Petikan dari laman ustaz www.emjayjb.multilpy.com
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbh sekalian pembaca Laman Emjay.
Pada 22 Mei 2007 saya telah upload artikel bertajuk Bomoh
semakin berani atau ulamak semakin … Artikel ini alhamdulillah telah mendapat
respons yang memberangsangkan dan reply untuk artikel tersebut sehingga hari
ini berjumlah lebih dari 70 kesemuanya. Antara reply tersebut adalah reply
berhubung dengan selawat syifa. Reply berhubung selawat syifa ini benar-benar
mencabar pegangan saya.
Apabila Selawat Syifak sudah masuk thread ini, saya
benar-benar menjadi serba salah, dibiarkan tidak boleh seolah-olah saya
meredhainya. Saya dengan ini telah berusaha mencari seseorang untuk membantu
menyelesaikan isu selawat syifak dan Alhamdulillah saya telah dipertemukan
dengan seorang yang memang berpengetahuan luas tentang ilmu hadis dan ilmu
bahasa Arab. Berikut adalah ulasan hamba Allah ini berkenaan selawat syifak dan
selawat tafrijiah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Komen berhubung Selawat Syifak
Menurut ilmu tatabahasa arab, gantinama akan kembali kepada
nama yang disebut pada bahagian akhir ayat. Dalam kes selawat syifak, nama Nabi
Muhamad saw telah disebut pada hujung ayat ……..sayyidina muhammadin.
Lafaz ……Muhammadin berbaris dua bawah pada akhirnya dan
lafaz ….tibbilqulub hingga ….wadhia iha berbaris bawah kesemuanya. Ini
menjelaskan bahawa ….tibbi… sehingga ….wadhia iha… adalah sifat kepada Nabi
Muhamad saw yang boleh mengelirukan pembacanya sehingga dia beriktikad bahawa
nama Nabi Muhamad SAW mempunyai kuasa yang boleh menjadi penawar kepada
hati-hati (kalbu-kalbu) dan juga penawar / penyembuh dan juga menjadikan badan
sihat dan juga menyembuhkan penyakit-penyakit serta menjadi cahaya kepada
penglihatan mata hati.
Sedangkan kami ahlisunnahwaljamaah beriktikad bahawa Nabi
SAW sudah wafat dan adalah mustahil baginda boleh kembali ke dunia dan memberi
manfaat kepada mereka yang menggunakan doa ini tanpa mengamalkan sunnahnya.
Komen mengenai Selawat tafrijiah.
Tafrijiah dari sudut bahasa arab membawa maksud
menyelesaikan kesusahan.
Ijmak dari semua ahlisunnah waljamaah bahawa sesiapa yang
meninggal dunia maka sudah terputus hubungannya dengan dunia. Termasuklah semua
rasul-rasul dan para nabi. Hanya mereka yang berpegang kepada ajaran yang sesat
bernama BRILWI (banyak diamalkan di India
dan Pakistan )
yang beriktikad bahawa Nabi Muhamad SAW boleh kembali ke dunia ini pada
bila-bila masa khususnya ketika diseru oleh manusia.
Adalah sudah jelas bahawa Nabi Muhamad SAW seumur hidup
baginda memperjuangkan kesucian akidah Islam yang mentauhidkan hanya Allah SWT.
Berikut adalah pesanan Nabi yang terakhir sebelum baginda
wafat mafhumnya: “Laknat Allah kepada orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan
kubur-kubur Nabi-Nabi mereka sebagai tempat untuk beribadah.” Riwayat dari Imam
Muslim.
Nabi SAW melarang kita semua mengikuti jejak orang Yahudi
dan Nasrani.
Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang selawat tafrijiah,
marilah kita semua belajar tatabahasa arab iaitu lafaz allazi
tanhal…. Lafaz allazi ini adalah perkataan penghubung yang berfungsi bagi
menghubungkan nama yang sebelumnya dengan perbuatan yang seterusnya. Nama
yang sebelum allazi adalah nama Nabi Muhammad manakala perbuatan selepas
pembuatnya atau pelakunya adalah merujuk kepada perbuatan Nabi Muhammad.
Mengikut selawat tafrijiah ini, ada 6 perkara yang sangat
penting di dalam selawat tersebut yang ingin saya tonjolkan di mana 6 perkara
ini seolah-olah telah menjadi tugas Nabi Muhammad selepas beliau wafat iaitu:
- tanhalubihilukad
terjemahannya terbuka dengannya ikatan-ikatan. Gantinama dalam bihi
kembali kepada nama Muhammad yang disebut sebelum perkataan penghubung
allazi. Ikatan-ikatan sekiranya merujuk kepada surah al falak …. ‘ukad…
membawa makna ikatan yang dibuat oleh syaitan. Apabila Nabi saw terkena
sihir yang diusahakan oleh bomoh perempuan yahudi, Nabi sendiri tidak
mampu mengatasi perbuatan sihir ini sehinggalah turun malaikat Jibril atas
perintah Allah untuk mengajarkan kepada Nabi Muhamad saw cara merawat
sihir iaitu dengan membaca surah Al Falak dan surah An Naas dan berdoa
kepada Allah swt. Sekiranya sewaktu Nabi masih hidup dan terkena sihir
ini, Nabi sendiri tidak mampu untuk menangani kesan sihir tersebut
sehinggalah beginda membaca surah Al Falak dan surah AN Naas lalu berdoa
kepada Allah, mana mungkin selepas wafatnya, beginda tiba-tiba mampu pula
untuk menyembuhkan sihir (membuka ikatan) orang lain. Dengan ini adalah
jelas bahawa tugas menyembuhkan dan merawat sihir atau ikatan adalah hanya
tugas Allah SWT dan bukanya tugas nabi SAW. Apa yang paling penting di
sini ialah, barangsiapa yang beriktikad bahawa Nabi Muhamad saw boleh
selepas wafatnya dipohon untuk merawati atau membuka ikatan sihir, maka
mereka telah mempersekutukan Allah SWT.
- Perkara kedua akan
disambung kemudian.
Insya-Allah pada pertemuan yang akan datang, pembaca akan
disajikan dengan hujah berkenaan perkara 2 hingga 6 yang mana perkara-perkara
ini adalah lebih menakutkan dan lebih dahsyat berbanding hujah yang pertama di
atas.
Benarlah kata Nabi saw dalam hadis baginda yang sahih dari
riwayat Muslim: mafhumnya:
Bersumber dari Abu Sai’id Al Khudri, dia berkata:
“Rasulullah saw bersabda: “Sungguh kalian telah mengikuti sunnah orang-orang
sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sampai mereka
masuk lubang biawak pun kalian akan mengikuti mereka”. Kami berkata:
“Wahai rasulullah, orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani?”. Beliau
bersabda: “Siapa lagi”.”.
Maka sudah jelas bahawa umat Islam telah mengikuti ajaran
Yahudi yang menyembah Nabi Uzair dan Nasrani yang menyembah Nabi Isa dan kini
umat Islam pula mengikut jejak langkah mereka dengan menyembah Nabi Muhammad
saw.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian semoga dengan penjelasan ini diharapkan pembaca
Laman Emjay dapat mengutip ilmu yang berguna.
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
Emjay ni ustaz di Johor yang
mengatakan selawat assyifa’ yang diamalkan oleh Dr Harun Din al hafiz tak betul
dengan tuduhan berat maka saya yang ada latar belakang pembelajaran bahasa Arab
nak perthankan selawat Syifa’ dan selawat tafrijyah.
Kekecohan timbul bila ustaz yang
tak reti tasrif nahu dan soraf dalam
selawat syifa’ ,maka dengan senang ustaz tersebut buat fitnah tuduh syirik
amalan selawat syifa’. Saya cadangkan Ustaz tu belajar lagi nahu dan soraf al
kaedah bahasa Arab
Yang menjadi masalah ustaz yang
tak reti bahasa arab menterjemahkan kalimat Tibb dengan terjemahan melayu
sebagai penyembuh. Nampak nhyata ustaz tersebut jahil bahasa arab. Kalimah
tibbi sepatutnya diterjemahkan dengan “rawatlah,sembuhlah, kembali kepada
kalimah Allahumm, bermaksud ya Allah sembuhkanlah/rawatkanlah hati, bukannya
nabi Muhammad yang penyembuh,
Jadi ustaz tu pergi belajar nahu
dan soraf dengan ulama’ yang bertul jangan duk buat fitnah kepada Dr Harun Din
al Hafiz. Saya ni latar belakang Kolej Islam Kelang zaman tahun 1986.
Saya sempat berguru dengan Mufti negeri Kelate dato’ Syukri (pernah
mengajar di Falahiah….
kaedah tasrif bahasa arab iaitu
Dato’ Syukri. Sebelum jadi Mufti beliau mengajar di Falahiah (sekalah saya masa
tahun 1983-985)
Jadi minta Ustaz emjay minta maaf
kepada Dr Harun Din alHafiz serta pengamal selawat syifa’.
Sebenarnya kalau nak cerita nahu
dan soraf ni ada kaedah bagaimana tahu kalimah fi’lun di ubah dari madhi, ke
mudhori’ ke fi’lun amar. Ada
kaeadahnya seperti, tabba, yatibbu, tibb.
Tabba=telah sembuh
Yatibbu sedang sembuh
Tibb=sembuhkanlah, jika kita
dengan Allah kita minta/ mohon yakni ya Allah sembuhkanlah qulub( jama’ bagi
kalimah qalbu).
Contoh lain:
Jalasa= telah duduk -di tasrif
dalam nahu dan soraf bahasa arab sebagai
fi’lun madhi
Yajlisu= sedang duduk atau akan
duduk- di tasrif dalam nahu dan soraf bahasa arab sebagai fi’lun mudhori’
Ijlis=duduklah, di tasrif dalam
nahu dan soraf bahasa arab sebagai
fi’lun amar, yakni kita suruh sahabat kita duduk.
Contohnya bila kawan kita datang
pejabat kita, kita kata “ Ijlis ” maksudnya kita suruh kawan kita duduk atas
kerusi.
Contoh seterusnya ialah kalimah
salam= Sejahtera=PEACE bila Aslim maknya jadi Amanlah…
Sejahteralah….
Jadi tak de lah ustaz kalau dia
tahu nahu dan sorof bahasa arab nak fitnah Dr Harun Din al hafiz dengan fitnah
yang berat.. cepatlah minta maaf.
Ini adalah selawat tafrijiyah yang
saya amalkan:
اللهم
صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به
الحوائج وتنال به الرغائب وحسن الخواتم ويستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى اله
وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
Ya
Allah Rahmatilah dan sejahterakanlah yang sempurna ke atas Nabi Muhammad
Sallallahu alaihi Wasalam yang dengan berkatnya (syafaatnya), terbuka apa yang
tersimpul dan dengan berkatnya (syafaatnya) terlepas dari segala kesusahan dan
dengan berkatnya(syafaatnya) ditunaikan segala hajat dan dengan berkatnya
(syafaatnya) tercapai segala keinginannya dan kesudahan yang baik dan
curahkanlah air hujan (rahmat) dengan berkat wajahnya (pada wajah nabi Muhammad
ada nur Nubuwwah) yang mulia, kehormatan
dan kesejahteraan yang sempurna, Engkau limpahkan jua, Ya Allah ke atas
keluarga dan sahabatnya dengan kiraan tiap-tiap kerdipan mata dan hembusan
nafas dan setiap
ilmu yang ada bagiMu Ya Allah
Faedah-feadah
Berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sdebagaimana dipaparkan oleh Al-Marhum
Prof.Dr.Tg. Muhammad Hasbi As-Siddiiqi dalam bukunya “Kumpulan Dzikir dan Do’a”
19
perkara:
- Memperolehi curahan rahmat dan kebajikan daripada
Allah S.W.T.
- Menghasilkan kebaikan, meninggikan derjat dan
menghapus kejahatan.
- Apabila kita membaca seratus selawat, kita
memperolehi pengakuan kesempurnaan iman.
- (Apabila kita tidak suka membaca selawatan)
memperolehi kerugian, penyesalan dan jauh dari dikawani oleh orang
baik-baik (pada sisi Allah)
- Mendekatkan diri kepada Allah
- Menyamai pahala memerdekakan budak (hamba ‘abdi)
- Menghasilkan syafa’at (Nabi)
- Memperoleh penyertaan dari Mala’ikat Ar-Rahmah
- Memperolehi perhubungan yang rapat dengan Nabi.
Seseorang yang berselawat dan bersalam kepada Nabi; selawat dan salamnya
disampaikan Mala’ikat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
- Membuka
kesempatan berbicara (bercakap – P) dengan nabi s.a.w.
- Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan meluaskan
rezeki.
- Melapangakan dada: apabila seseorang membaca seratus
kali selawat, menurut Hadith, Allah akan melapang dadanya dan memberi
penerangan (nuur-P) yang sinar-seminar kepada hatinya.
- Menghapuskan dosa: apabila seseorang membaca dengan
tetap setiap hari, tiga selawat, Allah hapuskan dosanya.
- Menggantikan sedekah orang yang tak sanggup
bersedekah.
- Menggandakan –gandakan pahala yang diperolehi.
Apabila seseorang berselawat di hari Juma’at, maka Tuhan berikan kepada
pahala yang berlipat ganda.
- Menyebabkab dekat kedudukan penselawat itu dengan
Rasullah s.a.w di hari Kiamat.
- Menjadi sebab diterima do’a
- Melepaskan diri
dari kebengungan di hari Kiamat. Apabila seseorang meninggalkan
selawat kepada nabi, ia akan menghadapi kebengungan dan kekacauan di hari
Mahsyar (Perhimpunan sesudah manusia dikumpulkan-P).
- Memenuhi satu hak NabiMuhammad s.a.w, atau menunaikan
suatu tugas ‘ibadah yang diwajibkan atas kita umat Islam. Apabila
seseorang tidaj berselawat, bererti ia enggan memenuhi hak nabi muhammad
s.a.w. yang wajib dipenuhi.”
- Untuk selanjutnya sila dalami buku kami “40 Hadith
Sekitar selawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w.”
Selawat Syifa’:
اللهم
صل على سيدنا محمد طب القلوب ودواءها وعافية الابدان
وسفاءها
ونور الابصر وضياءها وعلى اله وصحبه
وسلم
Maksudnya: "Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami
(Nabi) Muhammad, ubatlah qulub/ hati dan kesembuhannya), kesihatan seluruh
tubuh badan dan syifa’nya, Nur kanlah
penglihatan dan pemancarannya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat
Baginda serta berkati sejahterakanlah."
No comments:
Post a Comment