Saturday, 31 March 2012
inflasi
Utusan
khamis 16.5.2011 halaman bisnes19
18.5.2011
kuala lumpur
Kadar
inflasi Negara boleh menjadi lebih buruk sekiranya harga minyak dunia terus
meningkat tinggi
Sebelum
ini kadar inflasi diunjur sebanyak 2.5 peratus hingga 3.5 peratus.
Gabenor
Bank Negara Tan Sri Dr zeti Akhtar Aziz mengakui bahawa kadar ini boleh
melepasi unjuran tertinggi 3.5 peratusan pada bulan bulan tertentu.
kadar
inflasi Negara terus meningkat pada bulan 4.2011 pada kadar 3.2 peratus daripada
3 peratus pada bulan sebelumnya
2.9
peratus pada bulan 2.2011 dan 2.4 peratus pada bulan 1.2011
Zeti
berkata BNM masih mengekalkan unjuran purata kadar inflasi pada tahun ini
antara 2.5 peratus hingga 3.5 peratus
Unjuran
ini mengambil kira mumkin berlaku beberapa penyelarasan/semakan yang akan
dibuat seandainya penyelarasan melebihi daripada price yang ditetapkan, mumkin semakan
kadar inflasi perlu dilakukan
katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi suku tahun pertama 2011
di sini hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas kedudukan inflasi Negara sekiranya kerajaan
menyelaraskan price of petrol.
Kenaikan
the price of petroleum/ raw petroleum dunia memang akan memberi impact dan cabaran kepada dunia
Meski
pun the increase of this komoditi akan menambahkan pendapatan eksport
Negara, Cuma ia membebankan pengguna dan perniagaan secara keseluruhan.
The
increasing of petroleum adalah satu
fenomena yang akan memberikan impact kepada setiap Negara.
Kini
the price of petroleum berlegar disekitar AS$110 / RM330 jika aliran harga ini
terus meningkat , ia akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi…jelas Zeti
Akhtar,
Jabatan
perangkaan hari ini , mengumumkan index
harga pengguna pada bulan 4.2011 naik 3.2 peratus disebabkan oleh
kenaikan harga makanan dan pengangkutan. Ditanya mengenai kadar Dasar semaleme
OPR_semasa, Zeti berkata…kadar ini adalah sesuai untuk mengatasi cabaran
ekonomi sekarang
Malah
tambahnya…kedudukan polisi monetary kekal menyokong ekonomi Negara…
Baca
petikan akhbar ini teringat zaman
belajar ekonomi di matriculation UPM Serdang…
ilmu mantik
ملم
Malam bererti Bererti
tercela
Baik tulis male...مال
Makna
harta…
Pasar
male
Male
kemulyaan…
OT
Asif
islam larang rasuah
لعن الله الرش والمرتش
Nabi SAW melaknat si pemberi rasuah dan
penerima rasuah.
لعن الله الرش والمرتش
-- HR. al-Tirmizi
لعن الله الرش والمرتش
-- HR. al-Tirmizi
Biasa leader yang tidakjujur
akan makan rasuah…
Barangsiapa
yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada
mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Bukhari)
lancap mastubation onani
Zaharuddin Abd Rahman
Assalamualaikum, Apakah Hukum melakukan onani?
Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan
oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-
Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian
dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu
menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini
sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus
sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan
tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
"Dan
orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba
sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau
selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati
batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan
syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani
adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong
daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi
ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:
1. Karena takut
berbuat zina.
2.Karena tidak
mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita
ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan
jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja
di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya
terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa
menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan
supaya dia tidak berlaku zina.
Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti
apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu
berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat
mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa
dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa
seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara
kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan
pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka
hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung."
(Riwayat Bukhari)
Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam
Terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini.
Kotak email dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari
pertanyaan seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete'
kerana bahasa dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.
Antara soalan-soalannya :-
1) "
...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah
melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."
2)
"Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering
beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji
ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi.
3) "Saya
tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya
dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan
ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya."
4) "Saya juga
ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan
saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya
beronani."
5)
"Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan
mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima
kasih"
6) "Salam,
saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala
apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga
melakukan onani..apakah hukumnya?"
Sebeban Alasan
Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak
pula alasan dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau
mana-mana individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.
"Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai
jambatannya 'ke neraka', then kat akhirat dok tuding jari kepada kita"
kata seorang rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.
Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat
ini. Lebih dari itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi
semakin bimbang dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.
Virus Bermula
Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada
lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual
terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.
Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah
satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang
agama' dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan
mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin
dan lain-lain.
Terdapat hadis yang mengingatkan melayani
syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan
kemanisan iman.
ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد
حلاوتها
Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat
kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali
Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat
Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif
dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)
Juga disebut dalam sebuah athar :
النظر سهم مسموم من سهام إبليس
Ertinya : "Pandangan mata adalah panah
beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)
Malah ia juga bakal merosakkan hati :-
كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله
Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari
kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan
Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis
Hasan)
Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani
merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan
kepada zina.
Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai
penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.
Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan
melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya.
Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya
akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan
ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu
syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu
puas.
Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu
iaitu :-
لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ
جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ
Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua
lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan
tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat
seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba
memperkemaskan huraian berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof
Al-Qaradawi terhadap masalah Onani yang telah saya siarkan di web ini.
Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai
kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -
1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia
bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan
sebagainya.
Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada
tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ
مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء
ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Ertinya : "dan orang-orang yang
menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang
mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang
siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui
batas. ( Al-Mukminun : 5-7)
Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya
dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-
·
a) Malumin : Ertinya : "tercela"
·
b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang
melampaui batas"
2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah
menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu
di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.
Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di
ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu
benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan
pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk
maksiat dan lain-lain.
Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina
sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu
melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana
ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia
boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara
akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama
itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.
3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah
besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya
sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah.
Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala
itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja
mendorong kepada terdesak itu.
Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang
syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari
permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat
kerja dan pulang.
4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi
lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan
perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan.
Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor
sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-
1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila
berumahtangga
Beliau menyebut :-
Jika anda lakukan onani secara luar biasa
seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi
klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya
tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.
Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic
Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan
klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan
mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan
seksual sebenar.
2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas
hingga Mati Pucuk
Beliau menyebut :-
Selain itu, jika agak ganas dengan cara
merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan
bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan
lama menunjukkan kesannya.
Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular
dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk
dirangsang melalui salur faraj perempuan.
3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar
lelaki
Beliau berkata :
Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan
buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika
ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana
sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.
Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam
keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau
sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.
Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang
buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma
terjejas, anda akan menjadi mandul.
Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar
untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti
keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.
Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara
perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan
seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.
Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar
mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara
kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar
itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!
Penutup
Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah
mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-
·
1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari
melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
·
2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah
makan dan minum di siang hari.
·
3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk
bangun sahur.
·
4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk
elakkan ‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.
Amat diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat
menghasilkan kemampuan kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di
atas.
Teringat saya kepada khutbah Jumaat yang
disampaikan oleh Prof.
Dr Sano Qutoub Mustafa ( Prof Syariah di UIAM ) pada 19 Oktober yang lalu. Beliau mengatakan
"jika keadaan iman dan amalan anda
selepas Ramadhan adalah sama atau lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah
tanda anda tidak mendapat keampunan Allah pada bulan Ramadhan yang
lalu"
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
11 Syawwal 1428 H
islam larang pukul dgn marah
“Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua,
saudara kepada yang sebaya. Demikian juga kepada wanita. Hukumlah manusia
dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan
kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang
melampau”.( Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202. Beirut: Muassasah
ar-Risalah/1417H).
Subscribe to:
Posts (Atom)