Bab
Jihad
Jihad
adalah fardhu Kifayah dalil firman Allah Subhanahu WaTaala : Al Baqarah:ayat
216
Kamu
diwajibkan berperang untuk menentang pencerobohan
Yang
dimaksudkan dengan Jihad adalah berjuang di jalan Allah , dalil firman Allah
Subhanahu WaTaala:
Dan
berperangilah kerana menegakkan dan mempertahankan AdDin Allah (Al Baqarah:190)
Jihad
bukanlah Fardhu Ain, Dalilnya Allah Subhanahu waTaala:
Dan
tidaklah (betul atau elok), semua mu’min keluar semuanya untuk pergi berperang
(AtTaubah :122)
Jihad
pada awal kedatangan Isalam adalah wajib ke atas seluruh umat. Dalil firman
Allah Subhanahu waTaala:
Pergilah
kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah sama ada dengan keadaan
ringan dan mudah bergerak ataupun dengan keadaan berat disebabkan berbagai-bagai
tanggungjawab (AtTaubah :41)
Jihad
adalah sebaik-baik amalan. Dalilnya sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam:
Sesungguhnya
berangkat pada waktu pagi atau petang untuk berjuang di jalan Allah adalah
lebih baik daripada dunia dan segala isinya (hadis riwayat Al
Bukhari:2792,2796,6568, Muslim:1880,Ahmad:11941,12028 dan selain mereka itu)
Jihad
merupakan amalan yang boleh menyelamatkan seseorang dari seksa neraka. Dalinya
Sabda Rasulullah sallahu alaihi wa Salam.
Apabila
kedua-dua kaki seseorang berdebu kerana berjuang di jalan Allah, maka Allah
akan mengharamkan jasadnya daripada disentuh api neraka (hadis riwayat Al
Bukhari:907, Ahmad:15505, AtTarmizi:1632 dan An Nasai:3116)
Jihad
merupakan jalan menuju syurga. Dalilnya sabda Rasulullah salallahu alaihi
wasalam.
Ketahui
bahawa jannah adalah terletak dibawah naungan pedang (hadis riwayat Al
Bukhari:2891,2966,3024, Muslim:1742, Abu Daud : 2631 dan selain mereka itu)
Jihad tidak wajib ke atas kaum perempuan.
Dalilnya sebuah hadis di mana A’isyah Radhiallahu anha bertanya kepada
Rasulullah Sallallahu wasalam
Adakah kaum perempuan wajib berjihad , wahai
Rasulullah? Baginda menjawab “Ya, mereka wajib berjihad namun tiada peperangan
di dalamnya iaitu melaksanakan ibadah haji dan umrah
Jihad
tidak wajib ke atas kanak-kanak di bawah umur, dalil perkataan Ibnu Umar
radhiallahu anhuma:
Aku
menawarkan diri kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam untuk ikut serta
dalam perang Uhud dan ketika itu aku masih berusia 14 tahun, namun Baginda
tidak membenarkan diriku ikut serta dalam peperangan tersebut (hadis riwayat al
Abukhari :2664, 4097, Muslim:1868, Ahmad 4647 dan Abu daud :4406)
Orang
yang hendak berjihad mesti tidak buta
Ada
sambungan lagi , InsyaAllah
No comments:
Post a Comment