Rukun Islam Ke-3 Zakat
Emas dan Perak
1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
Dan orang-orang yang
men yimpan emas dan perak
(tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka
beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih. (Surah
At-Taubah: Ayat 34)
2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal)
bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah
2.5%. (0.5 Dinar) Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap
setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.
3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham
bersamaan dengan 595 gram. Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.
HIKMAT ZAKAT
1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai
beberapa hikmat, misalnya:
(a) mendidik manusia berakhlak mulia
sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang
kukuh di kalangan orang Islam;
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman
dan harmoni;
(d) memajukan masyarakat dalam bidang
ekonomi, sosial, dan pendidikan;
(e) melahirkan masyarakat yang tidak
mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk
kebaikan bersama.
2. Yang berikut menerangkan beberapa
kepentingan zakat kepada umat Islam:
(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua
bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui
projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam.
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman,
dan harmoni;
(e) masalah sosial seperti kemiskinan,
tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan
baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.
3. Wang zakat yang dikutip daripada
pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam.
Contohnya:
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang
perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang
zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk
meningkatkan ekonomi orang Islam;
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam
industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat
membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk
meningkatkan pendapatan mereka.
4. Kepentingan harta zakat dalam
pembangunan masyarakat:
(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai
kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai
raya, dan lain-lain;
(b) wang zakat dapat digunakan untuk
membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan
pelajaran;
(c) membantu golongan susah supaya dapat
merasai kesenangan hidup. ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
1. Orang fakir; orang yang tidak berharta
untuk memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin; orang yang mempunyai harta
tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
3. Amil; orang yang mengurus pungutan dan
pembahagian zakat.
4. Mualaf; orang yang baru memeluk Islam
(saudara baru).
5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
6. Orang yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah
S.W.T..
8. Musafir yang terkandas.
Bersama kita
mengimarahkan bumi Allah ini......
No comments:
Post a Comment