Assalamualaikum
Alhamdulillah, dalam fatwa Islamqa.com ada disebutkan tentang kes seperti di
atas. Jawapannya ialah jika ditembak binatang buruan sama ada burung atau
sebagainya dengan senapang dan anda telah menyebut nama Allah Taala (membaca
bismillah), lalu tepat mengenai sasarannya, dan binatang itu mati akibat
tembakan tersebut., maka ia halal dan harus dimakan.
Namun jika sempat mendapatkannya dalam keadaan hidup, wajib menyembelihnya.
Sheikh Ibn Uthaimin pernah ditanya adakah burung yang ditembak dengan senapang
dan mati, adakah ia halal atau haram.
Jawab Sheikh bahawa jika anda menembak dengan senapang akan binantang buruan
seperti burung dan seumpamanya cthnya arnab, kijang dan anda menyebut nama
Allah ketika melepaskan tembakan, maka ia halal sekalipun anda mendapatinya
telah mati akibat tembakan.
Dalilnya sabda Nabi s.a.w :
”Apa yang menumpahkan darah dan disebutkan nama Allah padanya maka makanlah”.
Tetapi, jika masih hidup, yakni hayah mustaqirrah (hidup yang kuat), maka wajib
anda menyembelihnya dan menyebut nama Allah ketika sembelihan dilakukan. Jika
anda tak menyembelihnya dan mati selepas itu, maka binatang buruan itu menjadi
haram dimakan.
No comments:
Post a Comment