Saturday 28 January 2012

DELIMA


Faris al-Jabi,seorang ahli pertanian Palestin menegaskan bahawa pada tahun-tahun terakhir ini,dunia berusaha memperluas penanaman buah delima warna merah.

Selanjutnya al-Jabi menerangkan bahawa alasannya adalah kerana berbagai penelitian ilmiah menyebutkan bahawa buah delima banyak manfaatnya untuk kesihatan,kerana didalamnya terdapat unsur-unsur antioksida dan kemampuannya untuk melindungi jasmani dari berbagai penyakit jantung dan kanser.

Selanjutnya al-Jabi menerangkan bahawa perasa buah delima mampu memperluas katung-katung darah,lebih dari itu kemampuannya lebih dari kemampuan Viagra.Bahkan menurut penelitian terakhir ,dinyatakan bahawa buah delima mengandungi unsur-unsur yang dapat melindungi penyakit HIV aids.

Selanjutnya al-Jabi menerangkan bahawa ada sejumlah pusat-pusat pengajian ilmiah yang mempelajari sejumlah buah dan manfaatnya yang pernah disebutkan didalam kitab-kitab suci samawai,seperti buah tin,zaitun,anggur,kurma dan DELIMA.Setelah diselidik dan diteliti,ternyata buah-buahan tersebut mempunyai berbagai keistimewaan,khasnya bagi kesihatan dan kemampuanya menolak berbagai penyakit yang kronik

Menurut al-Jabi,berbagai pusat penanaman buah zaitun di dunia mengkhuartirkan meluasnya usaha penanaman buah DELIMA,sehingga dapat mengalahkan buah zaitun,yang demikian itu kerana permintaan perasan buah DELIMA,pengalengannya dan pengembangan perniagaannya makin lama makin bertambah banyak.

nikmati gaya hidup sihat bsma JUS DELIMA pomepure.100% asli.sila layari
ajih83.pomepureasia.com @ hubungi aziz 0199311274.10 MKANAN TBAIK DUNIA atau blog sy jusdelima83.blogspot.com

Harga jus DELIMA POMEPURE
1BOTOL RM140=750ML
MESTI ORANG LAIN KATE MAHALKAN….
NAK MURAH BOLEH TAPI KENE JADI AHLI
YURAN AHLI RM72 SAHAJA
KALO JADI AHLI KTE DAPAT BELI DENGAN HARGA SPECIAL IAITU RM108
PACKAGE AHLI :
1BOTOL RM108 X YURAN RM72=RM180
12BOTOL RM108 X YURAN RM72=RM1368
30 BOTOL RM108 XYURAN RM72=RM3312
BOLEH BANK PADA SAYA:
13026020186742=BANK ISLAM
NAMA:FATAHUL AZIZ
RM12 PER BOTOL DICAS UNTUK KOS PENGHANTARAN.TQ
0199311274
ajih_kufi @ yahoo.com
PROMOSI RAMADHAN
BELI 4 BOTOL PERCUMA 1 BOTOL

jus ada banyak company supply cuma seingat saya di taif makkah ada ladang delima



zaman saya usia 14 tahun ada pohon delima di depan rumah di kg Tukol...kini dah tak de...

mumkin akan datang kita buleh buat projek ladang delima di lojing Kelate...



pohon delima ini ada disebut dlm hadis...

memang banyak khasiat...product jus delima ini ada Dr yang buat ini nombornya



1. jus tok guru RM20 180 gram...

2. Dr NorHisyam 0197790768



maklumat ini adalah dari company Dr NorHisyam



baiknya Dr Ahmad Taufik buat seperti Dr NorHisyam   ada product kesihatan

buleh ambil supply di Taif...ladang Delima

Delima dlm bahasa Arab di sebut ArRumman

saya memang suka minum ...makan delima...





DELIMA (Punica granatum)
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Oleh itu kita sebagai hambanya wajiblah bersyukur dengan anugerah yang diberikan dan hargailah sebaiknya.



DELIMA; ANUGERAH ILLAHI DARI SYURGA

Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141 dan surah Ar Rahman ayat 68.

Firman Allah SWT dalam surah Ar Rahman 68;
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

Firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;
“Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”

Firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 141;
"Dan dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaitun dan delima yang bersamaan (warna dan daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan) ; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau"

Dalam sebuah hadits mauquf dan marfu’, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Buah Delima termasuk dalam buah Syurga.
“Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima Syurga”

Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah bersabda yang ertinya,
“Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan”
(HR. Imam Ahmad)

Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima;
“Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana ia dapat menguatkannya”.



Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.
Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tiamin, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, lemah tenaga batin, cepat tua dan barah

insyallah..secara personal kalo puan nak tahu lbh lanjut disini sy sertakan num tel.DR NORHISSAM-KETUA PENYELIDIK DI INSTITUT PERUBATAN KOMLPIMENTARI MALAYSIA DI TALIAN 0197790768

Tip-tip untuk semua
Source Naturals Pomegranate Extract 500 Mg Tab 240t, 8.8 BottleDi dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Pernyataan Ilmu Perubatan
a-Ilmu perubatan menyatakan bahawa memakan buah DELIMA dapat menguatkan jantung.melenyapkan cacing pita.mengubati penyakit disentari,mengubati kelemahan saraf dan radang-radang tekak.Selain itu,kulit buah DELIMA jika direbus dan airnya diminum ,maka dapat menghentikan diarea.

b-Ilmu perubatan menyatakan bahawa memakan buah DELIMA yang segar dapat menghancurkan kolestrol yang terdapat pada makanan yang sulit dicernakan oleh penghadaman dan menggunakannya harus setelah makan.Selain itu ,buah DELIMA yang masih segar dapat membantu pekerjaan usus untuk menghilangkan sisa-sisa makanan yang sulit dicerna.

c-Ilmu perubatan menyatakan bahawa minum segelas sari buah delima yang segar yang dicampur dengan 1 sudu kecil madu yang asli dapat mempermudah pekerjaan usus,menghilangkan susah buang air dan membantu membersihkan jalur-jalur pernafasan,melapangkan dada.membersihkan darah dan mempermudah susahnya penghadaman

d-Disebutkan di dalam kitan Kunuz al-Thibb disebutkan jika kulit buah DELIMA ditumbuk kemudian dicampur dengan madu dan diminum setiap hari sebanyak 1 sudu,maka cacing-cacing yang ada diusus akan dilenyapkan olehnya.



DELIMA MENURUNKAN BERAT BADAN

Delima merupakan makanan kesihatan yang terbaik dalam amalan rutin harian. Anda akan dapat menurunkan berat badan, menambah tenaga, rasa lebih selesa dan banyak lagi khasiat daripada penggunaan delima. Banyak produk delima yang berada dalam pasaran kini, tetapi anda perlu mengetahui keaslian khasiatnya.

Kami menyediakan satu produk delima (Pomepure) yang kini berada dalam pasaran. Sekarang ia bergantung kepada anda untuk membuat perubahan, kami hanya membantu anda untuk melakukan apa sahaja untuk membawa anda keluar dari masalah.

Delima kaedah penyelesaian terakhir menurunkan berat badan
Ramai orang mempunyai masalah berat badan berlebihan hari ini. Mereka sebenarnya menjadi mangsa. Langkah terbaik adalah bertindak balas. Untuk bertindak balas secara berkesan, anda perlu mempunyai senjata yang baik. Delima merupakan senjata yang terbaik yang boleh digunakan dalam untuk mengawal berat badan. Mari kita lihat bagaimana delima membantu anda dalam usaha menurunkan berat badan.

1. Delima membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat, Delima menyumbang kepada kejayaan dalam menurunkan berat badan. Jus delima mempunyai banyak kelebihan jika anda bersedia untuk mencubanya. Delima berkeupayaan dalam membantu anda untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Ini bermakna keputusan yang bakal anda perolehi tidak akan mengecewakan.
2. Delima akan membakar lemak untuk anda, Delima menunjukkan keupayaannya dalam membakar lemak dengan cepat. Ia akan membantu anda merasa lebih selesa dalam masa yang sama
3. Delima mampu mencegah rasa lapar, pemakanan menjadi penyebab kepada peningkatan berat badan. Untuk mencegah peningkatan berat badan, anda tidak boleh makan terlalu banyak. Delima merupakan langkah terbaik dalam mengawal pemakanan dan menghentikan kuantiti makanan yang tidak diperlukan
4. Delima membantu anda dalam meningkatkan tenaga secara semulajadi, Delima adalah sejenis buah yang secara semulajadi berkeupayaan dalam meningkatkan tenaga bukan sahaja lelaki malahan juga untuk wanita.

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan. Ini akan memberikan badan kamu mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan meningkat.
Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan. Dan apabila kamu melangkah pada alat penimbang, lihatlah kejatuhan nombor-nombornya, kamu akan ketahui bahawa delima berkesan untuk membantu kamu mengurangkan lebihan berat. Sekarang kamu tahu bahawa delima adalah salah satu kaedah terbaik menghilangkan berat badan secara semulajadi, kamu sepatutnya tidak ragu-ragu untuk menambah makanan yang hebat ini dalam diet kamu.

DELIMA MENANGANI SERANGAN JANTUNG

Mengikut penyelidikan terkini, antioksidan yang terkandung dalam jus delima boleh mengurangkan pembentukan lemak pada dinding pembuluh darah. Antioksidan adalah kandungan yang menghadkan kerosakan sel.

Para penyelidik telah menguji jus Delima ke atas tikus dan menemui kesan tindakan jus Delima ke atas pengerasan pembuluh darah (atherogenesis) dan penyakit berkaitan seperti serangan jantung dan strok.
Mengikut eksperimen yang dibuat, kami mendapati bahawa polyphenols (bahan kimia antioksidan) dan kandungan semulajadi lain yang terkandung dalam jus delima boleh melengahkan pembentukan atherogenesis.” Kata penyelidik, professor perubatan dan klinik patologi di Universiti Naples, Italy.

Delima merupakan buah yang kaya dengan flavanoid (juga ditemui didalam wain merah). Yang mana mempunyai kualiti perlindungan untuk jantung. Penyelidik terapeutik, di pusat kajian William Harvey di London, memberi panduan, satu gelas jus delima bersamaan dengan 2 gelas wain merah, 10 cawan teh hijau, 6 cawan koko atau 4 gelas jus kranberi, yang mana kesemuanya mengandungi flavanoid.
sakit jantung
sakit jantung2

Bukan dengan hanya bersandarkan pada kajian yang terawal, penyelidik daripada Universiti California, Institut Kajian Perubatan dan Pusat Perubatan California Pacific menjalankan kajian terbaru mereka, diterbitkan pada 16 september mengutarakan tentang kardiologi, adalah yang pertama untuk menilai kesannya keatas pesakit jantung koronari.(CHD)
Mereka membahagikan kepada 45 peserta dengan rawak, dan semua dari mereka menghidapi penyakit jantung koronari dan myocardial iscermia ke dalam 2 kumpulan. Satu kumpulan menerima 250ml (8.5 oz) jus delima setiap hari selama 3 bulan dan yang lainnya diberi placebo dengan jumlah kalori yang sedikit, perasa dan pewarna pada jumlah yang sama.

Penemuan mereka menunjukkan bahawa aliran darah ke jantung meningkat sebanyak 17 peratus bagi kumpulan yang diberi jus delima,dan merosot sebanyak 18 peratus bagi kumpulan yang diberi placebo. Para penyelidik perasan bahawa kebaikan ini adalah benar tanpa kesan negatif pada lipid, darah gula, hemoglobin A1C, berat badan atau tekanan darah.

“Sebagai kesimpulannya, penggunaan harian jus delima boleh meningkatkan rangsangan tekanan myocardial ischermia ke atas pesakit yang menghidapi CHD”
,jelas penyelidik

BUAH DELIMA DAN KELEBIHANNYA
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6) Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Saidina Ali ada berkata: “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”.

Buah delima baik untuk kerongkong, dada, dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Beraksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.
Antara kebaikannya yang lain:
-Baik untuk mengubati batuk
-Dapat mengubat radang usus
-Mengurangkan panas badan
-Mengatasi jantung berdebar
-Menghalang pembentukan sel kanser
-Mencantikkan kulit
-Mencegah dari nyanyuk
-Memberi tenaga
-Elok untuk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
-Elok untuk sistem penghadaman
-Mengurangkan berat badan
-Prevent morning sickness( utk org mengandung)
-Memperelokkan rahim
-Ubat cacing iaitu alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing yang melekat pada
dinding usus manusia melepaskan pegangannya
-Mengubat buasir iaitu airnya disapu kebahagian yang bengkak beberapa kali sehingga sembuh.

DAPATKAN JUS DELIMA 100% ASLI.sila layari ajih83.pomepureasia.com @ hubungi aziz 0199311274.10 MKANAN TBAIK DUNIA atau blog sy jusdelima83.blogspot.com




Buah DELIMA atau POMOGRANATE.Menurut istilah sains,diberi nama
Punica Granatum.Buah DELIMA termasuk kelompok PUNICACEAE yang tempat asalnya di Negara Iran.Ia ditanam sejak zaman silam,kemudian buah DELIMA tersebar di pelbagai Negara dunia,khususnya di Negara-negara Lautan Tengah dan di Asia Tenggara.Buah DELIMA mempunyai dua kelompok utama:Buah DELIMA ada yang boleh dimakan dan ada yang dijadikan sebagai tanaman hias.

Buah DELIMA dikenali sangat menarik sama ada bentuk,warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan.Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil di syurga.Sesetengah orang menganggapnya lambing kelahiran,kehidupan dan kematian.Kerana biji-biji buah DELIMA mengandungi air dan dapat mengeluarkan banyak air.

Dalam sejumlah peninggalan kuno,banyak disebutkan keutmaan buah DELIMA.Doktor Ahmad Nabil Abu Khatwa,seorang pensyarah biokimia di Universiti King Abdul Aziz pernah menyebutkan masalah itu.

Bahkan bangsa Mesir kuno selalu menyertakan buah DELIMA dalam peti mayat.agar yang mati dapat hidup kembali,meskipun pendapat mereka salah.

Sejak 8000 tahun yang lalu,buah DELIMA sudah diyakini dapat mengubati sejumalah penyakit

Meskipun tanah asalnya adalah Iran,tetapi hampir seluruh dunia,melalui Spanyol hingga California,sudah mengenal buah DELIMA,meskipun bangsa Eropah menganggapnya sebagai buah yang baru ditemukan.

Di Iran ada tradisi yang unik tentang buah DELIMA.Setiap keluarga mempunyai sebuah wadah besar untuk menyimpan sari buah DELIMA.Wadah besar itu disebut fasinjan yang dipakai untuk menempatkan makananan istimewa yang terbuat daripada perahan kelapa yang digoreng sampai memerah,bawang goring,ketulan daging itik atau ayam yang telah dimasak dengan peras buah DELIMA

Kitab al-Mausu’ah al-Arabiyah al-Muyassarah menyebutkan bahawa “Buah DELIMA yang nama ilmiahnya Punica Granatum termasuk tumbuh-tumbuhan yang berasal dari Iran dan wilayah sekelilingnya.Sejak dulu kala,buah ini sudah dikenal manusia.Pokoknya kecil ,usianya panjang,daun-daunya sering jatuh dan berwarna mengilap,bunga-bunganya besar,warna buahnya ada yang merah atau merah kekuningan.Kulitnya lembut dan mengilap.Warnanya kuning kehijauhan atau putih kemerahan atau berwarna merah tua.Didalamnya terdapat biji-biji yang berwarna putih atau merah,berair dan mengilap.Diantara biji-bijinya ada yang keras dan ada pula yang lunak.Sari buah DELIMA sangat lazat.Pokok DELIMA ada yang sebagai tanaman hias kerana keindahan bunga dan buahnya.

Di antara buah DELIMA ada yang dikenal dengan nama buah DELIMA al-Hijazi,al-Manfaluti,al-Tha’ifi,al-Malisi atau al-Amlisi

Bahan ‘afas yang terdapat dalam kulit buah DELIMA dapat digunakan untuk menyamak kulit binatang dan dapat digunakan sebagai ubat dan penambah warna bagi kain sutera.’’

Ustaz Ahmad Qudamah menyebutkan dalam karya tulisanya Qamus al-Ghidza’ai wa al-Tadawi bi al-Nabati bahawa pokok DELIMA adalah pokok yang berbuah dari kelompok pepohonan Asia.Ia seperti pokok asam,jambu ,cengkeh dan pokok lainya.Bentuk buahnya bulat,kulitnya keras,di dalamnya terdapat biji-bijian yang banyak.Bunganya berwarna merah dan sedap di pandang

Dalam bahasa Arab ,buah ini disebut Julannar yang merupakan kata yang diambil dari bahasa Parsi Kulnar yang ertinya mawar delima.Buahnya ada rasa yang manis dan ada yang masam.Buah DELIMA sudah dikenal sejak lama.Buku-buku kuno dan catitan yang terdapat pada dinding kuil-kuil kuno banyak menyebutkan keutmaan buah delima dan gambar-gambarnya.’

Pendapat lain menegaskan bahawa buah DELIMA berasal dari Kartago atau dari Asia Tenggara.Sejak lama buah ini sudah ditanam di Parsi,kebun-kebun di Babilon dan wilayah Timur Tengah yang udaranya kering.Dari sana,pokok ini beralih ke Eropah dan di persekitaran Lautan Tengah.

Dalam catatan Daud Antaqius disebutkan bahawa buah DELIMA dari kelompok Rummaniyah merupakan pokok yang terkenal,daun-daunya sering jatuh,pokoknya keras seperti pokok berwarna keabu-abuan.Daun-daunya sederhana,mengilap dan bentuknya bagus.Bunga-bungnya tunggal dan berwarna merah.Buahnya bulat,warna kulitnya mengilap.Biji-bijinya berair dan dapat diperas.Buah DELIMA yang bagus adalah yang berwarna merah seperti mawar’’

Ustaz Muhammad Rajab as-Samirai berkata:’Buah DELIMA termasuk tumbuhan kuno yang terkenal.Kan’an menyebutnya Shaidun.Sejak terjadinya peperangan Kartajana,buah DELIMA di bawa ke Itali,dan dari sana buah ini menyebar luas ke seluruh Eropah selatan.’

Para pakar pertanian menerangkan bahawa buah DELIMA adalah buah-buahan kuno.Tanah asalnya Parsi dan Iraq bahagian utara.Dari wilayah-wilayah itu,buah DELIMA menyebar ke India,kemuadian disebarkan oleh bangsa Arab ke Sepanyol.Selain itu buah DELIMA juga menyebar ke wilayah pesisir Lautan Tengah,seperti Yunani dan Itali.Bangsa Eropah menyebutkan buah DELIMA didalam cerita-cerita rakyat.

Bangsa Mesir mengenal pokok DELIMA sejak 1526SM.Di kuburan bangsa Mesir kuno banyak terdapat ukiran yang berbentuk buah DELIMA.Mereka menyebutnya Arhamani.

Bangsa Yahudi menjadikan buah DELIMA sebagai saranan ibadah.Bangsa Rom,bangsa Yunani dan keluarga Fira’aun sudah mengenal buah DELIMA sejak dulu lagi.

Pada dinding kuil-kuil mereka terdapat gambar buah DELIMA.Asal mula pokok DELIMA dari Parsi atau Asia Barat,antara Parsi dan India.Kemudian pokok DELIMA tersebar di persekitaran kawasan Syria,Jordan ,Palestin dan Lubnan.Dari sana pokok DELIMA berkembang ke Afrika utara,Mesir dan Negara-negara di sekitar Lautan Tengah.

Ustaz Hasan Marzuq menyebutkan dalam salah satu ceramahnya.”Sejak keluarga Fir’aun ke 18 di Mesir berkuasa,buah DELIMA telah dikenal oleh mereka.Nama buah ini diambil dari bahasa Mesir kuno.Bangsa Iberia juga demikian .Mereka suka menghias warna-warni kuil-kuil mereka dengan perasan kulit buah DELIMA.Bangsa Tunisia dan bangsa Phinic juga demikian.Para pendeta agama Kartago biasa memakai pakaian berwarna merah yang diberi gambar pokok DELIMA.Demikian juga bangsa Rom.Mereka yang memindahkan pokok DELIMA ke Mesir,Itali, dan Eropah selatan.Di antara koin-koin kuno sering dijumpai gambar buah DELIMA.

Assalamu'alaikum ajih_kufi

Terima kasih atas info dan promosi tentang buah Delima ini. Akan tetapi info dan promosi akhi nampaknya ketinggalan mengikut ukuran masa kini.

Apabila hendak mempromosi sesuatu produk atas sebab-sebab kesihatan, perlu ada sokongan ujian perubatan yang diiktiraf. Sekadar cerita kebaikan itu dan ini adalah tidak mencukupi. Malah bagi saya dan sahabat-sahabat lain yang ada kesedaran tentang ubat-ubatan, ia tidak memiliki nilai langsung.

Memang buah delima disebut di dalam al-Qur'an, namun adakah dengan itu buah-buah yang tidak disebut dalam al-Qur'an adalah tidak baik untuk kesihatan?

Selain itu, buah-buah yang disebut dalam al-Qur'an, adakah kerana ia sahaja yang terbaik atau kerana ia adalah buah-buah yang dikenal oleh masyarakat yang ketika itu al-Qur'an diturunkan kepada mereka?

Semoga akhi ajih_kufi dapat menaikkan taraf diri sendiri apabila mempromosi sesuatu produk kesihatan.

Di bawah saya kemukakan tiga contoh bagaimana hendak mempromosikan kebaikan sesuatu produk kesihatan. Perhatikan bagaimana promosi dan penjelasan disokong oleh data kajian dan ujian.

Contoh saya merujuk kepada Coenzyme CoQ10:

www.umm.edu/altmed/art...000295.htm

www.raysahelian.com/coq10.html

faculty.washington.edu...nzq10.html

Rahsia Penciptaan Buah Delima
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.


No comments:

Post a Comment