Thursday 12 July 2012

iBnu hAiThAm mASTer in studying percrption


Perception =the method by which the sensations experienced at any given moment are

Perception= the interpretation of them

Sensation=the process of detection of the sensory stimulies

Ibnu al haytham =the first scholar that had studied perception in detail

Mandub=hear ilmu, tilawah,zikir, anything

AL FARABI, IBNU MiSKAWAYH, IKHWAN AL SATA, IBNU SINA, ALGHAZALI, IBNU BAJJAH AND IBNU RUSDI STATED THAT THE PHYSICAL STIMULI FOR THE SENSE of hearing are sound waves which produce ViBRATION

SULTAn SAifUDDin


Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz dilahirkan dalam kalangan famili beraja Mamluk Mesir. Baginda telah menaiki Takhta kerajaan pada 1259 dan mangkat akibat dibunuh pada Oktober 1260.

Antara jasa beliau yang tercatit di dalam sejarah Islam ialah berjaya menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa di dalam peperangan Ain Jalut. Ketika itu, seluruh kota Islam (Baghdad, Syria dan Asia Tengah) sudah ditakluki tentera Mongol. Hanya yang tinggal adalah 3 kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.

Dengan kerjasama daripada panglima beliau iaitu Panglima Baibars, Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengisytiharkan perang terhadap tentera Mongol dengan membunuh empat orang utusan perangnya (ada sebahagian ahli sejarah menyatakan empat orang utusan perang Mongol adalah perisik). Pembunuhan ini menyebabkan kemarahan pihak Mongol. Pada 3 September 1260, berlakulah pertempuran antara tentera Islam dengan tentera Mongol di tempat yang bernama Ain Jalut yang mana pertempuran ini dimenangi oleh tentera Islam seterusnya menyebabkan tentera Mongol menghentikan usaha untuk menakluk negeri lain akibat kerugian dan kekalahan yang dialaminya.

Strategi Menghadapi Tentera Mongol

Setelah membuat risikan, Qutuz mendapat maklumat bahawa kekuatan tentera Mongol adalah berasaskan tentera berkuda ringkasnya yang mana mampu membuat serangan yang cepat dan pantas tanpa sempat memberi peluang kepada musuhnya untuk menyerang balas. Untuk itu, Sultan Qutuz memperlengkapkan tentera berkudanya dengan kelengkapan senjata-senjata berat yang mana fungsinya mampu menahan serangan pantas dan menyerap ketangkasan tentera berkuda Mongol.

Ketika peperangan di Ain Jalut, Sultan Qutuz menyembunyikan sebahagian besar tentera berkudanya di sebalik pokok-pokok di lembah Ain Jalut. Ketika ini, Panglima Baibar mengetuai pasukan kecil untuk menahan gempuran tentera Mongol yang diketuai oleh Kitbuqa. Baibar bersama tentera berkuda bersenjata beratnya berjaya mengasak tentera Mongol dan setelah beberapa ketika, Sultan Qutuz mengarahkan tentera berkuda yang bersembunyi di sebalik lembah melancarkan serangan mengejut. Dengan itu, tentera Mongol diserang dan dikepung di dalam lembah Ain Jalut. Taktik ini berjaya dan dapat mencegah kemaraan tentera Mongol dan seterusnya dapat melumpuhkan kekuatan tentera Mongol di Timur Tengah. Malah Kitbuqa sendiri mati dibunuh.

Keperibadian

Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mempunyai keperibadian yang baik dan BErAni berkorban demi kemaslahatan umat Islam. Diceritakan para sejarawan Islam bahawa Sultan Saifuddin BerAni menggadai barang-barang istana beliau termasuk harta para pembesar Mamluk tanpa mengenakan cukai tambahan terhadap rakyatnya dalam usaha untuk mengumpul kewangan dalam persiapan menentang tentera Mongol.

Isteri beliau juga turut sama berjuang di medan pertempuran Ain Jalut Dan syahid.


islam Anjur ADAB DAn AKhLAK



Sabda Rasulullah saw :

"perangai yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar." (Riwayat Ibn Majah)


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

الْحَسَدُ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ

الْحَطَبَ

وَالصَّدَقَةُ

تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَالصَّلَاةُ نُورُ

الْمُؤْمِنِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ مِنْ النَّارِ


Maksudnya : Hasad itu memakan kebajikan sebgaimana api memakan kayu api.

Sedekah memadamkan keburukan sebagaimana air memadamkan api. Solat ADALAH NUR  cahaya INSAN mukmin. Dan puasa adalah perisai dari api neraka. (HR Ibn Majah dalam sunannya)
_________________

kisah AL FiL The elephant




Burung Ababil: Melaksanakan perintah dengan memerangi Tentera Bergajah.

hakikatnya begini al kisah alfil dan ababil...

الفيل

kisah alfil yang lahir di afrika...

alfil telah dinasihati ayah nya supaya kalau suatu waktu anda diberi choice...المنتخبه

maka

u should choose the right CHOICE yang MEMELIHARA maruah diri

ayah gajah menasihati anak gajah

sewaktu gajah afrika melihat puak kafir abrahah datang buat perangkap gajah...menggali lubang besar...



nasihat ini disampaikan kepada anak gajah sebelum ayah gajah kembara untuk meninggalkan dunia fana...ready to PLAN the right Death...meninggal dunia dalam keadaan bersedia...



nasib malang...suatu ketika anak gajah yang sudah dewasa ni terjatuh dalam perangkap puak Kafir abrahah...

ini al kisah gajah hebat...

kisah yang terdapat dalam

surah al fil di dalam al qur'an





gajah ni telah disiksa dan dirantai di heret ke area abrahah





puak zalim abrahah tak mampu mendekati alfil yang hebat ni...

puak zalim ni beritahu abrahah...

abrahah zalim tak bagi makan alfil...

maka alfil perlu siasah untuk tidak ditimpa musibah lapar...

lapar adalah makhluk terakhir di hilangkan...

khabar dari hadis sahih...



setiap kali abrahah datang...gajah angkat tangan...





abrahah bagi makan...





puak zalim siksa gajah dengan tak bagi makan...

satu waktu gajah telah bertemu satu  insan_nyior...muhandis...jurutera...

jurutera dipaksa bina kuil...

jurutera ni muslim maka dia tak nak buat maksiat syirik dan dia melawan abrahah...

abrahah penjarakan insane_nyior ni bersama gajah...

gajah kasih kepada insane_nyior ni dan benarkan insan nyior ni naik atas badan gajah...

abrahah...lagi marah...

abrahah paksa gajah pergi serang kaabah





Allah menyampai iham kepada alfil supaya bersabar...bertahan apabiladipukul puak kafir abrahah



alfil disiksa di pukul sebab tak nak melanggar kaabah...

hakikatnya alfil ni muslim...



kemudian datang ababil bantu al fil...

Allah menghantar Ababil serang orang kafir abrahah...

alfil di arah kan Allah Taala untuk menyelamatkan diri...

maka alfil tiba di nusantara...

peringatan kepada puak zalim mace abrahah...

kamu jangan siksa dan zalimi al fil sebab

al fil adalah animal yang dikasihi Allah...

kamu akan binasa...kalau zalim terhadap alfil

muhammad al jahiz ada banyak menulis hal animal...



Surah At Takwir Ayat 5



• “Maka apabila binatang liar dikumpulkan” untuk mendapat Pembelaan dari Allah AzzawaJalla.



Tidak buleh membunuh haiwan melainkan dengan niat untuk dimakan. Dalilnya Sabda Rasulullah Salallahu alaihi wasalam:

Sesiapa membunuh burung dengan tujuan mensia-siakannya, maka ia menghadap Allah pada hari Qiamat dan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya si fulan telah membunuhku dengan sia-sia dan dia tidak membunuhku untuk dimanfaatkan (Hadis riwayat Ahmad:18976. AnNasa’i:4446 dan rujuk Ghayah Al Maram oleh Syeikh al Albani:4246.



Hadis no 1462 sahih Bukhari jilid 3:

Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu : Nabi SallAllahu alaihi waSalam bersabda” Apabila kamu mendengari kokok ayam, maka berdoalah kepada Allah untuk beroleh kurnia dariNya kerana Sesungguhnya ia telah melihat malaikat. Apabila kamu mendengar bunyi ringit keldai maka mohonkanlah Perlindungan dengan Allah dari bahaya gangguan syaitan kerana sesungguhnya ia telah melihat syaitan



Surah Al Maidah 5:3



Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging khinzir





Allah swt telah berfirman :



"Katakanlah: "Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana Sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam Keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-An'am : 145)







Ayat 44 Surah al Isra’:

Langit yang tujuh lapis dan bumi yang tujuh lapis dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu  melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka sesungguhnya Dia adalah mohor Penyantun lagi Mohor Pengampun

Hadis Sahih Bukhari no 1131 jilid 3 (banyak kisah fauna dan flora)


ABU DArDAk


Abu Darda' Radhiallahu anhu

Budiman dan Ahli Hikmah Yang Luar Biasa

Sealama tentera Islam berperang kalah menang di beberapa penjuru bumi,  sementara di Kota madinah berdiam insane Ahli Hikmah dan Ahli falsafah yang mengkagumkan, yang dari dirinya memancarkan mutiara  yang cemerlang dan bernilai.



Ia sentiasa mengucapkan kata kata kepada umat muslimin di sekelilingnya

Mahukah anda sekalian, aku khabarkan amalan amalan yang terbaik, amalan yang bersih di sisi Allah Ta'ala dan amat meninggikan darjat anda, lebih baik daripada memerangi musuh dengan  menghentam batang leher mereka lalu mereka menebas batang leher anda dan malah lebih baik dari wang emas dan perak…

Para pendengarnya sama menjulurkan kepala mereka ke muka kerana ingin tahu , lalu segera menanyakan…

Apakah amalan tersebut Ya Abu Darda'…

Abu darda' memulai penjelasannya dengan wajah berseri seri dibawah Nur Iman dan Hikmah,

lalu menjawab…

ZikruLlah…menyebutNya serta mengingati Allah…

Wa  LaZikruLlahu Akbar

Dan sesunguhnya zikir kepada Allah adalah lebih utama.

Bukankah maksud ahli Hikmah  yang mengkagumkan  ini mengesyorkan agar ore yang menganut falsafah mengasingkan diri, dan bukan pula  dengan kata kata tersebut ia menyuruh ore meninggalkan dunia, dan tidak pula agar mengabaikan hasil AdDinul Islam yang baru ini, yakni hasil yang telah dicapai dengan jihad atau perjuangan yang besar.

Benar, Abu darda' Radhiallahu anhu bukanlah jenis insane yang semacam itu, kerana ia telah ikut berjihad mempertahankan AdDinul Islam bersama Rasulullahi Sallallahu alaihi WaSalam sehingga datangnya bantuan Allah Ta'ala dengan pembebasan dan kemenangan menguasai Kota Makkah seperti disebut dalam alkisah Fathul_Makkah

Bahkan ia adalah dari kalangan Insan yang selalu menghisab diri merenung memikir menyendiri atau bersemadi di relung hikmah, dan membaktikan hidupnya untuk mencari hakikat dan Yakin, menemukan dirinya dalam suatu wujud yang padu, penuh dengan sari hayat dan ghairah kehidupan kasihkan Allah Ta'ala Yang Menguasai setiap makhluqNya.



Abu Darda' Radhiallahu anhu adalah Ahli Hikmah yang besar tersohor di zamannya. Ia jua adalah insane yang telah dikuasai kasih rindu yang amat sangat untuk melihat hakikat dan menemukannya

Ia telah beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam dengan iman yang teguh, maka ia merasa Yakin dan percaya bahawa Iman ini dengan segala tindak lanjutnya berupa kewajiban dan pengertian merupakan jalan yang utama dan satu satunya untuk mencapai hakikat tersebut

Demikianlah ia tetap berpegang dan teguh bertawakkah kepada Allah Ta'ala dan dengan teguh Iman di qalbunya dengan hidayah dan kebesaran Allah dilayari kehidupannya sesuai dengan cetakan dan panduan al Qur'an dan AsSunnah Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam.

Ia terus menelusuri jejak hingga akhirnya menemukannya dan berada di atas jalan lurus sehingga mencapai martabat kebenaran yang teguh, menempati kedudukan yang tinggi beserta insane yang benar secara sempurna, yakni di saat ia menyeru Tuhannya dengan membaca ayatul Qur'ani ayat 162 surah al_An'am yang bererti

Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Ta'ala…Tuhan sekalian 'Alam

Abu darda' Radhiallahu anhu dalam melawan hawa nafsu dan mengekang nafsu dirinya untuk memperolehi mutiara batin yang sempurna telah mencapai tingkatan yang tertinggi, tingkatan tafani rabbani, memusatkan fikiran, perhatian dan amaliahnya, ubudiahnya , menjadikan seluruh kehidupannya hanya untuk Allah Rabbul 'Alamin.

Kini marilah kita mendekati ahli hikmah dan insane suci, sufi ini. Tidakkah pembaca perhatikan nur yang bercahaya cahaya di sekeliling keningnya…

Tidakkan pembaca mencium bau kasturi raihanul_ miski bertiup dari arahnya…

Inilah dia Nur hikmah dan harum Imannya.

Dansesungguhnya iman dan hikmah telah bertemu laki laki yang kasih rindu kepada Tuhannya ini, suatu pertemuan bahagia, kebahgiaan yang tiada bandingan.

Pernah ibunya ditanya orang hal amalnya yang amat disukai abu darda' Radhiallahu anhu. Lalu dijawabnya…

Tafakur dan mengambil I'tibar atau pengajaran daripadanya

Sungguh benar ia telah meresapi menjiwai  menghayati dengan sempurna firman Allah Ta'ala seperti disebut dalam ayat 2 surah Al_Hasyr yang bererti

Hendaklah kamu mengambil ibarat pengajaran, perbandingan ibrah  dll …Ya Mutafakkiriin (insane yang berfikir…

Ia selalu  mendorong kawannya untuk merenung dan bertafakkur, katanya kepada sahabatnya…

Berfikir, tafakkur satu hour adalah lebih baik daripada beribadat satu male… Thinking one hour is better than acting for one night…

Semasa Abu Darda' radhiallahu anhu dengan redha mengambil Islam selaku AdDin…Islam is the way of Life.

Dan berbai'ah kepada rasulullah sallallahu alaihi waSalam akan melaksanakan adDinul islam ini dengan bersungguh sunguh

Pada waktu ini ia adalah saudagar kaya , millionaire, hartawan yang Berjaya di antara saudagar saudagar madinah. Dan sebelum masuk islam, ia telah menghabiskan sebahagian hartanya untuk berfoya foya. Tidak lama kemudian dia masuk Islam, arah hidupnya berubah 180 darjah. Bertukar dari insane fajir kepada insane Solih.

Beliau menceritakan riwayat hidupnya sendiri seperti ini…

Aku mengIslamkan diriku dengan Rahmat Allah kepada Nabi Muhammad Sallallahu alaihi WaSalam sewaktu aku menjadi saudagar besar. Aku ingin agar ubudiahku kepada Allah dan perniagaanku dapat berhimpun pada diriku menjadi satu, Cuma hal ini tidak Berjaya.Lalu aku ketepikan perniagaan dan menghadapkan diri kepada ibadah

Danaku tidak akan merasa gembira sedikitpun jika kini aku berjual beli dan beruntung setiap harinya tiga ratus dinar, sekalipun kedaiku ini terletak di depan masjid.

Perhatikan , aku tidak menyatakan kepada kalian, bahawa Allah mengharamkan jual beli. Hanya aku secara peribadi lebih menyukai agar aku termasuk ke dalam kalangan insane yang perniagaannya dan jual belinya tersebut tidak melalaikan dirinya daripada zikir kepada Allah Ta'ala.

Ia berharap supaya amal ibadah tersebut asbab allah mengangkat martabatnya kea lam kebaikan yang tinggi hingga ia dapat menengok yang hak dalam kebesarannya dan hakikat  pada ditunaikannya perintah dan ditinggalkannya larangan, nescaya iasanggup menghimpun antaranya dengan perniagaan dan usaha usahanya yang lain.

Berapa ramainya para pedagang yang solih atau sebaliknya ore solih yang menjadi pedagang…?

Sesungguhnya ramai di antara sahabat sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wasalam…insane yang perdagangan dan jual belinya tidak melalaikan mereka  dari mengingati Allah Subhanhu Ta'ala…bahkan mereka bergiat mengembangkan perniagaan dan hartanya untuk di infa' kepada matlamat Islam dan mencukupi kepentingan Muslimin

Akan tetapi jalan yang ditempoh para sahabar lain adalah tidak mengurangkan erti jalan hidup Abu Darda' Radhiallahu anhu dan sebaliknya jalan yang ditempohinya tidak pula mengurangkan makna jalan mereka, maka setiap insane dimudahkan Allah Ta'ala untuk mengikuti jalan hidup yang telah ditetapkan bagi dirinya.

Abu darda' Radhiallahu anhu sendiri dengan sebenar sebenarnya bahawa ia diciptakan bagi sesuatu yang memang sedang hendak dicapainya. Yakni mengkahskan dirinya mencari hakikat dengan mengalami dan melalaui latihan latihan berat dalam menjauhi kesenangan dunia sesuai dengan keimanan yang dipimpinkan Allah kepadanya digariskan rasulullah danAdDinul Islam

Akan tetapi hal ini adalah Tasawuf dari Insan lelaki yang telah melengkapi kecerdasan insan mu'min, kemampuan falsafah dan pengalaman insan pejuang serta yang menjadikan tasawufnya selaku suatu gerak membina kekuatan rohani…

Bukan hanya sekadar baying baying yang baik dari bangunan ini

Benar, inilah Abu Darda' Radhiallahu anhu

Insane sufi suci dan ahli hikmah…insane laki laki yang telah menolak dunia dengan kedua tapak tangannya dan melindunginya dengan dadanya.

Insan lelaki yang bertahan mengasah jiwa dan mensucikannya sehingga menjadi cermin yang memantulkan hikmah, kebenaran dan kebaikan yang menjadikan Abu darda' radhiallahu anhu selaku Muallim mursyid dan ahli hikmah yang lurus berbahagialah mereka yang dating mendengar tazkirah ajaran dari abu darda' radhiallahu anhu

Marilah kita mendekati hikmahnya

Ya insan yang berfikir

Abu darda' radhiallahu anhu merasakan sendiri dengan sebenar benarnya bahawa ia diciptakan Allah bagi sesuatu yang memang sedang hendak dicapainya yakni dalam perancangan Allah Ta'ala yakni mengkhaskan diri untuk mencari HAKIKAT dengan mengalami dan melalui latihan latihan berat dalam mujahadah menjahui keduniaan sesuai dengan keimanan yang dipimpinkan Allah Ta'ala kepadanya, digariskan Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam dan AdDinul Islam

Syariat…Hakikat…Ma'rifatullah

Kita mulai dengan falsafahnya terhadap dunia, terhadap kemewahan dunia. Ia sangat terpengaruh sekali sampai jiwanya dengan ayatul Qur'ani yang berisi bantahan terhadap dunia



Ayat 2-3 Surah Al_Humazah yang bererti

Orang yang mengumpul ngumpulkan harta dan menghitunghitungnya, disangkakannya harta itu dapat mengekalkannya.

Ia jua sangat terpengaruh pula sampai ke Fu'adi…lubuk hatinya dari sabda Rasulullah Sallallahu alaihi WaSalam yang bererti

Yang sedikit mencukupi, lebih baik daripada yang banyak namun membawa rugi (kelalaian)

Rasulullah sallallahu alaihi waSalam bersabda yang bererti…

Lepaskanlah dirimu dari keserakahan akan dunia sekuat kamu, sebab siapa yang dunia menjadi tujuan utamanya, maka Allah akan mencerai beraikan miliknya yang telah terkumpul lalu dijadikan kemiskinan dalam pandangan matanya. Dan siapa yang menjadikan akhirat selaku matlamat dan citi citanya, maka Allah Ta'ala akan menghimpunkan miliknya yang bercerai berai, lalu dijadikanNya kekayaan dalam qalbunya _Ghina'_ul Nafsi dan dimudahkannya mendapat semua kebaikan (hadis riwayat AtThabrani dalam Mu'jam Al_Kabir…

Ia selalau menangisi mereka yang jatuh menjadi tawanan harta kekayaan dan berkata…

Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hati yang bercabang cabang. Ditanya ore…aDan apakah pula hati yang bercabang cabang itu Ya Abu darda'…

Dijawabnya…memiliki harta benda di setiap lembah…

Beliau menasihati manusia untuk memiliki harta dunia tanpa terikat kepadanya. Inilah kaedah yang hakiki. Adapun keinginan hendak menguasai secara serakah tidak akan pernah ada kesudahannya, maka yang demikian adalah seburuk buruk cara perhambaan diri kepadadunia. Ketika ini ia berkata pula…

Barang siapa yang tak pernah puas dengan dunia, maka tidak ada dunia baginya…?

Harta baginya hanyalah selaku alat  bagi kehidupan yang bersederhana, tidak lebih dari itu. Bertolak dari sana, maka menjadi kewajiban bagi manusia untuk mengusahakannya dari yang halal dan mendapatkannya secara sopan dan sederhana, tidak dengan serakah, tamak dan rakus.

Lebih lanjut beliau berkata…

Jangan engkau makan, kecuali yang baik

Jangan engkau usaha kecuali yang baik

Dan jangan engkau masukkan harta ke rumahmu kecuali hanya yang baik…

Pernah ia menghantar surat  kpd sahabatnya dengan kata kata seperti ini

Amma ba'du, tidak satu pun harta  kekayaan dunia yang kamu miliki melainkan sudah ada orang lain memilikinya seblum kamu dan akan sentiasa ada orang lain memilikinya sesudah kamu. Sebenarnya yang kamu miliki dari dunia hanyalah sekadar yang telah kamu manfaatkan untuk dirimu sendiri. Maka utamakanlah diri dari orang yang untuknya kamu kumpulkan harta itu yakni anak anakmua yang akan mewarisimu . kerana dalam mengumpul dan menghimpun harta itu kamu akan memberikannya kepada salah satu di antara dua. Adakalanya kepada anak yang solih yang beramal dengannya bagi mentaati Allah, maka ia berbahagialah atas segala penderitaanmu. Dan adakalanya pula kpd anak derhaka yang menggunakannya untuk maksiatm maka engkau lebih celaka lagi dengan harta yang telah kamu kumpulkan untuknya itu, maka percayalah yakinlah nasib mereka kepada rezeki yang ada pada jalan Allah Ta'ala dan amankanlah dirimu sendiri…



Ada riwayat yang menceritakan bahawa abu darda' radhiallahu anhu menangis ketika Islam mencapai puncak kemenangan. Kemudian ia ditanya…

Apakah sebabnya engkau menangis pada saat Islam telah dimenangkan Allah Ta'ala bersama ahlinya

Soalan tersebut dijawab oleh Abu darda' radhiallahu anhu dengan suatu untaian kata yang amat bernilai dan penuh pengertian yang mendalam…

Aduh… ya jubair, alangkah hinanya makhluq di sisi Allah Ta'ala bila mereka meninggalkan kewajiban nya terhadap Allah, ketika ia selaku ummat yang perkasa, Berjaya mempunyai kekuatan, lalu mereka tinggalkan amanah Allah, maka jadilah mereka seperti yang engaku lihat…

Benarlah demikian.

Pada pandangan Abu darda' radhiallahu anhu keruntuhan yang segera dialami tentera Islam pada negeri negeri yang dibebaskan , berpunca dari negeri negeritersebut telah kehilangan pegangan rohani yang benar yang melindungi nya dari AdDinul islam yang betul yang menghubungkannya denganAllah subhanahu waTa'ala

Dan kerana ini pula ia mengkhuatirkan keadaan umat muslimin disaat ikatan iman mereka semakin longgar, hubungan mereka dgnAllah menjadi lemah dengan yang haq dan dengan kebaikan, maka berpindahlah barang titipan itu dari tangan mereka dgn mudah sebagaimana dahulu berpindah kpd mereka dgn mudah pula

Demikian menurut keyakinannya dahulu bahawa dunia seluruhnya hanya semata mata pinjaman, begitu pula ia menjadi jambatan untuk menyeberangi kepada kehiduoan yang abadi yakni Akhirat.

Pada suatu hari sahabatnya menziarahinya yang sedang sakit, mereka mendapi nya terbaring di atas hamparan dari kulit. Mereka menawarkan kepadanya agar kulit tersebut ditukarkan dengan tilam yang lebih baik dan empuk. Tawaran ini dijawabnya sambil memberikan isyarat dengan telunjuknya, sedang kedua matanya yang bercahaya menatp jauh ke depan



Kampong kita nun jauh di sana…untuknua kita mengumpulkan bekalan dank e sana kita akan kembali…kita akan berangkat kpd nya..dan beramal untuk bekalan di sana…



Pandangan  terhadap nilai dunia bagi abu darda' radhiallahu anhu bukan hanya sekadar arah pandangan sahaja, bahkan lebih dari itu, yakni merupakan suatu jalan hidupnya.

Yazib bin muawiyah meminang anak perempuannya dan ditolaknya. Ia tidak menerima pinangan tersebut, kemudian ia dipinang oleh insane muslim yang solih tetapi miskin, maka puterinya tersebut dinikahkan kepadanya. Orang ramai berasa hairan dan bengang dgn tindakannya itu. Abu darda' radhiallahu anhu memberitahu mereka tentang alas an alasannya katanya…

Bagaimana kiranya nanti dengan si Darda' bila ia telah dikelilingi para pelayan dan inang pengasuh dan terperdaya oleh kemewahan istana…dimana AdDinul islamnya waktu itu…?

Ia insane yang bijak bistari, berjiwa lurus ikhlas jujur dengan jatidiri yang mulia.semua kesenangan harta benda dunia yang sangat diingini nafsunya dan didambakan qalbunya Berjaya ditundukkan. Dengan sifat ini, bererti ia bukan lari dari kebahagian malah sebaliknya, maka kebahgaian sejati baginya ialah menguasai dunia, bukan dikuasai dunia. Bila mana manusia hidup dalam batas yang wajar, bersederhana dan bila mana  mereka telah menggunakan hakikat dunia hanya sebagai jambatan untuk menyeberangi menuju alam akhirat yang kekal abadi. Kampong halaman yang kekal abadi aljannah yang penuyh ni'mat menghindari neraka yang gelap panas dan siksa.

Kebahagian sejati yakni kebahagian yang lebih sempurna dan lebih agung adalah bertemu Allah dgn qalbu yang saliman



Beliau berkata

Kebaikan bukanlah  kerana banyak harta dan ramai anak pinakmu tetapi kebaikan yang sesungguhnya ialah bila semakin besar rasa belas kasihan semakin bertambah banyak ilmumu dan kamu berlumba lumba menandingi manusia dalam ubudiah kepada Allah Ta'ala.

Pada masa Khalifah Uthaman ibnu Affan radhiallahu anhu…muawiyah  menjadi gabenor do Syria . dan abu darda' radhiallahu anhu menjadi hakim atas kehendak khalifah. di sanalah do Syria ia menjadi penegak kebenaran yang mengingatkan ore rami terhadap jalan yang ditempuh rasulullah sallallahu alaihiwasalam dalam hidupnya, zuhudnya dan jalan hidup para mujahidin islam yang pertama dari kalangan syuhada' dan siddiqiin. Negeri Syria waktu tersebut adalah negeri yang amat makmur, penuh dgn nikmat dan kemewahan. Rakyatnya yang mabuk dengan kemewahan dunia dan tenggelam dalam kemewahan ini seolah olah merasa dikekang dgn peringatan dan nasihat Abu darda' radhiallahu anhu yang mengumpulkan mereka lalu berdiri berkhutbah demikian ucapannya…\Ya rakyat Syria…kamu sekalian adalah saudara se islam dgn ku, jiran tetangga dlm rumah tanggaku dan pembela melawan musuh bersama…\tetapi saya merasa hjairan melihat kalian smengapa kalian tidakpunya rasa malu…?kalian kumpulkan harta apa yang tidak engakau makanengakau bina bangunan yang tidak akan kalian diami

Kalian harapkan apa yang tidak kalian akan capaibeberapa kurun waktu sebelum kamu…mereka pun mengumpulkandan menyimpannya

Mereka berangan angankan lalu mereka berkepanjangan denganangan angannya

Mereka membina lalau mereka teguhkan bangunannya itutapi akhirnya semua itu menjadi binasa

Angan angan mereka hanya fatamorgana belakadan rumah rumah mereka menjadi perkuburan belaka.

Mereka adalah kaum 'ad yang memenuhi daerah antara aden danoman dgn anak pinak dan harta benda

Kemudian terbayang di antara kedia bibirnya suatu senyuman lebaryang menyindir, ia melambaikan tangannya kepada orang ramai yangpenuh berpusu pusu dan dengan jenaka sinis yang menusuk, ia memekikkan suara tinggi…

Ayuh siapa yang mahu membeli harta peninggalan kaum 'ad daripadaku dgn harga dua dirham…?

Inilah beberapa ilmu hikmah dari insane yang berwibawa zuhud menyinarkan nur hikmah nya meyakinkan, sikap tingkah lakunya wara', logiknya benar dan cerdas

Ibadat pada pandangan abu darda' radhiallahu anhu bukan sekadar ikut ikutan hakikatnya ianya adalah suatu ikhtiar mencapai kebaikan dan mengerahkan semua daya upaya untuk mendapatkan Rahmat allah dan redha Allah ta'ala dgn selalau tawadhu' dan mengingatkan manusia akan rasa diri insane yang dhaif dan merasa kebesaran Allah ta'ala yang menguasai setiap makhluqNya.



Ia lalau berkata…

Carilah kebaikan sepanjang hidupmua dan hendaklah engakau mencari hembusan sanugerah allah sesungguhnya Allah mempunyai tiupan rahmatNya yang dapat mengenai insane yang dikehendaki di antara hambaNya

Mohonlah kepada Allah agar Dia meniupkan rasa malu amenghilangkan rasa tidak tenteram sesunguhnya beza antara AdDinul Islam  dan agama lain adalah sifat malu

Sifat malu adalah sebahagian Iman

Ahli hikmah ini matanya selalu terbuka meneliti dan meneropong ibadah yang dilakukan orang yang bersandiwara atau bermain main agar setiap insane sedar dari kepalsuannya. Kepalsuan itulah yang banyak menimpa orang yang berwatak lemah dalamiman mereka, mereka 'ujub atau takbur sombong dengan amal mereka dan mereka tidak ikhlas mereka riak ujub summyah dan takabbur

Ka zalika yadhba'uLlahu 'ala kulli qalbin mutakabbirin jabbarin

Yang bererti demikianlah Allah memngeraskan hati orang yang takabbur dan sombong

Abu darda' Radhiallahu anhu berkata…

Kebaikan sebesar zarah/atom dari insane bertaqwa dan yakin adalah lebih berat dan lebih bernilai daripada amal seumpama gunung dari orang orang yang menipu diri sendiri

Beliau berkata lagi…

Jangan kamu membebani ore dgn sesuatu yang tidaksanggup dipikulnya dan janganlah sekalian menghisab mereka dengan mengambil alih tugas Tuhan. Peliharalah dirimu sendiri sebab sesiapa yang selalu menginginkan apa yang dimiliki ore lain. Pastilahakan berpanjangan kegelisahannya.

Beliau tidak suka kepada ahli ibadat yang mendakwa dirinya lebih sempurna dari hamba hamba Allah yang lain bagaimana pun tinggi pengabdiannya. Sewajarnyalah ia memuji syukur kepada Allah anugerah taufiq dan hidayah kepadanya. Allah menganugerahkan taufuk Hidayah RahmatNya kepada insane yang tinggi ubudiyyah

Allahumarhamni bi Tarki ma_'asyi ABADAN ma abqoitani…Amin

Yang bererti

Ya Allah rahmatilah daku dengan daya menghindari maksiat buar selamanya sedemikian yang Engkau telah tetapkan untuk diriku.

Sesungguhnya kasbi/usaha manusia jua pada hakikatnya adalah anugerah Allah kepada insane yang telah dipilihnya sejak di sulbi bapanya

Hakikatnya manusia menjadi baik adalah dengan rahmat dari Allah Ta'ala jua…

La Quawata illa billah yang bererti

Sesungguhnya Kuat adalah dengan Allah

Surah al Kahfi.

Kita harus mendoakan insane saudara semuslim dan jua bani ADAM supaya Allah anugerahkan jua Taufik dan hidayah untuk mengamalkan Islam.



Abu Qabalah bercerita seperti ini

Suatu hari Abu darda' radhiallahu anhu melihat ore ramai sedang mencaci maki insane yang terperangkap pada perbuatan dosa, ia berseru

Bagaimana pendapat kamu sekalian bila menemukan dirinya terperangkap di dalam lubang…

Bukankah semestinya kalian berusaha membantunya untuk mengeluarkannya dari lobang tersebut…?

Jawab mereka

Tentu sahaja

Beliau berkata lagi…

Kalau demikian jangan kalian cela dia…tetapi hendaklah kalian memuji syukur ke hadrat Allah Ta'ala yang telah memberikan keselamatan kepada kalian.

Tanya mereka pula…

Apakah Tuan tidak membencinya

Jawabnya

Yang kubenci adalah perbuatan maksiat yang dia terlanjur melakukannya, bila ditinggalkannya maka ia adalah saudaraku

Seandainya apa yang telah penulis kemukakan di atas bagi Abu Darda' Radhiallahu anhu merupakan salah satu wajah dari kedua wajah ibadah, pasti wajahnya yang satu lagi adalah Ilmu hakikat dan ma'rifat

Sesungguhnya Abu Darda' Radhiallahu anhu benar benar menghormati ilmu dengan setinggi tinggi martabat, beliau mengandaikan umpama suatu yang suci selaku ia insane ahli hikmah yang budiman, dan disucikannya selaku ia insane ahli ibadah atau 'Abid. Beliau berkata akan bab Ilmu…

Insan tak akan mencapai  martabat Muttaqiin selagi tidak berilmu, bagaimana pun, apa manfaat sesuatu ilmu jika tidak dibuktikan dalam amalan.

Ilmu baginya adalah suatu pengertian dari hasil penelitian, jalan dalam mencapai matlamat, ma'rifat untuk membuka tabir hakikat, landasan atau asas yang kuat dalam berbuat dan bertindak, daya fikir dalam mencari kebenaran dan motivasi penggerak kehidupan yang disinari Iman, dalam melaksanakan amal bakti kepada Allahu_rRahman.



Untuk memuliakan insane budiman ahli hikmah atau falsafah ini mengandaikan bahawa Muallimu Mursyid dan muridnya adalah sama sama  mempunyai martabat yang mulia semuanya mendapat fadhilat dan sawaaban wa khaira amala.

Sawaaban=pahala

Khaira amala=amal yang baik

Abu darda' radhiallahu anhu berpendapat bahawa kebesaran hidup ini yang banyak hubungannya dengan segala sesuatu bergantung kepada ilmu yang baik …



Happy life depend on the best knowledge yakni ilmu Al Qur'anul karim dan asSunnah rasulullah sallallahu alaihi wasalam



Adalah amat baik kita hayati ucapannya ini…

Aku tidak faham mengapa Ulama' berlalu begitu sahaja sedang orang orang bodoh di antara kamu tidak mahu mempelajari ilmu…

Kletahuilah bahawa muallim yang baik tidak mahu dan muridnya adalah serupa yakni sama sama pahalanya. Dan tidak ada lagi kebaikan yang lebih utama daripada kebaikan mereka.



Abu Darda' radhiallahu anhu berkata lagi…

Manusia ini terbahagi kepada tiga macam yakni

1.                   Insan yang berIlmu

2.                   2.Insan yang yang belajar 3. orang yang bodoh yang tidak mempunyai kebaikan apa apa

Pandangan Abu Darda' Radhiallahu anhu adalah bahawasanya Ilmu dan'amal tidak pernah terpisah

Dari hikmahnya

Kerana hal ini dia mneyebut…

Yang paling  ditakuti di hari kiamat ialah bila ditanyakan orang dihadapan khalayak ramai…

Hai Uwaimir, apakah engkauberilmu, maka akan kujawab…Ada

Lalau ditanyakan orang lagikepadaku…

Apa sahaja yang engkau amalkan dengan ilmu yang ada padamu…?

Beliau selalau memuliakan ulama' yang mengamalkan ilmunya, menghormati ulama' ini dgn penghotmatan besar…Bahkan beliau berdoa kepada allah dengan berkata

Ya allah aku berlindung denganMu dari kutukan hati ulama'

Lalu ia disoal… bagaimana buleh hati mereka mengutuk tuan…?

Jawabnya dibenci nya aku…



Adakah pembaca perhatikan…Bahawa ia memandang suatu kutukan yang tidak mampu ia menanggungnya bila terdapat kebencian orang alim kepadanya. Maka dengan demikian dia dengan tawadhu' berdoa kepada Allah agar Allah subhanahu waTa'ala sentiasa melindunginya.

 Hikmah abu darda' radhiallahu anhu mengajar manusia agar selalu berbuat baik dalam persaudaraan dan membina hubungan manusia dengan manusia atas dasar kajadian tabiat manusia  sendiri, maka ia berkata

Cacian dari se ore saudara adalah lebih baik daripada kehilangannyasiapakan mereka bagimu, kalau bukan saudara atau teman…? Berilah saudaramu dan bersifat lembut dengan saudaramu…nanti engkau akan menjadi sepertinya.

Besok engkau akan didatangi maut, maka cukuplah bagi engakau kehilangannya. Bagaimana engkau akan menangisinya sesuadah mati di dunia fana ini sedang selagi hidup tidak pernah engkau memenuhi haknya…?



Pengawasan dan perhatrian Allah subhanahu waTa'ala terhadap hambaNya menjadi dasar asas yang kuat bagi Abu Darda' radhiallahu anhu untuk membangun hak hak UKHWAH di atasnya.

Ia berkata…

Aku benci menganiaya se se ore dan aku lebih benci lagi jika sampai menzalimi se se ore yang tidak mampu meminta bantuan dari penganiayaanku, kecuali kepada Allah Yang Mohor Tinggi serta Mohor Besar KekuasaanNya.

ALANGKAH BESAR JIWAMU DAN CERAH PANCARAN ROHMU YA ABU Darda'  Radhiallahu anhu

Beliau selalau memberikan peringatan kpd umat muslimin dari mind set yang menyebut bahawa kalangan mustadh'afiin akan mudah sahaja mereka perlakuakan secara sewenang wenangnya dengan menyalahgunakan kuasa dan kekuatan. Diberiperingatan bahawadisebalik kedhaifan insane mustadh'afin ini, terdapat kekuatan yang ampuhyakni doa golongan insane yang dianiaya dizalimi. Doa kalangan mustadh'afiin ini yang biasanya terdiri dari fuqara' wal masakin yang mustajab doa apabila dizalimi puak zalim. Tiada hijab antara insane yang telah dizalimi dengan Allah Ta'ala…

Inilah ingatan yang selalu diberi INGAT supaya pemimpin selali membela fiqara' wal masakin yang mustadh'afiin

Nah

Inilah Abu Darda' radhiallahu anhu insane yang dianugerahkan Hikmah yang tinggi ahli hikmah ahli falsafah yang budiman, Insan zuhud, tinggi ubudiyahnya kepada Allah Ta'ala…Rindu untuk kembali bertemu Allah

Ia adalah insane yang selalu membuatkan muslimin terpesona dengan sifat Taqwanya lalu meminta doa restunya…maka dijawab dengan penuh sifat tawadhu'

Lalu ia berkata…

Aku bukan ahli berenang…hingga aku khuatir akan tenggelam.

Abu Darda' Radhiallahu anhu adalah murid Rasulullah sallallahu alaihi  wasalam yang syumul.

Putera Islam yang pertama , teman saiyidina abu bakrah AsSiddiq dan Umar radhiallahu anhuma serta sahabat sahabat utama rasulullah sallallahu 'alaihi waSalam



InsyaAallah akan disiarkan di laman alimanmujahid.blogspot

Pada hari selasa 10.8.2010_1431hijrah