Beliau ialah Haji Muhammad
Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar
Negeri Kelantan. Tersohor diperingkat awal dengan panggilan Awang Kenali oleh Muallimnya
Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani.Pada tahun 1969 ke Makkah
utk belajar. Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari
sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau makan ataupun
tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak
membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan
yang begitu kuat. Beliau duduk dalam halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata.
Sehingga orang menyangka beliau tidur. Hampir semua murid Tok Kenali
meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya
mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat. Antaranya ialah Syeikh Idris
al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut
Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak. Beliau aktif menulis. Antara karyanya:
Risalatud Durril Mantsurterjemahan dan penjelasan Fadhilat Burdah Bushiri,
Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil
Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih. Terlibat dlm menyelesaikan pertikaian
antara Syeikh Yusuf al-Nabhani dengan Muhammad Abduh (pemimpin Kaum Muda
Mesir)Para alim ulamak, asatizah dan ore ramai menunaikan solat ke atas jenazahnya di hari kewafatan beliau pada hari
Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan oleh Tuan
Guru Hj Mohammad Nor bekas Mufti Kelantan.
No comments:
Post a Comment