Taubat
Syed Ahmad semait analisa dan komentar
edisi baru ISBN 978-981-00-7271-1
Terbitan Pustaka nasional
Diedarkan pustaka Islamiyah Sdn Bhd
Taman Sri Gombak
Dicetak Kerjaya Print Pte Ltd Singapore
Hadis Qudsi
Hadis qudsi hadis 9
Yang bererti
Apabila Aku menimpakan bala
ke atas hambaKu yang mu'min lalu
ia bersabar (atas penderitaan ) tiada ia mengadu atau mengeluh kepada
pengunjung pengunjungnya , nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahananKu
(penderitaan itu) kemudian akan Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih
baik dan darahnyanya dengan darah yang lebih baik sehingga ia dapat bekerja
semula (yakni setelah semua dosanya dan kesalahannya yang lalu Allah telah
ampuni semuanya) hadis Riwayat Hakim
Hadis 14 hadis qudsi yang bererti
jika Aku menimpakan suatu
musibah ke atas salah se ore hambaKu
pada badannya atau hartanya atau anaknya lalau dia redha menerima
musibah tersebut dgn penuh sabar niscaya
di hari Kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau
mendedahkan buku catatan amalnya
riwayat Qudha'i
hadis 15
yang bererti
apabila hambaKu mengingati sendirian Aku akan mengingatinya
sendirian Dan apabila dia mengingati Ku
dihapadan khalayak ramai niscaya Aku akan mengingatinya pula di khalayak yang
lebih baik daripada khalayak ramai yang dia mengingatiKu
riwayat Thabarani
hadis 16
apabila hambaKu telah mencapai usia empat puluh
tahun, Aku akan jauhkan dia dari tiga macam bencana yaitu…gila. kusta dan sopak
Dan apabila dia mencapai usia lima puluh tahun,
Aku akan menghisabnya dgn hisab yang ringan. Dan apabila dia mencapai usia enam
puluh tahun, Aku akan dorongkannya supaya suka bertaubat. Dan apabila dia
mencapai usia tujuh puluh tahun, Aku akan jadikannya dikasihi oleh para
Malaikat Dan apabila dia mencapai usia
delapan puluh tahun, Aku akan catitkan kebajikannya semata dan Aku akan
tutup mata terhadap kesalahan kesalahannya Dan apabila dia mencapai usia
Sembilan puluh tahun akan berkatalah para malaikat…Insan ini selaku tawanan
Allah Ta'ala di BumiNya maka diampunkanlah semua dosa dosanya yang terdahulu
dan yang terkemudian dan dibenarkannya mensyafaatkan
Dan apabila dia mencapai usia ganyut Allah
mencatitkan baginya semua pahala/ sawaaban amalannya yang pernah diamalkannya
di waktu sihat dahulu dan kalau dia melakukan kesalahan, tiada dicatitkan
atasnya lagi.
Riwayat Tirmizi
Hadis 21 yang bererti
Apabila hambaKu merencanakan suatu kebaikan tetapi tiada dilakukannya,
Aku catitkan baginya sepuluh kabajikan, berganda pula menjadi tujuh ratus kabajikan Dan apabila dia
merencanakan suatu kejahatan tetapi tiada jadi dikerjakannya, Aku tidak
mencatitkan baginya apa apa pun . jika terus dikerjakannya, Aku tidak
mencatitkan baginya apa apa jika terus dikerjannya , Aku catitkan baginya satu
kejahatan saja
Riwayat Bukhari Muslim
Hadis riwayat Abu darda' radhiallahu anhu bahawa Rasulullah sallallahu
alaihi wasalam bersabda
Jika hambaKu mengeluh dan mengadukan penyakitnya sebelum tiga hari,
maka ia telah mengadukan Aku
Haids 26
Abu hind aRrAZI RADHIALLAHU ANHU BAHAWA RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI
WASALAM
Ingatilah Aku dengan mentaatiKu niscaya Aku akan mengingatimu dgn
pengampunanKu. Barang siapa yang mengingatiKu sedang ia taat setia kepadaKu,
maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dgn pengampunanKu. Dan barangsiapa
yang mengingatiKu sedang ia derhaka dan maksiat kepadaKu maka berhaklah dia
akan Aku mengingatinya dgn bencanaKu
Riwayat Dailami dan Ibnu Asakir
Hadis 27 yang bererti
Aku sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap insane
yang tidak punya pembela selain Aku
Hadis riwayat Thabarani
Hadis 28
Mintalah bantuan kepada insane yang bersifat belas kasihan daripada
umatKu, nescaya kamu akan hidup di bawah lindungan mereka sebab kepada merekalah turunnya RahmatKu. Dan jangan
sekali meminta bantuan daripada orang yang kejam sebab murkaKu turun kepada
mereka
Riwayat Qudha'i
Hadis 29 Anas Radhiallahu anhu
berkata bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi waSalam
yang bererti
Aku telah menyediakan bagi hamba hambaKu yang salih kenikmatan yang
tidak pernah dilihat dgn mata didengar dgn telinga dan terlintas di hati
manusia
Hadis riwayat Thabarani
Hadis 30
Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam bersabda
Aku telah memfardhukan ke atas umatmu (Ya Muhammad…
Solat lima waktu seraya Aku berjanji bahawa insane yang tunai solat
fardhu akan dianugerahkan aljannah dan orang yang tak tunai solat maka tiadalah
dijanjikan apa apa dari Aku baginya…
Riwayat Ibnu Majah dan Abu Na'aim
Hadis 32
Wahab bin Munabbih bahawa Nabi sallallahu alihi wasalam bersabda Allah
Ta'ala berfirman
Sesungguhnya semua petala langit dan bumi menjadi sempit untuk
merangkul ZatKu akan tetapi Aku mudah dirangkul oleh qalbu insan mu'min
Hadis riwayat Ahmad
Hadis abu hurairah radhiallahu anhu bahawa Nabi
Muhammad sallallahu alaihi wasalam bersabda…Allah berfirman…
Sesungguhnya yang amat Aku kasihi di antara hamba
hambaKu ialah yang menegerakan berbuka puasanya (apabila masuk waktu maghrib)
Hadis Ahmad dan Tirmidzi
No comments:
Post a Comment