Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz dilahirkan dalam kalangan famili beraja Mamluk Mesir. Baginda telah menaiki Takhta kerajaan pada 1259 dan mangkat akibat dibunuh pada Oktober 1260.
Antara jasa beliau yang tercatit di dalam sejarah Islam ialah berjaya menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa di dalam peperangan Ain Jalut. Ketika itu, seluruh kota Islam (Baghdad, Syria dan Asia Tengah) sudah ditakluki tentera Mongol. Hanya yang tinggal adalah 3 kota Islam
iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.
Dengan kerjasama daripada panglima beliau iaitu Panglima Baibars, Sultan Saifuddin
Muzaffar Al-Qutuz mengisytiharkan perang terhadap tentera Mongol dengan
membunuh empat orang utusan perangnya (ada sebahagian ahli sejarah menyatakan
empat orang utusan perang Mongol adalah perisik). Pembunuhan ini menyebabkan
kemarahan pihak Mongol. Pada 3 September 1260, berlakulah pertempuran antara tentera Islam dengan tentera Mongol di
tempat yang bernama Ain Jalut yang mana pertempuran ini dimenangi
oleh tentera Islam seterusnya menyebabkan tentera Mongol menghentikan usaha
untuk menakluk negeri lain akibat kerugian dan kekalahan yang dialaminya.
Strategi Menghadapi Tentera Mongol
Setelah membuat risikan, Qutuz mendapat maklumat bahawa kekuatan tentera Mongol adalah berasaskan tentera berkuda ringkasnya yang mana mampu membuat
serangan yang cepat dan pantas tanpa sempat memberi peluang kepada musuhnya
untuk menyerang balas. Untuk itu, Sultan Qutuz memperlengkapkan
tentera berkudanya dengan kelengkapan senjata-senjata berat yang mana fungsinya
mampu menahan serangan pantas dan menyerap ketangkasan tentera berkuda Mongol.
Ketika peperangan di Ain Jalut, Sultan Qutuz menyembunyikan sebahagian
besar tentera berkudanya di sebalik pokok-pokok di lembah Ain Jalut. Ketika
ini, Panglima Baibar mengetuai pasukan kecil untuk menahan gempuran tentera
Mongol yang diketuai oleh Kitbuqa. Baibar bersama tentera berkuda bersenjata beratnya
berjaya mengasak tentera Mongol dan setelah beberapa ketika, Sultan Qutuz
mengarahkan tentera berkuda yang bersembunyi di sebalik lembah melancarkan
serangan mengejut. Dengan itu, tentera Mongol diserang dan dikepung di dalam
lembah Ain Jalut. Taktik ini berjaya dan dapat mencegah kemaraan tentera Mongol
dan seterusnya dapat melumpuhkan kekuatan tentera Mongol di Timur Tengah. Malah
Kitbuqa sendiri mati dibunuh.
Keperibadian
Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mempunyai keperibadian yang baik dan BErAni
berkorban demi kemaslahatan umat Islam. Diceritakan para sejarawan Islam bahawa
Sultan Saifuddin BerAni menggadai barang-barang istana beliau termasuk harta
para pembesar Mamluk tanpa mengenakan cukai tambahan terhadap rakyatnya dalam usaha untuk
mengumpul kewangan dalam persiapan menentang tentera Mongol.
Isteri beliau juga turut sama berjuang di medan pertempuran Ain Jalut Dan syahid.
No comments:
Post a Comment