Sunday, 8 April 2012

SEX


by Harlina Halizah Siraj on Thursday, June 16, 2011 at 8:30am

( Artikel ini diterbitkan sebagai buahtangan sulong Dr.Har dalam ruangan Fitrah: Menyantuni Naluri Insan dalam majalah Solusi Isu ke23, 2010 terbitan Telaga Biru. Mohon dimanfaatkan sebaiknya jika ada kebaikan yang boleh sama-sama dikongsi. Semoga ia menjadi amal soleh yang dinilai oleh Rabbul Jalil.)

Apabila disebutkan pendidikan seks, apakah yang tergambar di dalam benak pemikiran kita? Ramai di antara kita yang akan membayangkan satu bentuk matapelajaran yang diajar di sekolah-sekolah di Barat khususnya, yang menghuraikan aspek biologi manusia menjurus kepada perlakuan seksual dan hubungan kelamin. Kita juga menggambarkan betapa liberal sikap guru yang mengajarkan subjek tersebut, di samping latarbelakang masyarakat sekitar yang menganggap seks sebagai satu keseronokan tanpa ikatan dan tanggungjawab.


Implikasinya, amat mudah kita menolak bulat-bulat saranan dan cadangan yang diajukan agar pendidikan seksualiti diketengahkan sebagai salah satu kaedah penyelesaian kepada kemelut gejala sosial dan seksual yang sedang meruncing dalam masyarakat kita hari ini. Sebelum kita mengambil sebarang tindakan selanjutnya, elok kita perhalusi terlebih dahulu perspektif yang merangkumi pendidikan seksualiti ini.

Pendidikan seksualiti dalam ertikata sebenarnya adalah satu bidang pendidikan yang menggabungkan sekurang-kurangnya lima dimensi – biologikal, intelektual, emosional, sosial dan spiritual. Pendidikan ini bertujuan membentuk manusia yang terhormat dan mulia, dengan perubahan khusus tingkahlaku seksual yang selamat – yang tidak akan merosakkan diri sendiri, orang lain dan masyarakat. Melalui ilmu mengenai aspek seksualiti yang holistik, kemahiran manusia untuk membuat keputusan (decision-making skills) yang berkaitan dengan aspek seksualiti dilatih menjadi lebih mantap. Akhirnya manusia memilih tindak tanduk serta tingkahlaku seksual yang selaras dengan peraturan fitrah yang sejahtera. Begitulah matlamat utama pendidikan seksualiti yang diharap dan diidam-idamkan.

Mary Buxton, seorang perunding terapi seksual memberi huraian mengenai ciri-ciri remaja belia yang sihat dari sudut seksualnya seperti berikut :

Menghargai tubuh badannya

Bertanggungjawab terhadap setiap tingkahlaku

Berkomunikasi dengan berkesan dan terhormat

Meluahkan rasa cinta dan keintiman melalui cara yang bersesuaian dengan usianya

http://www.marybuxton.com/Family_Matters/Sexually_Healthy_Teens

Penulis yakin, ramai antara kita yang tiada masalah untuk bersetuju dengan ciri-ciri remaja belia yang sihat aspek seksualnya sebagaimana yang dihuraikan oleh Mary Buxton. Persoalannya, bagaimanakah kita hendak menanamkan ciri-ciri tersebut agar sebati dengan kehidupan remaja belia hari ini? Apakah cara paling berkesan untuk mendidik mereka agar berupaya memilih jalan yang benar, sejahtera dan selamat apabila berhadapan dengan persoalan-persoalan berkaitan seksualiti?

Banyak kajian dijalankan di Eropah dan AS mengenai keberkesanan pendidikan seks yang telah sekian lama diajarkan kepada anak remaja di sekolah-sekolah di sana. Keberkesanan diukur dengan kadar kehamilan remaja di bawah umur, usia ketika hubungan seks yang pertama dan kadar penggunaan kaedah pencegahan kehamilan (kontrasepsi). Kadar kehamilan remaja di negera Belanda (Netherlands) didapati yang terendah dicatatkan di kalangan negara-negara Eropah (lihat Jadual (1).

Jadual (1) : Kadar kehamilan remaja dan kelahiran di kalangan remaja

Negara

Kadar kehamilan remaja

( setiap 1,000 wanita usia 15-19 tahun)

USA

72.2 (2004)

Perancis

25.7 (2002)

Jerman

18.8(2003)

Belanda

11.8 (2005)

Kadar kelahiran remaja

( setiap 1,000 wanita usia 15-19 tahun) (2007)

USA

42.5

Perancis

7.1

Jerman

9.6

Belanda

4.8

Sumber: http://www.advocatesforyouth.org/storage/advfy)

Antara beberapa sebab yang dikatakan membolehkan Belanda mencatatkan kadar kehamilan remaja yang rendah :

Pendidikan seksualiti dimulakan awal di rumah menurut peringkat usia dan kematangan anak.

Keterbukaan sikap terhadap aspek seksualiti di kalangan ibu bapa Belanda.

Nilai kekeluargaan yang masih diutamakan dan keutuhan rumahtangga di kalangan penduduk Belanda ( kadar penceraian di Netherlands adalah antara yang terendah di Eropah)

Pendidikan seksualiti yang diajarkan secara formal di Belanda dilengkapkan dengan nilai moral, etika dan agama yang dipegang oleh keluarga pelajar ( Kurikulum ini dinamakan Sexuality Education Plus)

Banyak kajian juga mengakui peranan moral dan agama dalam membantu remaja belia membuat keputusan yang lebih selamat apabila berhadapan dengan persoalan berkaitan aspek seksualiti. Satu laporan yang dikeluarkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) USA pada April 2003 menyimpulkan bahawa pegangan agama mengurangkan kemungkinan remaja terbabit dalam aktiviti seks yang awal melalui pembentukan sikap dan tanggapan mereka terhadap aktiviti seksual.

Kaedah penyampaian pendidikan seksualiti tidak boleh disamakan dengan cara subjek matematik, biologi, fizik, geografi dan sejarah diajarkan di sekolah. Seorang pelajar masih boleh diajar menjadi cemerlang dalam bidang matematik tambahan, fizik dan kimia oleh guru di sekolah, sekalipun kedua ibu bapanya buta huruf dan tidak langsung mempunyai keupayaan menguasai subjek tersebut. Namun, pendidikan seksualiti yang harus mampu membentuk insan yang kamil dan sejahtera, perlu bermula dari sikap dan tanggapan yang betul di dalam rumah dan dijelmakan melalui interaksi sihat penuh hormat antara ahli keluarga. Sementara di sekolah, anak-anak akan dididik dan dilatih berinteraksi dengan komuniti sekitaran yang terdiri dari kelompok yang sama atau berlainan gender. Kemahiran bersosialisasi di sekolah menjadi tumpuan dan fokus yang perlu diutamakan bagi mengembangkan dimensi sosial dalam aspek pendidikan seksualiti. Pendekata, saranan yang menganggap gejala sosial akan mampu diselesaikan sekiranya pendidikan seksualiti diajarkan secara formal di institusi pendidikan semata-mata, tidak akan mencapai objektif yang dicita-citakan tanpa usaha serentak yang serius dalam meningkatkan keberkesanan peranan ibu bapa dan keluarga dalam menanamkan nilai agama, moral dan kemanusiaan yang mantap.

Masih ramai yang ragu-ragu sama ada pendidikan seksualiti mempunyai tempat dalam aspek pendidikan anak-anak atau tarbiatul aulad. Sekiranya dirujuk buku Tarbiatul Aulad fil Islam ( Pedoman Pendidikan Anak-anak dalam Islam) karangan As-Syaikh Al Ustaz Dr Abdullah Nasih ’Ulwan, terdapat satu bab khusus `Tanggungjawab Pendidikan Seksual’ yang merangkumi adab meminta izin, adab memandang muhrim dan bukan muhrim serta panduan menghindarkan anak-anak dari rangsangan seksual. Di dalam pendidikan Islam, anak-anak perlu tegas diajarkan mengenai solat seawal mungkin hingga menjelang usia tujuh tahun. Serentak dengan itu, mereka perlu diajarkan berwuduk dan mengetahui apa yang membatalkan wuduk dan solatnya. Ketika itu, mereka akan diperkenalkan dengan perkataan baru ` haid’, `nifas’ dan `air mani’, yang perlu penjelasan lanjut dari ibu bapa dan guru. Di dalam Al-Quranul Karim, jelas diajarkan keperluan mendidik anak-anak untuk menghormati waktu-waktu tertentu dengan meminta izin sebelum memasuki bilik ibu bapa pada tiga waktu iaitu sebelum solat Subuh, waktu Zuhur dan selepas solat Isya’ sebagaimana yang dihuraikan dalam Surah An-Nuur, ayat ke-58. Berulangkali juga peringatan Al-Quran mengenai keutamaan dan keperluan bagi orang-orang beriman memelihara kemaluan mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam ciri-ciri kejayaan orang beriman dalam Surah Al-Mukminun, ayat 5, 6 dan 7. Bagaimana mungkin seseorang itu memelihara, menjaga dan mengawasi kemaluannya sekiranya dia tidak mempunyai ilmu dan maklumat yang tepat mengenai alat kelamin serta fungsi reproduktifnya sendiri?

Penulis berpandangan, sebenarnya pendidikan seksualiti adalah sebahagian dari aspek pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Tidak dapat dinafikan, keperluan seksualiti manusia berubah mengikut usia, tahap kematangan dan kehidupan serta status kesihatan seseorang. Dengan itu, manusia harus sentiasa belajar menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Di waktu usia kanak-kanak dan remaja, perubahan yang berlaku menjelang baligh menandakan tahap kematangan organ pembiakan dan fungsi reproduktifnya, yang perlu diseimbangkan dengan kematangan kognitif atau akal dalam membuat keputusan dan pilihan. Ibu bapa yang perlu memberikan didikan ini harus berkemahiran memberikan jawapan yang tepat kepada setiap persoalan mengenai seksualiti yang ditimbulkan oleh anak-anak yang berada dalam peringkat ingin tahu. Kegagalan memberikan jawapan yang tepat akan menyebabkan anak-anak beroleh maklumat yang salah, hingga mengikis keyakinan anak-anak yang semakin terdedah dengan sumber maklumat luar yang lebih dirasakan tepat. Ibu bapa harus mampu membina wibawa dan kredibiliti, sehingga anak-anak menjadikan mereka rujukan pilihan utama setiap kali timbul persoalan berkaitan seksualiti. Selain itu, ibu bapa mesti berupaya memberikan maklumat berhubung aspek seksualiti sesuai dengan peringkat usia dan kematangan anak-anak – yang lazimnya dibahagikan kepada empat peringkat : prabaligh (sekitar 5 -9 tahun), baligh (10 – 12 tahun), remaja (13 – 17 tahun) dan dewasa muda ( 18 tahun ke atas).

Pendidikan seksualiti mestilah juga mencakupi dimensi sosial dan spiritual, di mana nilai moral, agama dan kemanusiaan mestilah ditekankan. Anak-anak mesti diperingatkan mengenai tanggungjawab menjaga alat kelamin sebagai amanah dari Allah SWT. Sebagaimana juga anggota badan yang lain seperti mata, telinga, kaki dan tangan, alat kelamin perlu dijaga sebaik mungkin untuk peranan utamanya menyambung zuriat dan nasab keturunan manusia. Pada hari pembalasan kelak, bila mana mulut terkunci dan anggota lain boleh berkata-kata untuk menyampaikan aduan kepada Allah SWT, alat kelamin yang digunakan di luar batas yang dibenarkan, akan pasti menuntut keadilan. Perzinaan akan menghancurkan kesucian hubungan manusia dan membawa kepada banyak lagi kerosakan. Cabaran utama ibu bapa Muslim hari ini adalah untuk membentuk anak-anak yang mempunyai daya tahan dan kekalisan yang tinggi dari pengaruh aliran liberal yang menyanjung gaya hidup hedonisme yang sarat dengan kecelaruan nilai dan identiti diri. Bekalkan mereka dengan aqidah yang sahih, akhlaq yang terpuji, ilmu pengetahuan yang menajamkan minda, sikap yang sejahtera dan tingkahlaku psikomotor yang sejajar dengan fungsi sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ayuh, mulakan usaha bersama, sekarang juga untuk pertingkatkan kemahiran kita sebagai pembimbing kepada satu generasi baru yang mampu mendahului zaman, gagah mencipta kegemilangan – bukannya satu generasi muda yang lemah longlai, begitu mudah kecundang dan tersungkur menyembah nafsu syahwat yang serakah.





From: Mohd Sofian Mat Ludin <mohdsofian71@yahoo.com>

To: komunitiBP@yahoogroups.com

Sent: Wednesday, 8 June 2011 2:11 PM

Subject: Ceramah Perdana Bersama Sheikh Ali Salleh Mohamad Ali Jabir





Assalamualaikum WBTH



Surau Bangi Perdana akan mengadakan Ceramah Perdana Bersama :



Penceramah : Sheikh Ali Salleh Mohamad Ali Jabir

Imam Besar Masjid Al Muttaqin Indonesia

Berketurunan Arab (Madinah) Fasih berbahasa Melayu

Tarikh            : 9 Jun 2011

Hari               : Khamis

Masa             : Selepas Solat Maghrib



"Beliau akan mengupas isu-isu semasa Umat Islam Masa Kini."



Tuan-Tuan/Puan-Puan dijemput hadir.



Sekian terima kasih.

Sofian S.U. SBP





__._,_.___

BER KELAH REHLAH


رحلة في النهر

الخيل مرت بنهر فشربت منه

DOA

اللهم
 أغفرلي وأجعلني مع الرفيق ألأعلى
حديث2052  صحيح مسلم جلد 4



حديث2052  صحيح مسلم جلد 4

Test of personality


Scale of The Test

SD_Strongly disagree

D_disagree

N_neutral

A_agree

SA_Strongly angree



1.       I am not a worrier

2.       I like to have a lot of people around me

3.       I don’t like to waste my time day dreaming

4.       I try to be courteous to every one I meet

5.       I keep my belongings neat and clear

6.       I often feel inferior to others

7.       I laugh easily

8.       Once I find the right way to do something, I stick to it

9.       I often get into arguments  with my family and co workers

10.   I am pretty good about pacing myself so as get things done on time

11.   When I am under a great deal of stress, sometimes I feel like I am going to pieces

12.   I do consider myself especially “light_hearted”

13.   I am intrigued by the pattern

14.   I find in art and nature

15.   Some people think I am selfish and egoistical

16.   I am not a very methodical person

17.   I really enjoy talking to people

18.   I rarely feel lonely or blue

19.   I believe letting students hear controversial speakers can only confuse and mislead them

20.   I would rather cooperate with others than complete with them

21.   I try to perform all the tasks assigned to conscientiously

22.   I often feel tense and jittery

23.   I like to be where the action is

24.   Poetry has little or no effect on me

25.   I tend to be cynical and skeptical of others intentions

26.   I have a clear set of goals and work toward them in an orderly fashion

27.   Sometimes I feel completely worthless

28.   I usually prefer to do thing alone

29.   I often try new and foreign food

30.   I believe that most people will take advantage of you if you let them

31.   I waste a lot of time before settling down to work

32.   I rarely feel fearful or anxious

33.   I seldom notice the mood of feeling that different environment produce

34.   Most people I know like me

35.   I work hard to accomplish my goal

36.   I often get angry of the way people treat me

37.   I am cheerful, high spirited person

38.   I believe we should look to our religious authorities for decision on moral issue

39.   Some people think of me as cold and calculating

40.   When I make a commitment I can always be counted on to follow through

41.   Try often,  when things go wrong, I get discouraged and feel like giving up

42.   I am not cheerful optimist

43.   Sometimes when I am reading poetry or looking at a work of art, I feel a chill or wave of excitement

44.   I am hard-headed any  tough minded my attitude

45.   Sometimes I am not as dependable or reliable as I should be

46.   I am seldom sad or depress

47.   My life fast_paced

48.   I have little interest in speculating on the nature of the universe or the human condition

49.   I generally try to be thoughfull and consideration

50.   I am a productive person who always gets the job done

51.   I often feel hepless and want someone else to solve my problem

52.   I am very active person

53.   I have a lot of intellectual enviousity

54.   If I don’t like people I let them know it

55.   I never seem to be able get organized

56.   At time I have been so ashamed I just wanted to hide

57.   I would rather go my own way than be a leader of others

58.   I often enjoy playing with theories or abstract idea

59.   If necessary I am willing to manipulate people to get what I want

60.   I strive for excellence in everything I do

hari akhirah here AFTER day of judgementيوم الأخيرة


Persiapan Menuju Hari Akhir

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

اَلْحَمْدُ لِلهِ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَجَعَلَ لِلْوُصُوْلِ إِلَيْهِ طَرَائِقَ وَاضِحَةً وَسُبُلاً.

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ شَهَادَةً نَرْجُوْ بِهَا عَالِيَ الْجَنَانِ نُزُلاً، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، أَقْوَمُ الْخَلْقِ دِيْنًا وَأَهْدَاهُمْ سُبُلاً،

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ، وَسَلِّمَ تَسْلِيْماً.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


Hadirin Sidang Jumaat sekelian,

Marilah kita sentiasa memuji Allah Subhanahu wa Ta’ala yang menjadikan hidup dan mati, untuk menguji hamba-hamba-Nya sehingga dapat dibezakan siapakah yang paling baik amalannya di antara mereka. Maka berbahagialah orang-orang yang bertakwa dan rugilah orang-orang yang berbuat maksiat kepada-Nya.




Hadirin yang dirahmati Allah,

Ketahuilah, bahwa kehidupan dunia ini ibarat jambatan yang sedang dilalui oleh orang-orang yang hidup di dalamnya. Setiap orang akan melewati dan meninggalkannya, lalu menuju ke destinasi yang ditujui. Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan dunia ini sebagai tempat beramal dan akhirat sebagai menuai hasilnya. Maka setiap orang yang beramal, pasti akan menerima balasannya. Dan orang yang lalai pasti akan menyesali perbuatannya. Bagi membolehkan balasan ini diterima maka kehidupan dunia ini mesti ditamatkan. Oleh kerana kematian pasti akan datang, maka apa sahaja yang mendatang adalah sesuatu yang dekat hakikatnya. Maka, janganlah kita terpedaya dengan gemerlapnya kehidupan dunia yang sementara ini, sehingga melalaikan dari kehidupan hakiki di akhirat nanti.


Saudara-saudaraku kaum muslimin rahimakumullah,

Kematian akan memisahkan kita dari keluarga, harta, serta kehidupan dunia kita. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَبْشِرُوا۟ بِٱلْجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠نَحْنُ أَوْلِيَآؤُكُمْ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ ۖ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِىٓ أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ ﴿٣١

Malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, ‘Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih dan berbahagialah dengan surga yang telah dijanjikan Allah kepada kalian.’ Kami adalah penolong-penolong kalian dalam kehidupan dunia dan akhirat, di dalam (syurga) kalian akan memperoleh apa yang kalian inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kalian minta.” (Surah Al-Fusilat: 30-31)



Muslimin yang dihormati,

Kebahagiaan yang abadi bermula di saat malaikat maut datang mencabut nyawa kita. Orang yang beriman akan diberikan gambaran tentang bagaimana kesudahannya di akhirat. Kebahagiaan ini akan berterusan di alam Barzakh dengan segala bentuk kenikmatan di dalam kuburan. Kemudiannya mereka akan menempuhi alam Hisab di padang mahsyar dengan tenang sementara menanti hari Pembalasan. Bagi mereka kenikmatan syurga dan segala isinya buat selama-lamanya.

Adapun orang-orang yang menyerahkan dirinya kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala, menjalani kehidupan tanpa tanpa tunduk kepada panduan Allah, maka dia akan menanggung siksa yang sangat pedih. Bermula di saat kematiannya dan berterusan sehingga kekal di dalam neraka Alllah.


Sidang Jumaat rahimakumullah,

Ingatlah bahwa kita semua pasti akan dihimpunkan pada hari kebangkitan. Seluruh manusia, sejak yang pertama kali diciptakan hingga yang terakhir diciptakan akan dibangkitkan dari kuburnya, lantas akan dikumpulkan di Padang Mahsyar. Manusia akhirnya akan terbahagi kepada dua kelompok besar ; penghuni syurga dan penghuni neraka. Allah SWT menyatakan dalam Al-Quran:

كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ هَنِيٓـًٔۢا بِمَآ أَسْلَفْتُمْ فِى ٱلْأَيَّامِ ٱلْخَالِيَةِ ﴿٢٤

Makan dan minumlah kalian dengan penuh ketenangan disebabkan amal yang telah kalian kerjakan pada hari-hari yang telah lalu (saat di dunia).” (Al-Haqqah: 24)


Manakala mengenai ahli neraka Allah menyatakan :

أَن تَقُولَ نَفْسٌۭ يَـٰحَسْرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِى جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّـٰخِرِينَ ﴿٥٦

Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, dan sesungguhnya dahulu aku termasuk termasuk dalam golongan orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah).” (Az-Zumar: 56)


Hadirin yang dirahmati Allah,

Tidak ada satu pengecualianpun yang disebutkan oleh Allah dalam ayat-ayat yang dibacakan tadi. Ketika di dunia kita boleh mengatakan bahawa kita tidak perlu sesiapa, kita tidak mengganggu sesiapa, dan jangan ada sesiapa yang patut mempersoalkan apa yang kita lakukan. Di alam barzakh hingga ke hari pembalasan, tidak ada disediakan tempat menunggu atau pihak tengah antara kebenaran atau kebatilan. Setiap kita akan berada sama ada di syurga atau neraka selama-lamanya. Maka kita wajib menentukan di manakah kita berada ketika di dunia untuk mempastikan di manakah kita di akhirat kelak. Kita akan berada di atas paksi Syariat Allah, atau sentiasa membantu para pendokong Syariat Allah. Sebaliknya jika kita hanya memikirkan kepentingan dunia, meremehkan sagala titah perintah Allah, malah masih berterusan menentang Syariat Allah


فَأَمَّا مَن طَغَىٰ ﴿٣٧وَءَاثَرَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا ﴿٣٨فَإِنَّ ٱلْجَحِيمَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ ﴿٣٩وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ ﴿٤٠فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ ﴿٤١

Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Rabb-nya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).” (An-Nazi’at: 37-41)


Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang beruntung, sehingga mendapatkan syurga-Nya dan diselamatkan dari siksa api neraka.

نبأ النبي


نبأ

Membawa berita…

النبي

Membawa wahyu dari ALLAH

Membawa berita dari ALLAH