Rasulullah Salallahu Alaihi WaSalam ditanya
oleh para sahabat sebagai berikut:
Apakah ada mu’min yang pengecut? Nabi bersabda:
Ada . Baginda
dtanya lagi, Apakah ada mu’min yang bakhil? Baginda bersabda: Ada , Kemudian ditanya lagi: Apakah ada mu’min
yang pembohong? Baginda menjawab: Tidak ada.
(H.R Imam Malik)
Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam bersabda:
Mu’min pada dasarnya diberi semua watak dan sifat-sifat kecuali khianat dan
berbohong.
HR Ahmad.
Siti Aisyah berkata: Tidak ada sikap yang paling dibenci
Rasulullah Salallahu alaihi WaSalam lebih dari bohong. Apabila baginda melihat
seseorang bohong dari segi apa sahaja, maka orang itu tidak keluar dari
perasaan hati Rasulullah Sallallahu alaihi WaSalam sehingga baginda tahu bahawa
orang itu telah bertaubat.
HR Ahmad
Dalam Riwayat lain Aisyah Radhiallahu anha
berkata: Tidak ada sikap yang paling dibenci Rasulullah Sallallahu alaihi
WaSalam yang lebih dari bohong, Apabila ada orang berbohong dekat Baginda, maka
dusta itu tidak terlepas dalam jiwa baginda (Baginda amat tahu bahawa itu dusta), sampai Baginda pun
mengetahui bahawa ia telah bertaubat dari dusta itu.
Al-Atsar=Hadis sahabat H.R Ibnu Hiban)
No comments:
Post a Comment