Allah melarang orang yang
beriman merasa dukacita terhadap orang kafir dan
inginkan apa yang ada pada
mereka di dalam satu ayat. Di dalam ayat lain pula
Allah melarang mereka dari
merasa sedih dan takut kepada orang kafir. Manusia
kadang kala menderita perasaan
kerana terlalu teringinkan sesuatu atau gerun
terhadap sesuatu.
4. Apabila membenci, mencela,
melarang, memulaukan atau menghukum pelaku
maksiat, janganlah melampaui
batas lebih dari yang dibenarkan. Bahkan katakan
bagi sesiapa yang berbuat
begitu, satu amaran: “Jagalah dirimu sendiri kerana orang
yang sesat tidak akan
membahayakan kamu, bila kamu telah mendapat petunjuk.”
Firman Allah S.W.T. :
“Janganlah kamu
kebencianmu kepada satu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku
adil. Berlaku adillah,
kerana keadilan itu lebih dekat kepada takwa.” (Al-Ma’idah 5: 8)
Jika mereka berhenti,
maka tiada permusuhan melainkan kepada orang-orang yang
melakukan kezaliman.” (Al-Baqaarah 2:193)
Terdapat ramai da’i yang
menjalankan kerja amar makruf, nahi mungkar hingga
melampaui batas-batas Allah
sama ada secara sengaja, tidak sengaja, jahil atau
zalim. Itulah perkara yang
wajib disedari semasa kita menghadapi orang-orang
kafir, munafik, fasik dan ahli
maksiat.
47
5. Melakukan amar makruf nahi
mungkar hendaklah menurut cara yang
diizinkan syarak, menggunakan
ilmu dan kelembutan, sabar, niat yang baik dan
sederhana. Ini bersesuaian
dengan firman Allah yang bermaksud: “Jagalah diri kamu”
dan firman Allah yang bermaksud
“orang-orang yang sesat
tidak membahayakan kamu
apabila kamu mengikuti
hidayah Allah,”
Itulah lima pengajaran dari
ayat itu untuk orang yang bertugas menyeru
manusia kepada Islam, amar
makruf, nahi mungkar. Terdapat juga pengertian yang
lain dari pengajaran tersebut
iaitu:
Berusaha untuk melengkapkan
diri dengan ilmu dan amal dan meninggalkan segala
perkara yang tiada kena
mengenai dengannya, sebagaimana sabda Rasulullah
S.A.W:
“Di antara keelokan
Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berkaitan
dengannya,” terutamanya berlebihan dalam hal yang tidak perlu
untuk dunianya,
agamanya, dan orang lain.
Apalagi kalau perbualan itu berbau hasad dengki atau
gila kuasa.
Begitu juga dari aspek amalan.
Dia mungkin seorang pelampau yang zalim atau
si dungu yang merosakkan keadaan.
Ia mungkin digambarkan oleh syaitan sebagai
amar makruf, nahi mungkar dan
jihad di jalan Allah. Ini semua menjadi pintu-pintu
kezaliman dan permusuhan.
Penelitian terhadap ayat ini
sangat bermanfaat kepada seseorang individu.
Sekiranya anda amati perselisihan
yang berlaku di kalangan umat ini sama ada di
kalangan ulama’, ahli ibadah,
pemerintah dan pemimpinnya, kamu akan dapati
sebahagian besar perselisihan
tersebut adalah berupa tindakan melampau yang
dilakukan sama ada dengan
takwil ataupun tanpa takwil. Contohnya, pelampauan
golongan Jahmiyah terhadap ahli
sunnah di dalam isu ‘sifat-sifat Allah’ dan al-
Quran, satu tribulasi yang
dihadapi oleh Imam Ibnu Hanbal. Begitu juga golongan
Syiah Rafidhah yang memerangi ahli sunnah dalam banyak kali; puak
al-Nasibah
bertindak melampau ke atas Ali
r.a dan keluarganya; dan al-Musyabbihah
melampaui ke atas al-Munazzahah. Begitu juga pelampauan sebahagian ahli sunnah
sesama mereka atau terhadap
sesetengah golongan bid’ah, lebih dari yang
diperintahkan Allah. Itulah
sikap keterlaluan yang disebut di dalam doa orang yang
beriman di dalam al-Quran:
Ya Tuhan kami, ampunilah
dosa kami dan pekerjaan kami yang keterlaluan.” (Aali
Imran 3: 147)
Sebaliknya pula terdapat
segolongan yang bersikap cuai terhadap kebenaran
atau apa yang diperintahkan
atau terhadap pelaksanaan amar makruf dan nahi
mungkar. Alangkah betulnya
kata-kata seorang ahli salaf: “Setiap perkara yang
diperintahkan oleh Allah pasti
akan ditentang oleh syaitan dengan dua cara. Dia
tidak peduli yang manakah di
antaranya yang lebih berkesan; Melampau atau
mengurangi perintah Allah.”78
Oleh itu, bila ada orang yang
bekerjasama dalam dosa dan permusuhan, di
sebaliknya ada pula orang yang
tidak menolong pada kebaikan dan takwa. Ada orang
yang menjalankan suruhan dan
juga melakukan perkara yang dilarang
disebaliknya ada orang yang
meninggalkan perkara yang dilarang dan sebahagian
78 Melebih-lebihkan sesuatu
perkara atau mengabaikannya. (Pnt)
48
perkara yang disuruh. Moga
Allah S.W.T. menunjukkan kita jalan yang lurus. La
haula wala quwwata illa
billah.79
Demikianlah penjelasan Ibnu
Taimiyah. Satu pendapat yang bernas dan mulia.
Lantaran itu kami sertakan di
sini dengan panjang lebar. Di dalam pendahuluan
buku ini, kami telah nyatakan
rasa rendah diri di hadapan para imam, ulama’,
fuqaha’ dan da’i Islam qudama’
dan kami utamakan nasihat mereka berbanding
pandangan kontemperori dan apa
yang mampu kami sendiri hasilkan.
Perlu disedari bahawa ulama’
terdahulu yang membolehkan sikap berdiam
diri apabila berhadapan dengan
kekuatan golongan yang jahat dan penyiksaan,
keharusan ini hanyalah untuk
orang awam yang lemah. Sebaliknya, para da’i,
pemimpin dan para ulama’
hendaklah mengambil jalan ‘azimah80 dalam
menyatakan kebenaran sekali pun
mereka disiksa, ditentang hatta diancam dengan
maut. Ianya telah dijelaskan
oleh Ibnu Taimiyah yang akan kami sebutkan pada bab
lain. Ia juga telah dijelaskan
oleh ulama’ lain. Begitu juga sejarah yang berlaku
kepada Imam Ibnu Hanbal semasa
peristiwa fitnah yang menyatakan bahawa al-
Quran itu makhluk.
Perhatikanlah dari perspektif khusus kepentingan kata-kata
Ibnu Taimiyah: “Hidayah itu tidak dapat diperolehi kecuali
dengan mentaati Allah.”
“Begitulah khalifah Abu Bakar
r.a memperbaiki kekeliruan sesetengah orang
Islam terhadap maksud ayat
al-Quran tersebut. Kita pada hari ini tentu lebih
memerlukan pembetulan seperti
ini. Ini kerana, usaha pendokong tugas merubah
kemungkaran dan menghapuskan
maksiat telah menjadi satu urusan yang lebih
sukar. Alangkah mudahnya mereka
yang lemah itu menggunakan takwil ayat ini
dengan tujuan melepaskan mereka
dari kesukaran jihad dan dakwah !
Demi Allah, agama ini tidak
mungkin tegak kecuali dengan usaha penat dan
jihad. Agama ini tidak dapat
diperbaiki kecuali dengan kerja dan perjuangan.
Agama ini memerlukan pejuang
yang sanggup berjihad dan berkorban. Mereka
hendaklah menarik dan
mengeluarkan manusia dari jahiliah kepada Islam, dari
menyembah sesama makhluk kepada
beribadat kepada Allah semata-mata dan
menegakkan ketuhanan Allah di
muka bumi. Mereka hendaklah berjihad
mengembalikan kekuasaan Allah
yang telah dirampas oleh perampas dan
menundukkan mereka hanya kepada
agama Allah, mendirikan syariat Allah di
dalam hidup manusia dan menegakkan
manusia di atas syariat Allah dalam seluruh
aspek kehidupan.
Mesti ada usaha gigih,
kadangkala dengan cara lembut jika golongan sesat
hanyalah individu-individu yang
memerlukan tunjuk ajar dan penerangan. Tetapi
mesti menggunakan apa cara saja
yang boleh dan dibenarkan oleh syarak jika
menghadapi kuasa jahat yang
menghalang manusia dari hidayah Allah,
menyingkirkan agama Allah dan
menghalang syariat Allah dari ditegakkan. Ketika
itu sahajalah – dan bukannya
sebelumnya- gugurlah tugas ini dari mereka yang
beriman.”81
Oleh itu apa yang difahami oleh
orang yang ingin mengelakkan diri dari tugas
ini adalah tidak benar. Ayat di
atas sebenarnya bermaksud:
“Jagalah dirimu sendiri; sucikan dan
bersihkanlah dia, jagalah jamaah kamu dan
79 Ibnu Taimiyah, Majmu’ Fatawa, Jilid 14, m.s. 479
80 Lawan bagi rukhsah. (Pnt)
81 Al-Zilal, Juzu’ 7, Cetakan 1961, m.s. 59
49
beriltizamlah dengannya dan
peliharanya. Bukan salah kamu jika ada yang sesat
setelah kamu sendiri mengikuti
hidayah Allah. Kamu adalah satu unit yang terpisah
dari jahiliah yang sesat itu
dan kamu adalah satu umat yang bersatu-padu dan
tolong-menolong di antara kamu.
Kamu adalah pemimpin dan penolong kepada
yang lain sesama kamu. Tidak
ada wala’ dan hubungan antara kamu dengan
mereka (jahiliah).
Sesungguhnya ayat ini
menjelaskan prinsip-prinsip asas sikap umat Islam dalam
tabiat hubungan mereka dengan
umat-umat yang lain.
Umat Islam merupakan hizbullah
atau golongan Allah. Semua umat yang
bukan Islam adalah hizbu
syaitan atau dari golongan syaitan. Oleh itu, tidak ada
wala’ dan hubungan di antara
keduanya. Oleh kerana tidak ada persamaan akidah
antara keduanya, maka tiada
persamaan juga pada tujuan dan wasilah dan tidak
ada persamaan dalam hak dan
tanggungjawab.
Umat Islam mesti bantu membantu
antara satu sama lain. Mereka mesti
nasihat menasihati dan saling
berpesan di antara meraka. Mereka mesti mengikut
petunjuk Allah yang telah
menjadikan mereka sebagai satu umat yang tersendiri
dan terpisah dari umat yang
bukan Islam. Mereka tidak akan dipersalahkan atau
digugat oleh kesesatan manusia
di sekeliling mereka selagi mereka berada di dalam
hidayah Allah.
Walau bagaimanapun, ini tidak
bererti umat Islam boleh meninggalkan tugas
mereka menyeru manusia
seluruhnya kepada hidayah Allah iaitulah agamaNya,
syariatNya dan sistemNya. Jika
sudah tertegaknya peraturan Allah di atas muka
bumi, masih ada baki tugasan
untuk umat Islam iaitu menyeru seluruh manusia
pula kepada Allah, kemudian
menunjukkan mereka ke jalan yang benar, seterusnya
mengambil alih kepimpinan untuk
melaksanakan keadilan terhadap seluruh
manusia dan mengeluarkan mereka
dari kesesatan dan kejahilan.
Sesungguhnya umat ini mempunyai
tanggungjawab terhadap dirinya di
hadapan Allah. Orang yang sesat
tidak akan dapat memudaratkan mereka
sekiranya mereka telah mengikut
hidayah Allah. Walaubagaimanapun ini tidak
bermakna umat ini tidak akan
dihisab terhadap pengabaiannya dalam
melaksanakan tugas amar makruf,
nahi mungkar. Pertamanya, melaksanakannya di
kalangan mereka dan keduanya
melaksanakan tugas itu di muka bumi, kepada
seluruh manusia. Makruf yang
pertama ialah Islam iaitu menyerahkan diri kepada
Allah dan melaksanakan
undang-undang berdasarkan syariat Islam. Manakala
perkara mungkar yang pertama
ialah jahiliyah dan merampas kuasa syariat Allah.
Undang-undang jahiliah adalah
undang-undang taghut. Taghut merupakan setiap
kekuasaan dan perundangan yang
bukan kekuasaan dan undang-undang Allah.
Umat Islam mestilah menjadi
umat yang memimpin dirinya sendiri pertamanya dan
kemudiannya menjadi pemimpin
segenap manusia.
Penjelasan kami tentang had
tugas umat Islam di dalam ayat-ayat al-Quran
tadi tidaklah sama sepertimana
yang difahami oleh sesetengah orang sama ada
dahulu dan masakini bahawa
individu mukmin dan umat Islam tidak dibebani
dengan kerja amar makruf nahi
mungkar selagi mereka telah mengikuti hidayah
Allah. Sebenarnya, setiap
individu muslim dan umat Islam itu mesti memikul tugas
mendirikan syariat Allah di
segenap pelusuk muka bumi apabila mereka telah
mendapat hidayah Allah. Mereka
tidak boleh membiarkan manusia di sekelilingnya
50
tenggelam di dalam kesesatan
dan karam di dalam jahiliah.
Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran
yang dikemukakan tadi tidak
menggugurkan tanggungjawab
untuk terus memerangi kejahatan, menentang
kesesatan dan mengalahkan
taghut dari bahu individu dan umat Islam. Taghut yang
paling jahat ialah taghut yang
merampas sifat uluhiyyah Allah, merampas
kekuasaan Allah dan
memperhambakan manusia kepada syariat yang bukan syariat
Allah. Tidak ada gunanya
individu atau umat itu mendapat hidayah sedangkan
kemungkaran itu masih berkuasa
dan berleluasa.”82
82 Ibid, m.s. 59
BAB 5: Ahli Ibadat yang
Bermain-main
Apa yang telah kita petik dari
Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, A1-Ghazali dan dari
para ulama’ serta tokoh Islam
masa kini tentang wajibnya berdakwah di jalan Allah
S.W.T. serta amar makruf nahi
mungkar dengan bersandarkan kepada beberapa
ayat al-Quran dan hadis
Rasulullah S.A.W. adalah satu penjelasan yang jelas dan
terang. Ia cukup untuk menolak
kekeliruan mereka yang mendiamkan diri. Mereka
menyangka beberapa kenyataan
fiqh yang berbentuk umum itu dapat
mengecualikan mereka dari
wajibnya dakwah ini.
Walaupun kebelakangan ini telah
banyak seruan dari da’i Islam yang mengajak
orang ramai, khususnya kepada
mereka yang bersembahyang (ahli ibadat) supaya
bekerjasama dan menolong da’i
Islam dalam kerja-kerja amar makruf, nahi mungkar
ini, namun begitu sebahagian
besar dari mereka hanya menggelupur sedih dengan
realiti orang Islam. Mereka
masih tidak mengetahui jalan kerja (tariqul ‘amal).
Kalaupun mereka tahu, mereka
dihalang pula oleh rasa takut dan ingin menjaga
kepentingan. Takut memikul
risiko dakwah dan pengorbanan serta inginkan harta
dan kepentingan dunia.
Justeru, mereka mengasingkan
diri di masjid-masjid atau di rumah masingmasing
meratapi nasib Islam dan
membiarkan generasi dan belia Islam dididik dan
dibentuk oleh puak-puak atheis,
sekularisme, komunisme dan wujudiah,
menjerumuskan belia Islam
kepada kerosakan dan kehidupan hawa nafsu, zina,
arak dan berpoya-poya tanpa
batasnya.
Mereka yang bersembahyang,
bersemangat dan yang berdukacita melihat
keadaan umat Islam ini
sebenarnya turut membaca kitab-kitab fiqh, kitab-kitab
‘zuhud’ dan ‘al-Raqaiq’ yang
menjadi sumber petikan kita. Tetapi ketakutan mereka
tidak dapat membuka mata mereka
untuk mengamati laungan orang-orang ikhlas
yang berjuang di sepanjang
zaman, sejak zaman sahabat-sahabat Rasulullah hingga
ke hari ini. Da’i yang ikhlas
itu tidak henti-henti mengajak umat Islam agar bekerja
untuk Islam, membawa khabar
gembira dengan kedatangan fajar baru Islam,
dakwah orang ramai, memberi
peringatan kepada yang lalai dan menyuruh ahli
uzlah tadi meninggalkan tempat
uzlah supaya tampil ke tengah-tengah gelanggang
perjuangan dan medan jihad
untuk berjihad dan berkorban.
Kesedihan ini merupakan
kesedihan yang ‘tak guna’, ibadah yang tak
digalakkan, uzlah yang sia-sia
dan bid’ah yang meruntuhkan, walaupun ia disertai
dengan niat yang ikhlas dan
baik.
Siapakah yang Akan
Memerangi Musuh Jika Kamu Memencilkan diri?
Kumpulan pertama yang keliru
itu telah mula muncul sejak zaman permulaan
Islam, di zaman sahabat-sahabat
Rasulullah S.A.W ketika itu masih lagi hidup.
Abdullah bin Mas’ud adalah
antara para sahabat yang menentang mereka. Beliau
faham bahawa ‘uzlah’ adalah bertentangan dengan Islam yang dinamik,
sebagaimana yang dididik oleh
Rasulullah saw. Islam didikan Rasulullah saw
52
adalah bergerak melaksanakan
amar makruf dan nahi mungkar, berjihad dan
berdakwah. Lalu Ibnu Mas’ud
menerangkan bid’ahnya mereka, mengherdik dan
mencabut kekeliruan mereka dan
mengembalikan mereka ke jalan yang benar.
Seorang ahli fiqh dari
para tabi’in Kufah yang arif dan bijaksana, Amir As-Sya’bi telah
meriwayatkan bahawa ada
beberapa lelaki telah keluar dari Kufah dan tinggal di pinggir
bandar, beribadah di
sana. Berita itu telah sampai ke pengetahuan Abdullah bin Mas’ud r.a.
Dia pun datang berjumpa
mereka. Orang-orang itu gembira dengan kedatangan beliau.
Ibnu Mas’ud berkata
kepada mereka: “Apakah yang mendorong kamu berbuat begini?”
Mereka berkata: “Kami
ingin lari dari hingar bingar kelam kelibut orang ramai untuk
beribadat.”
Kata Abdullah bin
Mas’ud: “Jika semua orang berbuat seperti apa yang kamu buat,
siapakah yang akan
memerangi musuh? Aku tidak akan tinggalkan tempat ini sehinggalah
kamu pulang.” Kisah ini
telah diriwayatkan oleh seorang guru ahli hadis Abdullah bin al-
Mubarak.’83
Menurut andaian saya (Wallahua’alam), amalan bid’ah ini iaitu mengasingkan
diri dan beruzlah dari
masyarakat untuk beribadat adalah amalan yang ditiru dari
kaum Nasrani. Di bumi Furat
yang terletak berhampiran bandar Kufah terdapat
banyak biara. Di sanalah juga
tempat tinggalnya puak bani Tay yang ada
tersebarnya kristian sebelum
kedatangan Islam. Ini terbukti melalui mereka ‘Adi bin
Hatim Al-Taa’iy r.a. yang
pernah memeluk Nasrani sebelum masuk Islam.
Dari kisah Abdullah bin Mas’ud
ini, para da’I sepanjang generasi dapat
mengambil satu kesedaran yang
benar. Sesungguhnya ia adalah kalimah yang
benar, simbol kesedaran dan
lambang didikan Nabi.
Tanda-tandanya jelas dalam
kata-kata mereka sebagaimana yang terbayang di
wajah mereka. Siapakah yang akan memerangi musuh jika ahli
ibadat itu mengasingkan
diri dari masyarakat?
Siapakah yang akan melawan
konspirasi Zionisme, Freemason, propaganda
Komunisme dan Atheis sekiranya
orang yang bersembahyang dan ahli ibadah tetap
di dalam masjid-masjid, tidak
bergabung tenaga dengan da’i Islam?
Setelah Ibnu Mas’ud dan
sahabat-sahabatnya wafat dan berlalunya generasi para
mujahid tabi’in yang dididik
oleh para sahabat Rasulullah S.A.W., sebahagian orang
Islam telah kembali semula
meninggalkan jihad, kembali beruzlah diri dari
pergolakan orang ramai.
Fenomena ini berlaku pada separuh kedua abad kedua
hijrah.
Abdullah bin Al-Mubarak
Mewarisi Ibnu Mas’ud
Allah S.W.T. memberi hidayah
kepada Abdullah bin Al-Mubarak (meninggal
pada 181H) untuk melakukan
pembaharuan (tajdid) dalam kehidupan umat Islam.
Abdullah bin Al-Mubarak
Rahimahullah adalah seorang ahli hadis yang thiqah.
Ini terbukti dengan adanya
hadis-hadis beliau yang termaktub di dalam sahih al-
Bukhari dan Muslim, kitab-kitab
sunan dan kitab-kitab musnad. Lebih dari itu,
beliau adalah di antara ahli
fiqh yang bijaksana dan mempunyai harta yang banyak.
Kekayaannya telah dibelanjakan
untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar dan
majlis ilmu di semua ibu negara
Islam. Beliau juga mempunyai koleksi puisi-puisi
indah tentang keimanan.
Bukan itu saja, bahkan beliau
juga adalah seorang da’i dan mujahid. Setiap tahun
83 Abdullah bin al-Mubarak, Kitab Al-Zuhd, m.s. 390
53
beliau berperang di Rom dan
menjadikan Tursus yang terletak di selatan Turki
sebagai tempat tinggal.
Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau pemimpin ahli
hadis semasa zamannya.
Kata-kata yang dipetik dari
Abdullah bin Mas’ud itu menggegarkan Abdullah
bin al-Mubarak lalu dijadikan
sebagai pelita di dalam hidupnya. Beliau memainkan
peranan Ibnu Mas’ud yang kedua.
Hinggakan kita dapat lihat beliau membantah
sikap sahabatnya, seorang ahli
ibadah zuhud yang thiqah iaitu al-Fudhail bin Iyadh
Rahimahullah (meninggal pada
187H) kerana mengasingkan diri di Mekah untuk
beribadat dan meninggalkan
jihad.
Al-Fudhail juga merupakan
seorang ahli hadis yang thiqah. Ini terbukti apabila
hadis-hadisnya terdapat di
dalam kitab sahih al-Bukhari dan Muslim. Dalam sejarah
Islam, beliau dianggap seorang
ahli ibadat dan zuhud yang termasyhur dan paling
baik perkataannya. Tetapi
Abdullah bin Al-Mubarak tidak menganggap
keistimewaan itu sebagai alasan
untuk meninggalkan jihad dan memerangi musuh
Islam. Ibnu al-Mubarak pun
mengeluarkan ‘kata-kata berat’ kepada al-Fudhai1 di
mana beliau menyifatkan
sahabatnya itu sebagai ahli abid yang bermain-main
dengan ibadatnya. Tegurannya
itu dikirimkan kepada al-Fudhail dari Tursus setelah
selesai satu peperangan, semasa
belum pun sempat debu di badannya hilang. Beliau
mengirimkan rangkap-rangkap
puisi yang tersangat indah, menjadi hujah bagi
setiap da’i selepas beliau.
Syairnya mengandungi
rangkap-rangkap yang sungguh mengkagumkan, isinya
yang sangat benar dan jitu
disulami dengan bahasa yang bermutu tinggi.
Bukalah hati kalian,
rungkaikanlah belenggu dan bebaskanlah hati kalian dari
ikatan, supaya dia terbang dan
melayang tinggi bersama rangkap-rangkap puisi
Ibnu al-Mubarak:
Wahai orang yang sedang
beribadat di dua tanah haram, jika kamu melihat kami
nescaya kamu faham
bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.
orang-orang itu
membasahi lehernya dengan air mata,
sedang tengkuk kami
berlumuran dengan darah
dia memenatkan kudanya
di dalam sia-sia
sedangkan kuda-kuda kami
penat di hari peperangan
kamu berbau harum dengan
minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami
adalah peluh kuda dan
debu yang terbaik di medan peperangan
telah datang kepada kami
sabda Nabi kita
kata-kata yang benar,
tepat dan bukan dusta:
“Tidak akan bertemu debu
kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang
menyala
kitab Allah ini telah
menyebut di hadapan kita bahawa
“orang yang mati syahid
itu tidak mati” ini bukan satu dusta84
Ungkapan Abdullah bin
al-Mubarak ini diucapkan kepada ahli ibadah yang
berada tanah haram Makah al
Mukarramah. Al-Fudhail digelar sebagai ahli ibadah
di dua tanah haram (Mekah dan
Madinah). Beliau terkenal dengan banyak
menangis. Kerana itulah
Abdullah bin al-Mubarak menyindirnya dengan menyebut
tentang air mata. Seperti
sesetengah orang yang bersembahyang, al-Fudhail
memakai haruman mawar dan
lain-lain haruman untuk mencontohi sunnah Nabi
84 Al-Subki, Tabaqat al-Syafiiyyah al-Kubra, Jilid 1, m.s. 287 (Hadis yang dimaksudkan oleh
Ibnu Mubarak ini ialah
Hadis sahih riwayat Tarmizi,
Nasa’I, Ibnu Majah, Abu Daud dan Ahmad: Tidak akan bertemu debu jihad dengan api
neraka Jahannam- editor)
54
Muhammad S.A.W. Oleh itu,
Abdullah bin Al-Mubarak menyindirnya dengan
mengatakan ianya satu haruman
yang mudah padahal Rasulullah S.A.W. dan
pewaris baginda dari kalangan
ulama’ mujahidin berlumuran dengan darah dan
debu medan peperangan di
samping haruman mawar dan kasturi.
Apalah yang patut kita katakan
kepada orang yang pada hari ini meninggalkan
jihad dan dakwah, tidak amar
makruf dan nahi mungkar, bukan kerana banyak
beribadat, tetapi untuk
berehat, bermewah, mengumpulkan harta dan memuaskan
hati suami atau isterinya?
Apakah tidak patut kita katakan
kepada ahli ibadat hari ini apa yang telah di
katakan Abdullah bin
Al-Mubarak:
“Wahai ahli ibadah, sekiranya
kamu melihat bagaimana da’i Islam bertarung
dengan pendukung kekafiran
(jahiliyyah) puak-puak yang sesat, barulah kamu tahu
yang kamu hanya bermain-main di
dalam ibadatmu.”
Jika ahli ibadat merasa bengkok
belakangnya kerana terlalu banyak melakukan
solat, kering tekak kerana
terus-menerus berpuasa, para da’i pula bengkok belakang
mereka kerana setelah solat
fardhu dan sunat, mereka terpaksa ke sana ke mari pula
membincangkan dan merencanakan
pelbagai urusan dan maslahah umat Islam.
Tekak mereka pula kering kerana
banyak bekerja dan bergerak. Mereka
mengorbankan darah mereka
hinggakan jasad-jasad mereka terkulai di tali gantung.
Abdul Kadir AI-Kailani di
Atas Jalan Dakwah dan Jihad
Selepas Abdullah bin
al-Mubarak, generasi dakwah dan jihad terus
berkesinambungan dari generasi
demi generasi. Kemudian tiba-tiba semangat ini
lemah dan muram kembali. Ahli
ibadah dan ahli zuhud mula mengasingkan diri di
tempat bertapa mereka dan
meninggalkan tugas membimbing orang ramai..
Dakwah tidak dijalankan. Sekali
lagi kegawatan, kekacauan dan penyelewengan
merebak dalam masyarakat Islam
di abad keenam hijrah. Ketika itu lahirlah seorang
pewaris yang unggul bagi
menyambung dakwah dan jihad Rasulullah S.A.W.
mengikut jejak langkah Abdullah
Ibnu Mas’ud dan Abdullah bin alMubarak. Dia
bangkit dan bangun, senang
hatinya bila melihat orang Islam hanyut di dalam
bid’ah pertapaan (uzlah),
mengasingkan diri dari pergolakan hidup dan
menyembunyikan diri dari
masyarakat Islam yang memerlukan pimpinan. Beliau
pun berdiri tegas, memanggil
umat dan mendedahkan kepada mereka penyakit
yang sedang mengancam mereka.
Beliau adalah Syeikh Abdul
Qadir al-Kailani Rahimahullah. Seorang yang
menjadi tauladan dan seorang
ulama’ yang bijaksana. Beliau adalah faqih lagi thiqah
dari fuqaha’ mazhab Hanbali di
Baghdad. Biasanya Ulama’ Mazhab Hanbali di
setiap masa adalah ahli ibadah
yang zuhud dan jauh dari segala perkara yang lain
dari ilmu (tajarrud ilmi). Beliau adalah bangsawan dari keturunan Hassan al-
Muthanna bin Hassan bin Ali bin
Abi Talib r.a. Beliau dinasabkan dengan bandar
Kailan kerana bandar itu adalah
tempat kediaman datuk neneknya. Ibnu Taimiyah
dan Ibnu al-Qayyim memberi
pujian dan sanjungan tinggi kepadanya. Keduaduanya
menggelarnya “Tuan Guru yang
menjadi model” sebagaimana yang kerap
disebutkan di dalam “Madarij al-Salikin.”
Syeikh Abdul Qadir banyak
berbicara kepada orang ramai, melaungkan seruan
Islam yang sebenar kepada
penduduk Iraq dengan bahasa yang indah maksud dan
strukturnya. Salah seorang
muridnya telah menyampaikan kepada kita beberapa
pidato beliau yang disalin
dengan pantas ketika beliau berkhutbah di dalam pidato
55
mingguannya pada tahun 545H.
Syarahan beliau dibukukan di dalam sebuah buku
yang bertajuk “Al-Fathu Rabbani Wal-Faidhu ar-Rahmani.” Walaupun mungkin
terdapat beberapa perkara yang
perlu ditolak, tetapi kitab itu penuh seruan al-haq,
pandangan-pandangan bernilai
dan menekankan wajibnya dakwah dan amar
makruf nahi mungkar.
Marilah kita dengar beberapa
seruan al-haq tersebut itu:
“Ahli zuhud yang baru di dalam
zuhudnya lari dari makhluk. Tetapi ahli zuhud
yang sempurna zuhudnya tidak
menghindari manusia. Tidak lari atau takut kepada
mereka, bahkan mencari-cari
mereka. Kerana mereka mengenali Allah S.W.T.
Sesiapa yang mengenali Allah
tidak akan lari dari sesuatu dan tidak akan takut pada
sesiapa pun kecuali hanya pada
Allah semata-mata.
Ahli zuhud yang baru lari dari
orang-orang fasik dan ahli maksiat, tetapi ahli
zuhud yang telah tamat
pelajarannya mencari-cari mereka. Bagaimana dia tidak
mencari mereka padahal setiap
penawar mereka ada padanya?
Justeru, sebahagian dari mereka
telah berkata: “Tidak ada yang ketawa di
hadapan orang fasik kecuali
orang yang arif lagi bijaksana.” Barangsiapa yang telah
sempurna mengenali Allah
S.W.T., ia menjadi penunjuk kepadaNya. Dia menjadi
jala untuk menangkap manusia
dari lautan dunia. Dia menggunakan kekuatannya
sehingga dapat mengalahkan
iblis dan tenteranya.
Dia merampas manusia dari
genggaman syaitan-syaitan itu.
Wahai orang yang mengasingkan
diri kononnya kerana zuhud yang jahil!
Maralah dan dengarlah kataku :
“Wahai orang zuhud di
muka bumi, majulah kamu. Robohkanlah tempat pertapaan
kamu dan marilah
dekatku. Sesungguhnya kamu telah duduk di tempat mu itu tanpa dalil.
Kamu tidak melakukan
apa-apa kebaikan. Majulah kamu.”85
Kata-kata ini diucapkannya
ketika beliau sudah tua.
Demikianlah apa yang difahami
oleh ulama’ yang beramal dengan ilmunya.
Kata-kata beliau ini
benar-benar menyentuh hati. Amatilah kata-kata beliau:
“Wahai ahli zuhud di bumi,
maralah ! Robohkanlah biara kamu.”
Robohkanlah biara kamu, wahai
orang yang lari dari masyarakat dan tersungkur
di bawah ikatan pemikiran
keduniaan dan taghut abad yang kedua puluh ini.
Ambillah tempatmu di dalam
barisan da’i Islam.
Ibnu al-Jauzi Menyifatkan
Mereka Yang Berani
Dalamasa yang sama, ada juga
da’i lain di Baghdad yang berjiwa besar seperti
Syeikh Abdul Qadir, menyeru
penduduk Baghdad. Beliau adalah Abu al-Farj Abdul
Rahman bin Al-Jauzi pengarang
buku “Zad al-Masir fi Ilmi
al-Tafsir” dan “Talbis Iblis”
dan berpuluh-puluh kitab yang
berguna bagi umat Islam.
Beliau terus bertegas dan terus
terang. Beliau tampil ke hadapan dan berkata:
“Ahli zuhud adalah bagaikan
kumbang-kumbang yang menanam diri mereka,
mengasingkan diri dari manfaat
manusia. Mengasingkan diri itu baik jika sekiranya
itu tidak menghalangnya dari
membuat kebaikan, berjemaah, mengiringi jenazah
dan menziarahi orang sakit.
Walaubagaimanapun pengasingan diri itu adalah sikap
pengecut. Mereka yang berani
adalah mereka yang belajar dan mengajar dan inilah
sebenarnya kedudukan para Nabi
a.s.”86
Demikianlah kata-kata mereka
yang sedar pada setiap generasi. Mereka tidak
benarkan walau seorang untuk
mengasingkan diri dari masyarakat, berhenti
85 Syeikh Abdul Qadir, Al-Fath al-Rabbani, m.s. 73 (dengan sedikit pemotongan)
86 Ibnu al-Jauzi, Said al-Khatir, m.s. 224, karangan Muhammad al-Ghazali
56
berdakwah, tidak menyeru
manusia kepada Islam sekalipun mereka banyak
beribadat.
Jika hendak dibentangkan semua
kata-kata mereka, nescaya akan terlalu
panjang. Dr. Hissan Hathut yang
mewakili ulama’ mujahidin itu menyampaikan
ucapannya mewakili mereka semua
dengan beberapa rangkap puisinya yang jelas:
Mereka sangka
bahawasanya agama itu ialah pengasingan dan pertapaan
dan asyik di dalam wirid
dan zikir tanpa dakwah dan jihad
Anehnya kulihat
mereka beriman dengan
sebahagian, kelihatan hati mereka kufur terhadap sebahagian
lagi
Padahal agama ini
mempunyai fardhu, sunat, dan istighfar
Agama ini adalah medan
jihad, senjata dan para pahlawannya
yang menghancur-leburkan
kejahatan dan penyangak
Agama ini memerintah
dengan nama Tuhanmu yang mencipta keadilan
Bukan kezaliman dan
bukan kewewenangan 871
Tinggalkan Rumahmu di
Belakang
Duduk sahaja di rumah -setelah
beruzlah di masjid- adalah lebih teruk lagi dan
tidak langsung menggambarkan
sifat seorang muslim. Sahabat-sahabat Rasulullah
S.A.W. membantah keras orang
yang bersembunyi di rumah sambil bersenda gurau
dengan isterinya dan
anak-anaknya, meninggalkan dakwah, amar makruf dan nahi
mungkar. Mereka ini mengosongkan
tempat mereka dalam barisan mujahidin yang
sepatutnya dipenuhkan untuk
menentang taghut.
Para perawi telah meriwayatkan
kepada kita dari seorang sahabat Rasulullah
S.A.W. yang telah dijamin masuk
syurga, iaitu Talhah bin Ubaidillah al-Quraisyi r.a.
Beliau telah berkata: “Cukup
jadi keaiban pada seseorang bila dia duduk diam di
rumahnya.”88
Tiada seorang pun ulama’ yang
terkemuka yang redha dengan sikap demikian.
Contohnya Imam al-Ghazali,
beliau berkata:
“Ketahuilah, setiap orang yang
hanya duduk di rumahnya, walau di mana pun
dia berada sebenarnya telah
melakukan kemungkaran. Bagaimana mereka boleh
duduk saja-saja tanpa
membimbing manusia, tidak mengajar mereka dan tidak
membawa mereka kepada kebaikan.
Walhal, di luar sana, sebahagian besar manusia
masih jahil tentang syariat
hinggakan syarat-syarat sembahyang. Apatah lagi
mereka yang tinggal di kampung
pedalaman. Di antara mereka ada orang Arab
Badwi, Kurdis dan Turki serta
berbagai golongan etnik lagi.
Sepatutnya ada seorang ulama’
atau faqih yang mengajar manusia tentang
agama di setiap masjid dan
kampung. Wajib ke atas setiap ahli fiqh -yang telah
selesai melaksanakan kewajiban
fardhu ain dan fardhu kifayahnya- keluar ke negara
berdekatan, sama ada ia didiami
oleh manusia tidak kira bangsa Arab, kaum Kurdi
atau kaum etnik lain bagi
mengajar mereka tentang agama dan hukum-hukum
syariat mereka.”89
Wahai orang yang
berselimut (Muhammad). Bangunlah, lalu berilah peringatan!
(kaummu)” (Al-Muddassir 74: 1-2)
87 Majalah al-Muslimun, Bil. 3, m.s. 199, (Petikan dari Qasidah yang
panjang)
88 Tabaqat Ibnu Saad, Jilid 3, m.s. 221
89 Ihya’ Ulumuddin, Jilid 2, m.s. 242
57
Ibnu Taimiyah mentafsirkan ayat
di atas dengan berkata:
“Wajib ke atas umat Islam untuk
menyampaikan apa yang diturunkan kepada
baginda Muhammad S.A.W.,
memberi peringatan sebagaimana baginda
Muhammad S.A.W. memberi
peringatan dan ancaman.
“ Dan tidaklah (betul
dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya; oleh itu,
hendaklah keluar
sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang
itu mempelajari secara
mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka
dapat mengajar kaumnya
apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan
mereka dapat
berjaga-jaga.” (At-Taubah 9:122)
Bangsa jin pula apabila mereka
mendengar ayat al-Quran, “..mereka kembali kepada
kaumnya, memberi
peringatan.90”91
Dalam timbangan Islam dan iman,
ada amalan-amalan tertentu yang perlu
diutamakan oleh seseorang pada
satu ketika dan pada situasi tertentu mengikut
konsep fiqh keutamaan (fiqh awlawiyyat). Satu amalan mungkin perlu dilakukan oleh
seseorang tetapi tidak perlu
bagi orang lain, perlu dilakukan pada seseuatu masa
dan tidak pada masa yang lain.
Adakalanya, setiap individu muslim mempunyai
satu amalan khusus yang lebih
utama untuk dilakukan olehnya berbanding dengan
amalan-amalan lain yang juga
mulia.
Ibnu al-Qayyim Rahimahullah
telah mengatakan: “Bagi orang yang berani dan
kuat yang mampu menggerunkan
musuh dengan serangannya, perlu berdiri di
barisan depan dan berjihad
menentang musuh Allah. Tindakan ini lebih utama dari
mengerjakan haji, puasa,
sedekah dan ibadah sunat yang lain.”
“Bagi tokoh-tokoh agama yang
alim dan memahami sunnah, halal haram,
kebaikan dan kejahatan, pandai
bergaul dengan orang ramai, mengajar dan
menasihati dalam bab-bab agama
lebih utama baginya dari mengasingkan diri dari
orang ramai dan menghabiskan
masa untuk bersolat, membaca al-Quran dan
bertasbih semata-mata.”92
Janganlah ada di kalangan kita
berhujah dengan hadis-hadis keutamaan
ibadat-ibadat sunat, tasbih dan
zikir untuk menjustifikasikan tindakan kita
mengasingkan diri dari orang
ramai, meninggalkan tugas untuk membimbing
manusia lain serta mengajar dan
menasihati mereka, berdasarkan pengehuannya.
Sesungguhnya menyampaikan
dakwah Islam kepada orang ramai lebih baik
daripada melakukan ibadah yang
sunat.
Da’i Adalah Pengembara
Da’i tidak perlu merasa gundah
gulana sekiranya dia tidak mempunyai masa
lebih untuk banyak berqiamullail
setiap hari, dan memperbanyakkan khatam Al-
Quran kerana sibuk dengan
urusan dakwah. Ini kerana, kerja-kerjanya di dalam
dakwah seperti mengajar
manusia, memimpin mereka, mendidik pemuda-pemudi
Islam dan membentuk mereka
dengan bentuk Islam yang sejati itu lebih utama
baginya dan lebih banyak
pahalanya.
90 Seperti diceritakan oleh
Allah di dalam surah Al-Ahqaf: 29.
91 Ibnu Taimiyah,, Majmu’ Fatawa, Jilid 12, m.s. 327
92 Ibnu al-Qayyim, Iddah al-Sabirin wa Dakhirah al-Syakirin,
m.s. 93
58
Contoh bagi para da’I ialah
tokoh-tokoh da’i dan ahli salaf yang mengembara di
serata dunia untuk
mengembangkan dakwah Islam dan menyampaikan risalah
kepada manusia. Mereka
memulakan bicara, dan bergaul dengan manusia lain
dengan tujuan dakwah dan tidak
menunggu-nunggu orang ramai untuk datang dan
bertanya kepada mereka
Begitulah sikap da’i yang
sentiasanya….
Da’i Islam pada hari ini mesti
menjadi pengembara di pelusuk kota, kampung,
negeri untuk menyampaikan
seruan Islam kepada manusia.
Sebagai contoh, lihatlah
bagaimana utusan-utusan Rasulullah S.A.W. yang round
ke lembah dan kampung-kampung
pedalaman untuk menyampaikan Islam kepada
seluruh orang Arab. Mereka
tidak menunggu orang datang ke Madinah. Cubalah
kamu saksikan, apakah jawapan
baginda apabila seorang badwi bertanya tentang
rukun Islam. Bila Rasulullah
saw menjawab, orang badwi tersebut berkata: “Tidak
aku tambah atau aku kurangkan
sesuatupun darinya.”
Orang badwi tersebut ketika
memulakan soalannya berkata: “Hai Muhammad,
utusanmu telah
datang kepada kami dan telah
menyatakan kepada kami bahawa
kamu mengatakan bahawa kamu
adalah utusan Allah?”93
Jelaslah bahawa utusan
Rasulullah telah pergi menemui mereka sebagai da’i.
Manusia perlu dilawati.
Barangsiapa yang hanya menunggu orang ramai datang
kepadanya, orang itu bukanlah
da’i.
Jika diperincikan kata-kata
orang Arab tersebut, jelaslah kepada kita bahawa para
sahabat yang berdakwah itu
sanggup meninggalkan Madinah apabila mereka
dihantar oleh Nabi s.a.w. untuk
berdakwah kepada kaum tertentu. Mereka
meninggalkan keluarga, rumah
dan anak-anak mereka. Mereka mengharungi
padang-padang pasir,
bukit-bukau dan gunung-ganang. Mereka terdedah kepada
bahaya, sanggup berpanas dan
berhujan demi menyampaikan Islam
Inilah dia bentuk dakwah yang
ingin mencapai matlamatnya. Ia perlu bergerak
dan bermula, pagi mahupun
petang, dengan perbualan dan perkataan yang benar.
Sikap duduk dan mengharap tidak
akan sampai ke mana. Oleh itu, pelajarilah
sejarah ahli salaf dan
turutilah mereka. Pasti kamu akan sampai ke matlamat. Jika
tidak, mundar-mandirlah sahaja
di tempat kamu, dan kamu tidak akan sampai ke
mana-mana.
93 Sahih Muslim, Jilid 1, m.s. 32
BAB 6 : Pelukan Cendekiawan
Orang yang beriman sentiasa
berharap semoga Allah mengampuni segala
dosanya dan memasukkannya ke
dalam syurga. Keampunan Allah dan syurga itu
adalah kejayaan yang besar yang
hanya tercapai setelah dia dapat melintasi pintu
syurga beberapa langkah sahaja.
Tetapi, rasa ketamakan terhadap apa yang ada di
sisi AlIah itu adalah satu keinginan
yang manis dan lazat.
Apabila harapan itu ada bersama
kita, kita tidak merasa cukup hanya setakat
melintasi pintu syurga, tidak
cukup rasanya kalau sekadar tinggal di tingkat syurga
yang rendah darjatnya, bahkan
kita bercita-cita untuk masuk ke syurga‘illiyyin (yang
tertinggi) dan syurga Firdaus
yang yang tertinggi.
Di sinilah lojiknya kata-kata:
“Sesiapa yang inginkan darjat
yang tertinggi di syurga, dia hendaklah berada di
martabat yang tertinggi di
dalam kehidupan dunia.
Satu dengan satu
Setiap barang ada harganya
Tidak ada martabat yang
tertinggi di dunia ini kecuali martabat dakwah dengan
melakukan kerja-kerja dakwah
kepada Allah. Demikianlah tulisan Syeikh Abdul
Qadir al-Kailani Rahimahullah
di dalam bukunya yang bertajuk “Futuh ul-Ghaib”.
Beliau adalah seorang da’I dan
reformis. Oleh itu, kita dapati setiap bukunya
tertumpu kepada pengertian
dakwah dan kewajipan dakwah. Menurut pandangan
Abdul Qadir al-Kailani, ‘orang yang berjaya’ ialah orang yang dipilih oleh Allah:
“…dan Allah
menjadikannya seorang cendekiawan yang menyeru manusia kepada
Allah, memberi
peringatan dan ancaman kepada mereka, menjadi hujah (dia telah
menyampaikan Islam),
pembawa hidayah dan menyampaikannya.” Kemudian beliau
berkata: “Itulah matlamat tertinggi di kalangan bani
Adam. Tiada darjat lain mengatasai
mereka kecuali darjat
kenabian.”94
Mukmin Bisu adalah
Ketinggalan
Syeikh Abdul Qadir Kailani
menganggap golongan bukan da’i berada di
martabat lain. Golongan itu
merupakan orang mukmin yang mempunyai hati tetapi
tiada lidah untuk menyampaikan
dakwah. Mereka adalah di antara makhluk Allah
yang terlindung daripada
makhluk dan terdinding di sebalik tirai. Kekurangan
mereka menutup mata dan hati
mereka dari menerima hidayah.
Oleh kerana mukmin tersebut tidak
mempunyai lidah, turunlah martabatnya
dan ketinggalanlah dia. Dia
tidak mendapat gelaran yang hebat dan agung. Mukmin
dan golongan yang pertama (yang
berdakwah) dikatakan sebagai ‘jahbaz’ iaitu
para
cendekiawan, ‘da’i’ dan ‘hujah’
ibarat sinaran yang terang-benderang. Mukmin yang
kedua (yang tidak berdakwah)
dikatakan mukmin yang ‘mastur’ atau yang
terselindung. Perbezaan bunyi
dan sebutan di antara dua kategori panggilan
tersebut amatlah jauh sekali
umpama langit dan bumi.
Jarak dan jurang antara keduanya
sangat jauh dan luas. Antara martabat
dakwah dengan martabat iman
yang tertutup dan menjauhkan diri.
Jurang luas itu tidak lain
melainkan disebabkan oleh faktor lidah yang menyatakan
94 Syeikh Abdul Qadir, Futuh al-Ghaib, m.s. 49
60
kebenaran. Tiada sebab lain.
Sesiapa yang mempunyai lidah berani menyatakan
kebenaran maka dia akan berada
di hadapan kumpulan yang berjalan menuju
Allah. Memang setiap orang
beriman berjalan menuju kepada keredhaan Allah.
Cuma soalnya, samakah siapa
yang berada di hadapan dengan yang ketinggalan di
belakang?
Insya Allah, mereka semuanya
akan memasuki syurga. Tetapi samakah
golongan yang menjadi barisan
pertama memasukinya dengan golongan yang
dapat memasukinya hanya setelah
bertahun-tahun menunggu di padang mahsyar?
Kerana itulah Syeikh Abdul
Qadir Kailani Rahimahullah cuba memahamkan
bahawa perasaan seorang da’i
terhadap kemestian untuk mengubah perkara yang
batil dan mememangkan hak
merupakan satu kurniaan Allah bagi sesiapa yang ada
kebaikan di dalam hatinya.
Pengertian ini dibentuk dengan kata-kata yang lebih
mudah, tetapi berharga. Iaitu:
“Apabila betulnya hati
seorang hamba itu kepada Allah S.W.T. dan berjaya menghampirkan
diri kepadaNya, Dia akan
mengurniakan kepada hamba tersebut kerajaan dan kekuasaan di
seluruh alam. Dia
menyerahkan kepadanya kerja mengembangkan dakwah kepada
makhlukNya, dikurniakan
kepadanya kesabaran terhadap gangguan manusia, serta
diserahkan kepadanya
urusan mengubah kebatilan dan menegakkan kebenaran.”95
Demikianlah tingginya bahasa bila
ia terbit dari pelita kenabian, sama ada
keluarga dari aspek nasab atau
ilmu. Syeikh Abdul Qadir berada di kemuncak
kemuliaan kerana nasabnya dari
keturunan Ali r.a. Tambahan pula, beliau
menguasai ilmu hadis dan
memahami kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal
Rahimahullah:
“Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan
dakwah itu adalah taufiq dari Allah.
Allahlah yang
memudahkannya bagi siapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya
hatinya. Tugas itu
adalah satu penghormatan dari Allah kepada seorang hamba, bukannya
bebanan.”
Renunglah dengan teliti
terhadap kata-kata al-Kailani diatas yang bermaksud:
“… serta diserahkan kepadanya urusan mengubah
kebatilan dan menegakkan kebenaran...”
Kebatilan wajib diubah oleh da’i. Ubah ertinya
hendaklah diperangi, dihapuskan
dan dikuburkan. Jika sekiranya
kamu berharap agar kebatilan itu sendiri
meninggalkan tempatnya dan
menyerahkannya kepada kamu atau jika kamu
berharap kamu akan dapat
berbicara dengannya mengunakan bahasa diplomasi.....
Maka sesekali ianya tidak akan
berlaku. Cara ini tidak akan mendatangkan sebarang
faedah. Hanya perkataan ‘mengubah’ sahaja yang disebutkan dalam undang-undang
dakwah.
Kita Hubungkan Generasi
Lalu Dengan Generasi Seterusnya
Sesungguhnya, Islam hari ini
sangat-sangat memerlukan kepada satu
kumpulan da’i yang memiliki
kefahaman ‘mengubah’ ini, memahami betul-betul
kewajiban membawa petunjuk
kepada manusia, tahu kedudukan mereka di dalam
angkatan dakwah yang berjalan
dan mengerti bahawa mereka adalah mata rantai
yang menghubungkan angkatan dahulu
dengan angkatan yang akan datang nanti.
Mereka bersama mengumandang
nasyid:
Kita ini adalah angkatan
musafir di dalam hidup ini
Menjadi penghubung
barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu
Mereka yang terdahulu
telah menunjukkan jalan ini kepada kita
95 Syeikh Abdul Qadir, al-Fath al-Rabbani, m.s. 144
61
Wajib pula kita
menunjukkan jalan kepada generasi depan.96
Betul....golongan yang
terdahulu telah bersusah payah menyampaikan akidah
tauhid kepada kita, mendidik
kita, membersihkan akidah kita, membentuk kita dan
menyelamatkan kita dari bahaya
yang membinasakan. Oleh itu, sepatutnya kita
setia kepada mereka,
menyempurnakan janji kita dalam melaksanakan tugas
dakwah yang telah diserahkan
kepada kita supaya kita bekerja dan beramal seperti
mana yang pernah mereka
lakukan.
Mereka yang menanam pohonnya,
kita yang menikmati hasilnya. Seterusnya,
kita pula akan menanam pohon
supaya buahnya boleh dimakan oleh generasi yang
datang.
Penanaman itu memerlukan kita
bergaul dengan orang ramai, berbicara dengan
mereka dan mengucapkan kalimah
kebenaran dengan tegas dan terus terang.
Tetapi, bagi sesiapa yang
memilih untuk bersembunyi, mengasingkan diri dan
enggan menentang pemikiran
sesat dan kerosakan akhlak yang berlaku, maka orang
itu samalah seperti yang
dikatakan oleh Mustafa al-Rafi’ie:
“Orang itu menyangka bahawa dia
telah lari dari kehinaan menuju kemuliaan,
tetapi pelariaannya dari
memerangi kehinaan itulah kehinaan bagi dirinya. Apa
ertinya kesucian, amanah, al-sidq, kesetiaan, kebaikan, ehsan dan lain-lain kemuliaan
bagi seorang yang berada
keseorangan di padang pasir atau di puncak gunung?
Bolehkah dianggap al’-sidq itu satu kemuliaan pada seseorang manusia jika di
sekelilingnya hanya ada
ketulan-ketulan batu? Demi Allah, sesungguhnya siapa
yang langsung tidak memerangi
keburukan, maka dia sebenarnya langsung tidak
mempunyai kebaikan dan
kelebihan.”97
Apakah bezanya antara orang
yang mengasingkan diri di puncak gunung
dengan orang yang membisu
seribu bahasa di tengah-tengah orang ramai?
Masalah umat Islam hari ini
sebenarnya bukanlah disebabkan kurangnya
bilangan mereka. Begitu juga
masalah dakwah Islam pada hari ini juga bukan
disebabkan oleh kurangnya orang
yang berpegang teguh dengan Islam di tengahtengah
kegawatan umat yang
meninggalkan solat, mengamalkan bid’ah dan
mendukung pemikiran kufur dan
teori jahiliah. Tidak sekali-kali, kerana setiap
tanah umat Islam di seluruh
dunia ini sentiasa mempunyai ramai angkatan muda
Islam yang baik.
Masalah yang berlaku ialah
mereka ini tidak menzahirkan keIslaman mereka,
tidak menyampaikan dakwah Islam
kepada orang ramai atau mereka melakukan
kerja-kerja dakwah tetapi tanpa
adanya penyelarasan di kalangan mereka.
Seorang mujahid dakwah dan ahli
fiqh Islam, Al-Syahid Abdul Qadir Audah
telah menunjukkan makna ini
kepada kita lalu berkata:
“Di dunia Islam pada
hari ini ada generasi terpelajar yang mepunyai ilmu Islam yang tinggi.
Mereka bersungguh-sungguh
mengembalikan semula kedudukan Islam yang telah hilang.
Dalam menegakkan
kebenaran, mereka tidak takut kepada cercaan orang ramai. Namun,
kekurangan mereka yang
ketara ialah mereka terpengaruh oleh pendekatan generasi
terdahulu. Kebanyakan
kerja-kerja mereka tertumpu kepada soal ibadah dan nasihat sahaja.
Adalah lebih baik bagi
mereka dan bagi agama ini sekiranya mereka tumpukan sebahagian
besar usaha mereka bagi
mengingatkan orang Islam terhadap perlunya menghidupkan
semula syariat mereka
yang telah dipinggirkan dan menghapuskan undang-undang mereka
yang bertentangan dengan
Islam.”98
96 Abdul Wahab Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 149
97 Wahyu al-Qalam, Jilid 2, m.s. 97
98 Islam Baina Jahli Abnaihi wa Ajzi Ulamaihi, m.s. 65
62
Imam Ahmad sendiri
melakukan Amal Tajmi’
Da’i mesti mengenalpasti
angkatan pemuda yang terbaik di dalam masyarakat
dan seterusnya bergaul dan
berkenalan dengan mereka, menziarahi mereka dan
mengajar mereka kaedah
menggabungkan dan menyelaraskan tenaga-tenaga Islam.
Tindakan ini akan memperbaharui
sejarah yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin
Hanbal, seorang da’i yang
dihormati.
Diceritakan: “Apabila sampai kepada Imam Ahmad berita
tentang seorang lelaki yang
soleh atau zuhud atau
yang menegakkan kebenaran dan mengikuti perintah Allah, beliau
akan bertanya mengenai
orang tersebut. Beliau amat gembira jika dapat berkenalan
dengannya serta
mengetahui hal ehwalnya.”99
Lihatlah, Imam Ahmad tidak
mengasingkan diri dan lari dari orang ramai.
Da’i hari ini sepatutnya
sentiasa mencari orang ramai, bertanya khabar,
menemui dan bermusafir untuk
menemui mereka serta menziarahi mereka di
dalam tempat perhimpunan
mereka. Orang yang hanya menunggu kedatangan
orang ramai untuk menemuinya
sama ada di masjid atau di rumahnya, dia hanya
akan tertinggal keseorangan dan
dia hanya akan mempelajari seni menguap dan
mengantuk.
Sebagai contoh, lihatlah
kesungguhan Imam Ahmad yang disebut sewaktu
sebahagian ulama’
memperkenalkan Musa bin Hizam (guru kepada Imam al-
Bukhari dan al-Tarmizi).
“Beliau (Musa bin Hizam) adalah
seorang soleh dan thiqah. Walaupun begitu
sebenarnya pada peringkat awal,
Musa menganut fahaman Murji’ah yang
menyeleweng. Kemudian Allah
menolongnya melalui Ahmad bin Hanbal. Beliau
berubah dan menjadi pengikut
sunnah, membela sunnah dan menentang siapa yang
menyalahi sunnah, terus
berpegang pada agama dan sunnah hinggalah beliau
wafat”100
Kata-kata itu sungguh bermakna
kerana mengandungi makna dakwah yang
sangat besar ertinya. Perubahan
tidak akan berlaku hanya dengan angan-angan dan
harapan.
Bayangkanlah bagaimana tekunnya
Imam Ahmad mendampingi beliau, duduk
lama bersama, berbincang dengan
lemah lembut, tenang, penuh hikmat dan nasihat
yang baik sehingga berjaya
memalingkan beliau dari bid’ah golongan Murji’ah.
Bid’ah itu telah membuatkannya beranggapan
bahawa amalan bukanlah
merupakan syarat kepada iman
tetapi iman hanyalah kepercayaan di dalam hati
sahaja. Imam Ahmad kemudiannya
duduk lagi bersamanya, mengajarnya pula
tentang hadis. Kemudian duduk
lagi bersamanya bagi membangkitkan semangat.
Begitulah secara terus-menerus
sehingga akhirnya beliau menjadi pembela sunnah
yang setia, menentang ahli
bid’ah dan golongan pengikut hawa nafsu hinggalah
beliau meninggal dunia.
Begitulah cara berdakwah dan
berkhidmat demi Islam. Begitulah sikap para da’I
salafussoleh terdahulu.
Mesti wujud hubungan dengan
manusia.
Anda mesti duduk bersama untuk
mengajar mereka.
99 Ibnu al-Jauzi, Manaqib al-Imam Ahmad, m.s. 218
100 Ibnu al-Jauzi, Tahzib alTahzib, Jilid 10, m.s. 341
63
Anda mesti meninggalkan isteri,
anak-anak, majlis-majlis keduniaan dan
kesibukan perniagaan untuk
beberapa jam setiap hari. Berikan ianya untuk dakwah
kepada Allah. Gunakan waktu ini
untuk menarik orang sesat yang telah menjadi
mangsa taghut hari ini dan memandunya ke jalan yang lurus. Atau gunakan waktu
ini untuk membantu seseorang
yang frust, kecewa dan mendiamkan diri, berduka
cita melihat realiti kehidupan
muslim tetapi dia sendiri dibelenggu dengan
keinginan dunia. Moga dengan
itu, anda dapat menggerakkannya dan
menggegarkan jiwanya sambil
merangkulnya dengan bersungguh-sungguh.
Sesungguhnya itulah rangkulan
keazaman yang pernah dilakukan oleh Jibril a.s.
semasa memeluk Nabi kita
Muhammad S.A.W sebanyak tiga kali di gua Hira’pada
detikdetik pertama kenabian
baginda. Jibril a.s. memeluk baginda rapat-rapat dan
bersungguh-sungguh. Kemudian
barulah memerintahkan baginda:
“Bacalah dengan nama Tuhanmu
yang telah menciptakan”
Begitu juga Rasulullah S.A.W.
memeluk sepupunya Abdullah bin Abbas dan
berdoa: “Wahai Tuhanku ajarkan
Al-Quran kepadanya.”
Seperti mana para da’I pernah
merangkul kamu, maka kamu juga wajib
merangkul orang lain. Pelukan
yang meletakkan batas pemisah di antara zaman dan
masa relaks dan selesa dengan
zaman memikul amanah secara tekad, penuh
keazaman dan kesetiaan.
Allah S.WT. menolong ribu-ribu
orang seperti Musa bin Hazam melalui usahausaha
Imam Ahmad itu. Melalui mereka
yang berjaya dibantu itu pula, helah
golongan Jahmiyah dan
Muktazilah berjaya ditolak dan mazhab al-sunnah
dipertahankan. Maka kamu pula…
berapa ramaikah pula yang akan berhasil dari
usahamu orang yang akan
menolong kamu untuk menangkis serangan timur dan
barat?
Sesungguhnya bagi para
salafussoleh r.a, saat yang paling gembira bagi
mereka ialah ketika melakukan
kerja-kerja dakwah dan membawa hidayah kepada
seseorang hasil asuhan tangan
mereka.
Abdul Qadir al-Kailani telah
berkata:
“Maha Suci Allah yang telah
menggerakkan hatiku untuk memberi nasihat
kepada manusia dan telah
menjadikan kerja nasihat itu sebesar-besar cita-citaku.”
Dia berkata lagi: “Apabila aku
melihat seorang murid yang benar telah berjaya
lahir di bawah bimbinganku, aku
pun merasai kenyang, puas dan aku merasa
bangga dan gembira memikirkan
bagaimana ia boleh terhasil dari bimbinganku?”101
Inilah kepuasan dan kegembiraan
mereka. Kegembiraan mereka bukanlah
dengan mengarang kitab yang
mengulang-ngulang perkara yang sama.
Seorang alim yang sebenarnya
ialah seorang da’i. Bagi orang alim yang hanya
mengarang kitab semata-mata,
kita katakan kepada mereka: “Demi Allah, kamu
bukanlah ulama’ atau orang yang
bijaksana, tetapi kamu hanyalah
memperdagangkan ilmu.”102
Islam hari ini tidak memerlukan
penambahan lagi terhadap kajian-kajian di
dalam cabang-cabang ilmu fiqh
berbanding keperluannya kepada da’i yang
bergabung tenaga,
tolong-menolong dan berganding bahu sesama mereka.
101 Al-Fathu Al-Rabbani, m.s. 27
102 Abdul Wahab Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 97
64
Fiqh Dakwah Seorang
Menteri Yang Juga Seorang Da’i
Dengarkanlah kefahaman murni
seorang faqih, ahli hadis, abid dan menteri
kerajaan Abbasiyyah yang soleh,
iaitu Ibnu Hubairah Al-Dauri Rahimahuliah.
tatkala dia membaca firman
Allah S.W.T. :
“Seorang lelaki dari
hujung negeri datang dengan berlari-lari (bersegera) (Al-Qasas 28:
20)
dan firman Allah S.WT
“Seorang lelaki dari
hujung negeri datang dengan berlari-lari (bersegera) katanya: “Hai
kaumku, ikutlah
utusan-utusan itu.” (Yasin
36:20)
Kata Ibnu Hubairah: “Aku perhatikan sebutan ‘dari hujung negeri’. Kedua-dua lelaki
di dalam ayat tersebut
datang dari jauh kerana ingin melaksanakan ‘amar makruf. Keduanya
tidak duduk diam di
rumah dengan alasan jauh perjalanan.”103
Deduksi yang baik –walaupun
kelihatan remeh- itu mendorong para da’i untuk
berfikir. Terfikirkah da’i pada
hari ini untuk merasa susah dalam memikul tugas
dakwah yang memerlukan
pergerakan seharian yang jauh? Pernahkah dia terfikir
bahawa kesusahan ini telah
dilalui oleh salafussoleh dari kalangan da’i golongan
awal-awal Islam? Sifat-sifat
mereka dinukilkan di dalam al-Quran yang
memaparkan siri pengembaraan
dan perjalanan mereka ke tempat-tempat yang jauh
hanya semata-mata untuk
mengembangkan dakwah dan melaksanakan amar
makruf nahi mungkar.
Firman Allah S.W.T.:
“Kemudian, datanglah
seorang laki-laki berlari-laki dari ujung negeri, Katanya: Hai
kaumku, ikutlah utusan-utusan
itu.”
Lelaki yang mendengar dakwah
itu terus menerimanya setelah melihat segala
bukti kebenaran dan logik apa
yang disebut dalam ucapannya kepada kaumnya.
Apabila hakikat iman itu telah
bertapak di hati, bergeraklah hakikat itu di dalam
hatinya. Hinggakan dia tidak
tergamak untuk mendiamkan diri atau hanya diam
membisu di rumahnya dengan
akidahnya sedangkan dia melihat kesesatan,
kekufuran dan maksiat
berleluasa di kekelilingnya. Bahkan dia bersegera
mendokong kebenaran yang telah
tertanam di jiwanya dan menyala di dalam
sanubarinya. Dia bergegas dari
tempat yang jauh berjumpa kaumnya untuk
menyampaikan dakwah Islam
kepada mereka walaupun mereka menafi, menolak,
menyangkal serta mengancamnya.
Dia datang dari tempat yang jauh, dari hujung
kota untuk melaksanakan tugas dakwah dan menyeru kaumnya
kepada kebenaran.
Dia menghalang niat jahat
kaumnya yang hampir-hampir mencederakan Rasulrasul
Allah a.s.
Apa yang jelas ialah lelaki itu
bukan orang yang mempunyai pangkat ataupun
kekuasaan. Dia juga bukan orang
yang mempunyai mempunyai keluarga ternama
untuk mempertahankannya. Tetapi
akidah yang hidup di jiwanya itu mendesak dan
mendorongnya untuk datang dari
kawasan pedalaman yang paling jauh untuk
menyampaikan dakwah Islam
kepada kaumnya.104
103 Ibnu Rejab, Zail Tabaqat al-Hanabilah, Jilid 1, m.s. 269
104 Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 23, m.s. 16
66
BAB 7: Jihad Dengan Hujah
Kesedaran seorang muslim
terhadap wajibnya berdakwah, kefahamannya
terhadap masalah dakwah dan
kejelasan pandangannya terhadap kedudukan
masalah ini dalam ajaran Islam,
semuanya itu menentukan bermulanya titik
tolaknya di dalam kehidupan
individu muslim. Ia juga merupakan langkah mula di
dalam perencanaan reformasi
jama’i.
Oleh itu, penjelasan terhadap
wajibnya dakwah ini perlu dilakukan dengan
beriya-iya, bersungguh-sungguh,
jelas, mengambil panduan pelaksanan yang
dilakukan oleh salafussoleh dan
contoh-contoh mereka yang menghidupkan
kembali sunnah itu di zaman
kita ini.
Sebagaimana kita telah lihat
Abdullah bin Mas’ud r.a. meletakkan dirinya di
Kufah untuk menghapuskan
uzlah105, maka begitu juga kita dapat lihat al-Hassan
al-Basri pemimpin tabi’in
rahimahullah meletakkan dirinya di kota Basrah untuk
membangkitkan semangat orang
ramai terhadap dakwah dan menjelaskan erti islah
kepada mereka. Beliau
membacakan firman Allah S.W.T. kepada penduduk Basrah
“Siapakah yang terlebih
baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah
(agamaNya) dan beramal
soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang
muslimin.” (Fussilat: 33)
Kemudian dia berkata:
“Dia ialah mukmin yang menyahut
seruan Allah, menyeru manusia kepada apa
yang disahuti dari seruan itu
dan mengerjakan amal soleh di dalam menyahut
seruan itu. Inilah kekasih
Allah dan wali Allah.”
Bukan seperti orang lain yang
mengasingkan diri, membisu dan
menyembunyikan dirinya.
Semasa Ibnu al-Qayyim memetik
kata-kata Hassan Basri ini , beliau menambah:
“Maqam dakwah ke jalan Allah itu adalah semulia-mulia maqam seorang hamba.”106
Begitu pantas Ibnu Qayyim
memahami kata-kata Hassan Basri dan begitu juga
begitu sama kata-kata beliau
dengan kata-kata Abdul Qadir al-Kailani yang telah
kita sebutkan sebelum ini. Ini
semua membuktikan wujudnya kesatuan pemahaman
hasil dari kesatuan metodologi
yang mereka lalui.
Petikan Yang hampir sama
Dari Satu Cahaya
Oleh kerana method mereka
adalah menjadikan Al-Quran dan hadis sahih
sebagai sumber pemahaman dan
kesediaan jiwa mereka untuk menerima seluruh
pengertian Al-Quran dan hadis
yang berpandukan akal yang waras dan pengertian
zahir dari segi bahasa, maka
dari situlah berpadunya kata-kata dan pemahaman
mereka yang kita nukilkan tadi.
Bermula dari para sahabat Nabi dan kemudiannya
diikuti oleh para tabi’in,
disusuli lagi oleh Ibnu al-Jauzi, Syeikh Abdul Qadir al-
Kailani, Ibnu Taimiyah dan Ibnu
al-Qayyim sehinggalah berakhir kepada
sebahagian dari tokoh-tokoh di
zaman ini seperti al-Rafi’e, Iqbal, Abdul Wahab
105 Pengasingan diri dari
masyarakat.
106 Ibnu Qayyim, Miftah Dar al-Sa’adah, Jilid 1, m.s. 153
67
Azam dan pemimpin gerakan
dakwah seperti Imam Hassan Al-Banna, al-Maududi,
Abdul Qadir Audah dan Syed
Qutb.
Golongan yang mempertahankan
kebenaran ini akan terus bergerak,
mengambil erti zahir nas-nas
hinggalah ke hari kiamat. Ia berbeza dengan kaedah
yang digunakan oleh
golongan-golongan lain yang terpengaruh dengan kecelaruan
ilmu falsafah, tarikan bid’ah,
keinginan nafsu, kebaculan dan mempunyai
kepentingan.
Mereka hanya mencari dan
mengambil sesuatu yang sesuai dengan akal dan
perasaan mereka. Mereka menolak
segala perkara yang mendedahkan pekong
mereka atau sedaya upaya cuba
untuk memalingkannya dari maksud sebenar yang
zahir.
Surah Al-’Asr Sudah
Memadai
Terdapat sebaris ayat di dalam
Al-Quran yang cukup memadai dan besar ertinya
bagi pendokong manhaj yang
pertama dan sahih iaitu firman Allah S.W.T.
Demi Masa. Sesungguhnya
manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal
soleh, dan orang-orang yang berwasiat (nasihat-menasihati) dengan
kebenaran dan berwasiat
dengan kesabaran.” (Al-’Asr
103:1-3)
Bahkan sebenarnya satu perempat
dari surah tersebut pun sudah mencukupi
iaitu yang menyifatkan orang
yang saling berpesan atas kebenaran sebagai orang
yang mendapat keuntungan.
Kerana itulah Rasulullah S.A.W. menyifatkan surah al-
’Asr sebagai menyamai satu
pertiga dari al-Quran.107 Dua perkataan sahaja (iaitu
saling berpesan atas kebenaran)
sudah cukup untuk menjelaskan kewajipan
dakwah. Inilah yang
menjadikannya menyamai dengan satu pertiga dari al-Quran.
Setiap manusia berada di dalam
kerugian. “Kecuali orang yang telah
menyempurnakan kekuatan
ilmiahnya dengan beriman kepada Allah dan
menyempurnakan kekuatan
amalannya dengan mengerjakan ketaatan kepada
Allah. Inilah kesempurnaan pada
dirinya. Kemudian, dia juga perlu
menyempurnakan orang lain
dengan menasihati dan menyuruh mereka untuk
melakukan perkara yang sama
untuk kesempurnaan iman dan amal. Untuk
memiliki segala kesempurnaan
tersebut, kuncinya adalah kesabaran. Individu
tersebut menyempurnakan dirinya
dengan ilmu yang berguna dan amal yang soleh
dan menyempurnakan orang lain
dengan mengajar mereka perkara yang sama dan
berpesan agar mereka bersabar
di dalam melaksanakan perkara tersebut.
Oleh itu, Imam Syafi’ie telah
berkata: “Sekiranya manusia berfikir tentang
kandungan surah al-‘Asr, ia
sudah mencukupi bagi mereka.”108
“Allah bukan hanya menyuruh
manusia agar mengenali kebenaran dan
bersabar di atasnya, tetapi Dia
juga menyuruh mereka agar saling menasihati
sesama mereka dengan kebenaran
dan kesabaran sambil mendorong mereka untuk
melakukannya. Jika mereka tidak
berbuat demikian, maka mereka itu adalah di
kalangan orang-orang yang
rugi.”109
107 Sahih al-Bukhari, Jilid 6, m.s. 233
108 Ibnu al-Qayyim, Al-Jawab al-Kafi li man saala ‘an al-Dawa’
al-Syafi, m.s. 73
109 Ibnu al-Jauzi, Igathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, Jilid 1, m.s. 33
68
Sebagaimana yang dijelaskan
oleh seorang da’i lain; Muhammad Mahmud Al-
Sawwaf: “Syarat untuk selamat
dari sebarang kerugian telah ditentukan oleh Allah
S.W.T. iaitu bergantung kepada
pengetahuan manusia kepada kebenaran. Setelah
manusia itu mengenali
kebenaran, mereka kemudiannya beriltizam pula
dengannya, menegakkannya di
dalam hati mereka, serta hidup bersama-sama
kebenaran dan demi kebenaran.
Setelah mengenali kebenaran, mereka tidak akan
terlepas dari tanggungjawab dan
tidak akan dapat selamat sekiranya mereka tidak
menceritakan kepada manusia
tentang kebenaran tersebut, menyeru manusia
kepada kebenaran dan
bersungguh-sungguh membawa mereka untuk berpegang
teguh dan mengikut kebenaran.
Mengajak kepada kebenaran dan
menyampaikan khabar gembira kepada
manusia dengan kebenaran
merupakan cabang kepada keyakinan dan mengenali
kebenaran. Tidak sempurna akar
tanpa cabang ini. Sesiapa yang tidak berusaha
membawa manusia kepada
kebenaran yang sebenar setelah mengenali dan
mengikutinya, dia adalah
orang-orang yang rugi. Perintah Allah S.W.T. yang jelas
dinyatakan di dalam ayat
tersebut iaitu saling berpesan dengan kebenaran terangterang
dan jelas membawa erti dakwah
kepada kebenaran.
Sekiranya kamu telah mengenali
kebenaran dan kamu telah melihat pula
pendokong kebatilan menyimpang
dari kebenaran, tetapi kamu tidak menyeru dan
mengajak mereka agar menurut
jalan kebenaran, jalan yang lurus dan cahaya yang
jelas, tidak syak lagi bahawa
kamu adalah dari kalangan orang yang rugi. Kamu
berada dalam kerugian kerana
tidak melaksanakan perintah Allah dan kamu tidak
berpesan-pesan atas kebenaran.
Kamu hanya mengambil kebenaran itu untuk
dirimu sahaja dan tidak membawa
sinarnya kepada orang yang sesat,
menyeleweng, salah dan bingung
tentang kebenaran. Sedangkan, seorang muslim
yang sejati tidak hidup untuk
dirinya sahaja bahkan dia juga hidup untuk orang
lain. Jika dia telah
memperbaiki dirinya, maka dia wajib pula berusaha memperbaiki
seluruh manusia di
sekelilingnya, mengikut kemampuan dan lingkungan masingmasing.
Nas di dalam ayat ini adalah
dalil yang terang dan tidak boleh ditakwilkan
lagi.”110
Da’i Merupakan Mujahid dan
Muhajir
Allah S. W. T. juga
mengurniakan pahala dan ganjaran seperti pahala para mujahid dan
muhajirin kepada orang
yang saling berpesan-pesan dengan kebenaran, menyuruh rnanusia
kepada kebaikan dan
melarang mereka dari kemungkaran. Mereka melontarkan hujah-hujah
dan keterangan Allah
untuk membidas pendapat akal yang sesat dan menyeleweng. Menyeru
manusia kepada kebaikan
dan melarang mereka dari kemungkaran dianggap sebagai jihad
dan tetap thabat di atas
jalan dakwah dianggap sebagai ‘hijrah’.
Ibnu al-Qayyim berkata:
“Tidak syak lagi bahawa perintah jihad yang sebenar hanya
datang setelah hijrah
dari Mekah ke Madinah. Tetapi, jihad melalui hujah telah diperintahkan
di Mekah dengan
firmanNya
“Oleh itu, janganlah
engkau ikut orang-orang yang kafir dan berjihadlah terhadap
mereka (dengan Al-Quran)
dengan jihad yang besar.” (Al-Furqan
25: 52)
Surah ini adalah surah
Makkiyah (diturunkan di Mekah). Jihad yang dimaksudkan di
110 ‘Iddah al-Muslimin fi ma’ani al-Fatihah wa
Qasar al-Suwar, m.s. 87
69
dalam ayat ialah jihad
menyampaikan dan jihad dengan hujah”111
Berjihadlah menentang mereka dengan
al-Quran wahai Nabi s.a.w. dan…..
wahai pewaris dan pengikut nabi
Muhammad S.A.W. pula…..berjihadlah
menentang mereka dengan
al-Quran
Ertinya kita bangun menghadapi
pendapat akal mereka yang dangkal itu dan
kita hancurkannya dengan
hujah-hujah dari al-Quran… agar kebatilan mereka itu
akan hancur binasa.
Oleh yang demikian, tugas
dakwah, menyuruh kepada kebaikan dan melarang
mereka dari kemungkaran,
pesan-memesan dengan kebenaran dan kesabaran
adalah sejenis dari jihad di
jalan Allah. Justeru itu wajarlah bagi kita di dalam fiqh
dakwah ini berusaha mengenali
sebanyak mungkin selok-belok dakwah dan sifatsifat
da’I, berdasarkan kias kepada
hukum jihad dengan senjata. Begitu juga para
da’i diwajibkan agar memahami
ayat-ayat al-Quran dan hadis mengenai perintah
berjihad bahawa ía adalah
ditujukan kepadanya apabila da’i tersebut menyeru
orang ramai dalam mengerjakan
amar makruf, nahi mungkar. Walaupun
kelihatannya kerja dakwah
bukanlah seperti betul-betul berperang pada jalan Allah,
tetapi ia juga menghadapi
risiko peperangan, kekalahan, wujudnya orang yang
tidak berdisiplin atau
bermudah-mudah, pelemah semanngat dan pembelot yang
menikam dari belakang.
Disebabkan risiko-risiko tersebut, mereka yang
menyampaikan dakwah Islam, amar
makruf nahi mungkar berhak mengharapkan
pahala yang sama darjatnya
dengan orang-orang yang berjihad di medan perang,
Insya-Allah.
Para Da’i juga mendapat pahala
Muhajirin sebagaimana yang telah dijelaskan
oleh Imam Ibnu Taimiyah dalam
mentafsirkan ayat al-Quran berikut:
Firman Allah S.W.T.
“Orang-orang yang
beriman dan berhijrah, serta berjuang di jalan Allah dan orangorang
yang memberi tempat
tinggal dan menolong, mereka itulah orang-orang beriman yang
sebenarnya.” (Al-Anfal 8: 74)
Kata Ibnu Taymiyyah: “Menurut
sebahagian dari salafussoleh: “Termasuk di
dalam pengertian ayat ini ialah
orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad
hingga hari kiamat.”
No comments:
Post a Comment