Abu
Darda' Radhiallahu anhu
Budiman
dan Ahli Hikmah Yang Luar Biasa
Sealama
tentera Islam berperang kalah menang di beberapa penjuru bumi, sementara di Kota madinah berdiam insane Ahli
Hikmah dan Ahli falsafah yang mengkagumkan, yang dari dirinya memancarkan
mutiara yang cemerlang dan bernilai.
Ia
sentiasa mengucapkan kata kata kepada umat muslimin di sekelilingnya
Mahukah
anda sekalian, aku khabarkan amalan amalan yang terbaik, amalan yang bersih di
sisi Allah Ta'ala dan amat meninggikan darjat anda, lebih baik daripada
memerangi musuh dengan menghentam batang
leher mereka lalu mereka menebas batang leher anda dan malah lebih baik dari
wang emas dan perak…
Para
pendengarnya sama menjulurkan kepala mereka ke muka kerana ingin tahu , lalu
segera menanyakan…
Apakah
amalan tersebut Ya Abu Darda'…
Abu
darda' memulai penjelasannya dengan wajah berseri seri dibawah Nur Iman dan
Hikmah,
lalu
menjawab…
ZikruLlah…menyebutNya
serta mengingati Allah…
Wa LaZikruLlahu Akbar
Dan
sesunguhnya zikir kepada Allah adalah lebih utama.
Bukankah
maksud ahli Hikmah yang
mengkagumkan ini mengesyorkan agar ore
yang menganut falsafah mengasingkan diri, dan bukan pula dengan kata kata tersebut ia menyuruh ore
meninggalkan dunia, dan tidak pula agar mengabaikan hasil AdDinul Islam yang
baru ini, yakni hasil yang telah dicapai dengan jihad atau perjuangan yang
besar.
Benar,
Abu darda' Radhiallahu anhu bukanlah jenis insane yang semacam itu, kerana ia
telah ikut berjihad mempertahankan AdDinul Islam bersama Rasulullahi Sallallahu
alaihi WaSalam sehingga datangnya bantuan Allah Ta'ala dengan pembebasan dan
kemenangan menguasai Kota Makkah seperti disebut dalam alkisah Fathul_Makkah
Bahkan
ia adalah dari kalangan Insan yang selalu menghisab diri merenung memikir
menyendiri atau bersemadi di relung hikmah, dan membaktikan hidupnya untuk
mencari hakikat dan Yakin, menemukan dirinya dalam suatu wujud yang padu, penuh
dengan sari hayat dan ghairah kehidupan kasihkan Allah Ta'ala Yang Menguasai
setiap makhluqNya.
Abu
Darda' Radhiallahu anhu adalah Ahli Hikmah yang besar tersohor di zamannya. Ia
jua adalah insane yang telah dikuasai kasih rindu yang amat sangat untuk
melihat hakikat dan menemukannya
Ia
telah beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam dengan iman
yang teguh, maka ia merasa Yakin dan percaya bahawa Iman ini dengan segala
tindak lanjutnya berupa kewajiban dan pengertian merupakan jalan yang utama dan
satu satunya untuk mencapai hakikat tersebut
Demikianlah
ia tetap berpegang dan teguh bertawakkah kepada Allah Ta'ala dan dengan teguh
Iman di qalbunya dengan hidayah dan kebesaran Allah dilayari kehidupannya
sesuai dengan cetakan dan panduan al Qur'an dan AsSunnah Rasulullah Sallallahu
alaihi wasalam.
Ia
terus menelusuri jejak hingga akhirnya menemukannya dan berada di atas jalan
lurus sehingga mencapai martabat kebenaran yang teguh, menempati kedudukan yang
tinggi beserta insane yang benar secara sempurna, yakni di saat ia menyeru
Tuhannya dengan membaca ayatul Qur'ani ayat 162 surah al_An'am yang bererti
Sesungguhnya
solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Ta'ala…Tuhan
sekalian 'Alam
Abu
darda' Radhiallahu anhu dalam melawan hawa nafsu dan mengekang nafsu dirinya
untuk memperolehi mutiara batin yang sempurna telah mencapai tingkatan yang
tertinggi, tingkatan tafani rabbani, memusatkan fikiran, perhatian dan
amaliahnya, ubudiahnya , menjadikan seluruh kehidupannya hanya untuk Allah
Rabbul 'Alamin.
Kini
marilah kita mendekati ahli hikmah dan insane suci, sufi ini. Tidakkah pembaca
perhatikan nur yang bercahaya cahaya di sekeliling keningnya…
Tidakkan
pembaca mencium bau kasturi raihanul_ miski bertiup dari arahnya…
Inilah
dia Nur hikmah dan harum Imannya.
Dansesungguhnya
iman dan hikmah telah bertemu laki laki yang kasih rindu kepada Tuhannya ini,
suatu pertemuan bahagia, kebahgiaan yang tiada bandingan.
Pernah
ibunya ditanya orang hal amalnya yang amat disukai abu darda' Radhiallahu anhu.
Lalu dijawabnya…
Tafakur
dan mengambil I'tibar atau pengajaran daripadanya
Sungguh
benar ia telah meresapi menjiwai
menghayati dengan sempurna firman Allah Ta'ala seperti disebut dalam
ayat 2 surah Al_Hasyr yang bererti
Hendaklah
kamu mengambil ibarat pengajaran, perbandingan ibrah dll …Ya Mutafakkiriin (insane yang berfikir…
Ia
selalu mendorong kawannya untuk merenung
dan bertafakkur, katanya kepada sahabatnya…
Berfikir,
tafakkur satu hour adalah lebih baik daripada beribadat satu male… Thinking one
hour is better than acting for one night…
Semasa
Abu Darda' radhiallahu anhu dengan redha mengambil Islam selaku AdDin…Islam is
the way of Life.
Dan
berbai'ah kepada rasulullah sallallahu alaihi waSalam akan melaksanakan adDinul
islam ini dengan bersungguh sunguh
Pada
waktu ini ia adalah saudagar kaya , millionaire, hartawan yang Berjaya di
antara saudagar saudagar madinah. Dan sebelum masuk islam, ia telah
menghabiskan sebahagian hartanya untuk berfoya foya. Tidak lama kemudian dia
masuk Islam, arah hidupnya berubah 180 darjah. Bertukar dari insane fajir
kepada insane Solih.
Beliau
menceritakan riwayat hidupnya sendiri seperti ini…
Aku
mengIslamkan diriku dengan Rahmat Allah kepada Nabi Muhammad Sallallahu alaihi
WaSalam sewaktu aku menjadi saudagar besar. Aku ingin agar ubudiahku kepada
Allah dan perniagaanku dapat berhimpun pada diriku menjadi satu, Cuma hal ini
tidak Berjaya.Lalu aku ketepikan perniagaan dan menghadapkan diri kepada ibadah
Danaku
tidak akan merasa gembira sedikitpun jika kini aku berjual beli dan beruntung
setiap harinya tiga ratus dinar, sekalipun kedaiku ini terletak di depan
masjid.
Perhatikan
, aku tidak menyatakan kepada kalian, bahawa Allah mengharamkan jual beli.
Hanya aku secara peribadi lebih menyukai agar aku termasuk ke dalam kalangan
insane yang perniagaannya dan jual belinya tersebut tidak melalaikan dirinya
daripada zikir kepada Allah Ta'ala.
Ia
berharap supaya amal ibadah tersebut asbab allah mengangkat martabatnya kea lam
kebaikan yang tinggi hingga ia dapat menengok yang hak dalam kebesarannya dan
hakikat pada ditunaikannya perintah dan
ditinggalkannya larangan, nescaya iasanggup menghimpun antaranya dengan
perniagaan dan usaha usahanya yang lain.
Berapa
ramainya para pedagang yang solih atau sebaliknya ore solih yang menjadi
pedagang…?
Sesungguhnya
ramai di antara sahabat sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wasalam…insane
yang perdagangan dan jual belinya tidak melalaikan mereka dari mengingati Allah Subhanhu Ta'ala…bahkan
mereka bergiat mengembangkan perniagaan dan hartanya untuk di infa' kepada
matlamat Islam dan mencukupi kepentingan Muslimin
Akan
tetapi jalan yang ditempoh para sahabar lain adalah tidak mengurangkan erti
jalan hidup Abu Darda' Radhiallahu anhu dan sebaliknya jalan yang ditempohinya
tidak pula mengurangkan makna jalan mereka, maka setiap insane dimudahkan Allah
Ta'ala untuk mengikuti jalan hidup yang telah ditetapkan bagi dirinya.
Abu
darda' Radhiallahu anhu sendiri dengan sebenar sebenarnya bahawa ia diciptakan
bagi sesuatu yang memang sedang hendak dicapainya. Yakni mengkahskan dirinya
mencari hakikat dengan mengalami dan melalaui latihan latihan berat dalam
menjauhi kesenangan dunia sesuai dengan keimanan yang dipimpinkan Allah
kepadanya digariskan rasulullah danAdDinul Islam
Akan
tetapi hal ini adalah Tasawuf dari Insan lelaki yang telah melengkapi
kecerdasan insan mu'min, kemampuan falsafah dan pengalaman insan pejuang serta
yang menjadikan tasawufnya selaku suatu gerak membina kekuatan rohani…
Bukan
hanya sekadar baying baying yang baik dari bangunan ini
Benar,
inilah Abu Darda' Radhiallahu anhu
Insane
sufi suci dan ahli hikmah…insane laki laki yang telah menolak dunia dengan
kedua tapak tangannya dan melindunginya dengan dadanya.
Insan
lelaki yang bertahan mengasah jiwa dan mensucikannya sehingga menjadi cermin
yang memantulkan hikmah, kebenaran dan kebaikan yang menjadikan Abu darda'
radhiallahu anhu selaku Muallim mursyid dan ahli hikmah yang lurus
berbahagialah mereka yang dating mendengar tazkirah ajaran dari abu darda'
radhiallahu anhu
Marilah
kita mendekati hikmahnya
Ya
insan yang berfikir
Abu
darda' radhiallahu anhu merasakan sendiri dengan sebenar benarnya bahawa ia
diciptakan Allah bagi sesuatu yang memang sedang hendak dicapainya yakni dalam
perancangan Allah Ta'ala yakni mengkhaskan diri untuk mencari HAKIKAT dengan
mengalami dan melalui latihan latihan berat dalam mujahadah menjahui keduniaan
sesuai dengan keimanan yang dipimpinkan Allah Ta'ala kepadanya, digariskan
Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam dan AdDinul Islam
Syariat…Hakikat…Ma'rifatullah
Kita
mulai dengan falsafahnya terhadap dunia, terhadap kemewahan dunia. Ia sangat
terpengaruh sekali sampai jiwanya dengan ayatul Qur'ani yang berisi bantahan
terhadap dunia
Ayat
2-3 Surah Al_Humazah yang bererti
Orang
yang mengumpul ngumpulkan harta dan menghitunghitungnya, disangkakannya harta
itu dapat mengekalkannya.
Ia
jua sangat terpengaruh pula sampai ke Fu'adi…lubuk hatinya dari sabda
Rasulullah Sallallahu alaihi WaSalam yang bererti
Yang
sedikit mencukupi, lebih baik daripada yang banyak namun membawa rugi
(kelalaian)
Rasulullah
sallallahu alaihi waSalam bersabda yang bererti…
Lepaskanlah
dirimu dari keserakahan akan dunia sekuat kamu, sebab siapa yang dunia menjadi
tujuan utamanya, maka Allah akan mencerai beraikan miliknya yang telah
terkumpul lalu dijadikan kemiskinan dalam pandangan matanya. Dan siapa yang menjadikan
akhirat selaku matlamat dan citi citanya, maka Allah Ta'ala akan menghimpunkan
miliknya yang bercerai berai, lalu dijadikanNya kekayaan dalam qalbunya
_Ghina'_ul Nafsi dan dimudahkannya mendapat semua kebaikan (hadis riwayat
AtThabrani dalam Mu'jam Al_Kabir…
Ia
selalau menangisi mereka yang jatuh menjadi tawanan harta kekayaan dan berkata…
Ya
Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hati yang bercabang cabang. Ditanya
ore…aDan apakah pula hati yang bercabang cabang itu Ya Abu darda'…
Dijawabnya…memiliki
harta benda di setiap lembah…
Beliau
menasihati manusia untuk memiliki harta dunia tanpa terikat kepadanya. Inilah
kaedah yang hakiki. Adapun keinginan hendak menguasai secara serakah tidak akan
pernah ada kesudahannya, maka yang demikian adalah seburuk buruk cara
perhambaan diri kepadadunia. Ketika ini ia berkata pula…
Barang
siapa yang tak pernah puas dengan dunia, maka tidak ada dunia baginya…?
Harta
baginya hanyalah selaku alat bagi
kehidupan yang bersederhana, tidak lebih dari itu. Bertolak dari sana, maka
menjadi kewajiban bagi manusia untuk mengusahakannya dari yang halal dan
mendapatkannya secara sopan dan sederhana, tidak dengan serakah, tamak dan
rakus.
Lebih
lanjut beliau berkata…
Jangan
engkau makan, kecuali yang baik
Jangan
engkau usaha kecuali yang baik
Dan
jangan engkau masukkan harta ke rumahmu kecuali hanya yang baik…
Pernah
ia menghantar surat kpd sahabatnya
dengan kata kata seperti ini
Amma
ba'du, tidak satu pun harta kekayaan
dunia yang kamu miliki melainkan sudah ada orang lain memilikinya seblum kamu
dan akan sentiasa ada orang lain memilikinya sesudah kamu. Sebenarnya yang kamu
miliki dari dunia hanyalah sekadar yang telah kamu manfaatkan untuk dirimu
sendiri. Maka utamakanlah diri dari orang yang untuknya kamu kumpulkan harta itu
yakni anak anakmua yang akan mewarisimu . kerana dalam mengumpul dan menghimpun
harta itu kamu akan memberikannya kepada salah satu di antara dua. Adakalanya
kepada anak yang solih yang beramal dengannya bagi mentaati Allah, maka ia
berbahagialah atas segala penderitaanmu. Dan adakalanya pula kpd anak derhaka
yang menggunakannya untuk maksiatm maka engkau lebih celaka lagi dengan harta
yang telah kamu kumpulkan untuknya itu, maka percayalah yakinlah nasib mereka
kepada rezeki yang ada pada jalan Allah Ta'ala dan amankanlah dirimu sendiri…
Ada
riwayat yang menceritakan bahawa abu darda' radhiallahu anhu menangis ketika
Islam mencapai puncak kemenangan. Kemudian ia ditanya…
Apakah
sebabnya engkau menangis pada saat Islam telah dimenangkan Allah Ta'ala bersama
ahlinya
Soalan
tersebut dijawab oleh Abu darda' radhiallahu anhu dengan suatu untaian kata
yang amat bernilai dan penuh pengertian yang mendalam…
Aduh…
ya jubair, alangkah hinanya makhluq di sisi Allah Ta'ala bila mereka
meninggalkan kewajiban nya terhadap Allah, ketika ia selaku ummat yang perkasa,
Berjaya mempunyai kekuatan, lalu mereka tinggalkan amanah Allah, maka jadilah
mereka seperti yang engaku lihat…
Benarlah
demikian.
Pada
pandangan Abu darda' radhiallahu anhu keruntuhan yang segera dialami tentera
Islam pada negeri negeri yang dibebaskan , berpunca dari negeri negeritersebut
telah kehilangan pegangan rohani yang benar yang melindungi nya dari AdDinul
islam yang betul yang menghubungkannya denganAllah subhanahu waTa'ala
Dan
kerana ini pula ia mengkhuatirkan keadaan umat muslimin disaat ikatan iman
mereka semakin longgar, hubungan mereka dgnAllah menjadi lemah dengan yang haq
dan dengan kebaikan, maka berpindahlah barang titipan itu dari tangan mereka
dgn mudah sebagaimana dahulu berpindah kpd mereka dgn mudah pula
Demikian
menurut keyakinannya dahulu bahawa dunia seluruhnya hanya semata mata pinjaman,
begitu pula ia menjadi jambatan untuk menyeberangi kepada kehiduoan yang abadi
yakni Akhirat.
Pada
suatu hari sahabatnya menziarahinya yang sedang sakit, mereka mendapi nya
terbaring di atas hamparan dari kulit. Mereka menawarkan kepadanya agar kulit
tersebut ditukarkan dengan tilam yang lebih baik dan empuk. Tawaran ini
dijawabnya sambil memberikan isyarat dengan telunjuknya, sedang kedua matanya
yang bercahaya menatp jauh ke depan
Kampong
kita nun jauh di sana…untuknua kita mengumpulkan bekalan dank e sana kita akan
kembali…kita akan berangkat kpd nya..dan beramal untuk bekalan di sana…
Pandangan terhadap nilai dunia bagi abu darda' radhiallahu
anhu bukan hanya sekadar arah pandangan sahaja, bahkan lebih dari itu, yakni
merupakan suatu jalan hidupnya.
Yazib
bin muawiyah meminang anak perempuannya dan ditolaknya. Ia tidak menerima
pinangan tersebut, kemudian ia dipinang oleh insane muslim yang solih tetapi
miskin, maka puterinya tersebut dinikahkan kepadanya. Orang ramai berasa hairan
dan bengang dgn tindakannya itu. Abu darda' radhiallahu anhu memberitahu mereka
tentang alas an alasannya katanya…
Bagaimana
kiranya nanti dengan si Darda' bila ia telah dikelilingi para pelayan dan inang
pengasuh dan terperdaya oleh kemewahan istana…dimana AdDinul islamnya waktu
itu…?
Ia
insane yang bijak bistari, berjiwa lurus ikhlas jujur dengan jatidiri yang
mulia.semua kesenangan harta benda dunia yang sangat diingini nafsunya dan
didambakan qalbunya Berjaya ditundukkan. Dengan sifat ini, bererti ia bukan
lari dari kebahagian malah sebaliknya, maka kebahgaian sejati baginya ialah
menguasai dunia, bukan dikuasai dunia. Bila mana manusia hidup dalam batas yang
wajar, bersederhana dan bila mana mereka
telah menggunakan hakikat dunia hanya sebagai jambatan untuk menyeberangi
menuju alam akhirat yang kekal abadi. Kampong halaman yang kekal abadi aljannah
yang penuyh ni'mat menghindari neraka yang gelap panas dan siksa.
Kebahagian
sejati yakni kebahagian yang lebih sempurna dan lebih agung adalah bertemu
Allah dgn qalbu yang saliman
Beliau
berkata
Kebaikan
bukanlah kerana banyak harta dan ramai
anak pinakmu tetapi kebaikan yang sesungguhnya ialah bila semakin besar rasa
belas kasihan semakin bertambah banyak ilmumu dan kamu berlumba lumba
menandingi manusia dalam ubudiah kepada Allah Ta'ala.
Pada
masa Khalifah Uthaman ibnu Affan radhiallahu anhu…muawiyah menjadi gabenor do Syria . dan abu darda'
radhiallahu anhu menjadi hakim atas kehendak khalifah. di sanalah do Syria ia
menjadi penegak kebenaran yang mengingatkan ore rami terhadap jalan yang
ditempuh rasulullah sallallahu alaihiwasalam dalam hidupnya, zuhudnya dan jalan
hidup para mujahidin islam yang pertama dari kalangan syuhada' dan siddiqiin.
Negeri Syria waktu tersebut adalah negeri yang amat makmur, penuh dgn nikmat
dan kemewahan. Rakyatnya yang mabuk dengan kemewahan dunia dan tenggelam dalam
kemewahan ini seolah olah merasa dikekang dgn peringatan dan nasihat Abu darda'
radhiallahu anhu yang mengumpulkan mereka lalu berdiri berkhutbah demikian
ucapannya…\Ya rakyat Syria…kamu sekalian adalah saudara se islam dgn ku, jiran
tetangga dlm rumah tanggaku dan pembela melawan musuh bersama…\tetapi saya
merasa hjairan melihat kalian smengapa kalian tidakpunya rasa malu…?kalian
kumpulkan harta apa yang tidak engakau makanengakau bina bangunan yang tidak
akan kalian diami
Kalian
harapkan apa yang tidak kalian akan capaibeberapa kurun waktu sebelum
kamu…mereka pun mengumpulkandan menyimpannya
Mereka
berangan angankan lalu mereka berkepanjangan denganangan angannya
Mereka
membina lalau mereka teguhkan bangunannya itutapi akhirnya semua itu menjadi
binasa
Angan
angan mereka hanya fatamorgana belakadan rumah rumah mereka menjadi perkuburan
belaka.
Mereka
adalah kaum 'ad yang memenuhi daerah antara aden danoman dgn anak pinak dan
harta benda
Kemudian
terbayang di antara kedia bibirnya suatu senyuman lebaryang menyindir, ia
melambaikan tangannya kepada orang ramai yangpenuh berpusu pusu dan dengan
jenaka sinis yang menusuk, ia memekikkan suara tinggi…
Ayuh
siapa yang mahu membeli harta peninggalan kaum 'ad daripadaku dgn harga dua
dirham…?
Inilah
beberapa ilmu hikmah dari insane yang berwibawa zuhud menyinarkan nur hikmah
nya meyakinkan, sikap tingkah lakunya wara', logiknya benar dan cerdas
Ibadat
pada pandangan abu darda' radhiallahu anhu bukan sekadar ikut ikutan hakikatnya
ianya adalah suatu ikhtiar mencapai kebaikan dan mengerahkan semua daya upaya
untuk mendapatkan Rahmat allah dan redha Allah ta'ala dgn selalau tawadhu' dan
mengingatkan manusia akan rasa diri insane yang dhaif dan merasa kebesaran
Allah ta'ala yang menguasai setiap makhluqNya.
Ia
lalau berkata…
Carilah
kebaikan sepanjang hidupmua dan hendaklah engakau mencari hembusan sanugerah
allah sesungguhnya Allah mempunyai tiupan rahmatNya yang dapat mengenai insane
yang dikehendaki di antara hambaNya
Mohonlah
kepada Allah agar Dia meniupkan rasa malu amenghilangkan rasa tidak tenteram
sesunguhnya beza antara AdDinul Islam dan agama lain adalah sifat malu
Sifat
malu adalah sebahagian Iman
Ahli
hikmah ini matanya selalu terbuka meneliti dan meneropong ibadah yang dilakukan
orang yang bersandiwara atau bermain main agar setiap insane sedar dari
kepalsuannya. Kepalsuan itulah yang banyak menimpa orang yang berwatak lemah
dalamiman mereka, mereka 'ujub atau takbur sombong dengan amal mereka dan
mereka tidak ikhlas mereka riak ujub summyah dan takabbur
Ka
zalika yadhba'uLlahu 'ala kulli qalbin mutakabbirin jabbarin
Yang
bererti demikianlah Allah memngeraskan hati orang yang takabbur dan sombong
Abu
darda' Radhiallahu anhu berkata…
Kebaikan
sebesar zarah/atom dari insane bertaqwa dan yakin adalah lebih berat dan lebih
bernilai daripada amal seumpama gunung dari orang orang yang menipu diri
sendiri
Beliau
berkata lagi…
Jangan
kamu membebani ore dgn sesuatu yang tidaksanggup dipikulnya dan janganlah
sekalian menghisab mereka dengan mengambil alih tugas Tuhan. Peliharalah dirimu
sendiri sebab sesiapa yang selalu menginginkan apa yang dimiliki ore lain.
Pastilahakan berpanjangan kegelisahannya.
Beliau
tidak suka kepada ahli ibadat yang mendakwa dirinya lebih sempurna dari hamba
hamba Allah yang lain bagaimana pun tinggi pengabdiannya. Sewajarnyalah ia
memuji syukur kepada Allah anugerah taufiq dan hidayah kepadanya. Allah
menganugerahkan taufuk Hidayah RahmatNya kepada insane yang tinggi ubudiyyah
Allahumarhamni
bi Tarki ma_'asyi ABADAN ma abqoitani…Amin
Yang
bererti
Ya
Allah rahmatilah daku dengan daya menghindari maksiat buar selamanya sedemikian
yang Engkau telah tetapkan untuk diriku.
Sesungguhnya
kasbi/usaha manusia jua pada hakikatnya adalah anugerah Allah kepada insane
yang telah dipilihnya sejak di sulbi bapanya
Hakikatnya
manusia menjadi baik adalah dengan rahmat dari Allah Ta'ala jua…
La
Quawata illa billah yang bererti
Sesungguhnya
Kuat adalah dengan Allah
Surah
al Kahfi.
Kita
harus mendoakan insane saudara semuslim dan jua bani ADAM supaya Allah
anugerahkan jua Taufik dan hidayah untuk mengamalkan Islam.
Abu
Qabalah bercerita seperti ini
Suatu
hari Abu darda' radhiallahu anhu melihat ore ramai sedang mencaci maki insane
yang terperangkap pada perbuatan dosa, ia berseru
Bagaimana
pendapat kamu sekalian bila menemukan dirinya terperangkap di dalam lubang…
Bukankah
semestinya kalian berusaha membantunya untuk mengeluarkannya dari lobang
tersebut…?
Jawab
mereka
Tentu
sahaja
Beliau
berkata lagi…
Kalau
demikian jangan kalian cela dia…tetapi hendaklah kalian memuji syukur ke hadrat
Allah Ta'ala yang telah memberikan keselamatan kepada kalian.
Tanya
mereka pula…
Apakah
Tuan tidak membencinya
Jawabnya
Yang
kubenci adalah perbuatan maksiat yang dia terlanjur melakukannya, bila
ditinggalkannya maka ia adalah saudaraku
Seandainya
apa yang telah penulis kemukakan di atas bagi Abu Darda' Radhiallahu anhu
merupakan salah satu wajah dari kedua wajah ibadah, pasti wajahnya yang satu
lagi adalah Ilmu hakikat dan ma'rifat
Sesungguhnya
Abu Darda' Radhiallahu anhu benar benar menghormati ilmu dengan setinggi tinggi
martabat, beliau mengandaikan umpama suatu yang suci selaku ia insane ahli
hikmah yang budiman, dan disucikannya selaku ia insane ahli ibadah atau 'Abid.
Beliau berkata akan bab Ilmu…
Insan
tak akan mencapai martabat Muttaqiin
selagi tidak berilmu, bagaimana pun, apa manfaat sesuatu ilmu jika tidak
dibuktikan dalam amalan.
Ilmu
baginya adalah suatu pengertian dari hasil penelitian, jalan dalam mencapai
matlamat, ma'rifat untuk membuka tabir hakikat, landasan atau asas yang kuat
dalam berbuat dan bertindak, daya fikir dalam mencari kebenaran dan motivasi
penggerak kehidupan yang disinari Iman, dalam melaksanakan amal bakti kepada
Allahu_rRahman.
Untuk
memuliakan insane budiman ahli hikmah atau falsafah ini mengandaikan bahawa
Muallimu Mursyid dan muridnya adalah sama sama
mempunyai martabat yang mulia semuanya mendapat fadhilat dan sawaaban wa
khaira amala.
Sawaaban=pahala
Khaira
amala=amal yang baik
Abu
darda' radhiallahu anhu berpendapat bahawa kebesaran hidup ini yang banyak
hubungannya dengan segala sesuatu bergantung kepada ilmu yang baik …
Happy
life depend on the best knowledge yakni ilmu Al Qur'anul karim dan asSunnah
rasulullah sallallahu alaihi wasalam
Adalah
amat baik kita hayati ucapannya ini…
Aku
tidak faham mengapa Ulama' berlalu begitu sahaja sedang orang orang bodoh di
antara kamu tidak mahu mempelajari ilmu…
Kletahuilah
bahawa muallim yang baik tidak mahu dan muridnya adalah serupa yakni sama sama
pahalanya. Dan tidak ada lagi kebaikan yang lebih utama daripada kebaikan
mereka.
Abu
Darda' radhiallahu anhu berkata lagi…
Manusia
ini terbahagi kepada tiga macam yakni
1.
Insan yang berIlmu
2.
2.Insan yang yang
belajar 3. orang yang bodoh yang tidak mempunyai kebaikan apa apa
Pandangan
Abu Darda' Radhiallahu anhu adalah bahawasanya Ilmu dan'amal tidak pernah
terpisah
Dari
hikmahnya
Kerana
hal ini dia mneyebut…
Yang
paling ditakuti di hari kiamat ialah
bila ditanyakan orang dihadapan khalayak ramai…
Hai
Uwaimir, apakah engkauberilmu, maka akan kujawab…Ada
Lalau
ditanyakan orang lagikepadaku…
Apa
sahaja yang engkau amalkan dengan ilmu yang ada padamu…?
Beliau
selalau memuliakan ulama' yang mengamalkan ilmunya, menghormati ulama' ini dgn
penghotmatan besar…Bahkan beliau berdoa kepada allah dengan berkata
Ya
allah aku berlindung denganMu dari kutukan hati ulama'
Lalu
ia disoal… bagaimana buleh hati mereka mengutuk tuan…?
Jawabnya
dibenci nya aku…
Adakah
pembaca perhatikan…Bahawa ia memandang suatu kutukan yang tidak mampu ia
menanggungnya bila terdapat kebencian orang alim kepadanya. Maka dengan
demikian dia dengan tawadhu' berdoa kepada Allah agar Allah subhanahu waTa'ala
sentiasa melindunginya.
Hikmah abu darda' radhiallahu anhu mengajar
manusia agar selalu berbuat baik dalam persaudaraan dan membina hubungan
manusia dengan manusia atas dasar kajadian tabiat manusia sendiri, maka ia berkata
Cacian
dari se ore saudara adalah lebih baik daripada kehilangannyasiapakan mereka
bagimu, kalau bukan saudara atau teman…? Berilah saudaramu dan bersifat lembut
dengan saudaramu…nanti engkau akan menjadi sepertinya.
Besok
engkau akan didatangi maut, maka cukuplah bagi engakau kehilangannya. Bagaimana
engkau akan menangisinya sesuadah mati di dunia fana ini sedang selagi hidup
tidak pernah engkau memenuhi haknya…?
Pengawasan
dan perhatrian Allah subhanahu waTa'ala terhadap hambaNya menjadi dasar asas
yang kuat bagi Abu Darda' radhiallahu anhu untuk membangun hak hak UKHWAH di
atasnya.
Ia
berkata…
Aku
benci menganiaya se se ore dan aku lebih benci lagi jika sampai menzalimi se se
ore yang tidak mampu meminta bantuan dari penganiayaanku, kecuali kepada Allah
Yang Mohor Tinggi serta Mohor Besar KekuasaanNya.
ALANGKAH
BESAR JIWAMU DAN CERAH PANCARAN ROHMU YA ABU Darda' Radhiallahu anhu
Beliau
selalau memberikan peringatan kpd umat muslimin dari mind set yang menyebut
bahawa kalangan mustadh'afiin akan mudah sahaja mereka perlakuakan secara
sewenang wenangnya dengan menyalahgunakan kuasa dan kekuatan. Diberiperingatan
bahawadisebalik kedhaifan insane mustadh'afin ini, terdapat kekuatan yang
ampuhyakni doa golongan insane yang dianiaya dizalimi. Doa kalangan
mustadh'afiin ini yang biasanya terdiri dari fuqara' wal masakin yang mustajab
doa apabila dizalimi puak zalim. Tiada hijab antara insane yang telah dizalimi
dengan Allah Ta'ala…
Inilah
ingatan yang selalu diberi INGAT supaya pemimpin selali membela fiqara' wal
masakin yang mustadh'afiin
Nah
Inilah
Abu Darda' radhiallahu anhu insane yang dianugerahkan Hikmah yang tinggi ahli
hikmah ahli falsafah yang budiman, Insan zuhud, tinggi ubudiyahnya kepada Allah
Ta'ala…Rindu untuk kembali bertemu Allah
Ia
adalah insane yang selalu membuatkan muslimin terpesona dengan sifat Taqwanya
lalu meminta doa restunya…maka dijawab dengan penuh sifat tawadhu'
Lalu
ia berkata…
Aku
bukan ahli berenang…hingga aku khuatir akan tenggelam.
Abu
Darda' Radhiallahu anhu adalah murid Rasulullah sallallahu alaihi wasalam yang syumul.
Putera
Islam yang pertama , teman saiyidina abu bakrah AsSiddiq dan Umar radhiallahu
anhuma serta sahabat sahabat utama rasulullah sallallahu 'alaihi waSalam
InsyaAallah
akan disiarkan di laman alimanmujahid.blogspot
Pada
hari selasa 10.8.2010_1431hijrah
No comments:
Post a Comment