Monday 15 October 2012

kejATuhan khalifAh Othmaniyah di islamBul pada 3.3. 1924


kesedihan dukacita umat yang lalu. Umat menderita kerana hilangnya tonggak penyatu kerajaan, wakil kesatuan kekuatan. Dukacita tersebut bertimpa-timpa dan luka itu semakin parah. Bukan sahaja tidak diubati malah makin melebar. Bertambah pedih hakikat apabila luka pedih itu terasa kebas oleh ummatal Quran, umat Islam yang tidak terasa apa-apa apabila mercu lambang Islam itu ranap dimamah musuh-musuh Islam, tidak kira Yahudi mahupun munafik. Luka itu terasa lagi kebasnya apabila tubuh itu diratah tapi tuannya masih lagi bergembira… cedera tersebut di badan yang disuntik pelali hedonisme dan kejahilan, racun syirik dan taklid, sedangkan penawar ada di rak-rak di rumah Insan. Ayuh bangkitlah umatku! Masukkan perhiasan ayat-ayat itu dalam jiwamu!

3 Mac 1924 - Khilafah Othmaniyyah di Islambol ) nama lamannya ialah Constantiniah…Turki dijatuhkan oleh Brittish

 

85 tahun umat Islam menderita kerana tiada Khilafah Pada 3 Mac (Maret) 1924 Khilafah (sistem pemerintahan (Islam) secara rasmi telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki. Mustafa Kamal, agen Britain, yang dipuji cet det pada 25 tahun lalu di dalam kahbar tempatan telah bertindak menghapuskan Khilafah sesuai dengan arahan (instruksi) yang telah diberikan oleh negara-negara Barat kepadanya. Khilafah inilah yang telah menyatukan umat Islam seluruh dunia dari berbagai bangsa dan berlainan kedudukan geografi dalam sebuah negara, seorang pemimpin, sebuah bendera dan satu undang-undang.

Dukacita apabila  negara-negara Barat telah menanamkan ideologi Barat seperti demokrasi, liberalisme, komunisme, sekularisme dan sosialisme sehingga mengakibatkan umat Islam meninggalkan Islam. Mereka juga menanam semangat nasionalisme yang mengakibatkan umat Islam berpecah kepada lebih dari 50 buah negara yang kita saksikan sehingga hari ini. Tidak ada kepimpinan alternatif pada hari ini walaupun beberapa buah negara mendakwa bahwa mereka adalah negara Islam seperti Sudan, Iran, Arab Saudi dan Afghanistan. Negara-negara tersebut mencampurkan Islam dengan sistems-sistem lain tetapi malangnya mengaku mereka melaksanakan Islam dengan sempurna. Aliran sesat di ditambah dengan aliran sesat jisimiyyah, murjiyah, mu’tazilah, qadariyah,syiah, mujasimah, jabariyah yang melalut di dalam megara umat Islam… syiah yang berserban berjubah … dalam hatinya adalah aliran sesat lebih merbahaya… zaman mutaakhiriin umat Islam terpecah kepada 73 aliran…hanya aqidah Ahlu sunnah walJamaah saja yang akan masuk alJannah

Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah
Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:

1.     Mengenal(ma’rifatul )Allah adalah secara syarak melalui al Quran dan Hadis.

2.     Alam ini adalah baru.

3.     Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.

4.     Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.

5.     Al-Quran adalah qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk).

6.     Tidak kewajiban ke atas Allah.

7.     Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala dan menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Harus juga melihat Allah Taala.

8.     Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan.

9.     Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.

10.  Allah yang menciptakan perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.

11.  Tiada siapa yang maksum kecuali para Nabi.

12.  Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.

13.  Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.

14.  Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.

15.  Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.

16.  Keimaman agung bukanlah dari rukun agama.

Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi.

Golongan ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka.

Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar. Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai.

Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana Muktazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis.

Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf).

Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis.

Golongan Ahlus Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah dan awal kurun keempat Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan ahli hadis. Mereka telah mendokong nya secara khusus dan secara umum, dan bangkit menentang golongan Muktazilah, kemudian mengambil alih tempat mereka untuk mempertahankan Islam.

Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu Mansur al-Maturidi yang dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan. Beliau meninggal dunia pada tahun 332 Hijrah.

Pemimpin Asya'ariah pula ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut fahaman Muktazilah, kemudian mengasingkan diri dari orang ramai untuk mencari kebenaran. Sehingga pada suatu hari beliau muncul di hadapan masyarakat dengan hasil karangannya yang membantu Ahlus Sunnah serta menolak Muktazilah.
Ajarannya ini telah diikuti oleh para ahli fikah dan ahli hadis. Beliau telah diangkat sebagai imam mereka. Beliau meninggal dunia di sekitar tahun 330 Hijrah.

Tidak terdapat perbezaan antara ajaran Asya’ariah dan Maturidiah kecuali di dalam beberapa perkara kecil. Seperti masalah:
- Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak.
- Pemahaman antara iman dan Islam.
- Makna qadha' dan qadar.
- Makna kasb (usaha).
- Wajib siksa kubur dan siksa neraka berdalilkan nas naqli...
- Dan lain-lain lagi perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli di dalam satu-satu mazhab, namun ia tidak membawa kepada jurang yang ketara.




 

 

 

Janganlah umat Islam patah semangat. Ingatlah Allah SWT akan membantu mereka yang mengikut perintahNya sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan dalam Quran. Rasulullah SAALLAHU ALAIHI WASALAM jua telah berjanji bahwa Khilafah akan muncul KEMBALI menyelamatkan umat Islam dari masalah yang mereka hadapi hari ini.

Bila zaman makmur
Hadis 966 sahih muslim jilid 2
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda “Tidak akan terjadi Kiamat sebelum harta kekayaan telah bertumbuk tumpuk dan melimpah ruah; sehingga seorang lelaki pergi kemana-mana sambil membawa hartanya untuk dizakatkannya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang jua pun yang bersedia / layak menerima zakatnya itu; dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai”

Hadis 967 Sahih Muslim jilid 2

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. Sabdanya “Tidak akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah bertumpuk-tumpuk dan melimpah ruah (kemakmuran telah merata); sehingga si pemilik harta merasa sedih kerana tidak ada orang yang bersedia menerima sedekahnya. Dan orang yang dimintanya untuk menerima sedekahnya menjawab; “Aku tidak memerlukan sedekah anda”

Hadis 968 sahih Muslim jilid 2

Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:” Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”kerana inilah aku putuskan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:Kerana inilah tanganku dipotong. Sesudah itu mereka tinggalkan saja harta kekayaan itu, tiada mereka ambil sedikitpun.


 

**************************

Khilafah

Khilafah adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syari’at Islam dan mengembang da’wah ke segenap penjuru dunia. Kata lain dari Khilafah adalah Imamah. Imamah dan Khilafah mempunyai arti yang sama. Banyak hadits sahih yang menunjukkan bahwa dua kata itu memiliki konotasi yang sama. Bahkan tidak ada satu nas pun, baik dalam Al-Quran maupun Al-Hadits yang menyebutkan kedua istilah itu dengan makna yang saling bertentangan antara satu dengan yang lainnya. Kaum muslimin tidak harus terikat dengan salah satu dari keduanya, apakah istilah khilafah atau pun imamah. Sebab yang menjadi pegangan dalam hal ini adalah makna yang ditunjukkan oleh kedua istilah itu.

Menegakkan khilafah hukumnya fardu (wajib) bagi seluruh kaum muslimin. Sebagaimana telah dimaklumi bahwa melaksanakan suatu kewajipan yang telah dibebankan oleh Allah SWT kepada kaum muslimin adalah suatu keharusan yang menuntut pelaksanaan tanpa tawar menawar lagi dan tidak pula ada kompromi. Demikianlah adanya dengan kewajipan menegakkan khilafah. Melalaikannya berarti merupakan salah satu perbuatan maksiat terbesar dan Allah akan mengazab para pelakunya dengan siksaan yang sangat pedih. Dalil-dalil mengenai kewajipan menegakkan khilafah bagi seluruh kaum muslimin termaktub dalam Quran, Sunnah dan Ijma’ As-Sahabat.

Dalam Quran, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW agar menegakkan hukum di antara kaum muslimin dengan hukum yang telah diturunkanNya. Dan perintah itu dalam bentuk yang tegas (pasti). Allah SWT berfirman,

“ Maka putuskanlah perkara di antara manusia dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menuruti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu” (al-Maidah, 48)

“ (Dan) Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah, dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan waspadalah engkau terhadap fitnah mereka yang hendak memalingkan dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.” (Al-Maidah, 49)

Firman Allah SWT yang ditujukan kepada RasulNya juga merupakan seruan untuk ummatnya, selama tidak ada dalil yang menunjukkan bahwa firman itu dikhususkan untuk beliau. Sementara pada ayat ini tidak ditemukan dalil yang mengkhususkannya kepada Nabi, sehingga menjadi seruan yang juga ditujukan kepada kaum muslimin untuk mewujudkan pemerintahan. Tidak ada arti lain dalam mengangkat khilafah kecuali mewujudkan pemerintahan.

Sambungan

Dari buku yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Ismail, seorang ulamak Timur Tengah

(1) Kewajipan mendirikan sistem pemerintahan Islam.

(2) Adalah berdosa jika tidak berusaha menegakkan Negara Islam.

(3) Khalifah (Imam) adalah pelindung bagi umat Islam

Allah SWT juga memerintahkan agar kaum muslimin mentaati ‘Ulil Amri’ iaitu penguasa. Perintah ini juga termasuk di antara yang menunjukkan kewajiban adanya penguasa atas kaum muslimin. Allah SWT berfirman,

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya, dan ulil amri dari kamu sekalian.” (An-Nisa, 59)

Tentu saja Allah SWT tidak memerintahkan kaum muslimin untuk mentaati seseorang yang tidak berwujud. Sehingga menjadi jelas bahwa mewujudkan ulil amri adalah suatu yang wajib. Tatkala Allah memberi perintah untuk mentaati ulil amri, berarti pula perintah untuk mewujudkannya. Adanya ulil amri menyebabkan terlaksananya kewajiban menegakkan hukum syara’, sedangkan mengabaikan terwujudnya ulil amri menyebabkan tersia-sianya hukum syara’. Jadi mewujudkan ulil amri itu adalah wajib, karena kalau tidak diwujudkan akan menyebabkan terlanggarnya perkara yang haram yaitu menyia-nyiakan hukum syara’. Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadits yang diriwayatkan oleh Nafi’ yang berkata: Umar radiyallahu ‘anhu telah berkata kepadaku: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“ Siapa saja yang melepas tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya ia akan berjumpa Allah di hari kiamat tanpa memiliki hujjah. Dan siapa saja yang mati sedangkan di pundaknya (lehernya) tidak ada bai’at (oath of allegiance, ketaatan kepada Khalifah), maka matinya adalah seperti mati jahiliyah.”

Nabi SAW mewajibkan adanya bai’at pada pundak setiap muslim dan mensifati orang yang mati dalam keadaan tidak berbai’at seperti matinya orang-orang jahiliyah. Padahal bai’at hanya dapat diberikan kepada Khalifah bukan kepada yang lain. Rasulullah SAW telah mewajibkan atas setiap muslim agar di pundaknya selalu ada bai’at kepada seorang Khalifah, namun tidak mewajibkan setiap muslim untuk melakukan proses bai’at kepada Khalifah secara langsung. Yang wajib adalah adanya bai’at pada tanggungjawab setiap muslim, yaitu adanya seorang Khalifah yang mempunyai hak bai’at dari setiap muslim.

Jadi keberadaan (kewujudan) Khalifahlah yang akan memenuhi tuntutan hukum adanya bai’ah di atas bahu setiap muslim. Oleh kerana itu, hadits di atas adalah dalil kewajipan mengangkat seorang Khalifah dan bukan merupakan dalil kewajipan mengangkat berbai’at. Sebab, dalam hadits tersebut yang dicela oleh Rasulullah SAW adalah keadaan tidak adanya bai’at pada bahu setiap muslim hingga ia mati, bukan kerana tidak melaksanakan bai’at.

Imam Muslim telah meriwayatkan dari Al-A’raj dari Abi Hurairah dari Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana ore ore yang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya).”

 Imam Muslim juga meriwayatkan dari Abi Hazim yang berkata, “Aku telah mengikuti majelis Abi Hurairah selama 5 tahun. Pernah aku mendengarnya menyampaikan hadis dari Rasulullah SAW yang bersabda, “Dahulu, Bani Israil selalu dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para Nabi. Setiap kali seorang Nabi wafat, digantikan oleh Nabi yang seterusnya. Sesungguhnya tidak akan ada Nabi sesudahku. Cuma nanti akan ada banyak Khalifah". Para sahabat bertanya, ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab, “Penuhilah bai’ah yang pertama, dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak nya Li Llahi Taala… nanti Allah akan menuntut pertanggungjawaban mereka akan hal rakyatnya yang dibebankan urusannya kepada mereka”.

Dari Ibnu Abbas dari Rasulullah SAW bersabda, “Siapa saja yang membenci sesuatu dari amirnya hendaknya ia tetap bersabar. Sebab, siapa saja yang keluar (memberontak) dari penguasa sejengkal saja kemudian mati dalam keadaan demikian, maka matinya adalah seperti mati jahiliyah.”

 

Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2297
Dari Abdullah bin Amru bin Al‘Ash, katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda “ Allah tidak menghapuskan ilmu (Addin) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para Ulama’.
Apabila Ulama’ sudah habis, umat manusia mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak maka sesatlah mereka semuanya”

Hadis-hadis ini di antaranya merupakan pemberitahuan (iktibar) dari Rasulullah SALLALLAHU ALAIHI WASALAM bahawa akan ada penguasa-penguasa yang memerintah kaum muslimin, dan bahwa seorang Khalifah adalah laksana perisai.

Pernyataan Rasulullah SAW bahwa seorang imam itu laksana perisai menunjukkan pemberitahuan tentang adanya makna functional dari keberadaan (kewujudan) seorang Imam (Khalifah) dan ini merupakan suatu tuntutan. Sebab, setiap pemberitahuan yang berasal dari Allah dan RasulNya, apabila mengandungi celaan (adz dzamm) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk meninggalkan atau merupakan larangan; dan apabila mengandung pujian (al mad-hu) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk melakukan perbuatan. Dan kalau pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu menyebabkan tegaknya hukum syara’ atau jika ditinggalkan mengakibatkan terbengkalainya hukum syara’, maka tuntutan untuk melaksanakan perbuatan itu berarti sifat tegas

 

Dari Ma’qil bin Yasar r.a katanya rasulullah saw bersabda:”Beribadat  masa-masa sulit sama dengan hijrah kepadaku”

 

 

 

 

 

1 comment:

  1. The Best Online Casinos & Gambling Sites for 2021
    We review the best online 카지노사이트luckclub casinos in the UK - and find the most popular online casino sites for 2021. Read our expert review to discover what makes 🏆 Best Casino UK: Grand Ivy🎲 New UK Casino: Topguru🏆 Best Casino Bonus: No Deposit Bonus🏆 Best Casino Bonus: LeoVegas

    ReplyDelete