Wednesday 29 February 2012

BAB solat hajat


salaf tidak beramal dgn solat hajat? ana kurang bersetuju dgn kenyataan ini.

sebab ana pernah jumpa dlm kutub sittah, bab yg tulis "solat hajat", kalau bukan bab pun, ia kata2 imam hadith.

so nk kata ia bid'ah total tu, ana xbrani.

lgpun hadith solat hajat ada yg sahih, 1 je yg sahih dlm sunan tirmizi - kata tirmizi "hasan sahih".

cuma hadith tu x sebut nama "solat hajat".

yg pasti solat hajat ni tak dilakukan dgn jamaah, ia dilakukan solo.

juga xda kaifiat tertentu yg khas.

owh, bru paham.

kalau yg kaifiat dan teknik khas solat hajat yg biasa diamalkn kebanyakan org zaman ini spt:

1- lepas solat, sujud khas minta doa - amalan ni xda asal dari salaf, bahkan Nabi larang aft solat, kita sujud

2- buat dgn jamaah - juga xda dari amalan salaf

3- solat hajat dgn mengkhususkan rak'at pertama baca surah ini, rak'at ke-2 baca surah ni - maka ini juga xda asal.
_________________

ana dh tgk, dan ana akn buka Mizanul 'Itidal. Dan akan semak adakah benar al-Bukhari sebut "hadith solat hajat". Jika benar al-Bukhari sebut mcm tu, maka ni telah menyelesaikan semua kemusykilan tntg hadith solat hajat ini.

URD tak masukkan 1 hadith solat hajat yg sahih, ada dlm sunan tirmizi, kata Tirmizi "hasan sahih".

ana telah semak semula kutub sittah, benar istilah "solat hajat" di gunakan oleh imam-imam hadith, antaranya ialah Imam at-Tirmizi, dan Imam Ibn Majah.

Imam at-Tirmizi membuat bab khas dlm sunannya tajuk: " ma ja'a fi solat al-hajah" [bab solat hajat]".

imam ibn majah buat baba khas dlm sunannya tajuk: " " ma ja'a fi solat al-hajah" [bab solat hajat]"


dan antara hadith solah hajat yg sahih ialah:


أن رجلا ضرير البصر أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال ادع الله أن يعافيني قال إن شئت دعوت وإن شئت صبرت فهو خير لك قال فادعه قال فأمره أن يتوضأ فيحسن وضوءه ويدعو بهذا الدعاء اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة إني توجهت بك إلى ربي في حاجتي هذه لتقضى لي اللهم فشفعه في

dia berkata:
Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia menyingkapkan kembali pandangan mataku, Dan (Rasulullah) berkata: Atau aku biarkan engkau (terus dalam keadaan buta).

Lelaki buta berkata: Sesungguhnya telah menyukarkan aku akan kehilangan pandangan mataku ini.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Pergilah engkau berwudhuk, kemudian solatlah dua rakaat kemudian bacalah (berdoa):
“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dan aku bertawajjuh (menghalakan) permintaanku kepada-Mu dengan nabiku nabi pembawa rahmat , Ya Muhammad sesungguhnya aku bertawajjub kepada Tuhanku dengan (keberkatan dirimu) agar Dia menyingkapkan mataku (mengembalikan penglihatanku)”.

Nabi berkata: “Ya Allah: Syafaat dia dengan sebab diriku, syafaatkan aku pada diriku. Dia (si buta) kembali (ke rumahnya) dalam keadaan matanya telah Allah jadikan pulih seperti biasa (dapat melihat semula).”

takhrij:

HR Tirmizi (3578, bab solat hajat), Ibn Majah (1145,bab solat hajat), al-Baihaqi dlm Dlail Nubwwh (6/166), al-Munziri dlm al-Targhib wa al-Tarhib (1/326, bab solat hajat) dan lain-lain
** RALAT: perkataan yg dimerahkn tu, ana silap tulis sbb nk cepat, yg betul adalah dlm kitab daawat - di edit oleh fathi-

status:

SAHIH.

disahihkan antaranya oleh:

at-Tirmizi: katanya "hasan sahih gharib"

Ibn Majah: katanya "haza hadith sahih"

al-Baihaqi: katanya "diriwayatkn dgn isnad sahih"

Abu Zur'ah: sahih (ilal ibn abi hatim, 3/229)

al-Albani: katanya "sahih" (sahih Tirmizi, 3578, sahih ibn majah, 1145, sahih al-Targhib (681).

************

oleh itu kalau kita nk kata solat hajat ni bid'ah dan tidak di amalkan salaf, maka ia satu perkara yg berat. Hadith solat hajat Uthman Hunaif ni juga disahihkan oleh al-Albani.

Salam,

Idea salat hajat dalam salafu s-salih ialah:

1- Mereka berdoa dalam salat.

2- Apabila mereka perlu untuk berdoa, mereka lebih suka bersalat.

3- Jadi mereka ambil wudhu', dan bersalat sunat 2 raka`at.

Itu sahaja.

* Mungkin nama salat munajat lebih sesuai, kerana mereka bermunajat kepada Tuhan, mengadukan masalah mereka, dan meminta dilepaskan daripada masalah tersebut.
Salam,

PEMBETULAN (minor, tetapi penting)

1- Hadis [At-Tirmizi/ 3578] terletak dalam Bab 19 (tanpa nama), di bawah Kitab 46 Ad-Da`awat `An Rasuli Llah.

2- Sungguh At-Tirmizi meletakkan bab bertajuk 17 Bab Ma Ja'a fi Salati l-Hajah [17 Bab Apa Yang Datang Tentang Salati l-Hajah] dalam Kitab 3 Al-Witr, tetapi hanya ada satu hadis diletakkan di bawah bab tersebut iaitu hadis [At-Tirmizi/ 478] <man kanat lahu ila Llahi hajatun... sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah>. Qala Abu `Isa: haza hadis gharib waf i isnadihi maqal.

3- At-Tirmizi tidak menghuraikan -seperti dalam hadis lain- bahawa ia menjadi amalan sesiapa, dan tiada huraian apa-apa langsung tentang fiqh hadis di atas.

4- SOALAN: Adakah hadis di atas, lebih tepat merujuk kepada salat sunat wudhu'? [Rujuk hadis fadhilat salat sunat wudhu', hadis bunyi tapak kasut Bilal]

WaLlahu a`lam.

syukran ust Majar Adou atas tahqiq, ya ana tersilap sikit td, hadith uthman ni at-Tirmizi letak dlm kitab ad-daawat, ana silap letak dlm takhrij, sbb nk cepat td.

apapun hadith uthman ni mmg sahih.

cuma di mana ia diletak tu tak disepakati, at-Tirmizi tak masukkan dlm bab solat hajat. Tp Ibn Majah masukkn dlm bab solat hajat, juga al-Munziri masukkan dlm bab solat hajat.

juga kewujudan bab bertajuk "solat hajat" itu mmg ada dlm sunan tirmizi dan ibn majah, ini menunjukkan nama solat hajat ada asal. Ditambah pula ia dibuat oleh Imam at-Tirmizi.

walaupun imam at-Tirmizi membuat bab solat hajat dlm sunan, tapi memasukkan hadith Faaid, dan hadith Faaid ni mmg dhaif zaman berzaman, namun keberadaan hadith ini dlm sunan at-Tirmizi dgn nama bab "solat hajat" menunjukkan solat hajat ada asal disis salaf, di tambah pula kata at-Tirmizi semua hadith2 dlm kitab sunannya adalah di amalkan para ahli ilmu (kecuali 2 hadith),ingat hadith dhaif, bukan automatik bermaksud fiqh tiada scr total.

juga dlm bab al-Targhib dan al-Tarhib, imam salaf ada juga menggunakan hadith dhaif, dan ini dapat dilihat dgn kes solat hajat ini dimana at-Tirmizi memasukkan hadith faaid dan at-Tirmizi mendhaifkan hadith faaid, dan pada masa yg sama pada kitab al-ilal imam at-Tirmizi menyatakan kesemua hadith2 dlm kitabnya ini di amalkan ahli ilmu / atau sebahagian ahli ilmu (maksud fiqhnya khilaf) kecuali 2 hadith.

juga contoh lain di mana imam salaf mengguna pakai hadith dhaif dlm al-Tarhib dan al-Targhib adalah dijumpai dalam sahih bukhari, dimana hadith "barang siapa yg berbuka puasa tanpa rukhsah.. xdpt ganti walau 1 tahun", hadith ni dhaif dan di dhaifkan oleh al-Bukhari sendiri (dlm ilal tirmizi kabir), namun al-Bukhari memasukkan hadith ini dalam kitab sahihnya secara muallaq, ini ia menunjukkan al-Bukhari menggunakan hadith ini sbg tarhib. (credit kpd syaikhuna Anwaruddin, kerana berkongsi info ini pada ana kelamarin ketika berbincang hadith puasa, bukti sstgh hadith dhaif ada diguna salaf dlm bab tarhib)
_________________

ya, nama saja. Imam Ibn Majah antara yg menggunakan istilah solat hajat, juga imam at-Tirmizi.

namun, ia bukanlah solat hajat yg difahami org kita skrg dgn dibuat berjamaah, solat perdana etc. Ia dibuat solo.


buat berjamaah mmg tak di amalkan salaf.

namun kita tak boleh menafikan adanya nama "solat hajat", kerana nama ini digunaka pakai para imam hadith spt ibn majah dan at-tirmizi.

hadith uthman bin hunaif yg sahih ini, ssetengah tidak menganggap ia dalil solat hajat, namun ada yg menganggap ia dalil solat hajat, antaranya imam ibn majah, ibn majah memasukkn ia dlm bab solat hajat, juga imam al-munziri.

sbb tu ana sebutkan, utk kita kata scr umum "solat ahajat tiada asal dan ia bid'ah", ia adlah satu perkara yg berat.

yg baik ialah kita kata: "solat hajat ini khilaf antara fuqaha', kesemua hadith solat hajat adalah dhaif, kecuali 1 hadith, iaitu hadith uthman bin hunaif, sesetgh fuqaha' mengguna pakai ia sbg dalil solat hajat, dan sstgh yg lain tidak menggunapakai ia sbg dalil solat hajat, antara yg menggunapakai ia dalil solat hajat adalah imam ibn majah, imam al-munziri dan lain2. Adanya nama dan istilah "solat hajat" dalm kitab2 mutun hadith menunjukkan ia ada asal,

yg penting, tidak diketahui dari amalan salaf solat hajat di lakukan scr berjamaah, apatah lagi dijadikan majlis sehiungga dinamakan "solat hajat perdana", jika seseorg berpgg dgn hadith uthman hunaif ini utk solat hajat, maka ia tiada masalh, namun ia perlu dilakukan scr solo"

kenyataan terlalu ringkas, ia boleh memberi indikasi solat hajat tiada asal lansung, dan mengundang keliru bg mereka yg baru berjinak2 dgn sunnah

sebab tu ana cadangkan kita explain dgn detail skit, dan jgn terlalu ringkas:

"solat hajat ini khilaf antara fuqaha', kesemua hadith solat hajat adalah dhaif, kecuali 1 hadith, iaitu hadith uthman bin hunaif, sesetgh fuqaha' mengguna pakai ia sbg dalil solat hajat, dan sstgh yg lain tidak menggunapakai ia sbg dalil solat hajat, antara yg menggunapakai ia dalil solat hajat adalah imam ibn majah, imam al-munziri dan lain2. Adanya nama dan istilah "solat hajat" dalm kitab2 mutun hadith menunjukkan ia ada asal,

yg penting, tidak diketahui dari amalan salaf solat hajat di lakukan scr berjamaah, apatah lagi dijadikan majlis sehiungga dinamakan "solat hajat perdana", jika seseorg berpgg dgn hadith uthman hunaif ini utk solat hajat, maka ia tiada masalh, namun ia perlu dilakukan scr solo"
susah nk aplikasi, sebab dlm byk kitab-kitab terjemhan melayu perkataan "salat al-hajah" telah diterjemah dgn nama "solat hajat".

dan kita tak boleh nafikan istilah "salat al-hajah" sebab ia diguna-pakai imam2 hadith dlm kitab mereka, cth- imam tirmizi, dan imam ibn majah
_________________

Makin hangat, ingatkan dah stop, terimakasih pada syeikh2 AFN, cuma saya berpendapat sepertimana Utz Fathi.

Kesilapan atau ketidakbetulan amalan orang nusantara, jawi dan jawa dalam soal soal ini - "solat hajat" tidak boleh digunakan untuk menolak hujah keberadaannya hujah solat hajat dan amalannya.
merujuk kepada doa daripada hadis tersebut, ia merujuk kepada perbuatan bertawassul kepada Nabi. Sekiranya ia hendak diamalkan pada masa ini, sudah tentu ia tidak sesuai, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah wafat.

Dari segi kaifiyat (berdasarkan saranan Rasulullah dlm hadis tersebut), solat ini adalah dimulakan dari berwudhu', kemudian solat dua rakaat, dan kemudian berdoa dengan doa Allahumma ini as aluka...
قَالَ فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيَدْعُوَ بِهَذَا الدُّعَاءِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ
sehingga seterusnya....

geng tareqat mmg seronok baca thread ni....

Rumusan ana:

semua hadith dalam menetapkan solat Hajat, semuanya dha'if. Walaupun Imam-imam hadith create tajuk dalam kitab2 sunan mereka, mereka sebenarnya melemahkan hadith2 solat Hajat..

Adapun hadith orang buta (Othman Hunaif) walaupun sahih, ia bukanlah hadith dalil solat Hajat.

Lajnah Daimah, KSA, dgn tegas memfatwakan solat Hajat tidak tsabit dan tidak boleh dilakukan. Bila diajukan soalan kpd Syaikh Ibn Uthaimiin, apakah status solat Hajat. beliau menjawab: " Tida ada solat Hajat. Jika ada istilah solat itu, sudah pasti ada dalil syara` dan menjadi hujah bagi kita, sedangkan ia tidak ada.."

bagi geng madzhab, biarlah mereka. kita penuntut ilmu, kena terus bergerak kedepan, jgn undur ke belakang...

geng tareqat mmg seronok baca thread ni....

Rumusan ana:

semua hadith dalam menetapkan solat Hajat, semuanya dha'if. Walaupun Imam-imam hadith create tajuk dalam kitab2 sunan mereka, mereka sebenarnya melemahkan hadith2 solat Hajat..

Adapun hadith orang buta (Othman Hunaif) walaupun sahih, ia bukanlah hadith dalil solat Hajat.

Lajnah Daimah, KSA, dgn tegas memfatwakan solat Hajat tidak tsabit dan tidak boleh dilakukan. Bila diajukan soalan kpd Syaikh Ibn Uthaimiin, apakah status solat Hajat. beliau menjawab: " Tida ada solat Hajat. Jika ada istilah solat itu, sudah pasti ada dalil syara` dan menjadi hujah bagi kita, sedangkan ia tidak ada.."

bagi geng madzhab, biarlah mereka. kita penuntut ilmu, kena terus bergerak kedepan, jgn undur ke belakang...

Imam Tirmizi buat bab "ma jaa fi salat al-hajah", dan masukkan hadith Faaid, kemudian beliau melemahkannya,

pada kitab ilal saghir (bab terkahir sunan tirmizi), kata at-Tirmizi: "segala hadis-hadis yang terdapat dalam kitab ini adalah hadis-hadis yang kandungannya diamalkan...kecuali dua hadis..".
__________

Dr. MAZA pernah ditanya tntg solat hajat, dan jawab Dr. MAZA: "hadith solat hajat itu khilaf, ada yg dhaifkan , dan ada yg naikkan taraf kpd Hasan, dan jika seseorg itu brpgg hadith itu sbg hasan, ia dilakukan secara sendiri-sendiri, bukan berjamaah"

ni apa yg ana pernah dgr kata2 Dr. MAZA dlm kuliahnya lama dulu. Boleh semak recording2 kuliah Dr. MAZA.


kalau ini alasan enta, enta kena tolak bukan saja term "solat hajat", bahkan byk lagi term2 solat sunat yg lain, sbb byk solat sunat penamaanya tidak disebut Nabi, tapi ahli fiqh yg namakannya.

alhamdulillah, ana telah semak kitab Mizan al-'Itidal, dan ana tidak jumpa kata2 al-Bukhari yg URD nukilkan itu.


kata URD:

Kata al-Bukhari: “Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” (Lihat Mizanul l’tidal. jld. 1. Hlm. 6 - terjemhan URD)

pada tempat yg lain dlm artikel yg sama, kata URD:

Dan menurut jarah Imam Bukhari: “Setiap Rawi yang telah aku katakan padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” (Lihat Mizanul l’tidal. jld. 1. Hlm. 6- terjemahan URD)

Nampaknya terdapat kecelaruan pada terjemhan URD, rujukan yg sama iaitu Mizan al-'Itidal, jld 1, m/s 6, tapi URD terjemah dgn gaya yg berbeza, terjemahan pertama adanya tambahan lafaz "hadith solat hajat", dan terjemhan kedua tiada tambahan lafaz "solat hajat", setelah di semak, yg betul seperti dlm naskhah asal dlm bahasa arab adalah tanpa tambahan lafaz "hadith solat hajat".

----------------------

setelah disemak, ana tidak jumpa kata al-Bukhari yg menyebut:

“Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.”

perkataan yg di merahkn tiada pada ayat asal dlm bahasa arab dalam kitab Mizan al-Itidal. Diharap URD dapat betulkan mistake pada terjemhan makalah tersebut

-------------------------

kitab Mizan al-'Itidal yg ana guna utk buat semakan ini ialah, ana guna 2 edisi:

1 - Mizan al-'Itidal (softcopy):
software maktabah syamilah ver, 2.11

2- Mizan al-'Itidal (pdf- scan dari kitab yg asal hard copy):

nama kitab: Mizan al-'Itidal fi Naqd al-Rjal
penulis: Imam al-Hafiz syamsuddin Muhammad bin Ahmad az-Zahabi
tahqiq: syaikh Ali Muhammad, syaikh 'Adil Ahmad
cetakan: Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut-Lubnan, 1995M/1426H
jilid: 8 jilid
_________________
ya betul sheikh fathi. masalah nama solat2 sunat itu tak disebut oleh Nabi sallallaahu`alaihi wasallam, sbg contoh solat sunat wudhu`, Nabi sallallaahu`alaihi wasallam tidak menyebut nama solat sunat wudhu` secara specific , begitu juga dgn solat sunat istikhoroh, ini sekadar 2 contoh yang saya bawakan tapi yang mengklasifikasikan atau yang menamakannya adalah ulama bersesuaian dengan munasabatul (penyesuaian dan pemahaman makna) hadith.

Oleh itu timbul lah lafaz niat bagi ulama yang mementingkan lafaz niat, tujuannya utk membezakan solat2 sunat yang berbagai jenis itu, seperti : " usolli sunnatal hajatii ...."

Sebenarnya tidak perlu melafazkan begitu kerana Nabi sallallaahu`alaihi wasallam tidak menyebutnya begitu dan melafazkannya adalah bid`ah.

Memang hadith solat hajat itu khilaf. oleh itu sesiapa yang nak melakukannya ahlan wasahlan tetapi secara bersendirian. WALLAAHU `AA`LAM.


A: yg kata adanya solat Hajat

ana telah buka kitab2 ulama' ahlus sunnah yg mensunnahkan solat hajat, ana bentangkan disini:

------------- kitab2 fiqh Mazhab yg 4:

mazhab syafie:

1 - Imam Nawawi, al-Majmu syarh al-Muhazzab, 4/60: Imam Nawawi antara ulama ASWJ yg menyatakan adanya solat hajat, dan dlm kitabnya al-Majmu', beliau menukilkan hadith Ibn Abi Aufa (yg rantainnya ada rawi bernama Faaid), dan beliau menukilkan sekali kata at-Tirmizi bahawa hadith itu dhaif.

nampaknya imam an-Nawawi berpegg adanya solat hajat, dan beliau pada masa yg sama tahu hadith yg digunakannya adalah dhaif.

2- Imam Nawawi, al-Adzkar : dalam kitab al-Adzkar, imam an-Nawawi turut menaytaakn sunnahnya solat hajat, dan dlm kitab ini an-Nawawi membawakn hadith Uthman bin Hunaif (hadith org buta) itu,

nampaknya imam an-Nawawi antara ulama ASWJ yg berpgg hadith Uthman bin Hunaif (yg disepakati sahih) itu sbg dalil solat hajat.

mazhab Hanbali:

1- Ibn Qudamah, kitab al-Mughni, 1/438: Ibn Qudamah antara yg mengatakan adanya solat hajat, dan Ibn Qudamah nukilkan hadith ibn abi aufa yg dhaif itu.

mazhab Hanafi:

1- Hasyiah Ibnu Abidin, juz 2, hal. 28: disebutkan tntg solat hajat, dan di sebut hadith ibn abi aufa dan uthman hunaif

mazhab Maliki:
Al-Syarhul Kabir, juz 1, hal 314: disebut solat sunat hajat sbg sunnah

---------------- kitab2 mutun hadith:

1- Imam Ibn Majah: ada membuat bab "ma jaa fi salat al-hajah", dan Imam Ibn Majah masukkan 2 hadith, hadith pertama adalah hadith ibn abi aufa (yg dhaif), dan hadith ke-2 adalah hadith uthman b. hunaif, dan disebut dlm sunan ibn majah : hadith ini sahih.

nampaknya imam ibn majah antara yg menyatakan ada solat hajat, dan beliau menggunapakai hadith uthman b. hunaif (hadith org buta) sbg salah satu dalil nya juga

2- Imam at-Tirmizi: imam Tirmizi buat bab "ma jaa fi salat al-hajah", dan masukkan hadith Faaid, kemudian beliau melemahkannya,

pada kitab ilal saghir (bab terkahir sunan tirmizi), kata at-Tirmizi: "segala hadis-hadis yang terdapat dalam kitab ini adalah hadis-hadis yang kandungannya diamalkan...kecuali dua hadis..".

--------------------

B: yg kata tiada solat hajat

antaranya ialah ibn uthaimin, soleh al-munajjid,al-Albani, lajnah daimmah. Kerana hadith2 nya lemah dan mereka tidak mengaggap hadith Uthman bin Hunaif sbg dalil solat hajat.


----------------- kesimpulan ana:

solat hajat ini khilaf antara fuqaha', kesemua hadith solat hajat adalah dhaif, kecuali 1 hadith, iaitu hadith uthman bin hunaif, sesetgh fuqaha' mengguna pakai ia sbg dalil solat hajat, dan sstgh yg lain tidak menggunapakai ia sbg dalil solat hajat, antara yg menggunapakai ia dalil solat hajat adalah imam ibn majah, imam al-munziri dan lain2.

Adanya nama dan istilah "solat hajat" dalm kitab2 mutun hadith menunjukkan ia ada asal,

yg penting, tidak diketahui dari amalan salaf solat hajat di lakukan scr berjamaah, apatah lagi dijadikan majlis sehingga dinamakan "solat hajat perdana",

jika seseorg berpgg dgn hadith uthman hunaif ini utk solat hajat, maka ia tiada masalh, namun ia perlu dilakukan scr bersendirian, lihat juga archive tntg solat hajat (sendirian VS berjamaah): www.al-fikrah.net/Foru...hajat.html


wallah-hu-'alam
Fathi
_________________

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya.
Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia,junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang
mengikuti mereka sehingga kiamat. Wahai orang Islam sekalian, takutlah akan Allah.

Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran.Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemuliaan di sisiNya. InsyaAllah.

Pada kali, saya sebagai seorang yang telah diamanahkan akan membuat kesimpulan pada studi berkaitan solat hajat ini. Kesimpulan ini berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat oleh pihak Al-Ahkam sepertimana yang boleh diteliti sendiri oleh pengunjung. Secara umumnya, kebolehan menunaikan solat hajat ini terbahagi kepada dua pendapat yakni satu menafikan kewujudannya manakala dua mengatakan ianya sunat.

Antara yang menolak solat hajat ini ialah, Sheikh Utsaimin, Sheikh Albani, Syeikh Muhamad,Salleh al-Munajjid dan Fatawa al-Lujnah al-Da'imah.

Manakala yang bersetuju ialah jumhur fuqaha’ termasuk Imam Nawawi.

Berikut adalah himpunan segala nas dan dalil berkaitan isu ini. Kita akan melampirkan hadis-hadis bersertakan dengan komentar hadis-hadis tersebut.

Hadis 1:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ آَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَ مَ
فَلْيَتَوَضَّأْ فَلْيُحْسِنِ الْوُضُوءَ ثُمَّ لِيُصَلِّ رَآْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْ دُ
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ آُلِّ بِرٍّ وَالسَّلَامَ ةَ
مِنْ آُلِّ إِثْمٍ لَا تَدَعْ لِي ذَنْبًا إِلَّا غَفَرْتَهُ وَلَا هَ ما إِلَّا فَرَّجْتَهُ وَلَا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلَّا قَضَيْتَهَ ا
يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya: Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang berhajat
kepada
Allah, ataupun dia berhajat kepada pertolongan manusia, maka hendaklah dia berwudhuk, lalu
disempurnakan wudhuk itu sebaik-baiknya. Kemudian, hendaklah dia melakukan 2 rakaat
sembahyang. Selepas itu, hendaklah dia memperbanyakkan memuja-muji Allah, berselawat ke
atas Nabi-Nya s.a.w. Kemudian membaca doa (yang ertinya): Tidak ada sama sekali Tuhan yang
layak disembah melainkan Allah Yang Maha Lembut Lagi Maha Mulia. Maha Sucilah Tuhan
Yang Mempunyai ‘Arasy yang sangat besar. Segala puja-puji hanyalah untuk Allah; Tuhan
sekalian alam. Aku bermohon pada-Mu (Ya Allah) perkara-perkara yang boleh mendatangkan
rahmat-Mu, sebab-sebab pengampunan-Mu diberikan kepada hamba-hamba-Mu , Kejayaan dari
setiap jenis kebajikan, keselamatan dari setiap dosa. (Ya Allah!) Janganlah dibiarkan adanya
sebarang dosa (kami) melainkan Engkau ampuninya. Janganlah pula dibiarkan adanya sebarang
kesusahan melainkan Engkau lepaskan kami daripadanya. Dan tidaklah kami juga bermohon
segala jenis keperluan yang Engkau redhainya melainkan Engkau tunaikanlah segala hajat kami
wahai Tuhan Yang Terlalu Pemurah daripada selain-Nya“

[Hadist diriwayatkan oleh Al-Imam
Ibnu At-Tirmidizi r.h , Al-Imam Ibnu Majah .rh dan Al-Imam al-Mundziri rh]

Komentar
Imam Busoiri rh mengatakan hadis ini dhaif kerana di dalam sanadnya terdapat seorang yang bernama Faid Bin ‘Abdul Rahman yang dikenali juga sebagai Abu al-Waraqa’ dan dia adalah
seorang yang lemah. Sheikh Albani mengatakan ia dhaif jiddan. Mereka yang lain mendhaifkan hadis ini ialah Ibnu Al-Arabi. Imam Tirmidzi mengatakan pula hadis ini hadis gharib. Sheikh M.
Fuad Abd Baqi dan Imam Ahmad mengatakannya matruk (Ditinggalkan hadithnya tanpa ber'amal dengannya). Imam Nawawi juga mengakui terdapat perawi yang dipermasalahkan.

Hadis 2:
روى أحمد بسند صحيح عن أبي الدرداء أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من توض أ
فأسبغ الوضوء ، ثم صلى رآعتين يتمهما أعطاه الله ما سأل معجلا أو مؤخرا
Maksudnya: “Barangsiapa yang berwudhu' dan menyempurnakannya, kemudian bersolat dua
rakaat dengan sempurna, maka dia diberi
Allah apa sahaja yang diminta, sama ada cepat
ataupun lambat.” [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Komentar
Az-Zahabi mendhaifkan hadis ini kerana terdapat seorang rawi yang tidak dikenali dalam sanadnya iaitu Maimun Abu Muhamad. Sheikh Albani juga mengatakan ia dhaif. Tetapi Imam Suyuti mengatakan hadis ini sah.

Hadis 3:
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّ رَجُلًا ضَرِيرَ الْبَصَرِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ ادْ عُ
اللَّهَ لِي أَنْ يُعَافِيَنِي فَقَالَ إِنْ شِئْتَ أَخَّرْتُ لَكَ وَهُوَ خَيْرٌ وَإِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ فَقَالَ ادْعُهْ فَأَمَرَ هُ
أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيُصَلِّيَ رَآْعَتَيْنِ وَيَدْعُوَ بِهَذَا الدُّعَاءِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّ هُ
إِلَيْكَ بِمُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ يَا مُحَمَّدُ إِنِّي قَدْ تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى
اللَّهُمَّ شَفِّعْهُ فِيَّ قَالَ أَبُو إِسْحَقَ هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ
Maksudnya: Daripada Saidina ‘Utsman Bin Hanif r.a menyatakan: “Pernah ada seorang lelaki
buta yang datang menemui B
aginda Rasulullah s.a.w lalu berkata: “Doakanlah saya wahai
Rasulullah agar disembuhkan saya (daripada buta mata).” Sabda Baginda s.a.w menjawab: “Jika
kau suka untuk bersabar engkau akan dapati pahalanya di atas kesabaranmu (di atas penyakitmu
itu), ataupun boleh juga kalau kau hendak sekarang, aku akan mendoakan engkau sekarang
(supaya sembuh serta-merta).” Kata lelaki itu: “Doakanlah untukku sekarang.” Lalu Baginda
Rasulullah s.a.w pun menyuruhnya agar mengambil air sembahyang dan mengambilnya dengan
sebaik-baiknya, lalu mengerjakan solat dua rakaat. Kemudian dia berdoa (ertinya): “Ya Allah Ya
Tuhanku! Aku berdoa dan bermunajat kepada-Mu dengan Muhammad; Nabi yang membawa
rahmat. Wahai Muhammad! , aku telah pun berdoa kepada Allah dengan perantaranmu demi
dikabulkan hajatku ini. Ya Allah! Berilah syafaat (Baginda Rasulullah s.a.w) kepadaku” [Hadis
diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Imam Ahmad, Abu Ishaq, Tirmidzi dan Baihaqi]

Komentar
Imam Abu Ishaq, Al-hakim, Dr. Muh. Mushthafa Al-A’zhamiy, mengatakan bahawa Hadis ini adalah sahih. Imam Tirmidzi pula mengatakannya ia hasan sahih gharib.

Tetapi M.Rasyid Ridha meragui kesahihan hadis ini kerana terdapat perawi majhul yakni Abu
Ja’far.
Al-Izz Abdussalam dan Imam Shan’ary juga meragui hadis ini.


Hadis 4:
Dari Abdillah bin Abi Aufaa A1-Aslamiy, ia berkata: Rasulullah saw. keluar menemui kami
(shahabat-shahabat), lalu ia bersabda: “Barangsiapa mempunyai hajat dari Allah, atau dari salah
seorang makhluknya, hendaklah ia berwudhu, lalu shalat dua rak’at, kemudian hendaklah ia
membaca (yang artinya): “Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, Penyabar lagi
Pemurah, Maha Suci Allah, Tuhan bagi Arsy yang besar. Sekalian pujian bagi Allah, Pengurus
sekalian alam. Ya Allah! sesungguhnya aku minta pada-Mu ketentuan rahmat-Mu dan kepastian
keampunan-Mu, dan faedah dari tiap-tiap kebaikan, dan keselamatan dan tiap-tiap kebaikan, dan
keselamatan dari tiap-tiap dosa, aku mohon kepada-Mu supaya tidak Engkau biarkan dosa
padaku, melainkan hendaklah Engkau mengampuninya, dan tidak suatu kebimbangan. melainkan
hendaklah Engkau hilangkan, dan tidak hajat yang Engkau ridhai melainkan hendaklah Engkau
tunaikan dia kepadaku)”, kemudian (sabda Nabi saw.): “Boleh ia minta kepada Allah urusan
dunia dan akhirat apa-apa yang ia kehendaki, karena itu akan ditentukan.”[Hadis riwayat Ibnu
Majah, Tirmidzi dan lain-lain]

Komentar
Berkaitan hadis di atas, di dalam sanadnya terdapat beberapa perawi yang dipermasalahkan iaitu:
1) Faa-id bin Abdirrahman: Kata Tirmidzi: Faa-id dilemahkan orang dalam meriwayatkan Hadis.
Kata Ahmad: “Dia ditinggalkan ulama.” Kata Bukhari: “Dia orang yang diingkari Hadisnya.”
2) Abu Ma’mar ‘Abbad bin-Abdish-shamad: Seorang rawi yang lemah sekali. Dilemahkan oleh
Bukhari, Ibnu Hibban, ‘Uqaili, Abu Hatim dan Ibnu Adiy. Kata Ibnu Hibban: “Dia ada
meriwayatkan dari Anas satu nuskhah, kebanyakannya palsu.”
3) Abu Hasyim Katsier bin Abdillah: Dilemahkan oleh Bukhari, Nasai, Daraquthni dan Abu
Hatim. Kata Bukhari: “Dia orang yang diingkari hadisnya.”
4) Abaan bin Abie ‘Ayyasy: Dilemahkan oleh Syu’bah Ahmad, Waki', Yahya bin Ma’ien, Abu
Ishaq, Nasai Abu ‘Awanah dan lain-lain. Kata Nasai: “Dia seorang yang ditinggalkan Hadisnya.”
Syu’bah pernah berkata: “Seseorang berzina itu, lebih baik daripada ia meriwayatkan (Hadis)
dari Abaan.”


Kesimpulan

Berdasarkan komentar yang dapat dikumpulkan di atas, hadis 1 dan hadis 4 adalah hadis dhaif yang tidak dipersilisihi oleh ulama’ Adapun hadis 2 dan hadis 3, terdapat perbezaan pendapat akan status hadis-hadis tersebut. Ada yang mengatakan ianya sahih dan ada juga mengatakan
ianya dhaif dan tidak boleh dijadikan dalil kepada solat hajat ini. Oleh kerana itu, kami (Al-Ahkam) mengatakan isu solat hajat ini adalah perkara khilafiah yang mana setiap antara kita
boleh saja mengamalkannya maupun menolaknya
. Setiap ulama’ yang mengeluarkan pendapat berkisar solat hajat ini, baik bersetuju mahupun menolak, bukanlah orang yang boleh dipertikaikan lagi kehebatan mereka. Tidaklah boleh untuk kita berpecah-belah semata-mata
kerana perbezaan pendapat ini. Kerana itulah Al-Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna rh telah menyatakan di dalam Usul ke-8 daripada Al-Usul al-‘Isyrin (Usul 20):

والخلاف الفقهي في الفروع لا يكون سببا للتفرق في الدين , ولا يؤدي إلى خصومة ولا
بغضاء ولكل مجتهد أجره , ولا مانع من التحقيق العلمي النزيه في مسائل الخلاف في
ظل الحب في الله والتعاون على الوصول إلى الحقيقة , من غير أن يجر ذلك إلى المراء
المذموم والتعصب
Ertinya: “Perbezaan memahami masalah-masalah ranting ibadah tidak boleh dijadikan sebab untuk berpecah-belah di dalam agama. Da
n sama-sekali tidak boleh membawa kepada sebarang
pertelingkahan dan permusuhan. Setiap mujtahid itu ada pahalanya masing-masing.”

Oleh itu, sekiranya ingin mengamalkannya, bermakna kita berpegang kepada ulama’ yang mengatakan hadis 2 atau 3 itu sahih.
Begitulah juga sebaliknya. Sekian. Allahu'alam.

Tapi yang hairannya kenapa Sheikh Al-Albani memasuk hadith orang buta itu di dalam di dalam bab "al-Tawassul Anwa'uhu wa ahkamuhu, di dalam "Sahih al-Tirmizi" bukan bab solat hajat.

ada lagi satu dalil sahih berkenaan solat hajat, al-'Alamah syaikh Sayyid Sabiq dalam kitab monumentalnya Fiqh Sunnah,

Sayyid Sabiq ketika membicarakan berkenaan solat-solat sunat, beliau ada membuat bab "solat hajat", dan syaikh Sayyid Sabiq antara fuqaha' yg menyatakan adanya solat hajat,

Sayyid Sabiq berdalilkan sebuah hadith yg di keluarkan Imam Ahmad dari Abi Darda', kata Sayyid Sabiq:

diriwayatkan oleh Ahmad dgn sanad yg sahih:

روى أحمد بسند صحيح عن أبي الدرداء أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من توض أ
فأسبغ الوضوء ، ثم صلى رآعتين يتمهما أعطاه الله ما سأل معجلا أو مؤخرا

Barangsiapa yang berwudhu' dan menyempurnakannya, kemudian bersolat dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa sahaja yang diminta, samada cepat ataupun lambat. (HR Ahmad)

syaikh Sayyid Sabiq mensahihkan hadith ini.

walaubagaimana pun syaikh al-Albani mengatakan hadith ini dhaif.

namun syaikh al-Muhaddith Syarif Hatim al-Awni (Umm al-Qura) dalam fatwanya dlm web Islamtoday.com mentarjih bahwa hadith ini hasan ( www.ahlalhdeeth.com/vb...3%E5%E3%C7 )

begitu juga al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menilai hadith ini selaku hadis hasan (al-futuhat al-rabaniyah, 4/299)

manakala imam as-Syaukani menilai hadith ini selaku hadis sahih (al-Fawaid al-majmua'ah, 40)

maka al-Suyuthi menilai ia selaku HADIS hasan (Tazkirah al-maudhuat,50)

KESIMPULAN
 hadith ini khilaf, sesetgh ahli hadith kata sahih, sstgh kata hasan, dan ada yg kata dhaif. Bagi yg berpgg hadith ini sbg sahih atau hasan, mereka berpgg adanya solat hajat. Bagi yg menolak hadith ini, maka tiada solat hajat.

adapaun bagi syaikh Sayyid Sabiq, hadith ini sahih dan beliau menggunakan hadith ini utk menyatakan di adanya solat hajat.

wallah-hu-'alam

1- semua hadith dalam kitab Jami' at-Tirmizi diamalkan isi kandungannya (malainkan 2 hadith) , hadith solat hajat (faaid) itu dhaif disisi at-Tirmizi, namun dimasukkan oleh at-Tirmizi dlm Jami' nya, menunjukkan isi kandungannya ada di amalkan oleh para ahli ilmu/sebahagian ahli ilmu salaf


2- syaikhuna Anwaruddin bersetuju bahawa wujudnya "bab-bab solat hajat" dalam kitab sunan (tirmizi n ibn majah), memberi qarain bahawa solat hajat ada asal. Ditambah oleh Ibn Majah yg membuat bab “solat hajat” dalam kitab sunannya dan beliau mensahihkan hadithnya.


3- syaikhuna Anwaruddin tak berani kata solat hajat tak di syariatkan, kerana adanya bab2 solat hajat dlm kitab sunan, dan di sokong oleh pendapat jumhur fuqaha' mazhab bahawa adanya solat hajat


5- kata syaikhuna Anwaruddin: “walaupun sesetengah ulama moden mengatakan bahawa solat hajat tiada, namun di sisi al-Mutaqaddimin terdapat banyak petunjuk ia ada asal dan di amalkan..”.


6- perkara ini termasuk dalam perkara yg khilaf, terpulang utk seseorg individu berpgg kepada ulama yg dia percayai (samada berpgg kpd sayyid sabiq, imam nawawi, ibn majah, ibn qudamah dan jumhur fuqaha' mazhab lain2 yang menyatakan di syariatkan ada solat hajat , 

Atau 
berpgg kpd pendapat ulama kontemporari spt uthaimin, al-Albani, al-Munajjid etc bahwa tiada solat hajat). Dan kita seharusnya berlapang dada.


8- Solat Hajat ini di dalam mazhab as-Syafie diletakkan di bawah solat naafil (sunnat) yang didirikan secara sendiri. Solat nafil yang didirikan secara berjama'ah adalah seperti Solat Eid al-fitr dan Solat 'Eid al-Adha (solat raya), solat Istisqa' (solat minta hujan) serta solat gerhana. Solat al-Haajah ini tidak diletakkan di bawah solat nafil yang dilakukan secara berjama'ah, namun ia diletakkan dalam BAB solat nafiil yg didirikan secara individu.

wallah-hu-'alam.