Menangani Ketagihan Nafsu ammarah
by Zaharuddin.net on Thursday, January 21, 2010
at 12:34am
Terlalu banyak pandangan, ajaran, nasihat tuan
ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan nafsu seks ini sangat melampau.
Ustaz dan saya juga hanya manusia.
Jadi, bagaimana nak menghentikannya untuk
selamanya dan bagaimana untuk dapatkan Taubat sebenar-benarnya...
Itu yang ustaz
perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.
Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan
mereka yang lemah ini pasti peroleh hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat
keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar
kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermudahkan utk ke syurga,
mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.
JAWAPAN
Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak
kepada dosa.
Kegagalan pengawalan nafsu syahwat bagi
majoriti manusia adalah lumrah, manakala sebahagian yang lain mampu mengekang
nafusnya hasil mujahadah (usaha tungkus lumus) luar dan dalam. Namun demikian, adakalanya
mereka yang mampu mengawal juga mungkin tertewas.
Allah swt sendiri menyebut perihal kegagalan
manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam ayat :-
Ertinya :
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan
Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan
kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak
dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf
kepadamu..." (Al-Baqarah : 187)
Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal
mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama' isterinya di siang hari
Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri
untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun, itu pun masih ramai yang terlepas
melakukannya di siang hari, maka Islam menetapkan cara dendanya bagi menebus
kesalahan tersebut.
Kifarah adalah satu bentuk denda dan taubat
yang diarahkan oleh Allah memberi indikasi, taubat yang ikhlas dan bersungguh
pasti diterima Allah swt. Manusia akan melakukan kesalahan dan taubat adalah
jalannya apabila telah terlanjur. Cara untuk taubat, sila rujuk beberapa
jawapan saya (RUJUK WEBSITE) sebelum ini :-
* · Zuriat dan keluarga zina
* · Gadis Hampir terlanjur
* · Lelaki telah terlanjur
Allah swt juga menegaskan :-
Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu
menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf : 53)
BAGAIMANA MENGEKANG NAFSU ...
Ringkasnya, saya ingin mengingatkan yang
bertanya dan kita semua bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu
syahwat sememangnya bukan tugas yang mudah. Itulah sifat sebuah peperiksaan
penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt
semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh, ikhlas
dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?. Bagi yang berjaya, tempatnya
amat hebat di Syurga Allah swt.
Justeru, kita tida perlu mengeluh dan hairan
dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.
Apa yang perlu adalah : -
* Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar
untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu,
untuk bertindak.
* Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh
membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.
* Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan
individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha
untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan
idnvidiu itu.
Kesimpulannya, proses ini memerlukan kepada
pantang larang dan kemestian. Ada yang pelru pantang dan ada yang perlu dibuat.
Ia proses sunnatullah untuk segala jenis penyembuhan sama ada hati dan iman
yang berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.
Seperti menangani, penyakit kencing manis dari
sudut konsepnya.
Pesakit kencing manis akan menghadapi cabaran
mengawal nafsu makan yang tinggi, dia terhalang dari menikmati juadah
lazat-lazat. Pantang ini dilaksanakan dengan keterpaksaan, bukan?. Keterpaksaan
itulah satu mujahadah. Cuba fikirkan, bagaimana pantang ini akhirnya mampu
didisplinkan?, Itulah salah satu jalan permulaan.
Pesakit kencing manis serius ini hanya akan
mampu mengawal nafsu makannya jika dia punyai keyakinan dan kefahaman terhadap
akibat buruk melanggarinya.
Dia juga boleh mengawalnya hasil kehendak
dalaman dirinya sendiri, didasari oleh kefahaman jitu tentang implaksi dan
keburukan yang akan melandanya jika gagal mengawal nafsu makannya.
Bagi nafsu syahwat seks 'gelap' pula, kekuatan
iman perlu dipasak awal, kita perlu yakin dan faham akibat buruk yang menunggu
akibat darinya seperti :
* azab api neraka,
* azab kubur,
* mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
* kejauhan dari rahmat Allah swt serta
* tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
* dan lain-lainnya.
Memang benar, implikasi buruk ini semuanya
berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi
buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
* penceraian akan berlaku akibatnya,
* pasangan zina mengandung,
* bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin
berlaku akibat malu,
* mungkin penceraian akan berlaku akibat
darinya,
* apa akan jadi kepada anak-anak ...
* kejian masyarakat,
* ditangkap basah dan diumum di media,
* adik beradik mengeji,
* akan dijangkiti AIDS,
* dibuang kerja kerana imej buruk kepada
syarikat
* dan banyak lagi boleh disenaraikan.
Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk
spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu
ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.
Sehubungan itu, tentulah proses pertama untuk
mengekang nafsu syahwat seks 'gelap' ini adalah dengan meningkatkan ilmu dan
keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya.
InshaAllah ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa
dorongan syahwat nafsu itu.
ORANG BERILMU JUGA RAMAI YANG MENYELEWENG...
Tidak dinafikan, ramai juga orang yang sudah
punyai ilmu tetapi masih jatuh dan terlanjur melakukan maksiat berupa ini, sama
ada serius atau tidak, besar dan kecil.
Tatkala itu, datanglah fungsi Taubat yang
disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada,
usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih mudah daripada individu yang tiada asas
dan pasak yang kukuh.
Kerana itu, binalah pasak dan akar iman dan
ilmu dengan segera terlebih dahulu, tanpanya, sebarang perubahan kepada
kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan amat mudah terseleweng akibat
gangguan lain di pertengahannya.
SENARAI ‘YANG JANGAN' DAN ‘YANG PERLU' UNTUK
TINDAKAN
SELAKU kesimpulan, seLAKU tambahan kepada
penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk
mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib)
:-
* 3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa
bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
* 11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar,
target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan
lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang
digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau
ruangannya disempitkan
* 15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi
asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan
komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak,
sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti
dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan FIKIR Kan
kebesaran Allah.
* 16. Jangan sesekali membiarkan diri terus
menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah
kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja
perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih
besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-
* 17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan
yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
* 18. Memastikan harta yang perolehan adalah
dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat
dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
* 19. Amalkan puasa sunat, zikir secara
berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa
sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk
mengawal nafsu syahwat.
* 20. Segara beristighfar dan bertaubat walau
belum jatuh dalam maksiat yang berat.
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada
keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi,
disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )
Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang
mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang
nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa
hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan
kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman
:-
Ertinya : Telah berjayalah orang yang
membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams :
9-10)
SekianTerima kasih.
No comments:
Post a Comment