Di dalam Buku sirah nabi Muhammad saw oleh Dr Mustafa
as-syibaie, punca utama peristiwa ini ialah kerana mereka cuba membunuh
Rasulullah saw ketika baginda bersandar di rumah salah seorang penduduk kampong
bani Nadir (sekutu Khazraj)
Perbuatan dan sikap khianat dan jahat yahudi terhadap perjanjian
yang telah dimeterai. Ketika Rasul saw dan beberapa orang sahabat baginda
berada diperkampungan bani nadhir, baginda telah bersandar pada dinding rumah
kaum itu. Tiba-tiba mereka melakukan komplot jahat untuk membunuh baginda
dengan cara melontarkan batu dari atas rumah kearah baginda. Bagaimanapun
Baginda mengetahuinya dan bingkas bangun dengan segera seolah-olah mempunyai
sesuatu keperluan. Baginda menuju ke Madinah diikuti oleh para sahabatnya.
Kemudian Baginda mengutuskan Muhammad bin Maslamah kepada Bani Nadir
memberitahu, “Kamu hendaklah keluar dari negaraku. Jangan kamu tinggal
bersama-samaku disini. Kamu telah belot”. Kemudian Baginda memberi tempoh 10
hari kepada mereka untuk keluar dari kampong itu.
Surah Al-Hasyr Ayat 2,
Dia-lah yang
mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli Kitab dari kampung-kampung mereka
pada saat pengusiran kali yang pertama. Kamu tiada menyangka, bahwa mereka akan
keluar dan mereka pun yakin, bahwa benteng-benteng mereka akan dapat
mempertahankan mereka dari (siksaan) Allah; maka Allah mendatangkan kepada
mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah
mencampakkan ketakutan ke dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah
mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang yang beriman. Maka
ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai
pandangan.
Kaum Nadir telah bersetuju untuk keluar dari kampong tersebut
namun telah muncul seorang munafik Abdullah bin Ubai (Munafiq) telah mengadu
domba dengan mengatakan akan menolong bani nadir utk menentang Nabi dengan 2000
orang askar. Kemudian di ketuai oleh Ali bin Abi Tolib.
Surah Al-Hasyr Ayat 11,
Apakah kamu tiada
memperhatikan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudara mereka
yang kafir di antara ahli Kitab: "Sesungguhnya jika kamu diusir niscaya
kami pun akan keluar bersama kamu; dan kami selama-lamanya tidak akan patuh
kepada siapa pun untuk (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi pasti kami akan
membantu kamu". Dan Allah menyaksikan, bahwa sesungguhnya mereka
benar-benar pendusta.
Surah Al-Hasyr Ayat 12,
Sesungguhnya jika
mereka diusir, orang-orang munafik itu tiada akan keluar bersama mereka, dan
sesungguhnya jika mereka diperangi; niscaya mereka tiada akan menolongnya;
sesungguhnya jika mereka menolongnya niscaya mereka akan berpaling lari ke
belakang, kemudian mereka tiada akan mendapat pertolongan.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tanda-tanda orang munafiq itu tiga; bila berkata ia bohong, bila berjanji ia mengingkari, dan bila dipercaya ia mengkhianati." Muttafaq Alaihi.
- Ramai ulama sejarah mengatakan peristiwa keluar api di Hijaz tersebut telah berlaku di Madinah Nabawiyyah, pada bulan Jumada Akhirah tahun 654H.
- Di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, Ibn Kathir membawakan peristiwa tersebut secara detail. Iaitu ia berlaku pada Hari Jumaat 5 Jumada Akhirah 654H. Ia berterusan selama sebulan. Madinah dikatakan bergoncang ketika itu, dan penduduknya berlindung di Masjid Nabawi. Api yang menyala dikatakan sangat tinggi sehingga dapat dilihat dari Makkah Mukarramah. (Al-Bidayah wa al-Nihayah 6/284).
- Api yang menyala itu juga memancarkan cahaya yang terang benderang, sehingga dapat dirasai oleh penduduk Busra (satu tempat di Syam). Sehingga pada waktu malam, penduduk pedalaman di Busra dapat melihat cahaya tersebut pada unta-unta mereka. Imam Nawawi mengtakan: Seluruh penduduk Syam secara mutawatir mengetahui tentang peristiwa keluar api tersebut. (Fathul Bari 13/79)
- Di Madinah terdapat satu tempat lawatan yang masyhur yg dinamakan Burkan Madinah, iaitu kawasan yang dikatakan keluarnya api dalam peristiwa tersebut
No comments:
Post a Comment