Monday 1 October 2012

Syeikh hasan


 

Syeikh Hasan penyala obor Islam di Mauritania

Mauritania adalah sebuah Negara yang sering bergolak khususnya dalam merebut kuasa pemerintahan sehingga berlaku rampasan kuasa

Kebanyakan raktanya adalah terdiri daripada kaum berber kuno yang berdarah Panglima

Pilihan raya pertama berjaya diadakan dan dimenangi oleh Presiden Sidi Oul Cheikh Abdallahi

Walau demikian, ia tidak bermakna bahawa Mauritania tidak memiliki mutiara berharga kepada Islam

Apatah lagi rakyatnya mampu menguasai dua bahasa yakni bahasa Arab dan bahasa perachis yang pernah menjajah Negara ini

Keboleh rakyatnya berbahasa Arab menjurus kepada ramainya yang mampu menguasai ilmu ilmu pengajian Islam dengan cemerlang

Salah se ore adalah Syaikh al Hasan Ould adDadao asSyanqiti yang boleh disifatkan antara Ulma’ muda yang berketrampilan dalam banyak bidang ilmu syariat usuluddin dan bahasa arab jua selaku Insan yang bertanggungjawab mengembalikan kesucian Islam melalui perjuangan bersama Ihwanul muslimin

 

Biodata Syaikh Alhasan

Syaikh alhasan dilahirkan pada 30.10 1963 bersamaan dgn 12 jamadilawal 1383

Dise buah kampong yang terletak di mukim Ani Talmit dalam wilayah Trarza

Mendapat pendidikan awal secara tidak firmal daripada datuknya Syaikih Muhammad Ali Ould Abdel Wadud dalam banyak bidang pengajian Islam sehingga datoknya wafat

Sebelum datoknya wafat, syeikh alhasan sudah memperlihatkan kematangan dan penguasaan ilmu ilmu yang dipelajari kemudian beliau berguru dengan dua baoa saudaranya sebalh ibunya yakni syeikh Muhammad Salim Adud

Pada peringkat menenaghnya syeikh alhasan belajar di madrasah addiniah rasmi kerajaan  dan menjadi pelajar cemerlang

Pada tahun 1986 syeikh alhasan menyambung pengajian tinggi di peringaj sarjana muda dalam bidang undang undang di universiti Nouakchott dan mendapat tempat pertama peringkat Negara

 

Beliau dianugerah biasiswa oleh kerajaan atas kecemerlangan pencapaiannya .

Beliau dhantar oleh kementerian pendidikan mauratania menyambung ke peringkat sarjana di Tunisia tetapi beliau menolaknya kerana mahu menyertai pertandingan dalam penyelidikan pengajian Islam dan meraih tempat pertama

Syeikh alhasan menyambung pelajaranya di universiti Imam Muihammad bin Saud di Riyadh Arab Saudi ketika pengarah universiti tersebut mengadakan kunjungan rasmi ke mauratania untuk mempelawa pelajar cemerlang belajar di universiti imam Muhammad bin saud

Akhirnya syeikh alhasan terpilih untuk menyambung pengajiannya di universiti tersebutselpas di sebut namanya oleh pihak kementerianpendidikan.

 

Tesisnya bertajuk Perana Qadhi/hakim dengan mendapat kepujian kelas pertama di peringkat sarjana dari universiti imam Muhammad bin saud seterusnya beliau menyambung pengajian di bidang doctor fal;safah serta menyiapkan tesisnya

Ketika syeikh m\alhasan membuat dua master dan Ph.D di universiti tersebut beliau selalau dipuji oleh pensyarahnya yang disebuit pelajar cerdik luar biasa

Beliau dikatakan menguasai llmu usul fiqh, fiqh, balaghah, usuluddin, mantiq sama seperti anak tempatan Arab

 

Beliau menjadi anak angkat kepada pensyarahnya

Telah berkahwin serta mempunyai beberapa anak lelaki danperempuan. Selalu mendapat jemputan dalam mu’tamar persidangan antara bangsa untuk mengajar dan memberi ceramah di eropah Afrika Asia dan dunia Islam menulis bahan bahan ilmiah berbentuk nota, buku rujukan termasuk tesis MA nya yang dicetak untuk rujukan beberapa Mahkamah Syariah di Timur Tengah

 

 

 

Semasa syeilh al hasan belajar di riyadh beliau turut belajar ilmu dari fakulti fakulti yang terdapat di universiti imam muhammad ibnu saud seprti berguru dgn ulama’ tersohor Arab saudi antaranya mantan Mufti al marhum Sohibus samahah Abdul Aziz bin Baz. Syeikh Abdul aziz Ali AsSyeikh Muhammad ’Athimain Syeikh Nasiruddin albani Syeikh Abdullah arRukban Syeikh Solih alLahidan Syeikh Solih alAtram dan anaknya Syeikh Abdul Rahman

Mualimnya yang memberi ijazah untuk mengajar ialah Syeikh hamud atTuwaijiri, Syeikh Muhammad Yasin AlFadani Syeikh sulaiman alLahibi

Mualimnya dari Mesir ialah Syeikh Muihammad Abu Sunnah

Mualimnya dari Syria Syeikh Abdul Fatah Abu Ghudah, syeikh Muhammad Abdul Abdul Latif alFurfur

Mualaimnya dari maghribi ialah Syeikh Muhammad abdullah AsSodiq

Mualimnya dari Yaman ialah Syeikh al Qodi Muhammad bin Ismail al Imrani dan Syeikh Muhammad Yusuf Harbuh

Mualim dari India ialah syeikh Abul Hasan Annadwi dan syeikh Muhammad Fal Abah bin Abdullah bin Abah  daripada Mauritania

 

Syeikh alhasan meminati gerak dakwah Ihwanul Muslimin

 

Kini Syeikh alHasan menjawat tugas selaku Ketua merangkap pengarah Pusat Penyedia Pendakwah di Nouakchott yaitu sebuah pusat yang bertanggungjawab melahirkan pasukan ulama’ Rabbaniyyin yang menguasai banyak bidang ilmu pengetahuan AdDinul Islam yang terdiri daripada lima puluh dua jenis ilmu yang diajar oleh beberapa saf Ulama’ tersohor seluruh mauritania

 

Syeikh alhasan selalau berceramah di media elektronik radia television mauritania serta stesen television Timur tengah membahaskan hal isu Agama dan umat Islam termasuki pengajian ilmu tafsir alqur’an secara berkala yang mendapat sambutan menggalakkan

Gerak dakwah Ihwanul Mislimin menjadi latar  belakang gerak dakwahnya

Mualimnya yang bertanggungjawab memperkenalkan ihwanul muslimin kepadanya adalah Syeikh Abdul Fattah abul Ghudah  dari syria juga merupakan pemimpin ihwanul muslimin di negara asalnya yang kemudiannya diusir buang daerah oleh presiden hafis al asad bersama dgn syeikh Sa’id Hawa dan Dr Abdullah Nasih Ulwan yang jua dari Syria...

 

 

Rujukan

 


 


 

 

No comments:

Post a Comment