“Diriwayatkan
dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari Uqbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy
dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w
bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari
umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung
Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang
berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan
mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak
menegtahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari
bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi
mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan
perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di
belakang manusia)”
Riwayat
Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan
olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no
662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh
al-Albaniy
Bukhari-Muslim
meriwayatkan dari Nu'man bin Basyir bahawa bapanya pernah menghadap Rasulullah
bersamanya. Bapanya berkata "Sesungguhnya aku telah memberikan seorang
pelayan kepada anakku ini." Rasulullah bertanya "Apakah anakmu yang
lain juga kamu berikan hal yang sama?" Bapaku menjawab "Tidak."
Rasulullah bersabda "Bertaqwalah kepada Allah dan berbuat adillah kepada
anak-anakmu." Tibanya di rumah, bapaku lantas menarik kembali pemberiannya
itu. Dalam riwayat lainnya disebutkan Rasulullah bertanya "Wahai Basyir,
apakah engkau punya anak yang selain ini?" Dia menjawab "Ya."
Baginda bertanya “Apakah semua anakmu yang lain juga engkau berikan hal yang
sama?” Dia menjawab “Tidak.” Baginda bersabda “Jika begitu, janganlah engkau
menjadikan aku sebagai saksi, sebab aku tidak mahu menjadi saksi atas
kezaliman.” Dalam riwayat yang lain disebutkan “Silakan kau persaksikan hal ini
kepada orang selainku saja!” Di akhir sabdanya baginda berkata “Apakah engkau
senang jika semua anakmu itu sama dalam berbuat baik kepadamu?” Dia menjawab
“Tentu senang.” Baginda bersabda “Mengapa engkau tidak berbuat adil terhadap
mereka?”
(Dipetik
dari Ringkasan Riyadhush Shalihin)
No comments:
Post a Comment