Saturday 28 January 2012

MUAZ BIN JABAL


Muaz bin Jabal Radhiallahu anhu

Cendikiawan yang  amat alim hal halal dan haram



Ketika rasulullah sallallahu alaihi WaSalam mengambil bai'ah dari golongan ansar pada perjanjian aqabah yg kedua di antara  utusan yang terdiri  atas 70 ore itu terdapat se ore anak muda dgn wajah berseri, pandangan menarik dan gigi yg putih bersih berkilat serta memikat perhatian dgn sikap tenanag

Jika bercakap maka ore yang melihatnya akan bertambah terpesona\Nah inilah dia saidina Muaz bin jabal radhiallahu anhu

Jika demikian bererti ia adalah insane Tokoh dari kalangan ethnic ansar yang turut  serta membai'ah pada perjanjian aqabah kedua sehingga termasuk AsSabiq Al Awwalun, golongan yang pertama masuk Islam

Golongan ini lazimnya sentiasa mendampingi Rasulullah sallallahu alaihi waSalam di saat perang, demikian jua Muaz bin Jabal Radhiallahu anhu

Tetapi kelebihannya yg amat menonjol dan keistimewaannya yg utama  adalah bahawa beliau adalah antara sahabat yg  amat pakar dlm bidang  fiqh dan hal ehwal hokum Islam

Keahliannya dlm fiqh dan ilmu pengetahuan ini mencapai satu taraf yg amat tinggi sehingga layak menerima pujian daripada rasulullah sallallahu alaihi wasalam dgn sabdanya

Ertinya

Ummatku yg amat mengetahui hal halal dan yang haram ialah Mu'az bi Jabal Radhiallahu anhu

Kecerdasan brain Muaz radhialahu anhu  dan keberaniannya dalam mengemukakan pendapat hamper setaraf dgn sahabat Umar alKhattab radhiallahu anhu.

Keti8ka rasulullah sallallahu alaihi wasalam hendak mengutuskannya ke yaman , lebih dahulu baginda sallallahu alaihi wasalam bertanya sepertimana yg dirakamkan di dalam hadis ini



Ertinya

Apa yg menjadi pedoman dlm mengadili sesuatu hai mu'az…

Kitabullah jawab Muaz

Bagaimana jika kamu tidak menemuinya dlm Kitabullah …tanya rasulullah pula…

Saya akan adili dgn sunnah rasulullah…

Bagaimana jika kamu tidak menemuinya di dalam sunnah rasulullah…

Jawab muaz akan aku gunakan firasatku, fikiranku untuk berijtihad dan saya tidak akan berbuat sia sia

Maka berseri serilah wajah rasulullah sallallahu alaihi wasalam

Sabdanya

Segala puji bagi Allah subhanahu waTa'ala yang telah memberikan taufiq kpd utusan rasulullah selaku insane yg diredhai oleh rasulullah sallallahu alaihi waSalam



Dengan demikian, kecintaan terhadap Kitabullah dan sunnah rasulullah tidak menutup pintu utk mengikuti  fikiran, dan tidak menjadi penghalang bagi aqal utk memahami kebenaran kebenaran yg masih tersembunyi yg menunggu usaha insane yang akan menghadapi dan menyingkapnya

Barangkali kemampuan utk berijtihad dan keberanian dlm menggunakan brtain yg disokong  dgn kecerdasan tinggi inilah yg menyebabkan muaz Berjaya mencapai kekayaan dlm ilmu fiqh mengatasi teman dan saudara saudaranya sehingga mendapat pujian  rasulullah sallallahu alaihiwasalam selaku insane yang amat mengetahui hal halal dan haram

Cerita dan kisah kisah dlm sejarah melukiskan dirinya selaku insane yang cermat dan menjadi menyuluh serta dapat memutuskan persoalan dgn sebaik baiknya

Di sini diceritaka  alkisah 'A'izullah bin Abdillah yakni ketika pada suatu hari di awal pemerintahan khalifah Umar alKhattab radhiallahu anhu ia masuk bersama beberapa ore sahabat, lalau berkata

Maka duduklah saya pada suatu majlis yg dihadiri oleh tiga puluh ore lebih , semuanya menyebut sebuah hadis yg mereka terima daripada rasulullah sallallahu alaihi wasalam

Pada halaqah atau lingkaran tersebut ada se ore anak muda yg amat kacak dan termuda usianya di antara mereka

Jika pada mereka terdapat akan keraguan pada suatu hadis maka mereka memberikan fatwanya dan iapun tidak akan bercakap kecuali bila diminta dan sebaik sahaja majlisn berakhir saya dekati anak muda tadi dan saya bertanya siapa namanya

Lalau dia menjawab

Nama saya adalah Mu'az bin Jabal

Abu Muslim al Khaulani bercerita…

Saya masuk ked lam masjidil Hamsha, kiranya saya dapati sekumpulan ore ore tua sedang duduk dan di tengah tengah mereka ada pemuda yang berkilat kilat giginya

Anak muda ini diam tidak membukakan suara. Tetapi bila ore ore mertasa ragu tentang suatu masalah, mereka akan bertanya anak muda ini

Lalau saya bertanyakan teman karib ku

Siapakan anak muda tersebut

Lalau teman saya menjawan

Pemuda tersebut adalah Mu'az bin jabal radhiallahu anhu

Maka timbul perasaan suka dan saying kpd muaz bin jabal radhialahu anhu





Shahar bin hausyab jua memberikan ulasannya. Katanya

Bila sahabat rasulullah berbincang sesuatu masalah. Sedang ada muaz di antara mereka, pastilah  sahabat akan bertanyakan muaz bin jabal sebab ketinggian ilmunya dan kewibawaannya



Amirul mu'minin Umar radhiallahu anhu sering meminta pendapat muaz bin jabal. Bahkan dlm salah satu peristiwa dia sentiasa menggunakan pendapat dan keahlian muaz dlm hokum

Umar alkhattab pernah berkata

Kalau tidaklah barakah muaz bin jabal radhiallahu anhu akan terpedayalah umar

Ternyata muaz memiliki aqal yang cerdas dari aspek logic yg menawan dan memuaskan lawan dlm perbhasan yang mengalir ilmu dgn tenang dan cermat menyampaikan ilmu kepada ore ramai

Ia insane yang pendiam, tidak banyak bercakap kecuali  atas permintaan ore ramai. Jika mereka berbeza pendapat dlm  sesuatu hal, mereka akan merujuk kpd muaz radhiallahu anhu untuk memberikan satu keputusan. Jika ia telah membuka suara seolah oleh dari ulutnya keluiar nur dan mutiara hikmah



Kedudukannya yang tinggai di bidang ilmu pengetahuan ini dan ilmu fiqh serta oenghormatan umat muslimin kepadanya sma ada rasulullah sallallahu alaihi wasalam masih hidup mahupun selepas wafatnya, dicapai Muaz sewaktu ia masih usia muda

Ia wafat di masa khalifah umar al Khattab radhiallahu anhu sedang usianya belum cecah 33 tahun

Muaz adalah

Insan yang ringan tangan yakni rajin, lapang hati dan tinggi akhlak budi





Tidak suatu pun yang diminta kepadanya kecuali akan diberikan secara berlimpah dan hati yang ikhlas sungguh sifat pemurahnya Muaz telah mengisi masa hayatnya dgn ilmu dan membelanjakan semua hartanya untuk islam

Ketika rasulullah salllahu alaihi wasalam wafat muaz masih berada di yaman yaknisemenjak dihantarselaku pendakwah kpd rakyat yaman dan mengajar umat muslimin diyaman dgn ilmu adDinul islam

Zaman pemerintahan saiyidina abu bakrah assiddiq, muaz kembali ke yaman Umar mengetahui bahwa muaz telah menjadi insane yang kaya raya maka umar mencadangkan kpd khalifah agar kekayaannya tersebut dibahagikan dua. Tanpa menunggu jawapan saiyidina abu bakrah assiddiq, umar segera pergi ke rumah muaz mengemukakan cadangannya

Muaz pindah ke Syria, dimana ia tinggal bersama penduduk dan ore ramai berkunjung ke rumahnya dan mengangkatnya selaku muallimul mursyid dan ahli hokum yakni hakim yang arif.

Ketika ubaidah bin jarrah radhiallahu anhu yang pada masa tersebut menjadi gabenor tentera di sana serta sahabat karib muaz tersebut wafat, maka beliau pundilantik oleh amirul mu'minin Umar alKhattab selaku penggantinya gebenor di Syria tetapi hanya beberapa bulan sahaja ia memegang jawatan tersebut, ia segera tunduk dan menyerahkan diri kepada kebijaksanaan amirul mu'minin

Khalifah umar alkhattab berkata

Sekiranya saya melantik muaz selaku pengganti lalau ditanya oleh allah subhanahu wata'ala kenapa saya mengangkatnya maka akan saya jawab saya mendengar rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda

Bila ulama' menghadap allah subhanahu waTa'ala maka pastilah Muaz akan berada di antara mereka

Mengangkat muaz  yang dimaksudkan khalifah umar alkhattab di sini ialah  penggantinya selaku khalifah bagi seluruh umat muslimin dan bukan hanya ketua sesuatu negeri atau wilayah

Sebelum menghembuskan nafas terakhir khalifah umar alkhattan pernah ditanya ore ramai

Apa kata jika tuan menetapkan sese ore selaku pengganti tuan…

Ertinya memilih sendiri insane yang akan menjadi khalifah…lalau kami membai'ahnya…

Maka khalifah umar a;lkhattab berkata

Seandainya muaz bin jabal radhiallahu anhu masih hidup pasti saya akan memilihnya selaku khalifah dan kemudian bila saya menghadap Allah 'azza wajalla dan ditanya hal perlantikannya maka akan saya jawab…

Saya memilih muaz bin jabal setelah mendengar nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam bersabda

Ertinya

Muaz bin jbal adalah golongan Ulama' di hari Kiamat

Pada suatu hari rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda

 Ertinya\Bagaimana keadaanmu di waktu subuh hai muaz…

Ia menjawab…

Keadaanku di waktu subuh dalam keimanan yang sebenar ya rasulullah sallallahu alaihi wasalam

Nabu lalau bersabda

Sesungguhnya setiap suatu kebenaran ADA HAKIKATNYA MAKA   apakah hakikat keimananmu…

Muaz menjawab…

Aku tidak berada dalam waktu ubuh sedemikian sahaja bahkan aku menyakini bahawa dengan suatu langkah melainkan aku menyakini bahawa sesungguhnya saya tidak mampu mengikutinya dgn langkah yang seterusnya dan seakan akan aku melihat setiap umat berlutut yang diiringi lagi dgn yang lainnya dipanggil untuk melihat kitab catatan amalnya dan seolah olah aku menyaksikan penghuni aljannah menikmati kesenangan dan kebahgiaan aljannah sedang penduduk neraka menderita siksa dalam neraka.

Maka sabda rasulullah sallallahu alaihi wasalam …

Memang kamu mengetahuinya maka pegang teguhlah dgn keyakinan mantap dan jangan engkau lepaskan.





Adalah amat benar muaz radhiallahu anhu telah menyerahkan seluruh jiwanya dan nasibnya kepada Allah subhanahu waTa'ala sehingga tidak suatupun yang Nampak olehnya hanyalah allah

Tepat sekali gambaran yang diberikan Abdullah Ibnu Mas'ud tentang sifat perbadinya katanya

Muazadalah insane hamba Allah yang tunduk hanya kepada allah subhanahu waTa'ala berpegang teguh dgn adDinul ISLAM dan kami melabelkannya Muaz serupa nabi Ibrahim alaihissalam

Muaz sentaiasa menyeru manusia untuk mendapatkan ilmu danberzikir kepada Allah Ta'ala dan dakwah manusia untuk menimba ilmu yang benar, haq bermanafaat katanya

Waspada akan tergelincirnya ore ore berilmu dan kenalilah bahawa kebenaran adalah mengandungi AnNur\pandangan Muaz radhiallahu anhu…

Ubudiah adalah dilakukan dgn cermat dan jangan berlebihan

Pada suatu hari salah se ore muslim meminta pandangan dan pelajaran dari Muaz bin jabal radhiallahu anhu



Apakah engkau bersedia mematuhi bila saya ajarka…

Tanya muaz

Lalu muslim ini menjawab

Sungguh saya amat akan mentaati tuan…jawab muslim tersebut

Maka kata Muaz bin jabal radhiallahu anhu berkata

Berpuasa dan berbukalah…lakukanlah solat dan to to sleep rest your tubuh badan supaya sihat walafiat dan beramal dgn ikhlas.  


No comments:

Post a Comment