Sunday 29 January 2012

BAHAS HAL SELAWAT SHIFAK


Petikan dari laman ustaz www.emjayjb.multilpy.com

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbh sekalian pembaca Laman Emjay.

Pada 22 Mei 2007 saya telah upload artikel bertajuk Bomoh semakin berani atau ulamak semakin … Artikel ini alhamdulillah telah mendapat respons yang memberangsangkan dan reply untuk artikel tersebut sehingga hari ini berjumlah lebih dari 70 kesemuanya. Antara reply tersebut adalah reply berhubung dengan selawat syifa. Reply berhubung selawat syifa ini benar-benar mencabar pegangan saya.

Apabila Selawat Syifak sudah masuk thread ini, saya benar-benar menjadi serba salah, dibiarkan tidak boleh seolah-olah saya meredhainya. Saya dengan ini telah berusaha mencari seseorang untuk membantu menyelesaikan isu selawat syifak dan Alhamdulillah saya telah dipertemukan dengan seorang yang memang berpengetahuan luas tentang ilmu hadis dan ilmu bahasa Arab. Berikut adalah ulasan hamba Allah ini berkenaan selawat syifak dan selawat tafrijiah.

                                            ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Komen berhubung Selawat Syifak






Menurut ilmu tatabahasa arab, gantinama akan kembali kepada nama yang disebut pada bahagian akhir ayat. Dalam kes selawat syifak, nama Nabi Muhamad saw telah disebut pada hujung ayat ……..sayyidina muhammadin.

Lafaz ……Muhammadin berbaris dua bawah pada akhirnya dan lafaz ….tibbilqulub hingga ….wadhia iha berbaris bawah kesemuanya. Ini menjelaskan bahawa ….tibbi… sehingga ….wadhia iha… adalah sifat kepada Nabi Muhamad saw yang boleh mengelirukan pembacanya sehingga dia beriktikad bahawa nama Nabi Muhamad SAW mempunyai kuasa yang boleh menjadi penawar kepada hati-hati (kalbu-kalbu) dan juga penawar / penyembuh dan juga menjadikan badan sihat dan juga menyembuhkan penyakit-penyakit serta menjadi cahaya kepada penglihatan mata hati.

Sedangkan kami ahlisunnahwaljamaah beriktikad bahawa Nabi SAW sudah wafat dan adalah mustahil baginda boleh kembali ke dunia dan memberi manfaat kepada mereka yang menggunakan doa ini tanpa mengamalkan sunnahnya.



Komen mengenai  Selawat tafrijiah.





Tafrijiah dari sudut bahasa arab membawa maksud menyelesaikan kesusahan.

Ijmak dari semua ahlisunnah waljamaah bahawa sesiapa yang meninggal dunia maka sudah terputus hubungannya dengan dunia. Termasuklah semua rasul-rasul dan para nabi. Hanya mereka yang berpegang kepada ajaran yang sesat bernama BRILWI (banyak diamalkan di India dan Pakistan) yang beriktikad bahawa Nabi Muhamad SAW boleh kembali ke dunia ini pada bila-bila masa khususnya ketika diseru oleh manusia.

Adalah sudah jelas bahawa Nabi Muhamad SAW seumur hidup baginda memperjuangkan kesucian akidah Islam yang mentauhidkan hanya Allah SWT.

Berikut adalah pesanan Nabi yang terakhir sebelum baginda wafat mafhumnya: “Laknat Allah kepada orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur-kubur Nabi-Nabi mereka sebagai tempat untuk beribadah.” Riwayat dari Imam Muslim.

Nabi SAW melarang kita semua mengikuti jejak orang Yahudi dan Nasrani.

Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang selawat tafrijiah, marilah kita semua belajar tatabahasa arab iaitu lafaz allazi tanhal…. Lafaz allazi ini adalah perkataan penghubung yang berfungsi bagi menghubungkan nama yang sebelumnya dengan perbuatan yang seterusnya. Nama yang sebelum allazi adalah nama Nabi Muhammad manakala perbuatan selepas pembuatnya atau pelakunya adalah merujuk kepada perbuatan Nabi Muhammad.

Mengikut selawat tafrijiah ini, ada 6 perkara yang sangat penting di dalam selawat tersebut yang ingin saya tonjolkan di mana 6 perkara ini seolah-olah telah menjadi tugas Nabi Muhammad selepas beliau wafat iaitu:

  1. tanhalubihilukad  terjemahannya terbuka dengannya ikatan-ikatan. Gantinama  dalam bihi kembali kepada nama Muhammad yang disebut sebelum perkataan penghubung allazi. Ikatan-ikatan sekiranya merujuk kepada surah al falak …. ‘ukad… membawa makna ikatan yang dibuat oleh syaitan. Apabila Nabi saw terkena sihir yang diusahakan oleh bomoh perempuan yahudi, Nabi sendiri tidak mampu mengatasi perbuatan sihir ini sehinggalah turun malaikat Jibril atas perintah Allah untuk mengajarkan kepada Nabi Muhamad saw cara merawat sihir iaitu dengan membaca surah Al Falak dan surah An Naas dan berdoa kepada Allah swt. Sekiranya sewaktu Nabi masih hidup dan terkena sihir ini, Nabi sendiri tidak mampu untuk menangani kesan sihir  tersebut sehinggalah beginda membaca surah Al Falak dan surah AN Naas lalu berdoa kepada Allah, mana mungkin selepas wafatnya, beginda tiba-tiba mampu pula untuk menyembuhkan sihir (membuka ikatan) orang lain. Dengan ini adalah jelas bahawa tugas menyembuhkan dan merawat sihir atau ikatan adalah hanya tugas Allah SWT dan bukanya tugas nabi SAW. Apa yang paling penting di sini ialah, barangsiapa yang beriktikad bahawa Nabi Muhamad saw boleh selepas wafatnya dipohon untuk merawati atau membuka ikatan sihir, maka mereka telah mempersekutukan Allah SWT.
  2. Perkara kedua akan disambung kemudian.

Insya-Allah pada pertemuan yang akan datang, pembaca akan disajikan dengan hujah berkenaan perkara 2 hingga 6 yang mana perkara-perkara ini adalah lebih menakutkan dan lebih dahsyat berbanding hujah yang pertama di atas.

Benarlah kata Nabi saw dalam hadis baginda yang sahih dari riwayat Muslim: mafhumnya:

Bersumber dari Abu Sai’id Al Khudri, dia berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Sungguh kalian telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sampai mereka masuk lubang biawak pun  kalian akan mengikuti mereka”. Kami berkata: “Wahai rasulullah, orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani?”. Beliau bersabda: “Siapa lagi”.”.

Maka sudah jelas bahawa umat Islam telah mengikuti ajaran Yahudi yang menyembah Nabi Uzair dan Nasrani yang menyembah Nabi Isa dan kini umat Islam pula mengikut jejak langkah mereka dengan menyembah Nabi Muhammad saw.

                  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekian semoga dengan penjelasan ini diharapkan pembaca Laman Emjay dapat mengutip ilmu yang berguna.


 Sekian wassalam wallahualam




Emjay 



Emjay ni ustaz di Johor yang mengatakan selawat assyifa’ yang diamalkan oleh Dr Harun Din al hafiz tak betul dengan tuduhan berat maka saya yang ada latar belakang pembelajaran bahasa Arab nak perthankan selawat Syifa’ dan selawat tafrijyah.

Kekecohan timbul bila ustaz yang tak reti tasrif  nahu dan soraf dalam selawat syifa’ ,maka dengan senang ustaz tersebut buat fitnah tuduh syirik amalan selawat syifa’. Saya cadangkan Ustaz tu belajar lagi nahu dan soraf al kaedah bahasa Arab

Ada audio Dr Harun Dinal hafiz defend selawat syifa’. Senangcerita kalimah Allahumma adalah permulaan selawat syifa’ dan selawat tafrijiyah bermaksud “Ya Allah”

Yang menjadi masalah ustaz yang tak reti bahasa arab menterjemahkan kalimat Tibb dengan terjemahan melayu sebagai penyembuh. Nampak nhyata ustaz tersebut jahil bahasa arab. Kalimah tibbi sepatutnya diterjemahkan dengan “rawatlah,sembuhlah, kembali kepada kalimah Allahumm, bermaksud ya Allah sembuhkanlah/rawatkanlah hati, bukannya nabi Muhammad yang penyembuh,

Jadi ustaz tu pergi belajar nahu dan soraf dengan ulama’ yang bertul jangan duk buat fitnah kepada Dr Harun Din al Hafiz. Saya ni latar belakang Kolej Islam Kelang zaman tahun 1986.

Saya sempat berguru dengan  Mufti negeri Kelate dato’ Syukri (pernah mengajar di Falahiah….

kaedah tasrif bahasa arab iaitu Dato’ Syukri. Sebelum jadi Mufti beliau mengajar di Falahiah (sekalah saya masa tahun 1983-985)



Jadi minta Ustaz emjay minta maaf kepada Dr Harun Din alHafiz serta pengamal selawat syifa’.

Sebenarnya kalau nak cerita nahu dan soraf ni ada kaedah bagaimana tahu kalimah fi’lun di ubah dari madhi, ke mudhori’ ke fi’lun amar. Ada kaeadahnya seperti, tabba, yatibbu, tibb.

Tabba=telah sembuh

Yatibbu sedang sembuh

Tibb=sembuhkanlah, jika kita dengan Allah kita minta/ mohon yakni ya Allah sembuhkanlah qulub( jama’ bagi kalimah qalbu).





Contoh lain:

Jalasa= telah duduk -di tasrif dalam nahu dan soraf bahasa arab sebagai  fi’lun madhi

Yajlisu= sedang duduk atau akan duduk- di tasrif dalam nahu dan soraf bahasa arab sebagai  fi’lun mudhori’



Ijlis=duduklah, di tasrif dalam nahu dan soraf bahasa arab sebagai  fi’lun amar, yakni kita suruh sahabat kita duduk.



Contohnya bila kawan kita datang pejabat kita, kita kata “ Ijlis ” maksudnya kita suruh kawan kita duduk atas kerusi.

Contoh seterusnya ialah kalimah salam= Sejahtera=PEACE bila Aslim maknya jadi Amanlah…



Sejahteralah….









Jadi tak de lah ustaz kalau dia tahu nahu dan sorof bahasa arab nak fitnah Dr Harun Din al hafiz dengan fitnah yang berat.. cepatlah minta maaf.





Ini adalah selawat tafrijiyah yang saya amalkan:



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج وتنال به الرغائب وحسن الخواتم ويستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى اله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك



Ya Allah Rahmatilah dan sejahterakanlah yang sempurna ke atas Nabi Muhammad Sallallahu alaihi Wasalam yang dengan berkatnya (syafaatnya), terbuka apa yang tersimpul dan dengan berkatnya (syafaatnya) terlepas dari segala kesusahan dan dengan berkatnya(syafaatnya) ditunaikan segala hajat dan dengan berkatnya (syafaatnya) tercapai segala keinginannya dan kesudahan yang baik dan curahkanlah air hujan (rahmat) dengan berkat wajahnya (pada wajah nabi Muhammad ada nur Nubuwwah) yang mulia, kehormatan  dan kesejahteraan yang sempurna, Engkau limpahkan jua, Ya Allah ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan tiap-tiap kerdipan mata dan hembusan nafas dan setiap ilmu yang ada bagiMu Ya Allah







Faedah-feadah Berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sdebagaimana dipaparkan oleh Al-Marhum Prof.Dr.Tg. Muhammad Hasbi As-Siddiiqi dalam bukunya “Kumpulan Dzikir dan Do’a”

19 perkara:



  1. Memperolehi curahan rahmat dan kebajikan daripada Allah S.W.T.
  2. Menghasilkan kebaikan, meninggikan derjat dan menghapus kejahatan.
  3. Apabila kita membaca seratus selawat, kita memperolehi pengakuan kesempurnaan iman.
  4. (Apabila kita tidak suka membaca selawatan) memperolehi kerugian, penyesalan dan jauh dari dikawani oleh orang baik-baik (pada sisi Allah)
  5. Mendekatkan diri kepada Allah
  6. Menyamai pahala memerdekakan budak (hamba ‘abdi)
  7. Menghasilkan syafa’at (Nabi)
  8. Memperoleh penyertaan dari Mala’ikat Ar-Rahmah
  9. Memperolehi perhubungan yang rapat dengan Nabi. Seseorang yang berselawat dan bersalam kepada Nabi; selawat dan salamnya disampaikan Mala’ikat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  10.  Membuka kesempatan berbicara (bercakap – P) dengan nabi s.a.w.
  11. Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan meluaskan rezeki.
  12. Melapangakan dada: apabila seseorang membaca seratus kali selawat, menurut Hadith, Allah akan melapang dadanya dan memberi penerangan (nuur-P) yang sinar-seminar kepada hatinya.
  13. Menghapuskan dosa: apabila seseorang membaca dengan tetap setiap hari, tiga selawat, Allah hapuskan dosanya.
  14. Menggantikan sedekah orang yang tak sanggup bersedekah.
  15. Menggandakan –gandakan pahala yang diperolehi. Apabila seseorang berselawat di hari Juma’at, maka Tuhan berikan kepada pahala yang berlipat ganda.
  16. Menyebabkab dekat kedudukan penselawat itu dengan Rasullah s.a.w di hari Kiamat.
  17. Menjadi sebab diterima do’a
  18. Melepaskan diri  dari kebengungan di hari Kiamat. Apabila seseorang meninggalkan selawat kepada nabi, ia akan menghadapi kebengungan dan kekacauan di hari Mahsyar (Perhimpunan sesudah manusia dikumpulkan-P).
  19. Memenuhi satu hak NabiMuhammad s.a.w, atau menunaikan suatu tugas ‘ibadah yang diwajibkan atas kita umat Islam. Apabila seseorang tidaj berselawat, bererti ia enggan memenuhi hak nabi muhammad s.a.w. yang wajib dipenuhi.”
  20. Untuk selanjutnya sila dalami buku kami “40 Hadith Sekitar selawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w.”







Selawat Syifa’:

اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودواءها وعافية الابدان

وسفاءها ونور الابصر وضياءها وعلى اله وصحبه

وسلم

Maksudnya: "Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, ubatlah qulub/ hati dan kesembuhannya), kesihatan seluruh tubuh badan dan syifa’nya, Nur kanlah  penglihatan dan pemancarannya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah."


No comments:

Post a Comment