Monday 30 January 2012

IQBAL


Sebahagian daripada syair mempunyai hikmah sebagaimana yang disabdakan oleh

Rasullah (saw).



(Rentak dalam percakapan seumpama melagukan suara: maksud daripadanya ialah untuk

mewujudkan kegembiraan hati dan jiwa yang menyebabkan kegembiraan fikiran).4

Oleh yang demikian kami lebih cenderung untuk menggunakan puisi dalam siri

buku ini, bertujuan untuk menambah gambaran yang baik oleh seseorang da'i

terhadap pengertian-pengertian tertentu, supaya mendalam di dalam jiwanya dan

memerhati serta mengingatinya sentiasa.



Bukti yang paling jelas tentang kepentingan syair dalam menyebarkan aqidah dan

mempertahankannya, ialah peranan yang telah dimainkannya ketika membantu

ahli-ahli bid'ah untuk menyebarkan bid'ah di kalangan masyarakat awam. Usahausaha

ini dilakukan untuk menentang usaha-usaha Ibnu Taimiyyah serta pengikutpengikutnya

ketika mereka berusaha membatalkan segala bid'ah dengan hujjahhujjah

sunnah yang mulia.

(Tidak dapat dinafikan bahawa hujjah lojika yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah telah

memberikan kesannya, tetapi kekeringan lojika tidak dapat mengatasi kebasahan

dan keindahan syair (puisi) sebagaimana yang dikatakan oleh penyair Islam

Muhammad Iqbaal.



Iqbaal adalah seorang penyair yang benar aqidahnya, mendalam pemerhatiannya

dan sejahtera pemikirannya. Beliau telah dithiqahkan oleh Abul Hasan 'Ali an

Nadawi yang telah membuat satu kajian mengenainya yang dinamakannya sebagai:

(Rawaa'i Iqbaal). Beliau juga telah dithiqahkan oleh al Mauduudi di dalam satu

makalah penting yang disiarkan oleh al Majallatul Ba'thil Islaamiyyil Hindiyyah. Di

dalamnya beliau menerangkan kelebihan Iqbaal dalam memberi arahan kepada

generasi yang telah ditawan oleh tamaddun Barat dan menjauhkan mereka daripada

kesempitan perkauman juga ketika beliau menegaskan bentuk yang sebenar bagi

Daulah Islamiah, sehinggakan al Mauduudi telah menyifatkan bahawa apa yang

dilakukan olehnya adalah suatu yang besar dalam lapangan islah (pemulihan) yang

mempunyai nilai yang tinggi dan tidak boleh dilupakan oleh sejarah. Beliau juga mampu menyelamatkan generasi muslim yang telah diselaputi dengan berbagai

fitnah dan teori yang berbagai.

Lebih dari itu, Iqbaal telah melakukan satu perkara yang amat penting di akhir

hayatnya mengikut neraca Islam, iaitu penglibatan beliau dalam membongkar

kebatilan al Qaadiaaniyyah dan al Ahmadiyyah serta memberi amaran daripada

mendekatinya. Anda akan mendapatinya amat mengingkari terhadap kesesatan

wihdatul wujud, bersalahan dengan apa yang difahami oleh setengah golongan

tentang sikapnya.



Kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal Rahimahullah :

Zaman satu bangsa yang hina

tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!

Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi

tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:

Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut

dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan

Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.33

No comments:

Post a Comment