Tuesday 15 May 2012

BICARA HAL HUDUD




Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:

“Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah.
Tidak pula Penguatkuasa pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan”.

hadis Nabi s.aw:

“Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini”. Jawab Nabi s.a.w: “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan”.

Lalu baginda membaca firman Allah: “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).

Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.
lidwa, sunan Termidzi, no 1368, hasan sahih
syarah:

penipu (CBT atau pecah amanah)
perampas (pencopet dgn keganasan)
pencopet atau peragut


ini semua kesalahan takzir. cth, si A menipu orang ramai dgn skim cepat kaya, maka dia akan dikenakan hukum Takzir

perampas dan pencopet yg semakin berleluasa, atas budi bicara Hakim samada nak dakwa bawah Hudud mencuri atau Takzir..

KONSEP



1- Dalam Islam, tidak boleh menuduh perempuan baik berzina.



2- Begitu juga suami tidak boleh menuduh isteri berzina.



3- Sesiapa yang menuduh seorang wanita berzina, maka secara automatik, dia akan dikenakan hukuman qazaf iaitu dia akan disebat 80 kali.



4- Hukuman itu akan terbatal jika dia dapat membawa 4 orang saksi mata. (Kamera, DNA tidak laku!)



5- Jika tidak dapat membawa 4 orang saksi mata, sebatan akan dilaksanakan (walaupun sungguh orang itu berzina!).



6- KONSEP yang ingin diajar ialah segala berita tentang zina hendaklah dirahsiakan/ dipendamkan/ tidak disebarkan.





KONSEP



1- Ia bukan isu doktor bersaksi atau pemeriksaan doktor.



2- Doktor tidak masuk langsung dalam pembuktian kes zina dalam Islam.



3- Sebaliknya dalam Islam, pembuktian kes zina hanya dan hanya dengan saksi mata. Dan saksi itu mesti 4 orang lelaki. Dan lelaki itu mesti nampak kepala zakar memasuki faraj. Dan setiap seorang daripada lelaki itu mesti melihat hal ini. Jika hanya lihat 'goyang' atau punggung atau lain-lain, tidak dikira.



4- Ambil kes: suami balik kerja nampak isteri berbogel dengan seorang lelaki lain, ketika itu lelaki di atas wanita, dan ada air mani di atas perut wanita.



4b) Suami masih tidak boleh menuduh mereka berdua telah melakukan zina.



4c) Jika suami sebut apa-apa walau satu ayat yang menyebut bahawa isterinya telah berzina, maka suami itu akan dikenakan 80 kali sebatan.



4d) Hukuman qazaf (80 kali sebatan) itu tidak akan gugur, kerana suami tidak mempunyai 4 saksi mata.



4e) Justeru, suami harus senyap sahaja, dan menceraikan isterinya tanpa menyebut apa-apa alasan.



TAMBAHAN DAN INGATAN



1- Wartawan yang menulis berita bahawa "Wanita itu telah berzina ..." juga disebat 80 kali.



2- Pembaca berita yang membaca berita dan menyebut "Wanita yang telah berzina itu..." juga disebat 80 kali.



3- Kecuali jika mereka membawa 4 orang saksi mata.



WaLlahu a`lam.



Rogol sudah dipindah ke jinayah hirabah (merompak kesucian/maruah)



Banyak fuqaha' moden setuju rogol dipindahkan dari jinayah zina ke jinayah Hirabah.



Jika jinayat rompakan, maka bolehlah nak guna DNA pun...





sahabat afn

kalau kisah begini bagaimana...

se ore pemimpin telah pergi ke US

di sana dia nak dipamerkan kereta canggih...untuk matlamat membangunkan teknologi automotif...



sampai di tempat pamiran tertutup...

apabila dibuka aje pintu bilik pamiran dia lihat ada sebuah kereta canggih

sebab yang uruskan hal pamiran kereta nak perangkap pemimpin A

...tiba tiba muncul perempuan separuh bogel hampir dgn kereta canggih...

ini kisah seperti masa Sultan Muhammad Al Fatih bersama 1000 prajurit terbilang sepanjang zaman yang di pamirkan wanita bogel rom sepanjang laluan nak ke istana kaisar rom di constantiniah...



kaisar rom beritahu...kita letak wanita bogel di laluan menuju ke istana

jika mujahidin islam terpengaruh dgn wanita kita maka kita akan lawan habis habisan mempertahankan istana rom dan kerajaan rom di constantiniah



apabila tentera islam yang hebat melalui jalan menuju ke istana kaisar

memang sepanjang jalan ada wanita seksi yang berbogel atau separuh bogel





tentera islam yang hebat kuat Iman

langsung TIDAK melihat kepada wanita itu...



semua mujahiddin menuju ke istana kaisar...

apabila tiba....

kaisar rom terus tak melawan dan mneyerahkan tahta kerajaan rom kepada tentera islam



sebenarnya pertempuran dah berlaku awal bermula masa nak masuk ke pelabuhan ditahan dengan rantai di pantai sehingga tentera islam memikul kapal naik bukit...

yang menjadi sejarah terbilang hal kapal mujahidin menaiki bukit di angkat oleh tentera islam



kaisar rom telah letakkan rantai di pelabuhan supaya kapal tentera islam tak buleh masuk pelabuhan





....

sambung kisah pemimpin yang pergi lihat pamiran kereta di new york yang ada wanita bogil...



maka terfikirkan pemimpin A ini bagaimana aku nak hindari akan maksiat dgn wanita bogil



sedangkan masa tersebut

CIA,FBI dan US telah pasang perangkap



lalu pemimpin A buat trick





" saya adalah gay...tak minat wanita





CIA lalu suruh buktikan yang dia gay





kebetulan dia ada pembantu peribadi lelaki yang cun tak de misai tak de janggut yang disebut jambu...



maka sebab nak trick ...pemimpin A buat trick dgn memeluk dan mencium pembantu peribadinya yang dia amat kenal...



CIA dan FBI puas hati dgn aksi dan percaya pemimpin A adalah gay...



maka hari tersebut pemimpin A dapat keselamatan sedang pembantu nya pening sebab diperlakukan dgn dicium dan dipeluk tetapi TIDAK kepala zakar masuk dubur...





jadi kalaulah Doktor haji jadi hakim

adakah doktor haji akan berkata pemimpin telah meliwat pembantu peribadinya masa di pamiran kereta canggih di US...





sedang kepala zakar tidak masuki dubur pembantu peribadi...

tiada saksi 4 ore solih sebab yang ada masa kejadian adalah CIA dan FBI US



Zaman Umar ...beluai ada lepaskan se ore gadis yang di rogol di rumah mak angkatnya ada disebut dalam book bibligrafi Umar yang ditulis Ustaz Syakir...



khalifah Umar al khattab bertanya bapa gadis tersebut

dan Umar bertanya gadis tersebut apa kejadian sebenar yang berlaku di rumah mak angkatnya...



yang mana khadam mak angkatnya lelaki menyamar jadi wanita dengan memakai jubah dan sewaktu gadis membuka aurat kerana dia sangka khadam mak angkatnya adalah wanita sedang waktu tersebut mak angkatnya keluar ke daerah lain...



dengan keterangan dari bapa dan gadis tersebut ...khalifah Umar melepaskan gadis tersebut bahkan Umar mendoakan...



mudah mudahan gadis tersebut dilindungi dan dirahmati Allah...

Umar bertanya bapa gadis tersebut (seperti ditulis dlm book tersebut oleh ustaz Syakir...





Umar bertanya " bagaimana keadaan Anak gadis pak cik semasa di bawah tarbiyyah dan pengawasan pakcik...

lantas bapa gadis berkata " Anak saya amat baik akhlaknya...



dalam hal ini Umar yang disebut Al Faruq (yakni dapat membezakan yang haq dan yang batil...

telah melepaskan gadis tersebut dari hukuman hudud...





Wallahu 'Alam



Salam,



1- Apabila anda berbicara tentang "kekeliruan tentang qazaf", maka dijelaskanlah apa itu qazaf (setelah membaca rangkai yang anda syorkan itu!)



2- Dan dijelaskan bahawa qazaf hanya berkaitan dengan menuduh seorang wanita berzina.



3- Jika bukan seperti yang dinyatakan, maka ia bukanlah kes qazaf.



WaLlahu a`lam.

_________________



Abu Najih, Al ‘Irbad bin Sariyah ra. ia berkata : “Rasulullah telah memberi nasehat kepada kami dengan satu nasehat yang menggetarkan hati dan membuat airmata bercucuran”. kami bertanya ,"Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah selamanya (meninggal), maka berilah kami wasiat" Rasulullah bersabda, "Aku memberi wasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah yang MOHOR MULYA, tetap mendengar dan ta'at walaupun yang memerintahmu seorang hamba sahaya (budak). Sesungguhnya barangsiapa diantara kalian masih hidup nescaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. kerana itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang lurus (mendapat petunjuk) dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah olehmu hal-hal baru kerana sesungguhnya semua bid'ah itu sesat."

Hadis abu Daud dan Tirmizi

No comments:

Post a Comment