Wednesday 23 May 2012

langkah mula


Allah melarang orang yang beriman merasa dukacita terhadap orang kafir dan

inginkan apa yang ada pada mereka di dalam satu ayat. Di dalam ayat lain pula

Allah melarang mereka dari merasa sedih dan takut kepada orang kafir. Manusia

kadang kala menderita perasaan kerana terlalu teringinkan sesuatu atau gerun

terhadap sesuatu.

4. Apabila membenci, mencela, melarang, memulaukan atau menghukum pelaku

maksiat, janganlah melampaui batas lebih dari yang dibenarkan. Bahkan katakan

bagi sesiapa yang berbuat begitu, satu amaran: “Jagalah dirimu sendiri kerana orang

yang sesat tidak akan membahayakan kamu, bila kamu telah mendapat petunjuk.”

Firman Allah S.W.T. :

“Janganlah kamu kebencianmu kepada satu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku

adil. Berlaku adillah, kerana keadilan itu lebih dekat kepada takwa.” (Al-Ma’idah 5: 8)

Jika mereka berhenti, maka tiada permusuhan melainkan kepada orang-orang yang

melakukan kezaliman.” (Al-Baqaarah 2:193)

Terdapat ramai da’i yang menjalankan kerja amar makruf, nahi mungkar hingga

melampaui batas-batas Allah sama ada secara sengaja, tidak sengaja, jahil atau

zalim. Itulah perkara yang wajib disedari semasa kita menghadapi orang-orang

kafir, munafik, fasik dan ahli maksiat.

47

5. Melakukan amar makruf nahi mungkar hendaklah menurut cara yang

diizinkan syarak, menggunakan ilmu dan kelembutan, sabar, niat yang baik dan

sederhana. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: “Jagalah diri kamu

dan firman Allah yang bermaksud “orang-orang yang sesat tidak membahayakan kamu

apabila kamu mengikuti hidayah Allah,”

Itulah lima pengajaran dari ayat itu untuk orang yang bertugas menyeru

manusia kepada Islam, amar makruf, nahi mungkar. Terdapat juga pengertian yang

lain dari pengajaran tersebut iaitu:

Berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan amal dan meninggalkan segala

perkara yang tiada kena mengenai dengannya, sebagaimana sabda Rasulullah

S.A.W:

“Di antara keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berkaitan

dengannya,” terutamanya berlebihan dalam hal yang tidak perlu untuk dunianya,

agamanya, dan orang lain. Apalagi kalau perbualan itu berbau hasad dengki atau

gila kuasa.

Begitu juga dari aspek amalan. Dia mungkin seorang pelampau yang zalim atau

si dungu yang merosakkan keadaan. Ia mungkin digambarkan oleh syaitan sebagai

amar makruf, nahi mungkar dan jihad di jalan Allah. Ini semua menjadi pintu-pintu

kezaliman dan permusuhan.

Penelitian terhadap ayat ini sangat bermanfaat kepada seseorang individu.

Sekiranya anda amati perselisihan yang berlaku di kalangan umat ini sama ada di

kalangan ulama’, ahli ibadah, pemerintah dan pemimpinnya, kamu akan dapati

sebahagian besar perselisihan tersebut adalah berupa tindakan melampau yang

dilakukan sama ada dengan takwil ataupun tanpa takwil. Contohnya, pelampauan

golongan Jahmiyah terhadap ahli sunnah di dalam isu ‘sifat-sifat Allah’ dan al-

Quran, satu tribulasi yang dihadapi oleh Imam Ibnu Hanbal. Begitu juga golongan

Syiah Rafidhah yang memerangi ahli sunnah dalam banyak kali; puak al-Nasibah

bertindak melampau ke atas Ali r.a dan keluarganya; dan al-Musyabbihah

melampaui ke atas al-Munazzahah. Begitu juga pelampauan sebahagian ahli sunnah

sesama mereka atau terhadap sesetengah golongan bid’ah, lebih dari yang

diperintahkan Allah. Itulah sikap keterlaluan yang disebut di dalam doa orang yang

beriman di dalam al-Quran:

Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan pekerjaan kami yang keterlaluan.” (Aali

Imran 3: 147)

Sebaliknya pula terdapat segolongan yang bersikap cuai terhadap kebenaran

atau apa yang diperintahkan atau terhadap pelaksanaan amar makruf dan nahi

mungkar. Alangkah betulnya kata-kata seorang ahli salaf: “Setiap perkara yang

diperintahkan oleh Allah pasti akan ditentang oleh syaitan dengan dua cara. Dia

tidak peduli yang manakah di antaranya yang lebih berkesan; Melampau atau

mengurangi perintah Allah.”78

Oleh itu, bila ada orang yang bekerjasama dalam dosa dan permusuhan, di

sebaliknya ada pula orang yang tidak menolong pada kebaikan dan takwa. Ada orang

yang menjalankan suruhan dan juga melakukan perkara yang dilarang

disebaliknya ada orang yang meninggalkan perkara yang dilarang dan sebahagian

78 Melebih-lebihkan sesuatu perkara atau mengabaikannya. (Pnt)



48

perkara yang disuruh. Moga Allah S.W.T. menunjukkan kita jalan yang lurus. La

haula wala quwwata illa billah.79

Demikianlah penjelasan Ibnu Taimiyah. Satu pendapat yang bernas dan mulia.

Lantaran itu kami sertakan di sini dengan panjang lebar. Di dalam pendahuluan

buku ini, kami telah nyatakan rasa rendah diri di hadapan para imam, ulama’,

fuqaha’ dan da’i Islam qudama’ dan kami utamakan nasihat mereka berbanding

pandangan kontemperori dan apa yang mampu kami sendiri hasilkan.

Perlu disedari bahawa ulama’ terdahulu yang membolehkan sikap berdiam

diri apabila berhadapan dengan kekuatan golongan yang jahat dan penyiksaan,

keharusan ini hanyalah untuk orang awam yang lemah. Sebaliknya, para da’i,

pemimpin dan para ulama’ hendaklah mengambil jalan ‘azimah80 dalam

menyatakan kebenaran sekali pun mereka disiksa, ditentang hatta diancam dengan

maut. Ianya telah dijelaskan oleh Ibnu Taimiyah yang akan kami sebutkan pada bab

lain. Ia juga telah dijelaskan oleh ulama’ lain. Begitu juga sejarah yang berlaku

kepada Imam Ibnu Hanbal semasa peristiwa fitnah yang menyatakan bahawa al-

Quran itu makhluk. Perhatikanlah dari perspektif khusus kepentingan kata-kata

Ibnu Taimiyah: “Hidayah itu tidak dapat diperolehi kecuali dengan mentaati Allah.”

“Begitulah khalifah Abu Bakar r.a memperbaiki kekeliruan sesetengah orang

Islam terhadap maksud ayat al-Quran tersebut. Kita pada hari ini tentu lebih

memerlukan pembetulan seperti ini. Ini kerana, usaha pendokong tugas merubah

kemungkaran dan menghapuskan maksiat telah menjadi satu urusan yang lebih

sukar. Alangkah mudahnya mereka yang lemah itu menggunakan takwil ayat ini

dengan tujuan melepaskan mereka dari kesukaran jihad dan dakwah !

Demi Allah, agama ini tidak mungkin tegak kecuali dengan usaha penat dan

jihad. Agama ini tidak dapat diperbaiki kecuali dengan kerja dan perjuangan.

Agama ini memerlukan pejuang yang sanggup berjihad dan berkorban. Mereka

hendaklah menarik dan mengeluarkan manusia dari jahiliah kepada Islam, dari

menyembah sesama makhluk kepada beribadat kepada Allah semata-mata dan

menegakkan ketuhanan Allah di muka bumi. Mereka hendaklah berjihad

mengembalikan kekuasaan Allah yang telah dirampas oleh perampas dan

menundukkan mereka hanya kepada agama Allah, mendirikan syariat Allah di

dalam hidup manusia dan menegakkan manusia di atas syariat Allah dalam seluruh

aspek kehidupan.

Mesti ada usaha gigih, kadangkala dengan cara lembut jika golongan sesat

hanyalah individu-individu yang memerlukan tunjuk ajar dan penerangan. Tetapi

mesti menggunakan apa cara saja yang boleh dan dibenarkan oleh syarak jika

menghadapi kuasa jahat yang menghalang manusia dari hidayah Allah,

menyingkirkan agama Allah dan menghalang syariat Allah dari ditegakkan. Ketika

itu sahajalah – dan bukannya sebelumnya- gugurlah tugas ini dari mereka yang

beriman.”81

Oleh itu apa yang difahami oleh orang yang ingin mengelakkan diri dari tugas

ini adalah tidak benar. Ayat di atas sebenarnya bermaksud:

Jagalah dirimu sendiri; sucikan dan bersihkanlah dia, jagalah jamaah kamu dan

79 Ibnu Taimiyah, Majmu’ Fatawa, Jilid 14, m.s. 479

80 Lawan bagi rukhsah. (Pnt)

81 Al-Zilal, Juzu’ 7, Cetakan 1961, m.s. 59

49

beriltizamlah dengannya dan peliharanya. Bukan salah kamu jika ada yang sesat

setelah kamu sendiri mengikuti hidayah Allah. Kamu adalah satu unit yang terpisah

dari jahiliah yang sesat itu dan kamu adalah satu umat yang bersatu-padu dan

tolong-menolong di antara kamu. Kamu adalah pemimpin dan penolong kepada

yang lain sesama kamu. Tidak ada wala’ dan hubungan antara kamu dengan

mereka (jahiliah).

Sesungguhnya ayat ini menjelaskan prinsip-prinsip asas sikap umat Islam dalam

tabiat hubungan mereka dengan umat-umat yang lain.

Umat Islam merupakan hizbullah atau golongan Allah. Semua umat yang

bukan Islam adalah hizbu syaitan atau dari golongan syaitan. Oleh itu, tidak ada

wala’ dan hubungan di antara keduanya. Oleh kerana tidak ada persamaan akidah

antara keduanya, maka tiada persamaan juga pada tujuan dan wasilah dan tidak

ada persamaan dalam hak dan tanggungjawab.

Umat Islam mesti bantu membantu antara satu sama lain. Mereka mesti

nasihat menasihati dan saling berpesan di antara meraka. Mereka mesti mengikut

petunjuk Allah yang telah menjadikan mereka sebagai satu umat yang tersendiri

dan terpisah dari umat yang bukan Islam. Mereka tidak akan dipersalahkan atau

digugat oleh kesesatan manusia di sekeliling mereka selagi mereka berada di dalam

hidayah Allah.

Walau bagaimanapun, ini tidak bererti umat Islam boleh meninggalkan tugas

mereka menyeru manusia seluruhnya kepada hidayah Allah iaitulah agamaNya,

syariatNya dan sistemNya. Jika sudah tertegaknya peraturan Allah di atas muka

bumi, masih ada baki tugasan untuk umat Islam iaitu menyeru seluruh manusia

pula kepada Allah, kemudian menunjukkan mereka ke jalan yang benar, seterusnya

mengambil alih kepimpinan untuk melaksanakan keadilan terhadap seluruh

manusia dan mengeluarkan mereka dari kesesatan dan kejahilan.

Sesungguhnya umat ini mempunyai tanggungjawab terhadap dirinya di

hadapan Allah. Orang yang sesat tidak akan dapat memudaratkan mereka

sekiranya mereka telah mengikut hidayah Allah. Walaubagaimanapun ini tidak

bermakna umat ini tidak akan dihisab terhadap pengabaiannya dalam

melaksanakan tugas amar makruf, nahi mungkar. Pertamanya, melaksanakannya di

kalangan mereka dan keduanya melaksanakan tugas itu di muka bumi, kepada

seluruh manusia. Makruf yang pertama ialah Islam iaitu menyerahkan diri kepada

Allah dan melaksanakan undang-undang berdasarkan syariat Islam. Manakala

perkara mungkar yang pertama ialah jahiliyah dan merampas kuasa syariat Allah.

Undang-undang jahiliah adalah undang-undang taghut. Taghut merupakan setiap

kekuasaan dan perundangan yang bukan kekuasaan dan undang-undang Allah.

Umat Islam mestilah menjadi umat yang memimpin dirinya sendiri pertamanya dan

kemudiannya menjadi pemimpin segenap manusia.

Penjelasan kami tentang had tugas umat Islam di dalam ayat-ayat al-Quran

tadi tidaklah sama sepertimana yang difahami oleh sesetengah orang sama ada

dahulu dan masakini bahawa individu mukmin dan umat Islam tidak dibebani

dengan kerja amar makruf nahi mungkar selagi mereka telah mengikuti hidayah

Allah. Sebenarnya, setiap individu muslim dan umat Islam itu mesti memikul tugas

mendirikan syariat Allah di segenap pelusuk muka bumi apabila mereka telah

mendapat hidayah Allah. Mereka tidak boleh membiarkan manusia di sekelilingnya

50

tenggelam di dalam kesesatan dan karam di dalam jahiliah.

Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran yang dikemukakan tadi tidak

menggugurkan tanggungjawab untuk terus memerangi kejahatan, menentang

kesesatan dan mengalahkan taghut dari bahu individu dan umat Islam. Taghut yang

paling jahat ialah taghut yang merampas sifat uluhiyyah Allah, merampas

kekuasaan Allah dan memperhambakan manusia kepada syariat yang bukan syariat

Allah. Tidak ada gunanya individu atau umat itu mendapat hidayah sedangkan

kemungkaran itu masih berkuasa dan berleluasa.”82

82 Ibid, m.s. 59

BAB 5: Ahli Ibadat yang

Bermain-main

Apa yang telah kita petik dari Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, A1-Ghazali dan dari

para ulama’ serta tokoh Islam masa kini tentang wajibnya berdakwah di jalan Allah

S.W.T. serta amar makruf nahi mungkar dengan bersandarkan kepada beberapa

ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. adalah satu penjelasan yang jelas dan

terang. Ia cukup untuk menolak kekeliruan mereka yang mendiamkan diri. Mereka

menyangka beberapa kenyataan fiqh yang berbentuk umum itu dapat

mengecualikan mereka dari wajibnya dakwah ini.

Walaupun kebelakangan ini telah banyak seruan dari da’i Islam yang mengajak

orang ramai, khususnya kepada mereka yang bersembahyang (ahli ibadat) supaya

bekerjasama dan menolong da’i Islam dalam kerja-kerja amar makruf, nahi mungkar

ini, namun begitu sebahagian besar dari mereka hanya menggelupur sedih dengan

realiti orang Islam. Mereka masih tidak mengetahui jalan kerja (tariqul ‘amal).

Kalaupun mereka tahu, mereka dihalang pula oleh rasa takut dan ingin menjaga

kepentingan. Takut memikul risiko dakwah dan pengorbanan serta inginkan harta

dan kepentingan dunia.

Justeru, mereka mengasingkan diri di masjid-masjid atau di rumah masingmasing

meratapi nasib Islam dan membiarkan generasi dan belia Islam dididik dan

dibentuk oleh puak-puak atheis, sekularisme, komunisme dan wujudiah,

menjerumuskan belia Islam kepada kerosakan dan kehidupan hawa nafsu, zina,

arak dan berpoya-poya tanpa batasnya.

Mereka yang bersembahyang, bersemangat dan yang berdukacita melihat

keadaan umat Islam ini sebenarnya turut membaca kitab-kitab fiqh, kitab-kitab

‘zuhud’ dan ‘al-Raqaiq’ yang menjadi sumber petikan kita. Tetapi ketakutan mereka

tidak dapat membuka mata mereka untuk mengamati laungan orang-orang ikhlas

yang berjuang di sepanjang zaman, sejak zaman sahabat-sahabat Rasulullah hingga

ke hari ini. Da’i yang ikhlas itu tidak henti-henti mengajak umat Islam agar bekerja

untuk Islam, membawa khabar gembira dengan kedatangan fajar baru Islam,

dakwah orang ramai, memberi peringatan kepada yang lalai dan menyuruh ahli

uzlah tadi meninggalkan tempat uzlah supaya tampil ke tengah-tengah gelanggang

perjuangan dan medan jihad untuk berjihad dan berkorban.

Kesedihan ini merupakan kesedihan yang ‘tak guna’, ibadah yang tak

digalakkan, uzlah yang sia-sia dan bid’ah yang meruntuhkan, walaupun ia disertai

dengan niat yang ikhlas dan baik.

Siapakah yang Akan Memerangi Musuh Jika Kamu Memencilkan diri?

Kumpulan pertama yang keliru itu telah mula muncul sejak zaman permulaan

Islam, di zaman sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W ketika itu masih lagi hidup.

Abdullah bin Mas’ud adalah antara para sahabat yang menentang mereka. Beliau

faham bahawa ‘uzlah’ adalah bertentangan dengan Islam yang dinamik,

sebagaimana yang dididik oleh Rasulullah saw. Islam didikan Rasulullah saw

52

adalah bergerak melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, berjihad dan

berdakwah. Lalu Ibnu Mas’ud menerangkan bid’ahnya mereka, mengherdik dan

mencabut kekeliruan mereka dan mengembalikan mereka ke jalan yang benar.

Seorang ahli fiqh dari para tabi’in Kufah yang arif dan bijaksana, Amir As-Sya’bi telah

meriwayatkan bahawa ada beberapa lelaki telah keluar dari Kufah dan tinggal di pinggir

bandar, beribadah di sana. Berita itu telah sampai ke pengetahuan Abdullah bin Mas’ud r.a.

Dia pun datang berjumpa mereka. Orang-orang itu gembira dengan kedatangan beliau.

Ibnu Mas’ud berkata kepada mereka: “Apakah yang mendorong kamu berbuat begini?”

Mereka berkata: “Kami ingin lari dari hingar bingar kelam kelibut orang ramai untuk

beribadat.”

Kata Abdullah bin Mas’ud: “Jika semua orang berbuat seperti apa yang kamu buat,

siapakah yang akan memerangi musuh? Aku tidak akan tinggalkan tempat ini sehinggalah

kamu pulang.” Kisah ini telah diriwayatkan oleh seorang guru ahli hadis Abdullah bin al-

Mubarak.’83

Menurut andaian saya (Wallahua’alam), amalan bid’ah ini iaitu mengasingkan

diri dan beruzlah dari masyarakat untuk beribadat adalah amalan yang ditiru dari

kaum Nasrani. Di bumi Furat yang terletak berhampiran bandar Kufah terdapat

banyak biara. Di sanalah juga tempat tinggalnya puak bani Tay yang ada

tersebarnya kristian sebelum kedatangan Islam. Ini terbukti melalui mereka ‘Adi bin

Hatim Al-Taa’iy r.a. yang pernah memeluk Nasrani sebelum masuk Islam.

Dari kisah Abdullah bin Mas’ud ini, para da’I sepanjang generasi dapat

mengambil satu kesedaran yang benar. Sesungguhnya ia adalah kalimah yang

benar, simbol kesedaran dan lambang didikan Nabi.

Tanda-tandanya jelas dalam kata-kata mereka sebagaimana yang terbayang di

wajah mereka. Siapakah yang akan memerangi musuh jika ahli ibadat itu mengasingkan

diri dari masyarakat?

Siapakah yang akan melawan konspirasi Zionisme, Freemason, propaganda

Komunisme dan Atheis sekiranya orang yang bersembahyang dan ahli ibadah tetap

di dalam masjid-masjid, tidak bergabung tenaga dengan da’i Islam?

Setelah Ibnu Mas’ud dan sahabat-sahabatnya wafat dan berlalunya generasi para

mujahid tabi’in yang dididik oleh para sahabat Rasulullah S.A.W., sebahagian orang

Islam telah kembali semula meninggalkan jihad, kembali beruzlah diri dari

pergolakan orang ramai. Fenomena ini berlaku pada separuh kedua abad kedua

hijrah.

Abdullah bin Al-Mubarak Mewarisi Ibnu Mas’ud

Allah S.W.T. memberi hidayah kepada Abdullah bin Al-Mubarak (meninggal

pada 181H) untuk melakukan pembaharuan (tajdid) dalam kehidupan umat Islam.

Abdullah bin Al-Mubarak Rahimahullah adalah seorang ahli hadis yang thiqah.

Ini terbukti dengan adanya hadis-hadis beliau yang termaktub di dalam sahih al-

Bukhari dan Muslim, kitab-kitab sunan dan kitab-kitab musnad. Lebih dari itu,

beliau adalah di antara ahli fiqh yang bijaksana dan mempunyai harta yang banyak.

Kekayaannya telah dibelanjakan untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar dan

majlis ilmu di semua ibu negara Islam. Beliau juga mempunyai koleksi puisi-puisi

indah tentang keimanan.

Bukan itu saja, bahkan beliau juga adalah seorang da’i dan mujahid. Setiap tahun

83 Abdullah bin al-Mubarak, Kitab Al-Zuhd, m.s. 390

53

beliau berperang di Rom dan menjadikan Tursus yang terletak di selatan Turki

sebagai tempat tinggal. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau pemimpin ahli

hadis semasa zamannya.

Kata-kata yang dipetik dari Abdullah bin Mas’ud itu menggegarkan Abdullah

bin al-Mubarak lalu dijadikan sebagai pelita di dalam hidupnya. Beliau memainkan

peranan Ibnu Mas’ud yang kedua. Hinggakan kita dapat lihat beliau membantah

sikap sahabatnya, seorang ahli ibadah zuhud yang thiqah iaitu al-Fudhail bin Iyadh

Rahimahullah (meninggal pada 187H) kerana mengasingkan diri di Mekah untuk

beribadat dan meninggalkan jihad.

Al-Fudhail juga merupakan seorang ahli hadis yang thiqah. Ini terbukti apabila

hadis-hadisnya terdapat di dalam kitab sahih al-Bukhari dan Muslim. Dalam sejarah

Islam, beliau dianggap seorang ahli ibadat dan zuhud yang termasyhur dan paling

baik perkataannya. Tetapi Abdullah bin Al-Mubarak tidak menganggap

keistimewaan itu sebagai alasan untuk meninggalkan jihad dan memerangi musuh

Islam. Ibnu al-Mubarak pun mengeluarkan ‘kata-kata berat’ kepada al-Fudhai1 di

mana beliau menyifatkan sahabatnya itu sebagai ahli abid yang bermain-main

dengan ibadatnya. Tegurannya itu dikirimkan kepada al-Fudhail dari Tursus setelah

selesai satu peperangan, semasa belum pun sempat debu di badannya hilang. Beliau

mengirimkan rangkap-rangkap puisi yang tersangat indah, menjadi hujah bagi

setiap da’i selepas beliau.

Syairnya mengandungi rangkap-rangkap yang sungguh mengkagumkan, isinya

yang sangat benar dan jitu disulami dengan bahasa yang bermutu tinggi.

Bukalah hati kalian, rungkaikanlah belenggu dan bebaskanlah hati kalian dari

ikatan, supaya dia terbang dan melayang tinggi bersama rangkap-rangkap puisi

Ibnu al-Mubarak:

Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram, jika kamu melihat kami

nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.

orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata,

sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah

dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia

sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan

kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami

adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan

telah datang kepada kami sabda Nabi kita

kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta:

“Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang

menyala

kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa

“orang yang mati syahid itu tidak mati” ini bukan satu dusta84

Ungkapan Abdullah bin al-Mubarak ini diucapkan kepada ahli ibadah yang

berada tanah haram Makah al Mukarramah. Al-Fudhail digelar sebagai ahli ibadah

di dua tanah haram (Mekah dan Madinah). Beliau terkenal dengan banyak

menangis. Kerana itulah Abdullah bin al-Mubarak menyindirnya dengan menyebut

tentang air mata. Seperti sesetengah orang yang bersembahyang, al-Fudhail

memakai haruman mawar dan lain-lain haruman untuk mencontohi sunnah Nabi

84 Al-Subki, Tabaqat al-Syafiiyyah al-Kubra, Jilid 1, m.s. 287 (Hadis yang dimaksudkan oleh Ibnu Mubarak ini ialah

Hadis sahih riwayat Tarmizi, Nasa’I, Ibnu Majah, Abu Daud dan Ahmad: Tidak akan bertemu debu jihad dengan api

neraka Jahannam- editor)

54

Muhammad S.A.W. Oleh itu, Abdullah bin Al-Mubarak menyindirnya dengan

mengatakan ianya satu haruman yang mudah padahal Rasulullah S.A.W. dan

pewaris baginda dari kalangan ulama’ mujahidin berlumuran dengan darah dan

debu medan peperangan di samping haruman mawar dan kasturi.

Apalah yang patut kita katakan kepada orang yang pada hari ini meninggalkan

jihad dan dakwah, tidak amar makruf dan nahi mungkar, bukan kerana banyak

beribadat, tetapi untuk berehat, bermewah, mengumpulkan harta dan memuaskan

hati suami atau isterinya?

Apakah tidak patut kita katakan kepada ahli ibadat hari ini apa yang telah di

katakan Abdullah bin Al-Mubarak:

“Wahai ahli ibadah, sekiranya kamu melihat bagaimana da’i Islam bertarung

dengan pendukung kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat, barulah kamu tahu

yang kamu hanya bermain-main di dalam ibadatmu.”

Jika ahli ibadat merasa bengkok belakangnya kerana terlalu banyak melakukan

solat, kering tekak kerana terus-menerus berpuasa, para da’i pula bengkok belakang

mereka kerana setelah solat fardhu dan sunat, mereka terpaksa ke sana ke mari pula

membincangkan dan merencanakan pelbagai urusan dan maslahah umat Islam.

Tekak mereka pula kering kerana banyak bekerja dan bergerak. Mereka

mengorbankan darah mereka hinggakan jasad-jasad mereka terkulai di tali gantung.

Abdul Kadir AI-Kailani di Atas Jalan Dakwah dan Jihad

Selepas Abdullah bin al-Mubarak, generasi dakwah dan jihad terus

berkesinambungan dari generasi demi generasi. Kemudian tiba-tiba semangat ini

lemah dan muram kembali. Ahli ibadah dan ahli zuhud mula mengasingkan diri di

tempat bertapa mereka dan meninggalkan tugas membimbing orang ramai..

Dakwah tidak dijalankan. Sekali lagi kegawatan, kekacauan dan penyelewengan

merebak dalam masyarakat Islam di abad keenam hijrah. Ketika itu lahirlah seorang

pewaris yang unggul bagi menyambung dakwah dan jihad Rasulullah S.A.W.

mengikut jejak langkah Abdullah Ibnu Mas’ud dan Abdullah bin alMubarak. Dia

bangkit dan bangun, senang hatinya bila melihat orang Islam hanyut di dalam

bid’ah pertapaan (uzlah), mengasingkan diri dari pergolakan hidup dan

menyembunyikan diri dari masyarakat Islam yang memerlukan pimpinan. Beliau

pun berdiri tegas, memanggil umat dan mendedahkan kepada mereka penyakit

yang sedang mengancam mereka.

Beliau adalah Syeikh Abdul Qadir al-Kailani Rahimahullah. Seorang yang

menjadi tauladan dan seorang ulama’ yang bijaksana. Beliau adalah faqih lagi thiqah

dari fuqaha’ mazhab Hanbali di Baghdad. Biasanya Ulama’ Mazhab Hanbali di

setiap masa adalah ahli ibadah yang zuhud dan jauh dari segala perkara yang lain

dari ilmu (tajarrud ilmi). Beliau adalah bangsawan dari keturunan Hassan al-

Muthanna bin Hassan bin Ali bin Abi Talib r.a. Beliau dinasabkan dengan bandar

Kailan kerana bandar itu adalah tempat kediaman datuk neneknya. Ibnu Taimiyah

dan Ibnu al-Qayyim memberi pujian dan sanjungan tinggi kepadanya. Keduaduanya

menggelarnya “Tuan Guru yang menjadi model” sebagaimana yang kerap

disebutkan di dalam “Madarij al-Salikin.”

Syeikh Abdul Qadir banyak berbicara kepada orang ramai, melaungkan seruan

Islam yang sebenar kepada penduduk Iraq dengan bahasa yang indah maksud dan

strukturnya. Salah seorang muridnya telah menyampaikan kepada kita beberapa

pidato beliau yang disalin dengan pantas ketika beliau berkhutbah di dalam pidato

55

mingguannya pada tahun 545H. Syarahan beliau dibukukan di dalam sebuah buku

yang bertajuk “Al-Fathu Rabbani Wal-Faidhu ar-Rahmani.” Walaupun mungkin

terdapat beberapa perkara yang perlu ditolak, tetapi kitab itu penuh seruan al-haq,

pandangan-pandangan bernilai dan menekankan wajibnya dakwah dan amar

makruf nahi mungkar.

Marilah kita dengar beberapa seruan al-haq tersebut itu:

“Ahli zuhud yang baru di dalam zuhudnya lari dari makhluk. Tetapi ahli zuhud

yang sempurna zuhudnya tidak menghindari manusia. Tidak lari atau takut kepada

mereka, bahkan mencari-cari mereka. Kerana mereka mengenali Allah S.W.T.

Sesiapa yang mengenali Allah tidak akan lari dari sesuatu dan tidak akan takut pada

sesiapa pun kecuali hanya pada Allah semata-mata.

Ahli zuhud yang baru lari dari orang-orang fasik dan ahli maksiat, tetapi ahli

zuhud yang telah tamat pelajarannya mencari-cari mereka. Bagaimana dia tidak

mencari mereka padahal setiap penawar mereka ada padanya?

Justeru, sebahagian dari mereka telah berkata: “Tidak ada yang ketawa di

hadapan orang fasik kecuali orang yang arif lagi bijaksana.” Barangsiapa yang telah

sempurna mengenali Allah S.W.T., ia menjadi penunjuk kepadaNya. Dia menjadi

jala untuk menangkap manusia dari lautan dunia. Dia menggunakan kekuatannya

sehingga dapat mengalahkan iblis dan tenteranya.

Dia merampas manusia dari genggaman syaitan-syaitan itu.

Wahai orang yang mengasingkan diri kononnya kerana zuhud yang jahil!

Maralah dan dengarlah kataku :

“Wahai orang zuhud di muka bumi, majulah kamu. Robohkanlah tempat pertapaan

kamu dan marilah dekatku. Sesungguhnya kamu telah duduk di tempat mu itu tanpa dalil.

Kamu tidak melakukan apa-apa kebaikan. Majulah kamu.”85

Kata-kata ini diucapkannya ketika beliau sudah tua.

Demikianlah apa yang difahami oleh ulama’ yang beramal dengan ilmunya.

Kata-kata beliau ini benar-benar menyentuh hati. Amatilah kata-kata beliau:

“Wahai ahli zuhud di bumi, maralah ! Robohkanlah biara kamu.”

Robohkanlah biara kamu, wahai orang yang lari dari masyarakat dan tersungkur

di bawah ikatan pemikiran keduniaan dan taghut abad yang kedua puluh ini.

Ambillah tempatmu di dalam barisan da’i Islam.

Ibnu al-Jauzi Menyifatkan Mereka Yang Berani

Dalamasa yang sama, ada juga da’i lain di Baghdad yang berjiwa besar seperti

Syeikh Abdul Qadir, menyeru penduduk Baghdad. Beliau adalah Abu al-Farj Abdul

Rahman bin Al-Jauzi pengarang buku “Zad al-Masir fi Ilmi al-Tafsir” dan “Talbis Iblis”

dan berpuluh-puluh kitab yang berguna bagi umat Islam.

Beliau terus bertegas dan terus terang. Beliau tampil ke hadapan dan berkata:

“Ahli zuhud adalah bagaikan kumbang-kumbang yang menanam diri mereka,

mengasingkan diri dari manfaat manusia. Mengasingkan diri itu baik jika sekiranya

itu tidak menghalangnya dari membuat kebaikan, berjemaah, mengiringi jenazah

dan menziarahi orang sakit. Walaubagaimanapun pengasingan diri itu adalah sikap

pengecut. Mereka yang berani adalah mereka yang belajar dan mengajar dan inilah

sebenarnya kedudukan para Nabi a.s.”86

Demikianlah kata-kata mereka yang sedar pada setiap generasi. Mereka tidak

benarkan walau seorang untuk mengasingkan diri dari masyarakat, berhenti

85 Syeikh Abdul Qadir, Al-Fath al-Rabbani, m.s. 73 (dengan sedikit pemotongan)

86 Ibnu al-Jauzi, Said al-Khatir, m.s. 224, karangan Muhammad al-Ghazali

56

berdakwah, tidak menyeru manusia kepada Islam sekalipun mereka banyak

beribadat.

Jika hendak dibentangkan semua kata-kata mereka, nescaya akan terlalu

panjang. Dr. Hissan Hathut yang mewakili ulama’ mujahidin itu menyampaikan

ucapannya mewakili mereka semua dengan beberapa rangkap puisinya yang jelas:

Mereka sangka bahawasanya agama itu ialah pengasingan dan pertapaan

dan asyik di dalam wirid dan zikir tanpa dakwah dan jihad

Anehnya kulihat

mereka beriman dengan sebahagian, kelihatan hati mereka kufur terhadap sebahagian

lagi

Padahal agama ini mempunyai fardhu, sunat, dan istighfar

Agama ini adalah medan jihad, senjata dan para pahlawannya

yang menghancur-leburkan kejahatan dan penyangak

Agama ini memerintah dengan nama Tuhanmu yang mencipta keadilan

Bukan kezaliman dan bukan kewewenangan 871

Tinggalkan Rumahmu di Belakang

Duduk sahaja di rumah -setelah beruzlah di masjid- adalah lebih teruk lagi dan

tidak langsung menggambarkan sifat seorang muslim. Sahabat-sahabat Rasulullah

S.A.W. membantah keras orang yang bersembunyi di rumah sambil bersenda gurau

dengan isterinya dan anak-anaknya, meninggalkan dakwah, amar makruf dan nahi

mungkar. Mereka ini mengosongkan tempat mereka dalam barisan mujahidin yang

sepatutnya dipenuhkan untuk menentang taghut.

Para perawi telah meriwayatkan kepada kita dari seorang sahabat Rasulullah

S.A.W. yang telah dijamin masuk syurga, iaitu Talhah bin Ubaidillah al-Quraisyi r.a.

Beliau telah berkata: “Cukup jadi keaiban pada seseorang bila dia duduk diam di

rumahnya.”88

Tiada seorang pun ulama’ yang terkemuka yang redha dengan sikap demikian.

Contohnya Imam al-Ghazali, beliau berkata:

“Ketahuilah, setiap orang yang hanya duduk di rumahnya, walau di mana pun

dia berada sebenarnya telah melakukan kemungkaran. Bagaimana mereka boleh

duduk saja-saja tanpa membimbing manusia, tidak mengajar mereka dan tidak

membawa mereka kepada kebaikan. Walhal, di luar sana, sebahagian besar manusia

masih jahil tentang syariat hinggakan syarat-syarat sembahyang. Apatah lagi

mereka yang tinggal di kampung pedalaman. Di antara mereka ada orang Arab

Badwi, Kurdis dan Turki serta berbagai golongan etnik lagi.

Sepatutnya ada seorang ulama’ atau faqih yang mengajar manusia tentang

agama di setiap masjid dan kampung. Wajib ke atas setiap ahli fiqh -yang telah

selesai melaksanakan kewajiban fardhu ain dan fardhu kifayahnya- keluar ke negara

berdekatan, sama ada ia didiami oleh manusia tidak kira bangsa Arab, kaum Kurdi

atau kaum etnik lain bagi mengajar mereka tentang agama dan hukum-hukum

syariat mereka.”89



Wahai orang yang berselimut (Muhammad). Bangunlah, lalu berilah peringatan!

(kaummu)” (Al-Muddassir 74: 1-2)

87 Majalah al-Muslimun, Bil. 3, m.s. 199, (Petikan dari Qasidah yang panjang)

88 Tabaqat Ibnu Saad, Jilid 3, m.s. 221

89 Ihya’ Ulumuddin, Jilid 2, m.s. 242

57

Ibnu Taimiyah mentafsirkan ayat di atas dengan berkata:

“Wajib ke atas umat Islam untuk menyampaikan apa yang diturunkan kepada

baginda Muhammad S.A.W., memberi peringatan sebagaimana baginda

Muhammad S.A.W. memberi peringatan dan ancaman.

“ Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya; oleh itu,

hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang

itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka

dapat mengajar kaumnya apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan

mereka dapat berjaga-jaga.” (At-Taubah 9:122)

Bangsa jin pula apabila mereka mendengar ayat al-Quran, “..mereka kembali kepada

kaumnya, memberi peringatan.90”91

Dalam timbangan Islam dan iman, ada amalan-amalan tertentu yang perlu

diutamakan oleh seseorang pada satu ketika dan pada situasi tertentu mengikut

konsep fiqh keutamaan (fiqh awlawiyyat). Satu amalan mungkin perlu dilakukan oleh

seseorang tetapi tidak perlu bagi orang lain, perlu dilakukan pada seseuatu masa

dan tidak pada masa yang lain. Adakalanya, setiap individu muslim mempunyai

satu amalan khusus yang lebih utama untuk dilakukan olehnya berbanding dengan

amalan-amalan lain yang juga mulia.

Ibnu al-Qayyim Rahimahullah telah mengatakan: “Bagi orang yang berani dan

kuat yang mampu menggerunkan musuh dengan serangannya, perlu berdiri di

barisan depan dan berjihad menentang musuh Allah. Tindakan ini lebih utama dari

mengerjakan haji, puasa, sedekah dan ibadah sunat yang lain.”

“Bagi tokoh-tokoh agama yang alim dan memahami sunnah, halal haram,

kebaikan dan kejahatan, pandai bergaul dengan orang ramai, mengajar dan

menasihati dalam bab-bab agama lebih utama baginya dari mengasingkan diri dari

orang ramai dan menghabiskan masa untuk bersolat, membaca al-Quran dan

bertasbih semata-mata.”92

Janganlah ada di kalangan kita berhujah dengan hadis-hadis keutamaan

ibadat-ibadat sunat, tasbih dan zikir untuk menjustifikasikan tindakan kita

mengasingkan diri dari orang ramai, meninggalkan tugas untuk membimbing

manusia lain serta mengajar dan menasihati mereka, berdasarkan pengehuannya.

Sesungguhnya menyampaikan dakwah Islam kepada orang ramai lebih baik

daripada melakukan ibadah yang sunat.

Da’i Adalah Pengembara

Da’i tidak perlu merasa gundah gulana sekiranya dia tidak mempunyai masa

lebih untuk banyak berqiamullail setiap hari, dan memperbanyakkan khatam Al-

Quran kerana sibuk dengan urusan dakwah. Ini kerana, kerja-kerjanya di dalam

dakwah seperti mengajar manusia, memimpin mereka, mendidik pemuda-pemudi

Islam dan membentuk mereka dengan bentuk Islam yang sejati itu lebih utama

baginya dan lebih banyak pahalanya.

90 Seperti diceritakan oleh Allah di dalam surah Al-Ahqaf: 29.

91 Ibnu Taimiyah,, Majmu’ Fatawa, Jilid 12, m.s. 327

92 Ibnu al-Qayyim, Iddah al-Sabirin wa Dakhirah al-Syakirin, m.s. 93

58

Contoh bagi para da’I ialah tokoh-tokoh da’i dan ahli salaf yang mengembara di

serata dunia untuk mengembangkan dakwah Islam dan menyampaikan risalah

kepada manusia. Mereka memulakan bicara, dan bergaul dengan manusia lain

dengan tujuan dakwah dan tidak menunggu-nunggu orang ramai untuk datang dan

bertanya kepada mereka

Begitulah sikap da’i yang sentiasanya….

Da’i Islam pada hari ini mesti menjadi pengembara di pelusuk kota, kampung,

negeri untuk menyampaikan seruan Islam kepada manusia.

Sebagai contoh, lihatlah bagaimana utusan-utusan Rasulullah S.A.W. yang round

ke lembah dan kampung-kampung pedalaman untuk menyampaikan Islam kepada

seluruh orang Arab. Mereka tidak menunggu orang datang ke Madinah. Cubalah

kamu saksikan, apakah jawapan baginda apabila seorang badwi bertanya tentang

rukun Islam. Bila Rasulullah saw menjawab, orang badwi tersebut berkata: “Tidak

aku tambah atau aku kurangkan sesuatupun darinya.”

Orang badwi tersebut ketika memulakan soalannya berkata: “Hai Muhammad,

utusanmu telah datang kepada kami dan telah menyatakan kepada kami bahawa

kamu mengatakan bahawa kamu adalah utusan Allah?”93

Jelaslah bahawa utusan Rasulullah telah pergi menemui mereka sebagai da’i.

Manusia perlu dilawati. Barangsiapa yang hanya menunggu orang ramai datang

kepadanya, orang itu bukanlah da’i.

Jika diperincikan kata-kata orang Arab tersebut, jelaslah kepada kita bahawa para

sahabat yang berdakwah itu sanggup meninggalkan Madinah apabila mereka

dihantar oleh Nabi s.a.w. untuk berdakwah kepada kaum tertentu. Mereka

meninggalkan keluarga, rumah dan anak-anak mereka. Mereka mengharungi

padang-padang pasir, bukit-bukau dan gunung-ganang. Mereka terdedah kepada

bahaya, sanggup berpanas dan berhujan demi menyampaikan Islam

Inilah dia bentuk dakwah yang ingin mencapai matlamatnya. Ia perlu bergerak

dan bermula, pagi mahupun petang, dengan perbualan dan perkataan yang benar.

Sikap duduk dan mengharap tidak akan sampai ke mana. Oleh itu, pelajarilah

sejarah ahli salaf dan turutilah mereka. Pasti kamu akan sampai ke matlamat. Jika

tidak, mundar-mandirlah sahaja di tempat kamu, dan kamu tidak akan sampai ke

mana-mana.

93 Sahih Muslim, Jilid 1, m.s. 32



BAB 6 : Pelukan Cendekiawan

Orang yang beriman sentiasa berharap semoga Allah mengampuni segala

dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga. Keampunan Allah dan syurga itu

adalah kejayaan yang besar yang hanya tercapai setelah dia dapat melintasi pintu

syurga beberapa langkah sahaja. Tetapi, rasa ketamakan terhadap apa yang ada di

sisi AlIah itu adalah satu keinginan yang manis dan lazat.

Apabila harapan itu ada bersama kita, kita tidak merasa cukup hanya setakat

melintasi pintu syurga, tidak cukup rasanya kalau sekadar tinggal di tingkat syurga

yang rendah darjatnya, bahkan kita bercita-cita untuk masuk ke syurga‘illiyyin (yang

tertinggi) dan syurga Firdaus yang yang tertinggi.

Di sinilah lojiknya kata-kata:

“Sesiapa yang inginkan darjat yang tertinggi di syurga, dia hendaklah berada di

martabat yang tertinggi di dalam kehidupan dunia.

Satu dengan satu

Setiap barang ada harganya

Tidak ada martabat yang tertinggi di dunia ini kecuali martabat dakwah dengan

melakukan kerja-kerja dakwah kepada Allah. Demikianlah tulisan Syeikh Abdul

Qadir al-Kailani Rahimahullah di dalam bukunya yang bertajuk “Futuh ul-Ghaib”.

Beliau adalah seorang da’I dan reformis. Oleh itu, kita dapati setiap bukunya

tertumpu kepada pengertian dakwah dan kewajipan dakwah. Menurut pandangan

Abdul Qadir al-Kailani, ‘orang yang berjaya’ ialah orang yang dipilih oleh Allah:

“…dan Allah menjadikannya seorang cendekiawan yang menyeru manusia kepada

Allah, memberi peringatan dan ancaman kepada mereka, menjadi hujah (dia telah

menyampaikan Islam), pembawa hidayah dan menyampaikannya.” Kemudian beliau

berkata: “Itulah matlamat tertinggi di kalangan bani Adam. Tiada darjat lain mengatasai

mereka kecuali darjat kenabian.”94

Mukmin Bisu adalah Ketinggalan

Syeikh Abdul Qadir Kailani menganggap golongan bukan da’i berada di

martabat lain. Golongan itu merupakan orang mukmin yang mempunyai hati tetapi

tiada lidah untuk menyampaikan dakwah. Mereka adalah di antara makhluk Allah

yang terlindung daripada makhluk dan terdinding di sebalik tirai. Kekurangan

mereka menutup mata dan hati mereka dari menerima hidayah.

Oleh kerana mukmin tersebut tidak mempunyai lidah, turunlah martabatnya

dan ketinggalanlah dia. Dia tidak mendapat gelaran yang hebat dan agung. Mukmin

dan golongan yang pertama (yang berdakwah) dikatakan sebagai ‘jahbaz’ iaitu para

cendekiawan, ‘da’i’ dan ‘hujah’ ibarat sinaran yang terang-benderang. Mukmin yang

kedua (yang tidak berdakwah) dikatakan mukmin yang ‘mastur’ atau yang

terselindung. Perbezaan bunyi dan sebutan di antara dua kategori panggilan

tersebut amatlah jauh sekali umpama langit dan bumi.

Jarak dan jurang antara keduanya sangat jauh dan luas. Antara martabat

dakwah dengan martabat iman yang tertutup dan menjauhkan diri.

Jurang luas itu tidak lain melainkan disebabkan oleh faktor lidah yang menyatakan

94 Syeikh Abdul Qadir, Futuh al-Ghaib, m.s. 49



60

kebenaran. Tiada sebab lain. Sesiapa yang mempunyai lidah berani menyatakan

kebenaran maka dia akan berada di hadapan kumpulan yang berjalan menuju

Allah. Memang setiap orang beriman berjalan menuju kepada keredhaan Allah.

Cuma soalnya, samakah siapa yang berada di hadapan dengan yang ketinggalan di

belakang?

Insya Allah, mereka semuanya akan memasuki syurga. Tetapi samakah

golongan yang menjadi barisan pertama memasukinya dengan golongan yang

dapat memasukinya hanya setelah bertahun-tahun menunggu di padang mahsyar?

Kerana itulah Syeikh Abdul Qadir Kailani Rahimahullah cuba memahamkan

bahawa perasaan seorang da’i terhadap kemestian untuk mengubah perkara yang

batil dan mememangkan hak merupakan satu kurniaan Allah bagi sesiapa yang ada

kebaikan di dalam hatinya. Pengertian ini dibentuk dengan kata-kata yang lebih

mudah, tetapi berharga. Iaitu:

“Apabila betulnya hati seorang hamba itu kepada Allah S.W.T. dan berjaya menghampirkan

diri kepadaNya, Dia akan mengurniakan kepada hamba tersebut kerajaan dan kekuasaan di

seluruh alam. Dia menyerahkan kepadanya kerja mengembangkan dakwah kepada

makhlukNya, dikurniakan kepadanya kesabaran terhadap gangguan manusia, serta

diserahkan kepadanya urusan mengubah kebatilan dan menegakkan kebenaran.”95

Demikianlah tingginya bahasa bila ia terbit dari pelita kenabian, sama ada

keluarga dari aspek nasab atau ilmu. Syeikh Abdul Qadir berada di kemuncak

kemuliaan kerana nasabnya dari keturunan Ali r.a. Tambahan pula, beliau

menguasai ilmu hadis dan memahami kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal

Rahimahullah:

Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan dakwah itu adalah taufiq dari Allah.

Allahlah yang memudahkannya bagi siapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya

hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan dari Allah kepada seorang hamba, bukannya

bebanan.”

Renunglah dengan teliti terhadap kata-kata al-Kailani diatas yang bermaksud:

… serta diserahkan kepadanya urusan mengubah kebatilan dan menegakkan kebenaran...”

Kebatilan wajib diubah oleh da’i. Ubah ertinya hendaklah diperangi, dihapuskan

dan dikuburkan. Jika sekiranya kamu berharap agar kebatilan itu sendiri

meninggalkan tempatnya dan menyerahkannya kepada kamu atau jika kamu

berharap kamu akan dapat berbicara dengannya mengunakan bahasa diplomasi.....

Maka sesekali ianya tidak akan berlaku. Cara ini tidak akan mendatangkan sebarang

faedah. Hanya perkataan ‘mengubah’ sahaja yang disebutkan dalam undang-undang

dakwah.

Kita Hubungkan Generasi Lalu Dengan Generasi Seterusnya

Sesungguhnya, Islam hari ini sangat-sangat memerlukan kepada satu

kumpulan da’i yang memiliki kefahaman ‘mengubah’ ini, memahami betul-betul

kewajiban membawa petunjuk kepada manusia, tahu kedudukan mereka di dalam

angkatan dakwah yang berjalan dan mengerti bahawa mereka adalah mata rantai

yang menghubungkan angkatan dahulu dengan angkatan yang akan datang nanti.

Mereka bersama mengumandang nasyid:

Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini

Menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu

Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita

95 Syeikh Abdul Qadir, al-Fath al-Rabbani, m.s. 144

61

Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan.96

Betul....golongan yang terdahulu telah bersusah payah menyampaikan akidah

tauhid kepada kita, mendidik kita, membersihkan akidah kita, membentuk kita dan

menyelamatkan kita dari bahaya yang membinasakan. Oleh itu, sepatutnya kita

setia kepada mereka, menyempurnakan janji kita dalam melaksanakan tugas

dakwah yang telah diserahkan kepada kita supaya kita bekerja dan beramal seperti

mana yang pernah mereka lakukan.

Mereka yang menanam pohonnya, kita yang menikmati hasilnya. Seterusnya,

kita pula akan menanam pohon supaya buahnya boleh dimakan oleh generasi yang

datang.

Penanaman itu memerlukan kita bergaul dengan orang ramai, berbicara dengan

mereka dan mengucapkan kalimah kebenaran dengan tegas dan terus terang.

Tetapi, bagi sesiapa yang memilih untuk bersembunyi, mengasingkan diri dan

enggan menentang pemikiran sesat dan kerosakan akhlak yang berlaku, maka orang

itu samalah seperti yang dikatakan oleh Mustafa al-Rafi’ie:

“Orang itu menyangka bahawa dia telah lari dari kehinaan menuju kemuliaan,

tetapi pelariaannya dari memerangi kehinaan itulah kehinaan bagi dirinya. Apa

ertinya kesucian, amanah, al-sidq, kesetiaan, kebaikan, ehsan dan lain-lain kemuliaan

bagi seorang yang berada keseorangan di padang pasir atau di puncak gunung?

Bolehkah dianggap al’-sidq itu satu kemuliaan pada seseorang manusia jika di

sekelilingnya hanya ada ketulan-ketulan batu? Demi Allah, sesungguhnya siapa

yang langsung tidak memerangi keburukan, maka dia sebenarnya langsung tidak

mempunyai kebaikan dan kelebihan.”97

Apakah bezanya antara orang yang mengasingkan diri di puncak gunung

dengan orang yang membisu seribu bahasa di tengah-tengah orang ramai?

Masalah umat Islam hari ini sebenarnya bukanlah disebabkan kurangnya

bilangan mereka. Begitu juga masalah dakwah Islam pada hari ini juga bukan

disebabkan oleh kurangnya orang yang berpegang teguh dengan Islam di tengahtengah

kegawatan umat yang meninggalkan solat, mengamalkan bid’ah dan

mendukung pemikiran kufur dan teori jahiliah. Tidak sekali-kali, kerana setiap

tanah umat Islam di seluruh dunia ini sentiasa mempunyai ramai angkatan muda

Islam yang baik.

Masalah yang berlaku ialah mereka ini tidak menzahirkan keIslaman mereka,

tidak menyampaikan dakwah Islam kepada orang ramai atau mereka melakukan

kerja-kerja dakwah tetapi tanpa adanya penyelarasan di kalangan mereka.

Seorang mujahid dakwah dan ahli fiqh Islam, Al-Syahid Abdul Qadir Audah

telah menunjukkan makna ini kepada kita lalu berkata:

“Di dunia Islam pada hari ini ada generasi terpelajar yang mepunyai ilmu Islam yang tinggi.

Mereka bersungguh-sungguh mengembalikan semula kedudukan Islam yang telah hilang.

Dalam menegakkan kebenaran, mereka tidak takut kepada cercaan orang ramai. Namun,

kekurangan mereka yang ketara ialah mereka terpengaruh oleh pendekatan generasi

terdahulu. Kebanyakan kerja-kerja mereka tertumpu kepada soal ibadah dan nasihat sahaja.

Adalah lebih baik bagi mereka dan bagi agama ini sekiranya mereka tumpukan sebahagian

besar usaha mereka bagi mengingatkan orang Islam terhadap perlunya menghidupkan

semula syariat mereka yang telah dipinggirkan dan menghapuskan undang-undang mereka

yang bertentangan dengan Islam.”98

96 Abdul Wahab Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 149

97 Wahyu al-Qalam, Jilid 2, m.s. 97

98 Islam Baina Jahli Abnaihi wa Ajzi Ulamaihi, m.s. 65

62

Imam Ahmad sendiri melakukan Amal Tajmi’

Da’i mesti mengenalpasti angkatan pemuda yang terbaik di dalam masyarakat

dan seterusnya bergaul dan berkenalan dengan mereka, menziarahi mereka dan

mengajar mereka kaedah menggabungkan dan menyelaraskan tenaga-tenaga Islam.

Tindakan ini akan memperbaharui sejarah yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin

Hanbal, seorang da’i yang dihormati.

Diceritakan: “Apabila sampai kepada Imam Ahmad berita tentang seorang lelaki yang

soleh atau zuhud atau yang menegakkan kebenaran dan mengikuti perintah Allah, beliau

akan bertanya mengenai orang tersebut. Beliau amat gembira jika dapat berkenalan

dengannya serta mengetahui hal ehwalnya.”99

Lihatlah, Imam Ahmad tidak mengasingkan diri dan lari dari orang ramai.

Da’i hari ini sepatutnya sentiasa mencari orang ramai, bertanya khabar,

menemui dan bermusafir untuk menemui mereka serta menziarahi mereka di

dalam tempat perhimpunan mereka. Orang yang hanya menunggu kedatangan

orang ramai untuk menemuinya sama ada di masjid atau di rumahnya, dia hanya

akan tertinggal keseorangan dan dia hanya akan mempelajari seni menguap dan

mengantuk.

Sebagai contoh, lihatlah kesungguhan Imam Ahmad yang disebut sewaktu

sebahagian ulama’ memperkenalkan Musa bin Hizam (guru kepada Imam al-

Bukhari dan al-Tarmizi).

“Beliau (Musa bin Hizam) adalah seorang soleh dan thiqah. Walaupun begitu

sebenarnya pada peringkat awal, Musa menganut fahaman Murji’ah yang

menyeleweng. Kemudian Allah menolongnya melalui Ahmad bin Hanbal. Beliau

berubah dan menjadi pengikut sunnah, membela sunnah dan menentang siapa yang

menyalahi sunnah, terus berpegang pada agama dan sunnah hinggalah beliau

wafat”100

Kata-kata itu sungguh bermakna kerana mengandungi makna dakwah yang

sangat besar ertinya. Perubahan tidak akan berlaku hanya dengan angan-angan dan

harapan.

Bayangkanlah bagaimana tekunnya Imam Ahmad mendampingi beliau, duduk

lama bersama, berbincang dengan lemah lembut, tenang, penuh hikmat dan nasihat

yang baik sehingga berjaya memalingkan beliau dari bid’ah golongan Murji’ah.

Bid’ah itu telah membuatkannya beranggapan bahawa amalan bukanlah

merupakan syarat kepada iman tetapi iman hanyalah kepercayaan di dalam hati

sahaja. Imam Ahmad kemudiannya duduk lagi bersamanya, mengajarnya pula

tentang hadis. Kemudian duduk lagi bersamanya bagi membangkitkan semangat.

Begitulah secara terus-menerus sehingga akhirnya beliau menjadi pembela sunnah

yang setia, menentang ahli bid’ah dan golongan pengikut hawa nafsu hinggalah

beliau meninggal dunia.

Begitulah cara berdakwah dan berkhidmat demi Islam. Begitulah sikap para da’I

salafussoleh terdahulu.

Mesti wujud hubungan dengan manusia.

Anda mesti duduk bersama untuk mengajar mereka.

99 Ibnu al-Jauzi, Manaqib al-Imam Ahmad, m.s. 218

100 Ibnu al-Jauzi, Tahzib alTahzib, Jilid 10, m.s. 341

63

Anda mesti meninggalkan isteri, anak-anak, majlis-majlis keduniaan dan

kesibukan perniagaan untuk beberapa jam setiap hari. Berikan ianya untuk dakwah

kepada Allah. Gunakan waktu ini untuk menarik orang sesat yang telah menjadi

mangsa taghut hari ini dan memandunya ke jalan yang lurus. Atau gunakan waktu

ini untuk membantu seseorang yang frust, kecewa dan mendiamkan diri, berduka

cita melihat realiti kehidupan muslim tetapi dia sendiri dibelenggu dengan

keinginan dunia. Moga dengan itu, anda dapat menggerakkannya dan

menggegarkan jiwanya sambil merangkulnya dengan bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya itulah rangkulan keazaman yang pernah dilakukan oleh Jibril a.s.

semasa memeluk Nabi kita Muhammad S.A.W sebanyak tiga kali di gua Hira’pada

detikdetik pertama kenabian baginda. Jibril a.s. memeluk baginda rapat-rapat dan

bersungguh-sungguh. Kemudian barulah memerintahkan baginda:

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan”

Begitu juga Rasulullah S.A.W. memeluk sepupunya Abdullah bin Abbas dan

berdoa: “Wahai Tuhanku ajarkan Al-Quran kepadanya.”

Seperti mana para da’I pernah merangkul kamu, maka kamu juga wajib

merangkul orang lain. Pelukan yang meletakkan batas pemisah di antara zaman dan

masa relaks dan selesa dengan zaman memikul amanah secara tekad, penuh

keazaman dan kesetiaan.

Allah S.WT. menolong ribu-ribu orang seperti Musa bin Hazam melalui usahausaha

Imam Ahmad itu. Melalui mereka yang berjaya dibantu itu pula, helah

golongan Jahmiyah dan Muktazilah berjaya ditolak dan mazhab al-sunnah

dipertahankan. Maka kamu pula… berapa ramaikah pula yang akan berhasil dari

usahamu orang yang akan menolong kamu untuk menangkis serangan timur dan

barat?

Sesungguhnya bagi para salafussoleh r.a, saat yang paling gembira bagi

mereka ialah ketika melakukan kerja-kerja dakwah dan membawa hidayah kepada

seseorang hasil asuhan tangan mereka.

Abdul Qadir al-Kailani telah berkata:

“Maha Suci Allah yang telah menggerakkan hatiku untuk memberi nasihat

kepada manusia dan telah menjadikan kerja nasihat itu sebesar-besar cita-citaku.”

Dia berkata lagi: “Apabila aku melihat seorang murid yang benar telah berjaya

lahir di bawah bimbinganku, aku pun merasai kenyang, puas dan aku merasa

bangga dan gembira memikirkan bagaimana ia boleh terhasil dari bimbinganku?”101

Inilah kepuasan dan kegembiraan mereka. Kegembiraan mereka bukanlah

dengan mengarang kitab yang mengulang-ngulang perkara yang sama.

Seorang alim yang sebenarnya ialah seorang da’i. Bagi orang alim yang hanya

mengarang kitab semata-mata, kita katakan kepada mereka: “Demi Allah, kamu

bukanlah ulama’ atau orang yang bijaksana, tetapi kamu hanyalah

memperdagangkan ilmu.”102

Islam hari ini tidak memerlukan penambahan lagi terhadap kajian-kajian di

dalam cabang-cabang ilmu fiqh berbanding keperluannya kepada da’i yang

bergabung tenaga, tolong-menolong dan berganding bahu sesama mereka.

101 Al-Fathu Al-Rabbani, m.s. 27

102 Abdul Wahab Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 97

64

Fiqh Dakwah Seorang Menteri Yang Juga Seorang Da’i

Dengarkanlah kefahaman murni seorang faqih, ahli hadis, abid dan menteri

kerajaan Abbasiyyah yang soleh, iaitu Ibnu Hubairah Al-Dauri Rahimahuliah.

tatkala dia membaca firman Allah S.W.T. :

“Seorang lelaki dari hujung negeri datang dengan berlari-lari (bersegera) (Al-Qasas 28:

20)

dan firman Allah S.WT

“Seorang lelaki dari hujung negeri datang dengan berlari-lari (bersegera) katanya: “Hai

kaumku, ikutlah utusan-utusan itu.” (Yasin 36:20)

Kata Ibnu Hubairah: “Aku perhatikan sebutan ‘dari hujung negeri’. Kedua-dua lelaki

di dalam ayat tersebut datang dari jauh kerana ingin melaksanakan ‘amar makruf. Keduanya

tidak duduk diam di rumah dengan alasan jauh perjalanan.”103

Deduksi yang baik –walaupun kelihatan remeh- itu mendorong para da’i untuk

berfikir. Terfikirkah da’i pada hari ini untuk merasa susah dalam memikul tugas

dakwah yang memerlukan pergerakan seharian yang jauh? Pernahkah dia terfikir

bahawa kesusahan ini telah dilalui oleh salafussoleh dari kalangan da’i golongan

awal-awal Islam? Sifat-sifat mereka dinukilkan di dalam al-Quran yang

memaparkan siri pengembaraan dan perjalanan mereka ke tempat-tempat yang jauh

hanya semata-mata untuk mengembangkan dakwah dan melaksanakan amar

makruf nahi mungkar.

Firman Allah S.W.T.:

“Kemudian, datanglah seorang laki-laki berlari-laki dari ujung negeri, Katanya: Hai

kaumku, ikutlah utusan-utusan itu.”

Lelaki yang mendengar dakwah itu terus menerimanya setelah melihat segala

bukti kebenaran dan logik apa yang disebut dalam ucapannya kepada kaumnya.

Apabila hakikat iman itu telah bertapak di hati, bergeraklah hakikat itu di dalam

hatinya. Hinggakan dia tidak tergamak untuk mendiamkan diri atau hanya diam

membisu di rumahnya dengan akidahnya sedangkan dia melihat kesesatan,

kekufuran dan maksiat berleluasa di kekelilingnya. Bahkan dia bersegera

mendokong kebenaran yang telah tertanam di jiwanya dan menyala di dalam

sanubarinya. Dia bergegas dari tempat yang jauh berjumpa kaumnya untuk

menyampaikan dakwah Islam kepada mereka walaupun mereka menafi, menolak,

menyangkal serta mengancamnya. Dia datang dari tempat yang jauh, dari hujung

kota untuk melaksanakan tugas dakwah dan menyeru kaumnya kepada kebenaran.

Dia menghalang niat jahat kaumnya yang hampir-hampir mencederakan Rasulrasul

Allah a.s.

Apa yang jelas ialah lelaki itu bukan orang yang mempunyai pangkat ataupun

kekuasaan. Dia juga bukan orang yang mempunyai mempunyai keluarga ternama

untuk mempertahankannya. Tetapi akidah yang hidup di jiwanya itu mendesak dan

mendorongnya untuk datang dari kawasan pedalaman yang paling jauh untuk

menyampaikan dakwah Islam kepada kaumnya.104

103 Ibnu Rejab, Zail Tabaqat al-Hanabilah, Jilid 1, m.s. 269

104 Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 23, m.s. 16

66

BAB 7: Jihad Dengan Hujah

Kesedaran seorang muslim terhadap wajibnya berdakwah, kefahamannya

terhadap masalah dakwah dan kejelasan pandangannya terhadap kedudukan

masalah ini dalam ajaran Islam, semuanya itu menentukan bermulanya titik

tolaknya di dalam kehidupan individu muslim. Ia juga merupakan langkah mula di

dalam perencanaan reformasi jama’i.

Oleh itu, penjelasan terhadap wajibnya dakwah ini perlu dilakukan dengan

beriya-iya, bersungguh-sungguh, jelas, mengambil panduan pelaksanan yang

dilakukan oleh salafussoleh dan contoh-contoh mereka yang menghidupkan

kembali sunnah itu di zaman kita ini.

Sebagaimana kita telah lihat Abdullah bin Mas’ud r.a. meletakkan dirinya di

Kufah untuk menghapuskan uzlah105, maka begitu juga kita dapat lihat al-Hassan

al-Basri pemimpin tabi’in rahimahullah meletakkan dirinya di kota Basrah untuk

membangkitkan semangat orang ramai terhadap dakwah dan menjelaskan erti islah

kepada mereka. Beliau membacakan firman Allah S.W.T. kepada penduduk Basrah

“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah

(agamaNya) dan beramal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang

muslimin.” (Fussilat: 33)

Kemudian dia berkata:

“Dia ialah mukmin yang menyahut seruan Allah, menyeru manusia kepada apa

yang disahuti dari seruan itu dan mengerjakan amal soleh di dalam menyahut

seruan itu. Inilah kekasih Allah dan wali Allah.”

Bukan seperti orang lain yang mengasingkan diri, membisu dan

menyembunyikan dirinya.

Semasa Ibnu al-Qayyim memetik kata-kata Hassan Basri ini , beliau menambah:

Maqam dakwah ke jalan Allah itu adalah semulia-mulia maqam seorang hamba.”106

Begitu pantas Ibnu Qayyim memahami kata-kata Hassan Basri dan begitu juga

begitu sama kata-kata beliau dengan kata-kata Abdul Qadir al-Kailani yang telah

kita sebutkan sebelum ini. Ini semua membuktikan wujudnya kesatuan pemahaman

hasil dari kesatuan metodologi yang mereka lalui.

Petikan Yang hampir sama Dari Satu Cahaya

Oleh kerana method mereka adalah menjadikan Al-Quran dan hadis sahih

sebagai sumber pemahaman dan kesediaan jiwa mereka untuk menerima seluruh

pengertian Al-Quran dan hadis yang berpandukan akal yang waras dan pengertian

zahir dari segi bahasa, maka dari situlah berpadunya kata-kata dan pemahaman

mereka yang kita nukilkan tadi. Bermula dari para sahabat Nabi dan kemudiannya

diikuti oleh para tabi’in, disusuli lagi oleh Ibnu al-Jauzi, Syeikh Abdul Qadir al-

Kailani, Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qayyim sehinggalah berakhir kepada

sebahagian dari tokoh-tokoh di zaman ini seperti al-Rafi’e, Iqbal, Abdul Wahab

105 Pengasingan diri dari masyarakat.

106 Ibnu Qayyim, Miftah Dar al-Sa’adah, Jilid 1, m.s. 153

67

Azam dan pemimpin gerakan dakwah seperti Imam Hassan Al-Banna, al-Maududi,

Abdul Qadir Audah dan Syed Qutb.

Golongan yang mempertahankan kebenaran ini akan terus bergerak,

mengambil erti zahir nas-nas hinggalah ke hari kiamat. Ia berbeza dengan kaedah

yang digunakan oleh golongan-golongan lain yang terpengaruh dengan kecelaruan

ilmu falsafah, tarikan bid’ah, keinginan nafsu, kebaculan dan mempunyai

kepentingan.

Mereka hanya mencari dan mengambil sesuatu yang sesuai dengan akal dan

perasaan mereka. Mereka menolak segala perkara yang mendedahkan pekong

mereka atau sedaya upaya cuba untuk memalingkannya dari maksud sebenar yang

zahir.

Surah Al-’Asr Sudah Memadai

Terdapat sebaris ayat di dalam Al-Quran yang cukup memadai dan besar ertinya

bagi pendokong manhaj yang pertama dan sahih iaitu firman Allah S.W.T.

Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang

beriman dan beramal soleh, dan orang-orang yang berwasiat (nasihat-menasihati) dengan

kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.” (Al-’Asr 103:1-3)

Bahkan sebenarnya satu perempat dari surah tersebut pun sudah mencukupi

iaitu yang menyifatkan orang yang saling berpesan atas kebenaran sebagai orang

yang mendapat keuntungan. Kerana itulah Rasulullah S.A.W. menyifatkan surah al-

’Asr sebagai menyamai satu pertiga dari al-Quran.107 Dua perkataan sahaja (iaitu

saling berpesan atas kebenaran) sudah cukup untuk menjelaskan kewajipan

dakwah. Inilah yang menjadikannya menyamai dengan satu pertiga dari al-Quran.

Setiap manusia berada di dalam kerugian. “Kecuali orang yang telah

menyempurnakan kekuatan ilmiahnya dengan beriman kepada Allah dan

menyempurnakan kekuatan amalannya dengan mengerjakan ketaatan kepada

Allah. Inilah kesempurnaan pada dirinya. Kemudian, dia juga perlu

menyempurnakan orang lain dengan menasihati dan menyuruh mereka untuk

melakukan perkara yang sama untuk kesempurnaan iman dan amal. Untuk

memiliki segala kesempurnaan tersebut, kuncinya adalah kesabaran. Individu

tersebut menyempurnakan dirinya dengan ilmu yang berguna dan amal yang soleh

dan menyempurnakan orang lain dengan mengajar mereka perkara yang sama dan

berpesan agar mereka bersabar di dalam melaksanakan perkara tersebut.

Oleh itu, Imam Syafi’ie telah berkata: “Sekiranya manusia berfikir tentang

kandungan surah al-‘Asr, ia sudah mencukupi bagi mereka.”108

“Allah bukan hanya menyuruh manusia agar mengenali kebenaran dan

bersabar di atasnya, tetapi Dia juga menyuruh mereka agar saling menasihati

sesama mereka dengan kebenaran dan kesabaran sambil mendorong mereka untuk

melakukannya. Jika mereka tidak berbuat demikian, maka mereka itu adalah di

kalangan orang-orang yang rugi.”109

107 Sahih al-Bukhari, Jilid 6, m.s. 233

108 Ibnu al-Qayyim, Al-Jawab al-Kafi li man saala ‘an al-Dawa’ al-Syafi, m.s. 73

109 Ibnu al-Jauzi, Igathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, Jilid 1, m.s. 33

68

Sebagaimana yang dijelaskan oleh seorang da’i lain; Muhammad Mahmud Al-

Sawwaf: “Syarat untuk selamat dari sebarang kerugian telah ditentukan oleh Allah

S.W.T. iaitu bergantung kepada pengetahuan manusia kepada kebenaran. Setelah

manusia itu mengenali kebenaran, mereka kemudiannya beriltizam pula

dengannya, menegakkannya di dalam hati mereka, serta hidup bersama-sama

kebenaran dan demi kebenaran. Setelah mengenali kebenaran, mereka tidak akan

terlepas dari tanggungjawab dan tidak akan dapat selamat sekiranya mereka tidak

menceritakan kepada manusia tentang kebenaran tersebut, menyeru manusia

kepada kebenaran dan bersungguh-sungguh membawa mereka untuk berpegang

teguh dan mengikut kebenaran.

Mengajak kepada kebenaran dan menyampaikan khabar gembira kepada

manusia dengan kebenaran merupakan cabang kepada keyakinan dan mengenali

kebenaran. Tidak sempurna akar tanpa cabang ini. Sesiapa yang tidak berusaha

membawa manusia kepada kebenaran yang sebenar setelah mengenali dan

mengikutinya, dia adalah orang-orang yang rugi. Perintah Allah S.W.T. yang jelas

dinyatakan di dalam ayat tersebut iaitu saling berpesan dengan kebenaran terangterang

dan jelas membawa erti dakwah kepada kebenaran.

Sekiranya kamu telah mengenali kebenaran dan kamu telah melihat pula

pendokong kebatilan menyimpang dari kebenaran, tetapi kamu tidak menyeru dan

mengajak mereka agar menurut jalan kebenaran, jalan yang lurus dan cahaya yang

jelas, tidak syak lagi bahawa kamu adalah dari kalangan orang yang rugi. Kamu

berada dalam kerugian kerana tidak melaksanakan perintah Allah dan kamu tidak

berpesan-pesan atas kebenaran. Kamu hanya mengambil kebenaran itu untuk

dirimu sahaja dan tidak membawa sinarnya kepada orang yang sesat,

menyeleweng, salah dan bingung tentang kebenaran. Sedangkan, seorang muslim

yang sejati tidak hidup untuk dirinya sahaja bahkan dia juga hidup untuk orang

lain. Jika dia telah memperbaiki dirinya, maka dia wajib pula berusaha memperbaiki

seluruh manusia di sekelilingnya, mengikut kemampuan dan lingkungan masingmasing.

Nas di dalam ayat ini adalah dalil yang terang dan tidak boleh ditakwilkan

lagi.”110

Da’i Merupakan Mujahid dan Muhajir

Allah S. W. T. juga mengurniakan pahala dan ganjaran seperti pahala para mujahid dan

muhajirin kepada orang yang saling berpesan-pesan dengan kebenaran, menyuruh rnanusia

kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran. Mereka melontarkan hujah-hujah

dan keterangan Allah untuk membidas pendapat akal yang sesat dan menyeleweng. Menyeru

manusia kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran dianggap sebagai jihad

dan tetap thabat di atas jalan dakwah dianggap sebagai ‘hijrah’.

Ibnu al-Qayyim berkata: “Tidak syak lagi bahawa perintah jihad yang sebenar hanya

datang setelah hijrah dari Mekah ke Madinah. Tetapi, jihad melalui hujah telah diperintahkan

di Mekah dengan firmanNya

“Oleh itu, janganlah engkau ikut orang-orang yang kafir dan berjihadlah terhadap

mereka (dengan Al-Quran) dengan jihad yang besar.” (Al-Furqan 25: 52)

Surah ini adalah surah Makkiyah (diturunkan di Mekah). Jihad yang dimaksudkan di

110 ‘Iddah al-Muslimin fi ma’ani al-Fatihah wa Qasar al-Suwar, m.s. 87

69

dalam ayat ialah jihad menyampaikan dan jihad dengan hujah”111

Berjihadlah menentang mereka dengan al-Quran wahai Nabi s.a.w. dan…..

wahai pewaris dan pengikut nabi Muhammad S.A.W. pula…..berjihadlah

menentang mereka dengan al-Quran

Ertinya kita bangun menghadapi pendapat akal mereka yang dangkal itu dan

kita hancurkannya dengan hujah-hujah dari al-Quran… agar kebatilan mereka itu

akan hancur binasa.

Oleh yang demikian, tugas dakwah, menyuruh kepada kebaikan dan melarang

mereka dari kemungkaran, pesan-memesan dengan kebenaran dan kesabaran

adalah sejenis dari jihad di jalan Allah. Justeru itu wajarlah bagi kita di dalam fiqh

dakwah ini berusaha mengenali sebanyak mungkin selok-belok dakwah dan sifatsifat

da’I, berdasarkan kias kepada hukum jihad dengan senjata. Begitu juga para

da’i diwajibkan agar memahami ayat-ayat al-Quran dan hadis mengenai perintah

berjihad bahawa ía adalah ditujukan kepadanya apabila da’i tersebut menyeru

orang ramai dalam mengerjakan amar makruf, nahi mungkar. Walaupun

kelihatannya kerja dakwah bukanlah seperti betul-betul berperang pada jalan Allah,

tetapi ia juga menghadapi risiko peperangan, kekalahan, wujudnya orang yang

tidak berdisiplin atau bermudah-mudah, pelemah semanngat dan pembelot yang

menikam dari belakang. Disebabkan risiko-risiko tersebut, mereka yang

menyampaikan dakwah Islam, amar makruf nahi mungkar berhak mengharapkan

pahala yang sama darjatnya dengan orang-orang yang berjihad di medan perang,

Insya-Allah.

Para Da’i juga mendapat pahala Muhajirin sebagaimana yang telah dijelaskan

oleh Imam Ibnu Taimiyah dalam mentafsirkan ayat al-Quran berikut:

Firman Allah S.W.T.

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah, serta berjuang di jalan Allah dan orangorang

yang memberi tempat tinggal dan menolong, mereka itulah orang-orang beriman yang

sebenarnya.” (Al-Anfal 8: 74)

Kata Ibnu Taymiyyah: “Menurut sebahagian dari salafussoleh: “Termasuk di

dalam pengertian ayat ini ialah orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad

hingga hari kiamat.” 

No comments:

Post a Comment