu – keseluruhannya – kepada masyarakat Kata Nabi:
فليبلغ الشاهد الغائب ، فرب مبلغ أوعى من سامع
«Maka hendaklah orang yang menyaksikan menyampaikan kepada yang tidak hadir. Maka barangkali orang yang disampaikan itu lebih faham daripada orang yang mendengar» [Al-Bukhariy/ 1741]

13- Maka apakah hujah untuk para `alim menafikan masyarakat daripada mendengar dan mengetahuï hadis Nabi sedangkan Nabi yang memerintahkannya… Bahkan Nabi menyebut bahawa mungkin orang yang disampaikan hadis itu lebih faham daripada orang yang mendengarnya sendiri…

14- Wahai umat Islam, mulalah membaca hadis-hadis Nabi, bermula dengan kitab Sahih Al-Bukhariy, agar anda lebih dekat dengan Islam dan ajarannya.



Mula kan lah baca hadis Arbain imam AnNawawi, hadis sahih muslim hadis, sahih Bukhari  dan hadis qudsi

15. Bersama kita belajar hadis sahih supaya kita hidup cemerlang

No comments:

Post a Comment