PULAU
PINANG 16 Dis. – Seorang pesakit yang menikam doktor di sebuah klinik swasta di
Jalan Magazine malam tadi dipercayai mengalami kemurungan selepas kematian
isterinya.
Ketua
Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, siasatan awal
mendapati suspek yang berusia 67 tahun tidak memiliki rekod jenayah dan masalah
mental.
“Suspek
kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut,”
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam
kejadian kira-kira pukul 9 malam, suspek bertindak menyerang Doktor Lee Kok
Seng, 50-an, sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian kiri rusuk.
Suspek
dikatakan tidak berpuas hati kerana tidak sempat menerima rawatan sewaktu
berkunjung ke klinik berkenaan Rabu lalu disebabkan gilirannya lambat tiba.
Dia
kemudiannya kembali ke klinik itu semalam tetapi enggan membuat pendaftaran
semula dengan alasan sudah berbuat demikian pada hari sebelumnya.
Bagaimanapun,
kekecohan berlaku apabila suspek bertindak menikam doktor yang sedang merawatnya.
Kong
Meng memberitahu, polis merampas pisau pemotong buah yang dipercayai digunakan
oleh suspek.
Beliau
menambah, pihaknya masih menyiasat motif sebenar serangan tersebut.
No comments:
Post a Comment