Wednesday 3 October 2012

TauBAT


Di antara akibat dari berbuat dosa adalah menghilangkan nikmat dan akibat dosa adalah mendatangkan bencana (musibah). Oleh kerana itu, hilangnya suatu nikmat dari seorang hamba adalah kerana dosa. Begitu pula datangnya berbagai musibah juga disebabkan oleh dosa.” (Al Jawabul Kaafi, hal. 87)

Beristighfar dan bertaubat merupakan dua cara yang masyhur untuk

membersih diri dari perlakuan dosa.

Bertaubat seperti yg dimaklumi perlu kepada sesalan, meninggalkan

perbuatan tersebut dan berazam tidak akan mengulanginya.

Walaubagaimana pun terdapat hadis yg mengira “berbuat baik”

adalah sebahagian daripada cara untuk bertaubat.

Imam Ahmad dan Tirmizi meriwayatkan hadis drpd Ibnu Umar r.a:

Seorang lelaki datang bertemu Nabi s.a.w., lalu dia berkata:

“Wahai Rasulullah s.a.w… Saya telah terjebak melakukan dosa

besar. Adakah peluang saya untuk bertaubat?” Rasulullah

bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Jawabnya: “Tiada”.

Tanya Baginda lagi: “Adakah kamu mempunyai ibu saudara

(sebelah pihak ibu)?” Jawabnya: “Ada.” Lalu Nabi bersabda:

“Berbaktilah kepadanya”

Mengikut Ibnu Hibban hadis ini sahih mengikut syarah Imam

Bukhori dan Imam Muslim.

sekian semoga bermanfaat

wassalam

" Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa; Sesungguhnya Dialah jua Yang Mohor Pengampun, lagi Mohor Mengasihani "

az Zumar : 53

 

 

 

" Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya "

HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah

 

 

" Berdoalah kamu kepadaKu nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu "

 

 

 

 

Apabila Allah mengkehendaki kebaikan bagi hambaNya maka Allah bukakan abwabutTaubah baginya sehingga ia benar benar menyesali kesalahan dosa, berasa hina dan rendah hati , tawadu’ sera amat memerlukan ampunan dari Allah

Keburukan yang pernah ia terlanjur melakukannya tersebut menjadi penyebab turunnya rahmat Allah bagi Insan tersebut sehingga syaitan akan berkata

Duhai, seandainya aku dahulu membiarkannya dan tidak menjerumuskan nya ke kancah dosa tentu dia tidak akan mendapat rahmat Allah dengan jalan bertaubat nasuha

Nasuha bermakna BERSIH

 

Diriwayatkan bahawa se ore Salaf berkata

Sesungguhnya se ore hamba Allah buleh jadi berbuat dosa tetapi dosa tersebut menyebabkannya masuk aljannah

Ore yang mendengar bertanya…Bagaimana buleh jadi seperti hal tersebut

 

Dia menjawab…

Dia berbuat dosa lalau dosa tersebut senantiasa terpampang di hadapannya

Dia khuatir, gerund, takut menanngis menyesal atas keterlanjuran serta berasa malu kepada Allah dengan menundukkan kepala bersujud kepada Allah dengan khusyuk

Maka dosanya tersebut menjadi asbab kebahgiaan (sa’id…

Dan keberuntungan ore tersebut sehingga dosa tersebut lebih bermanafaat baginya daripada ketaatan yang banyak….

 

Maksud hadis sahih muslim ahli aljannah dan ahli neraka telah Allah tetapkan semenjak manusia berada di sulbi bapa…

Apabila sedekah dapat menghilangkan maksiat

 

 

Hadis 978 sahih muslim jilid  2

Dari abu hurairah radhiallahu anhu

Dari rasulullah sallallahu alihi wasalam

Ada se ore lelaki berkata

Aku nak bersedekah fil hazal lail

Daripada abu hurairah radhiallahu anhu daripada nabi Sallallahu alaihi wasalam bersabda ...

Ada se ore lelaki berkata...

Aku nak bersedekah pada haza lail )pada male ini...

Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur

Besok paginya ore ramai memperkatakan akan hal bahawa male tadi ada pelacur yang diberi sedekah...

Ore  tersebut berujar...

Wahai allah semua puji adalah bagi Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur...

Aku akan bersedekah lagi...lalau dia pergi membawa sedekahnya...lalu diberikannya kepada ore kaya...

Pagi pagi hari ore ramai memperkatakanpula bahawa male tadi ada ore berikan sedekah kpd ore kaya

Lalu ore yg telah bersedekah berkata

Wahai Allah semua puji bagiMu ...kerana engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kpd ore kaya...

Aku akan bersedekah lagi...

Dia pergi pula membawakan sedekahnya dan diberikan kpd pencuri

 

 

Pagi pagi hari ore ramai membicarakan akan hal ada ore yang bersedekah kpd pencuri

Ore yang telah bersedekah berkata...

Ya allah semua puji bagiMu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada ore kaya dan kpd pencuri

Kemudian ore yg bersedekah didatangi malaikat yang berkata...

Sedekah anda telah diterima baik ...kesanya adalah mudah mudahan dia bertaubat serta berhenti dari melacur

Kepada si kaya ...mudah mudahan dia sedar bertaubat lalu dia rajin pula bersedekah

Kepada si pencuri mudah mudahan dia berhenti mencuri....

 

 

No comments:

Post a Comment