Saturday 28 January 2012

HADIS QUDSI HAL INSAN MUKMIN


Taubat

Syed Ahmad semait analisa dan komentar  edisi baru ISBN 978-981-00-7271-1

Terbitan Pustaka nasional

Diedarkan pustaka Islamiyah Sdn Bhd

Taman Sri Gombak

Dicetak Kerjaya Print Pte Ltd Singapore

 Hadis Qudsi

Hadis qudsi hadis 9

Yang bererti

Apabila Aku menimpakan bala  ke  atas hambaKu yang mu'min lalu ia bersabar (atas penderitaan ) tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung pengunjungnya , nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahananKu (penderitaan itu) kemudian akan Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik dan darahnyanya dengan darah yang lebih baik sehingga ia dapat bekerja semula (yakni setelah semua dosanya dan kesalahannya yang lalu Allah telah ampuni semuanya) hadis Riwayat Hakim

Hadis 14 hadis qudsi yang bererti

 jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah se ore hambaKu  pada badannya atau hartanya atau anaknya lalau dia redha menerima musibah tersebut dgn penuh sabar  niscaya di hari Kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau mendedahkan buku catatan amalnya

riwayat Qudha'i

hadis 15

yang bererti

apabila hambaKu mengingati sendirian Aku akan mengingatinya sendirian  Dan apabila dia mengingati Ku dihapadan khalayak ramai niscaya Aku akan mengingatinya pula di khalayak yang lebih baik daripada khalayak ramai yang dia mengingatiKu

riwayat Thabarani





hadis 16

apabila hambaKu telah mencapai usia empat puluh tahun, Aku akan jauhkan dia dari tiga macam bencana yaitu…gila. kusta dan sopak

Dan apabila dia mencapai usia lima puluh tahun, Aku akan menghisabnya dgn hisab yang ringan. Dan apabila dia mencapai usia enam puluh tahun, Aku akan dorongkannya supaya suka bertaubat. Dan apabila dia mencapai usia tujuh puluh tahun, Aku akan jadikannya dikasihi oleh para Malaikat Dan apabila dia mencapai usia  delapan puluh tahun, Aku akan catitkan kebajikannya semata dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan kesalahannya Dan apabila dia mencapai usia Sembilan puluh tahun akan berkatalah para malaikat…Insan ini selaku tawanan Allah Ta'ala di BumiNya maka diampunkanlah semua dosa dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian dan dibenarkannya mensyafaatkan

Dan apabila dia mencapai usia ganyut Allah mencatitkan baginya semua pahala/ sawaaban amalannya yang pernah diamalkannya di waktu sihat dahulu dan kalau dia melakukan kesalahan, tiada dicatitkan atasnya lagi.

Riwayat Tirmizi



Hadis 21 yang bererti

Apabila hambaKu merencanakan suatu kebaikan tetapi tiada dilakukannya, Aku catitkan baginya sepuluh kabajikan, berganda pula  menjadi tujuh ratus kabajikan Dan apabila dia merencanakan suatu kejahatan tetapi tiada jadi dikerjakannya, Aku tidak mencatitkan baginya apa apa pun . jika terus dikerjakannya, Aku tidak mencatitkan baginya apa apa jika terus dikerjannya , Aku catitkan baginya satu kejahatan saja

Riwayat Bukhari Muslim

Hadis riwayat Abu darda' radhiallahu anhu bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda

Jika hambaKu mengeluh dan mengadukan penyakitnya sebelum tiga hari, maka ia telah mengadukan Aku

Haids 26

Abu hind aRrAZI RADHIALLAHU ANHU BAHAWA RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALAM



Ingatilah Aku dengan mentaatiKu niscaya Aku akan mengingatimu dgn pengampunanKu. Barang siapa yang mengingatiKu sedang ia taat setia kepadaKu, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dgn pengampunanKu. Dan barangsiapa yang mengingatiKu sedang ia derhaka dan maksiat kepadaKu maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dgn bencanaKu

Riwayat Dailami dan Ibnu Asakir



Hadis 27 yang bererti

Aku sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap insane yang tidak punya pembela selain Aku

Hadis riwayat Thabarani



Hadis 28

Mintalah bantuan kepada insane yang bersifat belas kasihan daripada umatKu, nescaya kamu akan hidup di bawah lindungan mereka sebab kepada  merekalah turunnya RahmatKu. Dan jangan sekali meminta bantuan daripada orang yang kejam sebab murkaKu turun kepada mereka

Riwayat Qudha'i





Hadis 29  Anas Radhiallahu anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi waSalam

yang bererti





Aku telah menyediakan bagi hamba hambaKu yang salih kenikmatan yang tidak pernah dilihat dgn mata didengar dgn telinga dan terlintas di hati manusia

Hadis riwayat Thabarani

Hadis 30

Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam bersabda

Aku telah memfardhukan ke atas umatmu (Ya Muhammad…

Solat lima waktu seraya Aku berjanji bahawa insane yang tunai solat fardhu akan dianugerahkan aljannah dan orang yang tak tunai solat maka tiadalah dijanjikan apa apa dari Aku baginya…

Riwayat Ibnu Majah dan Abu Na'aim





Hadis 32

Wahab bin Munabbih bahawa Nabi sallallahu alihi wasalam bersabda Allah Ta'ala berfirman

Sesungguhnya semua petala langit dan bumi menjadi sempit untuk merangkul ZatKu akan tetapi Aku mudah dirangkul oleh qalbu insan mu'min

Hadis riwayat Ahmad

Hadis abu hurairah radhiallahu anhu bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam bersabda…Allah berfirman…

Sesungguhnya yang amat Aku kasihi di antara hamba hambaKu ialah yang menegerakan berbuka puasanya (apabila masuk waktu maghrib)

Hadis Ahmad dan Tirmidzi






No comments:

Post a Comment