Tuesday 27 March 2012

nikah kahwin munakahat



Meninjau Semula Hukum Nikah, Iddah Dan Nasab Anak Bagi Penzina.

 Hafiz Firdaus Abdullah


Sesuatu yang tidak dapat disembunyikan pada masa kini adalah banyaknya kes keterlanjuran antara pasangan lelaki dan wanita muslim yang belum berkahwin hingga menyebabkan mereka terjatuh ke dalam kancah perzinaan. Namun, alhamdulillah, dalam jumlah yang banyak tersebut terdapat mereka yang segera teringat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala akan keterlanjuran mereka dan ingin bertaubat. Pada waktu yang sama mereka ingin melangsungkan perkahwinan dengan orang yang mereka zinai dan meneruskan kehidupan berkeluarga dalam suasana yang halal. Di sini timbul beberapa persoalan hukum:
A)   Bolehkah penzina bernikah?
B)   Bolehkah bernikah dengan wanita yang sedang hamil kerana zina?
C)   Bagaimana status anak yang lahir hasil dari zina?
Insya-Allah dalam risalah ini saya akan terangkan hukum bagi persoalan-persoalan di atas. Para ilmuan kita telah pun membuka perbincangan yang luas terhadap persoalan-persoalan di atas dan tidak kurang pula dalam perbincangan tersebut terdapat perbezaan pendapat yang saling menyilang. Di antara perbezaan itu ada yang masyhur kerana memiliki dalil yang kukuh dan ada yang asing kerana tidak memiliki dalil yang kukuh.
Dalam risalah ini saya akan menyertakan perbezaan pendapat tersebut bukan dengan cara menyebut nama tokoh atau mazhab yang berbeza pendapat, tetapi dengan cara mengemukakan dalil dan hujah bagi setiap pendapat. Seterusnya saya jelaskan pendapat mana yang lebih kuat insya-Allah. Tentu saja dengan catitan, apa yang kuat mengikut analisa saya mungkin lemah mengikut analisa para pembaca sekalian. Semua ini adalah tanda kematangan fiqh yang sekali gus menandakan kematangan seseorang dalam beragama.


A)        Bolehkah Penzina Bernikah?
Terhadap persoalan ini ada dua senario:

Senario Pertama: Jamal dan Jamilah masing-masing baru berkenalan kira-kira dua bulan. Akan tetapi kerana tarikan nafsu yang amat kuat, mereka terlanjur berzina di sebuah rumah sewa. Masing-masing segera sedar akan kesilapan mereka dan dengan itu mereka ingin bernikah dan meneruskan kehidupan sebagai pasangan muslim yang baik lagi beriman.

Senario pertama merujuk kes penzina yang ingin bernikah dengan penzina. Hukumnya adalah haram berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

الزَّانِي لاَ يَنكِحُ إلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لاَ يَنكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ.
 Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak bernikah melainkan dengan wanita yang berzina atau wanita musyrik;
dan wanita yang berzina itu pula (lazimnya) tidak dinikah melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.
Dan perkahwinan yang demikian itu dilarang kepada orang-orang yang beriman. [al-Nur 24:03]

Ayat di atas menerangkan kes lelaki penzina yang bernikah dengan wanita penzina, atau sebaliknya. Pernikahan tersebut “…dilarang kepada orang-orang yang beriman.” Hukum haram atau larangan pernikahan terangkat apabila kedua-dua lelaki dan wanita tersebut bertaubat dari sebarang aktiviti zina. Dengan taubat, mereka tidak lagi dikenali sebagai penzina di sisi syari‘at Islam dan dengan itu tidak lagi masuk dalam perbicaraan ayat 3 surah al-Nur di atas.

Senario Kedua: Firdaus dan Faridah sedang bersiap sedia menghadapi hari pernikahan mereka yang akan menjelang tiba minggu hadapan. Namun hati Firdaus kurang tenteram mengingatkan sejarah lampaunya yang pernah berzina beberapa kali dengan wanita lain. Dia terfikir, apakah halal untuk aku menikahi Faridah yang dikenali sebagai wanita yang shalihah?

Senario kedua merujuk kepada kes dimana salah seorang dari pasangan yang bakal menikah adalah penzina. Apakah hukum Islam mengenainya? Ayat berikut menjadi rujukan:

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ.

Wanita-wanita yang jahat adalah untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat;
dan (sebaliknya) wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. [al-Nur 24:26]

Antara yang dimaksudkan dengan lelaki dan wanita yang jahat adalah mereka yang melakukan zina. Maka pasangan penzina tidak boleh dinikahkan dengan pasangan yang shalih melainkan dia bertaubat terlebih dahulu sebelum dia bernikah. Dengan taubat, dia termasuk dalam kategori orang yang baik dalam ayat di atas.
Dalam kedua-dua senario di atas, Islam melarang pasangan penzina daripada bernikah. Sama ada kedua-dua pasangan atau salah seorang daripada mereka, aktiviti zina menjadi faktor larangan untuk bernikah. Kenapa sedemikian? Antara hikmahnya, nikah adalah satu ikatan untuk kedua-dua pasangan hidup harmoni sebagai satu keluarga. Tidak dapat dibayangkan bahawa ciri keharmonian itu dapat dicapai jika salah seorang atau kedua-duanya masih melazimkan diri dengan aktiviti zina. Islam menghalalkan nikah agar kedua-dua pasangan hidup harmoni. Maka dengan itu juga, Islam mengharamkan nikah yang sejak dini memiliki ciri yang bertentangan dengan keharmonian tersebut. 


B)        Bolehkah Bernikah Dengan Wanita Yang Sedang Hamil Kerana Zina?
Senario Pertama: Sesudah Jamal dan Jamilah bertaubat dari kesalahan zina, mereka membuat persiapan untuk melangsungkan majlis perkahwinan.  Walaubagaimana pun sebelum tarikh pernikahan, Jamilah mendapati dirinya telah hamil hasil dari hubungannya dengan Jamal sebelum itu.
Wujud perbincangan di kalangan ilmuan Islam terhadap senario pertama di atas. Perbincangan mereka menghasilkan dua pendapat:

Pendapat Pertama:
Tidak boleh bernikah dengan wanita yang hamil. Jika sudah bernikah dengan wanita yang hamil, nikah tersebut tidak sah. Ini kerana wanita yang hamil berada dalam keadaan iddah dan waktu iddah tersebut berakhir dengan lahirnya bayi. Pernikahan hanya dibolehkan dan sah selepas bayi dilahirkan.
Dalil-dalil pendapat pertama adalah seperti berikut:
*   Dalil al-Qur’an. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَأُوْلاَتُ الأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ.

Dan wanita-wanita hamil, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. [al-Thalaq 65:04]

*   Dalil Qiyas (analogi). Sebab (al-‘Illat) dilarang menikah wanita yang hamil adalah supaya tidak terjadi kekeliruan tentang siapakah ayah sebenar bagi anak yang sedang dikandung itu. Maka hukum nikah bagi wanita yang hamil kerana zina diqiyaskan kepada hukum ayat 4 surah al-Thalaq di atas, supaya tidak terjadi kekeliruan tentang siapa ayah sebenar bagi anak yang sedang dikandung itu.

Pendapat Kedua:
Boleh bernikah dengan wanita yang sedang hamil kerana zina. Tidak ada iddah ke atas wanita yang sedang hamil kerana zina. Hukum iddah hanya ke atas isteri, iaitu wanita yang bernikah, kemudian hamil, kemudian bercerai dengan suaminya sama ada kerana talak atau kematian. Ada pun dalil Pendapat Pertama, maka para ilmuan dari Pendapat Kedua berkata:
*   Ayat 4 surah al-Talaq merujuk kepada para isteri, iaitu wanita yang bernikah, kemudian hamil, kemudian diceraikan. Ayat 4 adalah sebahagian dari keseluruhan perbincangan yang bermula dari ayat pertama:

يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمْ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ...

Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu),
maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya… [al-Thalaq 65:01]

*   Kaedah qiyas hanya digunakan untuk persoalan hukum yang muncul selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ada pun persoalan zina, ia adalah sesuatu yang wujud pada zaman Rasulullah. Banyak hukum berkaitan zina dan penzina yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya melalui al-Qur’an dan al-Sunnah. Demikian juga hukum-hukum berkaitan hubungan seks dengan wanita tawanan perang yang hamil, ia telah digariskan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah.
Namun pada waktu yang sama, Allah dan Rasul-Nya tidak menggariskan hukum iddah ke atas wanita merdeka yang hamil kerana zina. Padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا.
Dan tiadalah Tuhanmu (Allah) terlupa. [Maryam 19:64]

Justeru apabila Allah dan Rasul-Nya tidak menetapkan hukum iddah ke atas wanita merdeka yang hamil kerana zina, bererti tidak ada hukum iddah ke atas mereka. Ada pun untuk mengelakkan kekeliruan terhadap siapakah ayah sebenar anak yang sedang dikandung, perbicaraannya akan menyusul ketika membahas status anak yang lahir hasil dari zina insya-Allah.

Pendapat Yang Kuat.
Tanpa melepaskan sikap hormat saya kepada para ilmuan yang berpegang kepada pendapat pertama, pada analisa saya pendapat yang kedua adalah lebih kuat.
Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Tuhan yang mencipta manusia amat mengetahui tabiat manusia yang mudah terlanjur hingga berzina. Pada waktu yang sama Allah juga mengetahui bahawa di antara hamba-Nya yang berzina, ada sebahagian yang ingin bernikah dan meneruskan kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang halal. Untuk bernikah, Allah tidak menetapkan hukum iddah.  Sebaliknya Allah menetapkan hukum taubat. Apabila para hamba-Nya yang berzina bertaubat, dosa dan kesan kesalahan zinanya dihapuskan.
Perkara penting berkenaan taubat adalah, ia bukan sahaja menghapuskan dosa kesalahan, tetapi juga menghapuskan kesan kesalahan. Pengecualian adalah apabila kesan kesalahan itu melibatkan hak orang lain, maka orang yang bertaubat hendaklah juga mengembalikan hak orang yang disalahinya itu.
Apabila Adam dan Hawa memakan pokok yang dilarang, mereka segera bertaubat kepada Allah dan Allah menerima taubat mereka. Dalam rangka menerima taubat mereka, Allah tidak menyuruh Adam dan Hawa memuntahkan apa yang telah mereka makan atau menghukum sebahagian dari darah daging mereka sebagai hasil dari sesuatu yang haram. Taubat Adam dan Hawa sekali gus menghapuskan dosa dan kesan kesalahan:

فَأَكَلاَ مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ وَعَصَى آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَى (121)

 ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَى (122).

Kemudian mereka berdua (Adam dan Hawa) memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing,
dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan. Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk. [Ta-Ha 20:121-122]

Jika wanita yang sedang hamil kerana zina ditetapkan hukum iddah, ia akan menyebabkan dia terpaksa menanggung malu di sisi masyarakat atas satu kesalahan yang telah dia bertaubat darinya. Wanita itu tidak akan memiliki banyak pilihan kecuali menggugurkan kandungannya atau membuangnya setelah dilahirkan. Kedua-dua pilihan ini merupakan dosa yang besar. Semua ini menyelisihi konsep taubat yang menghapuskan dosa dan kesan orang yang pernah berbuat salah.


Senario Kedua: Pada satu masa yang lalu Azura memiliki beberapa teman lelaki yang ditidurinya secara bergilir-gilir. Malam ini dia bersama Roy, malam esok dia bersama Ahmad, malam lusa dia bersama Azlan, dan begitulah pada malam-malam seterusnya dengan beberapa lelaki yang lain. Kini dia hamil dan dia tidak tahu siapakah ayah kandungannya. Azura ingin bertaubat, bernikah dan memulakan kehidupan baru suami isteri secara halal. Di antara semua lelaki tersebut, dia ingin mengambil Azlan menjadi suaminya.
Senario pertama merujuk kepada wanita yang hamil kerana zina dan dia mengetahui secara pasti siapakah lelaki yang menghamilkannya. Ada pun senario kedua, ia merujuk kepada wanita yang hamil kerana zina dan dia tidak pasti siapakah lelaki yang menghamilkannya. Bagi senario kedua, pasangan boleh bernikah berdasarkan apa yang telah dikupas dalam senario pertama di atas. Akan tetapi terdapat perbincangan tambahan di kalangan para ilmuan terhadap senario kedua, bolehkah kedua-dua pasangan itu melakukan persetubuhan? Di sini terdapat dua pendapat:

Pendapat Pertama:
Tidak boleh bersetubuh sehingga bayi dilahirkan berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يَسْقِ مَاءَهُ وَلَدَ غَيْرِهِ.

Sesiapa yang  beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka janganlah dia menyirami air maninya ke atas anak milik orang lain.

Hadis di atas dikeluarkan oleh Imam al-Tirmizi dan ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1131 (Kitab al-Nikah, Bab berkenaan lelaki yang membeli seorang hamba padahal dia hamil). Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang seorang lelaki daripada bersetubuh dengan seorang wanita yang sedang hamil hasil dari hubungan dengan orang lain.

Pendapat Kedua:
Boleh bersetubuh kerana hadis-hadis yang melarang sebenarnya merujuk kepada wanita yang tidak merdeka seperti hamba dan tawanan perang. Ada pun wanita merdeka yang hamil kerana zina, maka tidak ada dalil yang melarang persetubuhan bersama lelaki yang dinikahinya, sekali pun lelaki itu bukan orang yang menghamilkannya.

Pendapat Yang Kuat:
Jika dikaji semua hadis berkaitan larangan bersetubuh dengan wanita yang dihamilkan oleh lelaki lain, akan ditemui bahawa di antaranya ada yang bersifat umum dan ada yang bersifat khusus kepada wanita hamba dan tawanan perang. Maka hadis yang bersifat umum meliputi semua kategori wanita sama ada yang merdeka atau tidak. Oleh itu pendapat yang lebih selamat adalah pendapat yang pertama, iaitu tidak bersetubuh sehinggalah bayi itu dilahirkan.
Antara hikmah larangan adalah supaya bayi yang dikandung tetap selamat ketika berlakunya persetubuhan. Jika yang sedang bersetubuh adalah ayah kandungan, nescaya dia akan berhati-hati dan lemah lembut. Sebaliknya jika yang sedang bersetubuh adalah bukan ayah kandungan, kemungkinan besar dia akan lupa sehingga beraksi dengan kekasaran yang mungkin mencederakan kandungan atau menyebabkan keguguran.



D)        Bagaimana Status Anak Yang Lahir Hasil Dari Zina?
Senario Pertama: Jamilah akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat. Jamal dan Jamilah sangat bergembira lagi bersyukur kepada Allah. Mereka menamakan bayi tersebut Sakinah. Seterusnya mereka berfikir, apakah status bayi tersebut? Bolehkah dia dinasabkan kepada Jamal dan diberi nama Sakinah binti Jamal? Apabila dewasa, perlukah Sakinah sentiasa menjaga auratnya ketika di rumah apabila Jamal ada bersama? Bolehkah Jamal menjadi wali perkahwinan Sakinah satu hari kelak dan mewariskan hartanya kepada Sakinah?
Para ilmuan sekali lagi memiliki perbincangan dalam menentukan status anak yang asalnya adalah hasil zina. Perbincangan mereka membuahkan dua pendapat:

Pendapat Pertama:
Anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada ayahnya. Apabila baligh, anak tersebut hendaklah menjaga auratnya apabila berhadapan dengan ayahnya. Pada waktu yang sama ayahnya tidak boleh menjadi wali perkahwinan dan tidak boleh mewariskan harta kepada anaknya. Ringkasnya, dia adalah ayah dari sudut biologi tetapi tidak dari sudut hukum agama.
Dalilnya adalah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2053 (Kitab al-Buyu’, Bab tafsir al-Musyabihat):

الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ.

Anak itu adalah bagi yang memiliki tempat tidur manakala lelaki yang (menzinai) dijauhkan.

Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa anak zina dinasabkan kepada empunya tempat tidur, iaitu si-wanita (ibunya) manakala lelaki yang menzinai sehingga lahirnya anak tersebut dijauhkan. Ringkasnya ayah yang menzinai tidak memiliki apa-apa kaitan hukum dengan anaknya.

Pendapat Kedua:
Anak tersebut dinasabkan kepada ayahnya sama ada dari sudut biologi mahu pun hukum. Maka anak itu dinamakan Sakinah binti Jamal dan ayahnya (Jamal) boleh menjadi wali pernikahan Sakinah dan mewariskan harta kepadanya. Ini kerana taubat yang dilakukan oleh Jamal dan Jamilah menghapuskan semua kesan kesalahan zina mereka yang lalu, kini dan akan datang.
Selain itu terdapat dalil dari sejarah umat Islam sendiri dimana ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mula mendakwahkan Islam, keluarga-keluarga yang sebelumnya dalam keadaan jahiliyah memeluk Islam. Keluarga-keluarga ini terbahagi kepada dua kategori:

Kategori Pertama:
Seluruh keluarga, yakni suami isteri dan anak-anak memeluk Islam. Bagi kategori ini, suami isteri tersebut tidak dituntut untuk bernikah semula. Pernikahan mereka melalui adat jahiliyah dahulu diiktiraf apabila mereka memeluk Islam. Padahal jika ditinjau dengan lebih mendalam, pernikahan yang mereka lakukan satu masa lalu hanya sah dari ukuran adat jahiliyah, tidak sah dari ukuran hukum Islam. Ringkasnya pasangan suami isteri itu hidup dalam suasana zina dan melahirkan anak melalui hubungan zina.
Akan tetapi apabila mereka memeluk Islam, ia adalah satu bentuk taubat yang dengannya semua tindakan mereka yang lalu tidak lagi diambil kira. Apabila mereka memeluk Islam sekeluarga, pernikahan mereka yang lalu melalui adat jahiliyah diiktiraf oleh Islam sebagai pernikahan yang sah dan anak mereka yang terhasil dari persetubuhan jahiliyah diiktiraf oleh Islam sebagai anak yang sah. Anak itu dinasabkan kepada ayahnya secara biologi dan hukum.
Hukum ini masih berlaku hingga masa kini. Umpamakan Rajen A/L Gobindren dan isterinya Rajeswari A/P Apawari bersama anak mereka Kumari A/P Rajen sekeluarga memeluk Islam. Rajen dan isterinya Rajeswari tidak dituntut untuk bernikah semula cara Islam. Pernikahan mereka melalui cara Hindu diiktiraf oleh Islam. Yang dianjurkan hanya sekadar tambahan nama bagi memudahkan pengenalan bahawa mereka telah memeluk Islam. Contohnya Muhammad Rajen bin Gobindren dan Siti Rajeswari binti Apawari.
Demikian juga bagi anak perempuan mereka, Kumari A/P Rajen. Islam tidak bertanya berkenaan status Kumari, sebaliknya menerima Kumari sebagai anak yang sah bagi Rajen. Muhammad Rajen boleh menjadi wali kepada pernikahan Kumari satu masa nanti dan boleh mewariskan harta kepada Kumari. Hanya yang dianjurkan adalah penambahan nama bagi memudahkan pengenalan bahawa Kumari telah memeluk Islam. Contohnya Siti Kumari binti Muhammad Rajen.

Kategori Kedua:
Hanya anak yang memeluk Islam manakala ibubapanya masih dalam agama Jahiliyah. Bagi kategori ini, Islam tetap menerimanya sebagai anak sah bapanya tanpa bertanya sejarah asal usul anak tersebut. Anak itu tetap dinasabkan kepada ayahnya secara biologi tetapi tidak secara hukum. Maka ayah tidak boleh menikahkan anaknya dan tidak ada harta warisan (mengikut salah satu pendapat) bagi anaknya.
Hukum ini tetap berlaku pada masa kini. Kita kembali kepada contoh Rajen dan keluarganya. Kini umpamakan hanya Kumari yang memeluk Islam manakala Rajen dan Rajeswari kekal dengan agama Hindu. Kumari tetap diiktiraf oleh Islam sebagai anak Rajen dan dinasabkan kepadanya: Siti Kumari binti Rajen. Akan tetapi tidak boleh dinasabkan secara hukum, bererti Rajen tidak boleh menjadi wali kepada pernikahan Siti Kumari dan mewariskan harta kepada Kumari (mengikut salah satu pendapat).

Pendapat Yang Kuat:
Pada analisa saya, sekali pun yang masyhur adalah pendapat pertama, tetapi dari sudut ketepatan dalil dan kekuatan hujah, pendapat kedua adalah yang terpilih.
Ada pun hadis “Anak itu adalah bagi yang memiliki tempat tidur manakala lelaki yang (menzinai) dijauhkan.”, maka ia tidak tepat untuk dijadikan dalil dalam persoalan yang sedang dibincang. Ini kerana hadis tersebut, jika dikaji kisahnya dari awal hingga akhir, hanya merujuk kepada kes seorang anak yang diperselisihkan, siapa ayahnya yang sebenar? Maka Rasulullah mengembalikan anak tersebut kepada pasangan suami isteri yang sudah bernikah secara sah. Seandainya si-isteri telah berzina dan itu adalah anak zina, anak itu tetap dinasabkan kepada suami isteri yang sah manakala lelaki yang menzinai tidak memiliki apa-apa hubungan nasab.
Istilah (الفراش) bererti hamparan tempat tidur, di sini secara kiasan merujuk kepada isteri kerana isteri adalah umpama tempat tidur bagi suami melalui pernikahan yang sah. Pasangan yang pernah berzina tidak memiliki (الفراش) dan tidak dikenali sebagai (الفراش), justeru mereka dan anak hasil perzinaan mereka tidak memiliki apa-apa kaitan dengan hadis di atas.

Senario Kedua: Azlan dan Azura bertaubat dan melangsungkan pernikahan. Azura kemudiannya selamat melahirkan anak perempuan yang mereka namakan Anisah. Akan tetapi Azura masih tidak tahu siapakah ayah Anisah yang sebenar. Azlan juga tahu bahawa dia mungkin ayah biologi kepada Anisah dan mungkin juga tidak.
Sekali lagi, bezakan bahawa senario pertama merujuk kepada anak hasil zina yang diketahui siapa ayahnya manakala senario kedua merujuk kepada anak hasil zina yang tidak diketahui siapa ayahnya.
Maka bagi senario kedua anak zina tersebut tidak boleh dinasabkan secara biologi mahu pun hukum kepada si-ayah. Dalam ertikata lain, tidak boleh memberi nama Anisah binti Azlan, sebaliknya hendaklah diberi nama Anisah binti Abdul Rahman (atau mana-mana nama Allah yang lain). Anisah hendaklah menjaga auratnya apabila berhadapan dengan ayahnya (Azlan) dan Azlan tidak boleh menjadi wali penikahan Anisah mahu pun mewariskan harta kepada Anisah. Hubungan Azlan dengan Anisah adalah umpama hubungan seorang ayah dengan anak angkat.
Dalilnya adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 6767 (Kitab al-Faraidh, Bab orang yang menyandarkan…):

مَنْ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيهِ فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ.

Sesiapa yang menyandarkan nasabnya kepada seseorang yang bukan ayah (biologi)nya 
padahal dia mengetahui bahawa itu bukan ayah (biologi)nya maka syurga diharamkan ke atasnya.

Hadis di atas adalah umum meliputi semua kes seperti anak dari pernikahan yang sah, anak angkat, anak yatim dan anak dari hasil perzinaan yang tidak diketahui ayahnya.
Walaubagaimana pun pada masa kini sudah ada kaedah pemeriksaan DNA dimana dengan membandingkan kod-kod genetik manusia, dapat diketahui siapa ayahnya. Malah teknologi terkini membolehkan pemeriksaan dilakukan terhadap bayi yang berumur 12 minggu ke atas sekali pun masih berada dalam kandungan ibunya.
Azlan dan Anisah boleh melakukan pemeriksaan DNA dan jika didapati Azlan adalah ayah biologi Anisah, maka hubungan antara kedua-duanya kembali kepada senario pertama di atas. Akan tetapi jika pemeriksaan DNA menunjukkan Azlan bukan ayah biologi Anisah atau pemeriksaan DNA tidak dapat dilakukan, maka hubungan kedua-duanya adalah seperti senario kedua di atas.


Kesimpulan.
Menarik untuk diperhatikan bahawa Allah dan Rasul-Nya sebenarnya mendiamkan hukum iddah dan status anak penzina. Tidak ada ayat atau hadis yang secara jelas lagi padu (Qathi’e) menggariskan hukum iddah dan status anak penzina. Ketiadaan ini menyebabkan hukum iddah dan status anak penzina masuk dalam kategori Ijtihadiyah dan para ilmuan terbahagi kepada dua golongan dalam menyikapinya:
1. Menggunakan dalil-dalil umum dan memasukkan hukum iddah dan status anak bagi penzina dalam keumuman tersebut. Juga menggunakan kaedah qiyas bagi menghubungkan hukum iddah dan status anak penzina kepada dalil-dalil yang membicara hukum lain secara khusus.
2. Menggunakan hujah kesempurnaan al-Qur’an dan al-Sunnah, bahawa jika kedua-dua sumber tersebut tidak menggariskan hukum iddah dan status anak penzina, padahal kedua-dua masalah tersebut sedia wujud pada masa sebelum kesempurnaan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tidak perlu bagi orang selepas kesempurnaan al-Qur’an dan al-Sunnah menggariskan sesuatu hukum.
Kedua-dua manhaj di atas adalah benar jika diukur melalui disiplin ilmu-ilmu Islam. Dalam menganalisa dalil dan hujah kedua-dua pihak, saya menggunakan satu ukuran lain yang sering ditinggalkan, iaitu pengaruh taubat dalam menghapuskan kesan kesalahan orang yang berzina. Selain itu pada pandangan saya, perbicaraan hukum tidak patut memiliki sifat teknikal sahaja, tetapi perlu juga memiliki sifat adil (al-‘Adil), rahmat (al-Rahman), belas kasih (al-Rahim) dan memaafkan (al-‘Afuw). Semua ini adalah sifat-sifat Allah, Tuhan yang menurunkan hukum Islam itu sendiri.


Beberapa Nasihat Akhir.
Sebelum mengakhiri risalah ini, ingin saya ambil kesempatan untuk menyampaikan beberapa nasihat akhir.
Pertama:
Tujuan risalah ini bukanlah untuk meringankan kesalahan zina tetapi sekadar memberi jalan keluar kepada orang yang terlanjur berzina lalu ingin kembali ke jalan yang benar. Zina tetap merupakan kesalahan yang amat berat lagi keji dalam Islam. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَلاَ تَقْرَبُوا الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلاً.

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat
(yang membawa kerosakan). [al-Isra’ 17:32]

Oleh itu sikap yang benar, matang lagi selamat adalah menjauhi zina serta apa jua faktor yang mungkin mengarah kepada zina.


Kedua:
Maaf kata, kadangkala faktor yang mengarah kepada zina adalah ibubapa penzina itu sendiri. Sebabnya, apabila anak ingin bernikah, ibubapa sering menghalang dengan alasan-alasan yang hanya layak dikemukakan jika mereka hidup pada Jurasic Park. Alasan “Tamatlah pengajian dulu”, “Kerjalah dulu”, “Tunggulah naik pangkat dulu” dan “Belilah rumah dulu” tidak lagi releven untuk masa kini. Kenapa tak releven? Sudah masanya anda, Wahai Ibubapa, duduk sejenak dan memikirkannya.
Sikap ibubapa yang menghalang anak bernikah tanpa alasan yang munasabah pada zaman kini adalah antara sebab utama mengapa anak-anak muda terlanjur berzina. Oleh itu pada kesempatan ini, ingin saya nasihatkan diri saya dan para ibubapa sekalian agar:
1. Jangan menghalang anak yang ingin bernikah kecuali dengan alasan yang munasabah lagi benar. Alasan itu pula hendaklah memiliki manfaat yang jauh lebih besar berbanding mudarat yang bakal menimpa seandainya diizinkan bernikah.
2. Seandainya anak terlanjur berzina, ibubapa janganlah menghalang mereka jika mereka ingin bertaubat, bernikah dan meneruskan kehidupan sebagai pasangan yang halal. Malah ibubapa sepatutnya memainkan peranan positif dengan menasihati mereka untuk bertaubat dengan cara bernikah dan meneruskan kehidupan sebagai pasangan yang halal. Seterusnya ibubapa memainkan peranan memimpin dan membantu pasangan muda tersebut menghadapi suka duka kehidupan berumahtangga.
Jangan lupa bahawa ibubapa memiliki tanggungjawab yang besar dalam persoalan ini sehingga ke Hari Akhirat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

وَالأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ

فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ.

Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya.
Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya
dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya.
Maka setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya.
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 5200 (Kitab al-Nikah, Bab seorang wanita ad alah pemimpin di rumah suaminya)]


Ketiga:
Kemungkinan antara yang membaca risalah ini adalah pasangan yang sebelum ini pernah melalui senario-senario yang saya sebutkan atau sesuatu yang menghampirinya. Bagi pasangan ini, saya nasihatkan agar berhati-hati dengan syaitan kerana ia memiliki senjata extra untuk mengganggu kalian. Ini kerana syaitan sentiasa mencari celah untuk merosakkan keharmonian rumahtangga dan kesalahan yang lampau adalah sesuatu yang sentiasa baru lagi efektif bagi syaitan.
Syaitan akan menghasut, konon kalian hidup dalam suasana haram, taubat tidak cukup sempurna untuk diterima Allah dan pelbagai lagi demi menaruh keraguan dan akhirnya merosakkan keharmonian rumahtangga.
Semoga risalah ini dapat menjadi senjata untuk melawan balik serangan-serangan syaitan tersebut dan menutup apa-apa celahan lain yang mungkin dapat diselit olehnya.

Keempat:
Kemungkinan antara yang membaca risalah ini adalah mereka yang pernah terlanjur berzina atau memiliki kawan yang pernah terlanjur berzina. Hasil dari keterlanjuran tersebut, lahirlah seorang anak yang suci bersih statusnya. Akan tetapi disebabkan oleh pandangan masyarakat, anak tersebut lazim dihukum sebagai anak haram, anak luar nikah, anak zina dan sebagainya.
Pandangan masyarakat yang negatif inilah yang menyebabkan pasangan yang terlanjur membuang anaknya dalam tong sampah, tandas atau di tempat perhentian bas.
Diharapkan melalui risalah ini, pandangan masyarakat yang menghukum secara negatif ke atas bayi yang tidak berdosa itu segera dipadamkan. Hasilnya, pasangan yang terlanjur tidak akan merasa bersalah untuk terus memelihara anak mereka itu sepertimana ibubapa yang lain.

 
 








Macamana dgn sebuah hadis menyebut..."Barangsiapa yang menikahkan anaknya dengan lelaki fasik bererti dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya"...adakah dia related dengan tajuk thread ni...bererti tak secara langsung,masih memerlukan "barangsiapa" yakni sebagai wali...w.a.

Dalam satu lagi hadis lain,'Aisyah menyebut rasulullah bersabda yang menyebut..."mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa keizinan walinya maka perkahwinannya itu batal(dan nabi menyebutnya tiga kali)".

p/s:semua hadis saya petik dari Nota IYS 202 Sistem Kekeluargaan Islam Modul 2 Sistem Pengajian Syariah UMCCed.Prof Madya Dr.Raihanah Hj.Azahari...

Nikah Misyar: Antara Syara’ dan Adat
(Beberapa Pandangan Ulama’ Semasa)

Segala puji bagi Allah swt tuhan pencipta sekalian alam.
Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (dianggap) sah di sisi Syara’ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara’. Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:

1. Wujudnya keredhaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.

2. Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.

3. Adanya wali bagi pihak isteri.

4. Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.

5. Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.

Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’ ini maka perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagimana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun. Namun apabila si isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang berhak untuk diperolehi oleh si isteri tersebut yang telah diberikan oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka pengguguran hak tersebut adalah harus di sisi syara’ sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidah Sau’dah R.A. Beliau telah menghadiahkan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bermalam di rumah beliau kepada Saiyyidah Aisyah R.A


Pendapat daripada Fadhilah Al-Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil
(Bekas Mufti Mesir)

Perkahwinan di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan dan sosial yang paling suci yang dijaga oleh Islam dan Islam turut menyuruh untuk diambil segala jalan. yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan manusia, lelaki dan wanita malahan syarak turut meminta untuk menjaga perkahwinan dengan mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang menjelaskan hak-hak dan kewajipan rumahtangga dan kekeluargaan. yang diberkati dengan kalimah Allah. Perkahwinan adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Nur ayat 32:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.


Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

Rasulullah saw juga bersabda dengan kalamnya yang mulia:

“Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.”

Melalui perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang dikehendaki oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah taala yang bermaksud:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"
(Al Baqarah ayat 30)

Melalui perlaksanaan Syariat Islam maka ibadah akan sempurna yang kesempurnaan ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah memalui firmannya yang bermaksud:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Al Zhariat ayat 56 hingga 58)

Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik dan mulia ini adalah perkahwinan yang sah di sisi syara’ yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang digariskan oleh syarak yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama Islam di setiap zaman. Ini kerana itu, rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnyalah yang akan membezakan antara akad nikah yang menepati syarak dan akad nikah yang diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan menjadi pembeza yang berterusan sehingga hari kiamat.

Sehubungan dengan itu, pihak Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) berpandangan bahawa nikah misyar jika ia memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun ini iaitu keredaan yang sempurna daripada pihak suami dan isteri, lafaz akad nikah yang mengandungi maksud perkahwinan yang berterusan, wali daripada pihak pengantin wanita, saksi-saksi yang memenuhi kriteria yang penuh sebagai seorang saksi yang sempurna dan peisytiharan perkahwinan tersebut dengan cara yang pelbagai maka perkahwinan tersebut adalah perkahwianan yang sah di sisi syara’ dengan kita tidak perlu memandang kepada apa sahaja jenis istilah yang diberikan terhadap nama perkahwinan itu selama mana perkahwinan itu tidak diterhadkan kepada tempoh tertentu atas sebab-sebab berikut:

1. Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Muhammad SAW ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran) Allah berfirman:

"Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini"
(Al An`am ayat 38)

Istilah Misyar terdapat hukum padanya jika kita meniliti secara terperinci di dalam sejarah-sejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa yang meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang mengembara keluar daripada tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga. Jika mereka singgah di sesuatu negara di tengah perjalanan maka mereka akan menetap di situ dalam beberapa masa tertentu, lama atau sekejap seterusnya berkahwin dengan penduduk negeri tersebut dan mendapat zuriat kemudian menyambung kembali perjalanannya dengan meninggalkan isterinya sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam keadaan isterinya rela dengan perkara tersebut.

2. Di sana hanya ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua yang membenarkan kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan yang menepati syarak. Oleh itu selain daripada perkahwinan yang sah di sisi syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua agama malahan syariat-syariat Allah Taala menganggap jalan selain perkahwinan adalah jalan-jalan yang mungkar. Al-Quran telah menerangkan perkara ini di dalam firman Allah Taala :

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas"
(Al-Mukminun ayat 5-7)

Syariat Islamiah telahpun menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati Islam sahaja yang dapat mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat Allah di atas akad yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu setiap kehendak yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan satu pelampauan batas terhadap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.

3. Seseorang isteri itu mempunyai hak di sisi syariat untuk menggugurkan hak-hak mereka yang sepatutnya mereka perolehi seperti memohon nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi isteri yang bermadu. Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri Rasulullah saw iaitu Sayyidah Saudah yang secara rela telah memberikan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bersama dengannya kepada Saiyyidah Aisyah r.a. Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak maka pasti Rasulullah akan tidak bersetuju dengan tindakan Sayyidah Saudah.

Oleh itu setiap syarat yang dibuat yang tidak menafikan tujuan asas dan maksud utama bagi perkahwinan, maka syarat tersebut adalah sah dan tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah atau membatalkannya.

Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini untuk menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini. Namun begitu, pihak Dar al-Ifta’ hanya bertanggungjawab untuk bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab terdahulu.


Pendapat daripada Fadilah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi :


Perkahwinan Misyar adalah perkahwinan yang seperti kita selalu perhatikan. Cuma yang berbeza disini ialah istilah misyar yang digunakan. Sesuatu perkara itu bukanlah diambil hukumnya daripada nama dan ibaratnya tetapi dilihat kepada apakah yang terkandung didalam perkara tersebut. Terkadang manusia ada meletakkan nama yang lain daripada nama tersebut. Kita mengetahui bahawa terdapat dikalangan para suami yang berkahwin dengan isteri yang kedua tanpa memberitahu kepada isterinya yang pertama berhubung dengan perkahwinan tersebut. Perkahwinan seperti ini seolah-olah menyerupai nikah urfi walaupun bukanlah secara keseluruhannya. Terdapat juga sebahagian daripada para fuqaha’ yang berpendapat bahawa harus bagi si isteri untuk tidak menuntut hak kepada suami mereka seperti hak bermalam dirumah mereka.

Saya bukanlah dikalangan orang yang mencanangkan perkahwinan sebegini, dan saya juga bukanlah dikalangan orang yang menulis risalah untuk menyokong kearah perlaksanaan perkahwinan sebegini. Namun bukanlah saya mampu untuk mengharamkan sesuatu perkara yang telah dihalalkan oleh Allah swt. Bilamana ditanya kepada saya, apakah hukum perkahwinan sebegini? Saya pasti akan berkata saya tidaklah mengetahui akan perkahwinan sebegini. Tetapi cubalah kamu berikan gambaran secara jelas kepada saya berkenaan perkahwinan tersebut. Maka kata lelaki tersebut, Perkahwinan tersebut terdapat akad yang sah, terdapat saksi yang memenuhi syarat, terdapat juga didalam perkahwinan ini walimatulurus, dan pendek kata kesemua hukum yang ditetapkan syara’ memenuhi pekahwinan ini.

Bagaimana mungkin bagi seorang fakih yang mendengarkan permasalahan sebegini akan mengatakan perkahwinan sebegini adalah haram? Walaupun ianya mengundang ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat. Terdapat perkara yang tidak disepakati oleh masyarakat tetapi ianya adalah harus bagi syara’. Contohnya ialah seperti perkahwinan antara seorang hamba dengan tuannya Perkara ini tentulah tidak mendapat persetujuan daripada masyarakat tetapi jika ianya sempurna syarat-syaratnya dan rukunnya maka tentulah saya akan mengatakan bahawa perkara adalah harus bagi syara’.

Contoh lain yang dapat saya berikan disini ialah perkahwinan seorang perempuan dengan seorang lelaki yang sudah tua seperti datuknya (hanya kerana lelaki itu kaya) tentulah akan mendapat tentangan daripada masyarakat. Adakah perkahwinan antara perempuan muda tersebut dengan lelaki tua itu haram? Jawabnya Tidak! Kita tidak pernah mengatakan perkara itu haram. Bahkan saya mengatakan perkara ini dibenci oleh masyarakat.Tetapi untuk mengatakan sesuatu perkara itu haram atau halal bukanlah satu perbuatan yang mudah. Mahu tidak mahu bagi si alim perlulah senantiasa takutkan Allah dan senantiasa berjaga-jaga didalam mengistinbatkan (mensabitkan) sesuatu hukum berkaitan dengan agamanya. Kita tidak mengatakan bahawa perkahwinan sebegini haram melainkan jika terdapatnya dalil-dalil yang menguatkan bahawa perkahwinan sebegini adalah haram!!


Pendapat daripada Fadhilah al-Syeikh Dr. Ali Jum’ah Al-Syafie
(Mufti Mesir Sekarang)

Syarat perkahwinan di dalam Islam adalah perlunya ada ijab dan qabul serta tidak bercanggah dengan larangan syara’ pada suami, isteri, wali, dan saksi. Apabila telah sempurna syarat-syarat dengan akad di antara lelaki dan wanita, maka sempurnalah pernikahan tersebut. Sebaliknya apabila tidak cukup syarat tersebut, maka pernikahan tersebut terbatal.

Orang Islam diminta untuk menunaikan syarat yang telah dipersetujuinya. Oleh itu seorang wanita dibenarkan untuk menggugurkan hak yang berhak diperolehinya dalam masalah kewajipan suami untuk bermalam dengan si isteri kerana Sayyidah Saudah Binti Zam`ah telah tidak mengambil hak bermalam bersama Rasulullah SAW dan memberikan hak tersebut kepada ‘Aisyah R.A. Wanita juga dibenarkan untuk memulangkan maharnya atau nafkah yang berhak diperolehinya kerana Allah SWT berfirman di dalam surah An-Nisa’ ayat 4 yang bermaksud :

"Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya"


Pendapat Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily
(Universiti Damsyiq, Syria)

Perkahwinan Misyar adalah satu perkahwinan dimana seorang wanita tidak mengambil sebahagian daripada hak-haknya. Perkahwinan ini walaupun tidak menyampaikan hasrat dan maksud perkahwinan, namun perkahwinan ini harus tetapi makruh dan tidak sepatutnya diamalkan melainkan pada beberapa keadaan tertentu.

Telah berkata Prof Dr Wahbah Az-Zuhaily, pensyarah Syariah di Universiti Damsyiq, Syria. “Perkahwinan disyariatkan oleh Allah SWT untuk merealisasikan beberapa tujuan”. Di antaranya adalah :

1. Untuk menambah keturunan dan memelihara kelangsungan zuriat.

2. Adalah untuk mendatangkan kebahagiaan,

3. Memelihara diri daripada terjebak ke kancah maksiat dan zina

4. Mewujudkan kerjasama dan keserasian hidup antara lelaki dan wanita untuk kehidupan berumahtangga.

5. Perkahwinan juga adalah untuk mewujudkan kebahagiaan, dan ketenangan di antara suami dan isteri selain bertujuan untuk mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna.

Perkahwinan Misyar juga merealisasikan sebahagian daripada tujuan-tujuan perkahwinan walaupun tidak kesemuanya. Isteri tidak mengambil haknya di dalam nafkah, tempat tinggal, sekiranya suami mempunyai isteri lain. Tujuan yang jelas daripada pernikahan ini adalah untuk bersenang-senang (melunasi fitrah batin isteri) samada si suami jelas mengambil faedah daripada harta isteri manakala si isteri dapat menikmati kehidupan berumah-tangga. Pada hemat saya, hukum perkahwinan misyar ini adalah sah sekiranya cukup dan sempurna rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak iaitu kerelaan wali, saksi dan pemakluman kepada umum. Sekiranya tidak cukup salah satu daripada syarat-syarat ini maka tidak sah di sisi para fuqahak.

Tetapi, sebagai jaminan kepada isteri dan hak-haknya dalam jangka masa yang panjang, hendaklah isteri tersebut berwaspada dengan mendaftarkan perkahwinan tersebut kepada pendaftaran rasmi dengan pihak berkuasa atau yang bertanggungjawab. Hal ini kerana, sekiranya si suami meninggal dunia, dituntut daripada si isteri ‘iddah dan berhak terhadap warisan harta pusaka suami. Si isteri pula telah berubah fikiran dan menuntut haknya di dalam nafkah atau bahagian yang wajib daripada harta pusaka suami. Selagimana pernikahan ini tidak merealisasikan semua tujuan dan motif perkahwinan, kemanusiaan dan kemasyarakatan didalam keadaan yang sempurna dan optimum, maka saya memberikan peringatan dan tidak menggalakkan pernikahan ini dan menghukumkan ia sebagai makruh.

Sesungguhnya perkahwinan adalah bersendikan kepercayaan yang padu. Namun begitu, sekiranya sesuatu pasangan masih tetap ingin mendirikan rumah tangga mereka dengan perkahwinan jenis ini, maka diharuskan tetapi mereka berdua mesti menanggung kesan dan akibat daripada perkahwinan tersebut seperti salah seorang daripada keduanya tidak adil didalam menjaga hak-hak dan melaksanakan kewajipan khususnya di dalam hubungan suami isteri. Pada keadaan begini, ianya menjadi haram walaupun aqad perkahwinan tersebut sah.

http://permataaqiq.blogspot.com/2006/05/hukum-nikah-misyar.html

hukum nikah ini ikut keadaan individu,

hukum nikah dapat dapat dibagi menjadi lima:

1. Disunnahkan bagi orang yang memiliki syahwat (keinginan kepada wanita) tetapi tidak khawatir berzina atau terjatuh dalam hal yang haram jika tidak menikah, sementara dia mampu untuk menikah.

Karena Allah telah memerintahkan dan Rasulpun telah mengajarkannya. Bahkan di dalam nkah itu ada banyak kebaikan, berkah dan manfaat yangb tidak mungkin diperoleh tanpa nikah, sampai Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:

“Dalam kemaluanmu ada sedekah.” Mereka bertanya:”Ya Rasulullah , apakah salah seorang kami melampiaskan syahwatnya lalu di dalamnya ada pahala?” Beliau bersabda:”Bagaimana menurut kalian, jika ia meletakkannya pada yang haram apakah ia menanggung dosa?
Begitu pula jika ia meletakkannya pada yang halal maka ia mendapatkan pahala.” (HR. Muslim, Ibnu Hibban)

Juga sunnah bagi orang yang mampu yang tidak takut zina dan tidak begitu membutuhkan kepada wanita tetapi menginginkan keturunan. Juga sunnah jika niatnya ingin menolong wanita atau ingin beribadah dengan infaqnya.



Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:

“Kamu tidak menafkahkan satu nafkah karena ingin wajah Allah melainkan Allah pasti memberinya pahala, hingga suapan yang kamu letakkan di mulut isterimu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, dinar yang kamu nafkahkan untuk budak, dinar yang kamu sedekahkan pada orang miskin, dinar yang kamu nafkahkan pada isterimu maka yang terbesar pahalanya adalah yang kamu nafkahkan pada isterumu.” (HR. Muslim)

2. Wajib bagi yang mampu nikah dan khawatir zina atau maksiat jika tidak menikah. Sebab menghindari yang haram adalah wajib, jika yang haram tidak dapat dihindari kecuali dengan nikah maka nikah adalah wajib (QS. al Hujurat:6). Ini bagi kaum laki-laki, adapun bagi perempuan maka ia wajib nikah jika tidak dapat membiayai hidupnya (dan anak-anaknya) dan menjadi incaran orang-orang yang rusak, sedangkan kehormatan dan perlindungannya hanya ada pada nikah, maka nikah baginya adalah wajib.

3. Mubah bagi yang mampu dan aman dari fitnah, tetapi tidak membutuhkannya atau tidak memiliki syahwat sama sekali seperti orang yang impotent atau lanjut usia, atau yang tidak mampu menafkahi, sedangkan wanitanya rela dengan syarat wanita tersebut harus rasyidah (berakal).

Juga mubah bagi yang mampu menikah dengan tujuan hanya sekedar untuk memenuhi hajatnya atau bersenang-senang, tanpa ada niat ingin keturunan atau melindungi diri dari yang haram.


4. Haram
nikah bagi orang yang tidak mampu menikah (nafkah lahir batin) dan ia tidak takut terjatuh dalam zina atau maksiat lainnya, atau jika yakin bahwa dengan menikah ia akan jatuh dalam hal-hal yang diharamkan. Juga haram nikah di darul harb (wilayah tempur) tanpa adanya faktor darurat, jika ia menjadi tawanan maka tidak diperbolehkan nikah sama sekali.

Haram berpoligami bagi yang menyangka dirinya tidak bisa adil sedangkan isteri pertama telah mencukupinya.

5. Makruh menikah jika tidak mampu karena dapat menzhalimi isteri, atau tidak minat terhadap wanita dan tidak mengharapkan keturunan.. Juga makruh jika nikah dapat menghalangi dari ibadah-ibadah sunnah yang lebih baik. Makruh berpoligami jika dikhawatirkan akan kehilangan





Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar Ruum:21)

Nikah mut_ah

Nikah Mut_ah adalah nikah dengan perjanjian untuk suatu masa tertentu umpamanya kerana si lelaki dalam suatu tugas peperangan maka selama masa tugasnya tersebut dan sebagainya.

Nikah mut_ah seprti ini biasa dilakukan ore pada masa jahiliah selepas islam dating…mula mulanya dinolehkan nikah mut_ah oleh rasulullah sallallahu alihi wasalam yaitu beberapa hari pada hari hari penaklukan kota makkah sesudah itu nikah mut_ah dilarang dalam islam





Hadis sahih mulim 1324 jilid 3

 Abu hurairah berkata

Kami pergi berperang bersama dengan rasulullah sallalahu alaihi wasalam tanpa wanita menyertai kami

Lalau kami bertanya kepada baginda

Bolehkan kami melakukan pengebirian…

Baginda melarang kami melakukannya tetapi membolehkan kami menikahi wanita utk suatu tempoh masa tertentu dengan mahar sehelai baju

Kemudian abdullah membacakan ayat

Hai ore beriman janganlah kamu haramkan sesuatu yang baik yang telah allah halalkan bagimu dan janganlah kamu melampuai batas ( wa la ta’tadu...

 Sesungguhnya allah tidak suka orang yang melampaui batas (ayat surah 87.almaidah



Hadis sahihmuslim 1325 jilid3



Dari jabir bin abdullah dan salamah bin akwa radhiallahu anhu keduanya berkata

Suruhan Rasulullah sallallahu alaihi wasalam datang kepada kami...lalu dia berkata ”rasulullah sallallahu alihiwasalam telah membolehkan kamu nikah mut_ah...





Hadis 1326 sahih muslim jilid 3



Dari abu salamah radhiallahu anhu berkata ...rasulullah sallallahu alihi wasalam membolehkan nikah mut_ah pada tahun Authas (tahun penaklukan kota makkah...selama tiga hari. Kemudian baginda melarangnya





Hadis sahih muslim 1327 jilid 3

Dari rabi’ bin sabrah radhiallahu anhu

Berkata bapanya pergi berperang bersama Rasulullah salllahu alaihi wasalam menakluki kota makkah.

Katanya ”kami tinggal di sana selama 15 belas hari .rasulullah sallallahu alihi wasalam memberi izin kepada kami melakukan nikah mut’ah. Lalau aku dan se ore sepupuku pergi mencari wanita untuk kami nikahi secara mut_ah.

Aku lebih tampan dari sepupuku yang memang agak lebih jelek daripada ku.

Masing masing kami membawa sehelai baju untuk mas kahwin. Tetapi bajuku telah usang, sedangkan baju sepupuku masih baru dan halus

Setelah kami sampai di bawah_ atau di atas Kta Makkah, kami bertemu dengan se ore wanita muda, cantik dan berleher jinjang

Lalau kami9 bertanya kepadanya

Sudikah anda menerima salah se ore dari kami berdua kahwin mut_ah denganmu...

Jawab wanita tersebut ”apa mas kahwin yang bakal anda berikan...

Lalau kami memperlihatkan baju yang telah kami sediakan untuk nikah mut’ah

Sementara itu , wanita tersebut sedang memperhatikan kami, sepupuku melihat kepadanya sambil berkata...

 Baju ini sudah usang, sedangkan bajuku masih baru dan halus

Wanita tersebut menjawab

Baju usang ini jua tidak apa apa (maksud OK...

Dia menyebutnya sampai tiga kali atau dua kali

Kemudian aku nikahnya secara mut’ah  dan hampir sahaja aku tidak pulang rumah

Seandainya setelah berlangsung tiga hari, Rasulullah sallallahu alaihi wasalam tidak mengharamkannya...





Hadis sahih muslim 1328 jilid 3



Dari rabi’ bin Sabrah al Juhani radhiallahu anhu. Bapanya mengkhabarkan kepadany6a bahawa dia pernah pergi bersama sama rasulullah sallallahu alihi wasalam dalam menakluk Makkah.

Rasulullah sallallahu alihi wasalam bersabda ...

Aku telah membolehkan kamu nikah mut’ah

Sesungguhnya )mulai saat ini...

Allah telah mengharamkannya sampai hari Kiamat nanti.

Maka siapa yang masih punya isteri mut’ah...ceraikanlah diadan jangan kamu ambil kembali daripadanya apa apa yang telah kamu berikan kepadanya



Hadis 1329 sahih muslim jilid 3

Dari khalid bin muhajir bin Saifullah Radhiallahu anhu berkata

Ketika dia sedang duduk dengan se ore lelaki minta fatwa kepadanya hal nikah mut’ah...

Lalau Khalid membolehkannya

Maka berkata Ibnu Abi ”Amrah...memang , nikah mut’ah [ernah dibolehkan pada masa permulaan Islam kerana terpaksa seperti halnya boleh makan sebab terpaksa (lapar...

Memakan bangkai, darah, dan khinzir

Sesungguhnya Allah telah menetapkan HUKUMnya dalam AdDin

Dan melarang melakukannya





Hadis 1330 sahih muslim jilid 3

Dari rabi’ bin Sabrah Aljuhani radhiallahu anhu

Berkata ...

Rasulullah salllahu alaihi wasalam telah melarang melakukan nikah mut’ah

Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda...

Ketahuilah Nikah Mut’ah haram mulai hari ini sampai Kiamat.

Siapa yang telah memberi sesuatu kepasa wanita yang dinikahinya secara mut’ah janganlah mengambilnya kembali



Hadis 1331 sahih muslim jilid 3

Dari ali bin abi talib radhiallahu anhu berkata

Ketika terjadi ghazwah khaibar. Rasulullah sallallahu alihi wasalam melarang melakukan nikah mut’ah dan memakan daging keldai jinak







saya buat penambahan sikit...

Dalil bagi imam abu hanifah & abu yusuf adalah berdasarkan hadith Nabi SAW :

Daripada sufyan :

الثَّيِّبُ أَحَقُّ‏ بِنَفْسِهَا مِنْ وَلِيِّهَا وَالْبِكْرُ يَسْتَأْذِنُهَا أَبُوهَا فِي نَفْسِهَا وَإِذْنُهَا صُمَاتُهَا

"Seorang janda lebih berhak atas dirinya daripada walinya, sedangkan perawan maka ayahnya harus meminta persetujuan dari dirinya. Dan persetujuannya adalah diamnya.”
(Sahih Muslim - 2546 : lidwa)

Daripada Ibn Abbas :

"Perempuan yang keseorangan lebih berhak tentang dirinya daripada walinya dan perempuan yang perawan di minta kepadanya supaya memberi izin, dan keizinannya ialah diamnya" (Sahih Muslim)

Perempuan yang bersendirian di situ adalah yang tak ada suami baik anak dara @ janda.
Maka berhujah dengan hadith ini yg menunjukkan perempuan ada hak nak tentukan aqad perkahwinan.

Tambahan lagi, wanita layak nak uruskan harta, bisnes, jual beli & sebagainya..Oleh itu, wanita juga layak nak uruskan perkahwinannya juga sendiri.

Wallahua'lam..

Jumhur Ulama memang tidak selari dengan pendapat di sisi mazhab hanafi itu...

Mereka berdalilkan dengan hadith yang saudara Nadim bawa itu, dan hadith² di dalam artikel yang "aku_hambanya" bawakan itu...

Status hadith² yang berkaitan itu telah di tahqiq & di takhrij kemas dalam artikel tersebut.. Mungkin juga panel Hadith AFN boleh nyatakan 'stand' sama ada setuju @ tidak...

Cumanya, jumhur Ulama memang menyatakan aqad perkahwinan tanpa wali adalah tidak sah...

Di nukilkan juga inilah pendapat para sahabat antaranya Ibn 'Umar, 'Ali, Ibn Mas'ud, Ibn 'abbas, Abu hurairah & A'esyah RA, kemudian pendapat ini turut di pegang oleh Sa'id b Musayyib 'Umar abd Aziz, Jabir b Zaid, Al-Thawri, Ibn Abi Layla, Ibn Shabramah, Ibn al-Mubarak, 'Abdullah al''anbari, Ishak & Abu 'Ubaidah Rahimahumullah... [ ibid ]

Wallahua'lam.












No comments:

Post a Comment