Sunday 29 January 2012

DHIHYAH AL KALBI


Dhihya bin Khalifah alkalabi radhiallahu anhu

Untuk memperluaskan  dakwah islamiyah Rasulullah sallallahu alihi wasalam mengutuskan surat ke beberapa raja Arab dan bukan Arab diantara raja yang mendapat seruan Islam menerusi surat tulisan rasulullah adalah hirqal a.k.a Heraclius  kaisar rom

Utuk menjalankan amanah ini utusan yang dipilih rasulullah adalah Dhihya bin khalifah al kalabi setelah melakukan perjalanan panjang maka tibalah Dhihya di istana raja rom dan langsung dibacakan surat tersebut oleh salah satu daripada pembantu Heraclius



Dari Muhammad Rasulullah kepada Heraclius pembesar rom

Sebaik sahaja mendengar bunyi awal surat tersebut anak pembesar rom mulai marah lalu berseru surat ini tak buleh dibaca sekarang …

Kenapa… Tanya kaisar dia memulakan namanya dahulu sebelum baginda kemudian dia memanggil tuan dengan pembesar rom bukan maharaja rom

Kaisar memberikan arahan

Tidak, biarkan sahaja surat ini dibacakan sampai habis untuk diketahui isinya

Surat nabi Muhamad sallallahu alihi wasalam tersebut terus dibacakan sehingga selesai dan setelah semua pengawal pengawal dan kerabat diraja keluar dari majlis, Dhihya radhiallahu anhu dipanggil untuk masuk

Bersama dgn dipanggil Uskup untuk mengetahui seluk beluk agama mereka

Kaisar lalu memberitahu Uskup dan dibacakan sekali lagi surat tersebut kepadanya

Inilah yang selalu kita nanti nantikan dan nabi kita isa alaihisalam sendiri telah memberitahu kita sejak lama dulu…jawab Uskup

Apa pendapatmu yang harus kita lakukan…Tanya kaisar kepada Uskup…kalau tuanku Tanya pendapatku, maka hamba pasti akan meyakininya dan akan mengikuti ajaran Muhammad…jawab Uskup dengan jujur

Seterusnya kaisar bertitah tetapi beta menjadi serba salah jika beta mengikuti nasihatmu maka akan hilang kerajaanku

 Dhihya lalu dibenarkan meninggalkan tempat tersebut. Sedangkan raja Rom terus berbincang dengan Uskup. Kebetulan pada saat tersebut abu sufyan bin harb berada di romketika tersebut dia belum muslim lalu kaisar memanggil abu sufyan dan bertanya soalan

Cuba kamu beritahu beta hal Muhammad insan yang mengaku nabi dan rasulullah.

Jawab abu sufyan…Dia se ore anak muda.



Bagaimana pandangan masyarakat kepadanya

Hal keturunannya…memang tiada yang melebihinya dalam kedudukan dalam masyarakat

Ini pastilah tanda tanda kenabian…kaisar berbisik bisik kpd orang yang mengiringinya

Baiklah kata kaisar…

 org yang mengikutinya dari rakyatmu…adakah dia meninggalkan agamanya…lalu kembali kepadamu seperti semula…

Tidak ..apabila sudah ikut Muhammad..mereka akan tetap ikut Muhammad

Adakah berlaku peperangan antara kamu dgn nya

Ya… jawab abu sufyan

Siapa yang selalu menang… Tanya kaisar

Adakala dia mengalahkan kami dan kadang kadang kami mengalahkannya… jelas abu sufyan

Inilah lagi satu tanda keNabian… kata kaisar Rom

Beberapa saat kemudian Dhihya alkalabi dipanggil oleh kaisar Rom seraya berkata

Sampaikanlah berita kepada pembesarmu tersebut bahawa beta tahu yang dia memang benar adalah nabi…Dia menunjukkan wajaha yang benar dalam kata kata…tetapi apa daya beta tidak dapat berbuat apa apa kerana saya tidak sanggup turun tahta kerajaanku

Adapun uskup yang selalu datang ke gereja setiap hari Ahad untuk menyampaikan ajaran nasrani… sejak pertemuan tersebut terus berdiam diri di rumahnya kerana kecewa dan sedih sikap uskup yang enggan datang ke gereja tersebut menyebabkan orang ramai mula mengunjungi rumahnya…

 kepada orang ramai yang datang ke rumahnya Uskup mengatakan bahawa dirinya sedang bangkit.



Kejadian tersebut berlangsung berkali kali sehingga orang ramai mencurigainya

Mereka lalu mengirim utusan untuk uskup… memberikan amaran kepadanya jika tidak mahu juga datang ke gereja untuk menyampaikan ajarannya maka mereka akan datang beramai ramai  ke rumahnya dan akan membunuhnya

Mereka mengesan sejak datangnya arab utusan nabi Muhammad tersebut ke rom maka sikap uskup telah banyak berubah. Uskup segera memanggil Dhihya dan menyampai sepucuk surat yang isinya menyebut…



Ini suratku…ambilah danserahkan kepada pembesarmu yakni nabi Muhammad

 Pesan uskup dengan hati yang tidak tenang katanya…

Sampaikan salamku kepada pembesarmu yakni Muhammad dan beritahukan bahawa saya naik saksi bahawa Tuhan adalah Allah dan sesungguhnya nabi Muhammad adalah rasulullah kata kan jua bahawa saya  beriman dengannya meyakininya dan menjadi pengikutnya dan kaumku telah mengingkari semua kata kata nasihatku kemudian kamu khabarkanlah juga apa yang kamu saksikan tersebut pendita Uskup tersebut tidak pernah datang ke gereja lagi…

 orang orang marah dan akhirnya membunuhnya.



 Sementara tersebut Heraclius telah yakin kebenaran islam yang dibawa nabi Muhammad namun seperti yang di katakan ia segan untuk meninggal agama nasrani kerana sayangkan tahta kerajaan. Tidak mumkin tunduk begitu sahaja kepada ajaran yang dibawa oleh utusan Muhammad yakni Dhihya khalifah alkalabi.



Pada mereka dhihya hanyalah ore badwi

Kerana hal ini ia segera menyuruh salah se orang membawa suratnya kepada rasulullah sallallahu alihi wasalam

kaisar tersebut bertitah kepada utusannya…

 bawalah suratku ini kpd manusia yang mengaku nabi ini tetapi dengarlah baik baik apa yang dikatakan nya dan ingat tiga  hal berikut ini pertama apa komennya ketika membaca suratku, kedua apakah dia akan menyebut perkataan male atau tidak…

Ketiga usahakan sehingga kamu dapat melihat di belakang tubuhnya. Adakah suatu tanda yang menarik perhatianmu…ingat baik baik tiga hal ini

Beritahu saya apa yang kamu lihat…

 Utusan ini bergerak membawa surat Heraclius sehingga tiba di Tabuk. Di sana  dia bertanya kpd para sahabat rasulullah sallallahu alaihi wasalam



Dimana ketua kamu yang dikatakan nabi tersebut…tanya utusan raja rom

 Di sana yang sedang duduk dikelilingi ore ramai

 Saat ini nabi sedang duduk dekat telaga beberapa sahabatnya. Utusan itu lalu maju menghala mengadap baginda rasulullah sallallahu alaihi wasalam

 Menyerahkan surat Heraclius

 Dari mana engkau… Tanya nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam

 Aku adalah orang Tanukh sebagai utusan Tuanku kaisar rom…jawab utusan itu

Mahukan kamu kembali ke agama suci keyakinan datok nabi yakni nabi Ibrahim alaihissalam yang hanif…tanya nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam

 Aku ini adalah utusan satu Negara yang memeluk agama rasmi Negara itu…tidaklah wajar saya mengubah agamaku sehingga saya kembali kepada mereka lebih dahulu..jawabnya

Hai saudara dari tanukh…tiba tiba nabi Muhammad menyeru

Aku telah menulis surat kpd kisra parsi, lalu dikoyakkannya kelak pasti Allah akan mengoyakkan kerajaan parsi.

Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam berdiam sejenak. Kemudian berkata….

Dan saya menulis surat kepada pembesarmu maka dia masih ragu lagi dan orang ramai masih boleh membuat alasan tidak tahu selama kehidupan mereka aman dan tenteram…

nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam berhenti lagi

Mendengar ucapan tersebut utusan berkata dalam hati…nah salah satu dari tiga yang dipesan oleh Heraclius supaya saya ingat baik baik. Dia pun mengeluarkan sarung isi panah dan mencatatkan apa yang disampaikan nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam



 rasulullah sallallahu alaihi wasalam menyerah surat Heraclius itu kpd sahabat yang duduk dekatnya yakni Muawiyah untuk membacakan surat tersebut

Dalam surat tersebut Heraclius menyebut nyebut syurga yang luas seluas langit dan bumi disediakan untuk orang yang Taqwa.

Di mana letaknya neraka wahai rasulullah sallallahu alaihi wasalam bertanya sahabat…

Subhanallah ajaib soalan ini jawab nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam

Jadi di manakah male apabila datang siang…

Bertanya Rasulullah sallallahu alaihiwasalam

Utusan itu segera mencatatkan apa yang dikatakan nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam

Baginda nabi Muhammad sallallahi alaihi wasalam menyebut kata  … male yang disampaikan kepada Heraclius. Sesudah surat tersebut selesai dibacakan kepada nabi Muhammad oleh muawiyah baginda nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam bersabda…

Kamu harus diberikan hadiah kerana kamu utusan kpd kami. Kalau kami ada hadiah pasti kami akan berikan kpd mu akan tetapi kami adalah ore ore musafir yang hanya ada bekalan yang terhad.

Tiba tiba terdengar suara dari hadapan rasulullah sallallahu alihi wasalam…

Aku yang akan memberikan nya hadiah tersebut jika engkau izinkan ya rasulullah sallallahu alaihi wasalam…

 Sahabat tersebut adalah saiyidina uthaman ibnu affan khalifah yang ketiga khulafa' arrasyidin

 Uthaman ibnu affan lalu mengeluarkan sepasang pakaian warna kuning dan diletakkan dipangkuian rasulullah sallallahu alaihi wasalam

Siapa yang sanggup terima orang ini sebagai tetamu

Tanya rasulullah sallallahu alaihi wasalam kpd sahabat  sahabatnya.

Saya jawab pemuda dari ethnic ansar. Ore anshar ini lalu bangun mengajak utusan kaisar rom itu pergi. Ketika ia akanmeninggalkan tempat tersebut, beliau memanggilnya

Hai saudara dari tanukh…

utusan tersebut segera mendekatinya berdiri di sisi rasulullah sallallahu alaihi wasalam

Baginda sallallahu alaihi wasalam lalu membuka sedikit pakaian sehingga Nampak tanda kenabian di atas bahunya

mari sini tunaikan kewajibanmu seperti yang dikehendaki Tuhanmu yakni beriman..

 tanda khatamun nubuwwah di atas bahu nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam seperti tanda bulat seperti badrul amin.

No comments:

Post a Comment