Tuesday 15 May 2012

TOK KENALI HAJI MUHAMMAD YUSUF DAN HAJI HASAN PASIR PUTEH PANGLIMA ULAMAK'


Beliau ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar Negeri Kelantan. Tersohor diperingkat awal dengan panggilan Awan Kenali oleh Muallimnya Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani.Pada tahun 1969 ke Makkah utk belajar. Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau makan ataupun tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan yang begitu kuat. Beliau duduk dalam halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur. Hampir semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat. Antaranya ialah Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak. Beliau aktif menulis. Antara karyanya: Risalatud Durril Mantsurterjemahan dan penjelasan Fadhilat Burdah Bushiri, Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih. Terlibat dlm menyelesaikan pertikaian antara Syeikh Yusuf al-Nabhani dengan Muhammad Abduh (pemimpin Kaum Muda Mesir)Para alim ulamak, asatizah dan ore ramai menunaikan solat ke atas  jenazahnya di hari kewafatan beliau pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan oleh Tuan Guru Hj Mohammad Nor bekas Mufti Kelantan.



Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang campur tangan dalam hal agama Islam serta pengenaan cukai oleh pihak British ketika perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.



Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh SAYID ABDUL RAHMAN TRANUNG DARUL IMAN. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa LAW khususnya dari segi cukai yang menyukarkan rakyat. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin anak watan di negeri Kelantan.



Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan Timur Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar 2114.5 HEKTAR tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut.



Satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa.


Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura nama graham dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Pengikut Tok Janggut kemudiannya mendirikan sebuah kerajaan didirikan di Pasir Puteh dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut selaku Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Ini ditambah lagi oleh peristiwa abang Tok Janggut telah dibunuh oleh budak raja oleh sultan sebelumnya menambah kebimbangan sultan mengenai kebenaran dakwaan British. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau diletak beberapa hari di depan istana di Padang Bank /Padang Merdeka sebelum di kebumikan di Pasir Pekan TUMPAT. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang /Tengku Panglima Raja dan Tengku Ja'far Ibni Sultan Muhammad II /Tengku Petra Dalam Kebun. Tengku Ja'far melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki Takhta Kelantan.

Perjuagan Tok Janggut HAJI HASAN ini jua sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan PaHE DARULMAKMUR YAKni Mat Kilau, Tok Gajah/lebai Salam dan Datuk Bahaman / HAJI ABDUL RAHMAN IMAM BESAR serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahe ini bersembunyi ke Tranung, Kelantan dan Penur Siam.

Apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahe DARUL MAKMUR UNTUK  memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke TrANUNG, Kelantan dan seterusnya PENUR PATANi .



*Apa yang berlaku pada hari ini ialah sejarah umat tanah jawi seperti ini seakan cuba dilenyapkan oleh pihak-pihak tertentu sebaliknya melebihkan perkumpulan yang dibentuk dari komplot penjajah Inggeris.



**Walaupun kita harus bersyukur dengan "kemerdekaan" kosmetik ini, namun tidaklah boleh cuai  kerana ianya hanya diperolehi setelah kita dipaksa memenuhi syarat yang pihak penjajah tetapkan dan "orang kita" datang DIPLOMASi kepada leader mereka untuk mengemis kemerdekaan yang sebenarnya telah ditanam "bom janka" oleh penjajah Inggeris / kristian.


No comments:

Post a Comment