Saturday 31 March 2012

Selsema


Ada sebut kisah selsema…kabus…dalam hadis ini

Hadis 2395 sahih muslim jilid 4 dukhan





Dari masruq radhiallahu anhu berkata

Ketika kami duduk duduk di rumah Abdullah, dia sendiri duduk berbaring di antara kami

Tiba tiba datang se ore lelaki lalu berkata

Ya Abu AbdurRahman, se ore pembawa berita yang berda di pintu Kindah mengatakan bahawa ayat Dukhan (ayat kabus...

Turun menyesakkan nafas orang kafir

Dan menyukarkan ore mu’min seperti terkena selsema (haiatizZukaami...

Maka duduk Abdullah dan dengan marah dia berkata

Hai manusia Taqwalah kepada Allah...

Barangsiapa yangmengetahui sesuatu...katakanlah apa yang kamu ketahui

Dan siapa yang tidak tahu

Katakanlah hanya Allah yang mohor mengetahui



Kerana sesungguhnya Allah mohor mengetahui apa yang tidak kamu ketahui

Allah AzzawaJalla telah berfirman

Katakanlah hai Muhammad, Aku tidak meminta upah kepadamu atas dakwahku dan aku tidak pula termasuk orang yang mengada ngada...ayat 86 surah Shaad

Ketika Rasulullah membelakanginya , baginda mendoakan

Ya Allah cubailah mereka dengan cubaan seperti yang Engkau timpakan kepada umat Nabi Yusuf alaihisSalam.

Maka ditimpakan Allah kepada mereka tahun kemarau kelaparan sehingga mereka terpaksa memakan kulit dan bangkai kerana kelaparan...

Sese ore menengok ke langit lalu dia melihat sesuatu seperti kabus (dukhan...

Maka datanglah Abu sufian kepada Rasulullah dengan berkata...

Ya Muhammad...anda datang menyuruh manusia taat kepada Allah, menghubungkan silaturRahim

Umatmu sedang ditimpa bala’

Maka Doakanlah mohon kepada Allah supaya beroleh kebaikan

Firman Allah ”Maka tungulah suatu hari ketika langit membawa kabus (dukhan...

Yang nyata

Yang menyelubungi manusia

Inilah siksa yang pedih

Sampai ayat

Sesungguhnya kamu akan kembali ingkar

Ayat 10 hingga 15 surah AdDukhan





Al-Quran itu boleh menjadi hujah untuk membela kamu, atau untuk menentang kamu” (Riwayat Muslim). Namun, oleh kerana ada pihak yang membuat bisnes dengan ‘melelong pahala’, maka al-Quran menjadi alat untuk mengaut keuntungan, bukan pegangan kehidupan. Maka muncullah dalam masyarakat kita pembekal pahala yang boleh diupah dengan beberapa ribu ringgit yang menggunakan bacaan al-Quran untuk pembikinan pahala. Lalu pahala pun boleh diniaga dan akhirat pun boleh dibeli. Justeru itu Nabi s.a.w. pernah memberi ingatan: “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia

-- HR.
Ahmad dan al-Tirmizi

No comments:

Post a Comment