Thursday, 1 March 2012

Syeikh ABDUL KADIR AL JAILANI


Telah berkata Syeikh Abdul Qadir A1 Jailani, pada pagi hari Jumaat, bertempat, di Madrasah, pada tarikh 21 Zulkaedah, tahun 545 H:

Jika Allah Azza Wajalla menghendaki kebaikan bagi hamba- Nya, maka Allah Azza Wajalla fahamkan hambanya itu kepda agama. Dia perlihatkan kepadanya tentang cacat diri kita. Faham terhadap agama merupakan pangkal untuk mengendali dirin kita. Maka barang siapa mengenali sesuatu berkat-berkat rahmatnya. Sempurna peribadatan kepada-Nya. Serta bebas dari menyembah selain Dia.

Tidak ada keuntungan dan keselamatan bagimu sebelum kamu bertaubat kepada-Nya. Mengalahkan selain-Nya. Mengamalkan agamamu,. Dan mementingkan agamamu sampai mengalahkan duniamu, disamping mengingatTuhanmu dan melupakan segala milikmu. Kehancuranmu itu terletak pada memperturut- kan nafsu dan meninggalkan agamamu. Juga disebabkan terlena oleh dunia dan melupakan akhirat, di samping akibat terlalu menyintai sesuatu yang kamu miliki dan melupakan zat Penciptamu. Amalkan nasihatku ini, sungguh Dia akan mencukupimu.

Kamu terhalang dari Allah Azza Wajalla. Sehingga tidak ada pengkabulan untukmu. Pengkabulan hanya sesudah memenuhi panggilan-Nya. Jika kamu memenuhi panggilan- Nya dengan beramal, tentu Allah akan mengkabulkan pada waktu kamu memohon kepada-Nya. Adanya hasil hanya setelah menanam. Menanamlah, supaya kamu dapat mengetam.
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Dunia itu merupakan ladang bagi akhirat."

Cara menanam di ladang tersebut adalah dengan hati, dan badan. Adapun cara menjaga, mengairi dan menyirami adalah dengan amal soleh. Jika saja hati lembut, halus dan penuh kasih sayang, tentu tanaman dapat tumbuh suburdisitu. Namun bila hati keras dan kejam ibarat tanah yang tandus dan kering, pasti tanaman tidak mahu tumbuh di situ. Kalau saja kamu menanam dipuncak gunung yang tandus, tentu tidak dapat tumbuh. Bahkan ia mudah mati. Ketahuilah, tanaman ladang tersebut tidak cukup hanya dangan mengandalkan otak sahaja.Jadilah orang berakal.

Ya ghulam! Hadapkan dirimu kepada Allah Azza Wajalla dengan segala cubaan yang menimpamu. Lalu engkau akan berdiri di bawah kasihnya. Jangan gentar dan terbawa oleh angin. Jangan lekang oleh panas atau lekuk oleh hujan. Kukuhkan lahir batin!

Beramallah dan ikhlaskan dalam amalmu! Bertautlah dengan Allah Azza Wajalla! Tinggalkan keterpautan dengan segala sesuatu yang tidak bermanfaat bagimu! Semua yang tidak menguntungkan bagimu, tinggalkan! Jangan kamu capai!. Kamu wajib mengendali nafsumu sehingga dapat mengalahkan dan menawankannya.

Wahai ghulam! Cambuklah nafsumu dengan cemeti lapar, menahan syahwat kelazatan dan hal-hal yang menyesatkan. Cambuklah hatimu dengan cambuk 'takut dan berdekatan'!. Jadilah 'istighfar' sebagai kebiasaan hati, jiwa dan nuranimu! Sesungguhnya masing-masing mereka punya dosa tertentu. Tetapkan mereka untuk tunduk dan mengikut kepada-Nya dalam segala suasana!

Jika taqdir tidak memungkin- kan bagi kamu untuk menolak, mengubah atau menghapusnya, maka kamu jangan menghendaki selain yang Dia kehendaki. Kalau takdir telah menghendaki sesuatu, maka kamu jangan menghendaki yang lain. Jika takdir telah menghendaki atau menyempurnakan sesuatu maka kamu tidak perlu merisaukannya. Serahkan segala sesuatu kepada Tuhanmu Azza Wajalla.Gantungkan kepada lembaran rahmatnya! Dengan tangan taubatmu kepadanya.
"Ya Tuhanku! Bangunkanlah rumah untukku di sisi Engkau dalam syurga."
(Q.S.At-Tahrim ayat 11)


No comments:

Post a Comment