والذين كسبوا السيئات جزاء سيئة بمثلها وترهقهم ذلة ما
لهم من الله من علصم كانماأغسيت وجوههم
قطعا من اليل مظلما أولئك أصحب النلر هم
فيها خلدون
Sesungguhnya
orang yang mengerjakan kejahatan/kezaliman yang mendapat balasan setimpal
dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka akan ditimpa kehinaan Tidak
ada bagi mereka seorang pelindung dari azab Allah seakan akan muka mereka
ditutupi dengan kepingan kepingan malam yang gelap mereka itu penghuni neraka
dan mereka kekal di dalamnya…
MELAKA 15 Mei – Bukan sahaja dituduh terlibat dalam lumba haram
yang didakwa tidak dilakukannya, seorang remaja berusia 22 tahun mendakwa dia
dibelasah bertubi-tubi menggunakan cota oleh Saya
cuba mengelak motosikal terbabit, tetapi tidak sempat menyebabkan saya
melanggarnya sebelum terjatuh di atas jalan,” katanya ketika ditemui di
Hospital Melaka di sini hari ini.
Dia yang berasal dari Taman
Kebaya, Alor Gajah di sini menambah, ketika menahan kesakitan, seorang anggota
polis tiba-tiba datang ke arahnya dan mengheretnya ke tepi jalan sambil
menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya.
Menurut Muhammad Farhan, polis
berkenaan turut mendakwa sedang membuat sekatan jalan raya dan menuduhnya
merempit serta hendak melanggar sekatan jalan raya walaupun tiada sekatan polis
atau penghadang dibuat sebelum kejadian.
“Tanpa usul periksa, polis itu
terus memukul belakang badan saya beberapa kali menggunakan cota tanpa
menghiraukan kesakitan yang saya alami akibat kemalangan.
“Setelah melemparkan kata-kata
kesat kepada saya selama kira-kira 30 minit, polis berkenaan dan rakannya
menghantar saya ke Hospital Alor Gajah menaiki kereta peronda polis dan
meninggalkan saya di sana,” dakwanya lagi.
Tambahnya, selepas mendaftar
sebagai pesakit, dia yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang automotif
di sini terus menghubungi sepupu dan bapanya memaklumkan kejadian itu.
Sementara itu, bapa mangsa,
Abdul Malek Enden, 57, berkata, akibat kejadian itu anaknya kini mengalami
kecederaan serius di kedua-dua belah tangan dan patah tulang rusuk belakang
badan dipercayai akibat dipukul dengan cota.
Katanya, dia kesal dengan sikap
anggota polis itu yang bertindak tanpa usul periksa terhadap anaknya.
Berikutan kejadian itu, Abdul
Malek kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pegoh.
seorang anggota polis di Jalan Pegoh, di sini semalam.
Remaja terbabit, Muhammad Farhan Abdul Malek mendakwa, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, dia sedang menunggang motosikal seorang diri menuju ke rumah seorang saudaranya di Pegoh.
Menurutnya, ketika melalui Jalan Pegoh, dia terkejut apabila tiba-tiba melihat satu kon polis melayang entah dari mana sehingga mengenai seorang penunggang motosikal lain di hadapannya.
No comments:
Post a Comment