Monday 21 May 2012

islam larang




اللهم  صلى على محمد اللهم صلى عليه وسلم

اللهم أنصر المجاهدين في كل مكان امين

اللهم  صلى على محمد اللهم صلى عليه وسلم

السلام عليكم



Hadis 1361 jilid 3 Sahih Bukhari

Daripada Ibnu Umar Radhiallahu anhu

Berkata…

Seorang perempuan didapati mati terbunuh dalam suatu peperangan di masa Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam

Lantas baginda melarang membunuh perempuan dan kanak kanak...



 Rasulullah Salallahu Alaihi WaSalam ditanya oleh para sahabat sebagai berikut:

Apakah ada mu’min yang pengecut? Nabi bersabda: Ada. Baginda dtanya lagi, Apakah ada mu’min yang bakhil? Baginda bersabda: Ada, Kemudian ditanya lagi: Apakah ada mu’min yang pembohong? Baginda menjawab ...Tak de muslim yang berbohong hadis riwayat Imam malik



Nikah mut_ah

Nikah Mut_ah adalah nikah dengan perjanjian untuk suatu masa tertentu umpamanya kerana si lelaki dalam suatu tugas peperangan maka selama masa tugasnya tersebut dan sebagainya.

Nikah mut_ah seprti ini biasa dilakukan ore pada masa jahiliah selepas islam dating…mula mulanya dinolehkan nikah mut_ah oleh rasulullah sallallahu alihi wasalam yaitu beberapa hari pada hari hari penaklukan kota makkah sesudah itu nikah mut_ah dilarang dalam islam







Hadis sahih mulim 1324 jilid 3

Abu hurairah berkata

Kami pergi berperang bersama dengan rasulullah sallalahu alaihi wasalam tanpa wanita menyertai kami

Lalu kami bertanya kepada baginda

Bolehkan kami melakukan pengebirian…

Baginda melarang kami melakukannya tetapi membolehkan kami menikahi wanita utk suatu tempoh masa tertentu dengan mahar sehelai baju

Kemudian abdullah membacakan ayat

Hai ore beriman janganlah kamu haramkan sesuatu yang baik yang telah allah halalkan bagimu dan janganlah kamu melampuai batas ( wa la ta’tadu...

Sesungguhnya allah tidak suka orang yang melampaui batas (ayat surah 87.almaidah



Hadis sahihmuslim 1325 jilid3

Dari jabir bin abdullah dan salamah bin akwa radhiallahu anhu keduanya berkata

Suruhan Rasulullah sallallahu alaihi wasalam datang kepada kami...lalu dia berkata ”rasulullah sallallahu alihiwasalam telah membolehkan kamu nikah mut_ah...



Hadis 1326 sahih muslim jilid 3

Dari abu salamah radhiallahu anhu berkata ...rasulullah sallallahu alihi wasalam membolehkan nikah mut_ah pada tahun Authas (tahun penaklukan kota makkah...selama tiga hari. Kemudian baginda melarangnya



Hadis sahih muslim 1327 jilid 3

Dari rabi’ bin sabrah radhiallahu anhu

Berkata bapanya pergi berperang bersama Rasulullah salllahu alaihi wasalam menakluki kota makkah.

Katanya ”kami tinggal di sana selama 15 belas hari .rasulullah sallallahu alihi wasalam memberi izin kepada kami melakukan nikah mut’ah. Lalau aku dan se ore sepupuku pergi mencari wanita untuk kami nikahi secara mut_ah.

Aku lebih tampan dari sepupuku yang memang agak lebih jelek daripada ku.

Masing masing kami membawa sehelai baju untuk mas kahwin. Tetapi bajuku telah usang, sedangkan baju sepupuku masih baru dan halus

Setelah kami sampai di bawah_ atau di atas Kta Makkah, kami bertemu dengan se ore wanita muda, cantik dan berleher jinjang

Lalu kami bertanya kepadanya

Sudikah anda menerima salah se ore dari kami berdua kahwin mut_ah denganmu...

Jawab wanita tersebut ”apa mas kahwin yang bakal anda berikan...

Lalau kami memperlihatkan baju yang telah kami sediakan untuk nikah mut’ah

Sementara itu , wanita tersebut sedang memperhatikan kami, sepupuku melihat kepadanya sambil berkata...

Baju ini sudah usang, sedangkan bajuku masih baru dan halus

Wanita tersebut menjawab

Baju usang ini jua tidak apa apa (maksud OK...

Dia menyebutnya sampai tiga kali atau dua kali

Kemudian aku nikahnya secara mut’ah  dan hampir sahaja aku tidak pulang rumah

Seandainya setelah berlangsung tiga hari, Rasulullah sallallahu alaihi wasalam tidak mengharamkannya...



Hadis sahih muslim 1328 jilid 3

Dari rabi’ bin Sabrah al Juhani radhiallahu anhu. Bapanya mengkhabarkan kepadany6a bahawa dia pernah pergi bersama sama rasulullah sallallahu alihi wasalam dalam menakluk Makkah.

Rasulullah sallallahu alihi wasalam bersabda ...

Aku telah membolehkan kamu nikah mut’ah

Sesungguhnya )mulai saat ini...

Allah telah mengharamkannya sampai hari Kiamat nanti.

Maka siapa yang masih punya isteri mut’ah...ceraikanlah diadan jangan kamu ambil kembali daripadanya apa apa yang telah kamu berikan kepadanya



Hadis 1329 sahih muslim jilid 3

Dari khalid bin muhajir bin Saifullah Radhiallahu anhu berkata

Ketika dia sedang duduk dengan se ore lelaki minta fatwa kepadanya hal nikah mut’ah...

Lalu Khalid membolehkannya

Maka berkata Ibnu Abi ”Amrah...memang , nikah mut’ah [ernah dibolehkan pada masa permulaan Islam kerana terpaksa seperti halnya boleh makan sebab terpaksa (lapar...

Memakan bangkai, darah, dan khinzir

Sesungguhnya Allah telah menetapkan HUKUMnya dalam AdDin

Dan melarang melakukannya



Hadis 1330 sahih muslim jilid 3

Dari rabi’ bin Sabrah Aljuhani radhiallahu anhu

Berkata ...

Rasulullah salllahu alaihi wasalam telah melarang melakukan nikah mut’ah

Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda...

Ketahuilah Nikah Mut’ah haram mulai hari ini sampai Kiamat.

Siapa yang telah memberi sesuatu kepasa wanita yang dinikahinya secara mut’ah janganlah mengambilnya kembali



Hadis 1331 sahih muslim jilid 3

Dari ali bin abi talib radhiallahu anhu berkata

Ketika terjadi ghazwah khaibar. Rasulullah sallallahu alihi wasalam melarang melakukan nikah mut’ah dan memakan daging keldai jinak



Nabi صل الله عليه وسلم محمد bersabda :



سباب المسلم فسوق قتاله كفر

Ertinya : Mencela orang muslim itu suatu kefasiqan, dan membunuhnya adalah kufur ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Ibn Mas’ud)


سباب المسلم فسوق قتاله كفر

Ertinya : Mencela orang muslim itu suatu kefasiqan, dan membunuhnya adalah kufur ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Ibn Mas’ud)

yang membezakan الاسلام
dengan agama lain adalah sifat malu maksud matan hadis sahih ...buleh rujuk kitab akhlaqul muslim tulisan Muhammad Al Ghazali terbitan pustaka crescent

Nabi SAW melaknat si pemberi rasuah dan penerima rasuah.

-- HR. al-Tirmizi“Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).



Larangan jual babi



Nabi Sallallahu alaihi waSalam pernah mencela orang yahudi yang apabila diharamkan memakannya daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila nabi mendapat tahu lalu terus berkata:

Ertinya: Allah akan menghancur binasakan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak babi bangkai dan lain-lain yang diharamkan, lalu mereka membuat helah dengan manjualnya serta mengambil hasil jualannya. Hadis riwayat Al Bukhari no 2111, 2/775; Muslim, Baihaqi)





Sesiapa yang mengatakan kepada saudaranya: Ya kafir, maka kembali dengannnya kepada salah seorang daripada mereka berdua>.



Al-Mukhtasar Al-Mufid Fi `Aqa'idi A'immati t-Tawhid (1/387)



Larangan main Nardasir …

Hadis 2107 sahih muslim jilid 4

Dari sulaiman bin buraidah dari bapanya radhiallahu anhu berkata…

Nabi sallallahu alaihi wasalam bersabda

Barangsiapa yang bermain permainan nardasyir (seperti catur…maka seolah oleh dia melumuri tangannya dengan daging dan darah khinzir

Nardasir adalah type of gambling…









Rasulullah Salallahu Alaihi WaSalam ditanya oleh para sahabat sebagai berikut:

Apakah ada mu’min yang pengecut? Nabi bersabda: Ada. Baginda dtanya lagi, Apakah ada mu’min yang bakhil? Baginda bersabda: Ada,
Kemudian ditanya lagi: Apakah ada mu’min yang pembohong? Baginda menjawab ...
Tak de muslim yang berbohong
hadis riwayat Imam malik




No comments:

Post a Comment