اللهم اجعل
في قلبي نورا وفي سمعي نورا وفي بصري نورا
ومن امامي نورا ومن خلفي نورا وعن يميني نورا وعن يساري نورا ومن فوقي نورا ومن
تحتي نورا واجعل في عظامي نورا وفي لحمي نورا وفي دمي نورا وفي شعري نورا وفي بشري
نورا
Sunday, 29 April 2012
DOA UNTUK KUAT DAN BERANI
اللهم أجرني في مصيبتي وأخلوقلي في عباد
يا أيها الذين أمنوا أصبروا ورابطوا
وأتقوا الله لعلكم تفلحون
فان تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو
عليه توكلت وهو رب العرث العظيم
اللهم لين لي قلبها كما لينت لدود
الحديد
بسم الله
أعوذ بعزة الله وقدرته من شرما أجد وأحاذر
DOA SUPAYA KITA KASIH KEPADA INSAN MISKIN
اللهم انا نسالك فعل الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين
وان تغفر لنا وترحمنا
Doa mohon jadi baik
اللهم اجعلني من الذين
اذا احسنوا استبشروا واذا اساءوا استغفروا
Allahummaj’alni minalLazina iza ahsanu istabsyiru,
wa iza asa_uu istaghfaruu.
Ya Allah , Jadilah aku daripada KUMPULAN INSAN
yang apabila berbuat baik, mereka bergembira dan apabila berbuat yang tidak
baik mereka meminta ampun.
DOA MASUK TAMAN A.K.A KAMPUNG
اللهم رب السماوات السبع و ما أظللنا و رب ألارضين
السبع وما أقللن ورب الشياطين و ما أضللنا ورب الريح و ما ذرين
فإنا نسألك خير هذه القرية و خير اهلها و خير ما فيها و
نعوذبك من شرها و شراهلها و شرما فيها
Friday, 27 April 2012
salawat
اللهم صلى على سيدنا محمد طب القلوب
ودوائها وعافية الابدان وشفائها ونورالابصار وضيائها وعلى اله وصحبه وسلم
Wednesday, 25 April 2012
Doa UNTUK HAFAZ AL QUR'AN
اللهم أرحمني بترك المعاصي
أبدا ما أبقيتني وأرحمني أن أتكلف ما لا يعنيني وأرزقني حسن النظر فيما يرضيك عني
اللهم بديع السماوات والأرض ذاالجلال والإكرام والعزة التي لا ترام أسألك يالله
يارحمن بجلالك ونور وجهك ان تلزم قلبي حفظ كتابك
كما علمتني وأرزقني ان أتلوه على النحو الذي يرضيك عني اللهم بديع السماوات
والأرض ذاالجلال والإكرام والعزة التي لا ترام أسألك يا الله يا الرحمن بجلالك
ونور وجهك ان تنور بكتابك بصري وان تطلق به لساني وان تفرج به عن قلبي وان تشرح به
صدري وان تغسل به بدني فإنه لا يعينني على الحق غيرك ولا يؤتيه الا انت ولا حول
ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Wednesday, 18 April 2012
fadhilat baca al qur'an القرأن
Fadhilat
membaca alQur’an
Hadis sahih
riwayat Abu Hurairah radhiallahu anhu katanya
…
Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda…
Insan yg
memelihara solat fardhu tidak termasuk dlm golongan orang yang lalai
Insan yang
membaca 100 ayat alQur’an pada satu male dimasukkan di kalangan insan yang taat
kepada Allah Ta’ala
Surah alkahfi ada 110 ayat...amalkan surah ini...
Muaz AlJuhani telah berkata...
Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda...
Insan yang membaca AlQur’an dan diamalkannya isi
kandungannya, nescaya ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari Kiamat yang
Nur nya akan melebihi daripada Nur matahari jika matahari ini berada di dunia
ini. Jadi gambarkanlah bagaimana insan yang dirinya sendiri mengamalkan
dengannya
Abu Zar radhiallahu anhu berkata bahawa beliau meminta
pesan nasihat dari Rasulullah sallallahu alaihi waSalam...lalu Rasulullah
sallallahu alaihi waSalam bersabda...
SemaikanlahTAQWA kerana ia adalah sumber bagi semua
amalan baik
Lalu aku meminta tambahan nasihat...
Lantas Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda...
Istiqomah membaca AlQur’an kerana Ia adalah Nur kehidupan
ini dan bekalan Akhirat.
Dari 'Amru bin Qais dari 'Athiyyah dari Abu
Sa'id ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Rabb Azza
wa Jalla berfirman; "Barangsiapa disibukkan oleh Al Qur`an dan berdzikir
kepadaku untuk memohon kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu
yang terbaik dari yang Aku berikan kepada orang-orang yang memohon, " dan
kelebihan kalamullah (Al Qur`an) dari seluruh kalam adalah seperti kelebihan
Allah dari seluruh makhlukNya." Abu Isa berkata; Hadits ini
hasan gharib.
Monday, 16 April 2012
UTAMA kan kita belajar hadis sahih
1- Nabi telah hidup selama 23 tahun, dan banyak antara perkataannya telah dirakamkan oleh para sahabat, daripada seorang kepada seorang, bersambung-sambung sehingga ke zaman di mana kata-kata Nabi ini telah dibukukan.
2- Selain daripada perkataan Nabi, para sahabat turut merakamkan segala perbuatan, peristiwa, sifat-sifat dan apa-apa yang berkaitan dengan Nabi yang mereka kenali.
3- Rakaman itu yang hamper 700 ribu hadis, akhirnya dikumpulkan setelah disaring keasliannya, dikenali para periwayatnya, oleh para imam hadis. Ada hadis palsudan hadis dhaif yang kemudian di tapis dan hanya yang sahih dikumpulkan dalam hadis sahih muslim sahih bukhari Abu Daud. ibnu majah Abid Dunya AtTirmizi, AnNasai dan beberapa perawi hadis hasan sahih dan muktabar…
Hadis palsu
(maudhu’) muncul sebab ada puak nak menghina manusia dan menghina nasab
keturunan manusia…maka hadis palsu itu telah memecahkan kesatuan umat islam…
Hadis dhaif
yang muncul jua adakala buat manusia keliru…
4- Pelbagai kitab telah ditulis, antara yang popular ialah Al-Muwatta’ oleh Imam Malik, Al-Musnad oleh Imam Ahmad, kitab-kitab oleh Imam Al-Bukhariy, Imam Muslim, Imam Abi Dawud, Imam An-Nasa’iy, Imam Ibnu Majah, Imam At-Tirmizi, Imam Ad-Daruqutniy dan banyak lagi.
5- Sangat malang apabila ramai dalam kalangan umat Islam menyebarkan hadis dhaif dan hadis palsu sebab kurang ilmu belajar hadis
6- Dan hadis 40 adalah kitab Hadis yang baik untuk dihafal dan di amalkan kitab Al-Arba`un An-Nawawiyyah – yang ditulis oleh Imam An-Nawawiy (meninggal 676H) –antara isi hadis ARBAIIN adalah…bab niat lillah Taala akan di berikan sawaabal akhirah…
7- kitab hadis 40 turut ditulis oleh An-Nasawiy (meninggal 303H), Al-Ajurriy (meninggal 360H), Ibnu l-Muqri’ (meninggal 381H), Al-Bayhaqiy (meninggal 458H), Syaykhi sy-Syuyukh (meninggal 541H), Ibnu `Asakir (meninggal 571H), dan ramai lagi.
8- Sebenarnya sangat banyak lagi hadis yang perlu diketahuï dan dipelajari oleh umat Islam, Allah berkata:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً
Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam itu sepenuhnya Al-Baqarah Ayat 208
9- At-Tabariy menyebut Ta’wil «sepenuhnya» sebagai jami`an (kesemuanya).
10- Bagaimanakah umat Islam boleh mengamalkan Islam keseluruhannya jika Al-Qur’an tidak baca berulang-ulang, dan KURANG BACA HADIS SAHIH
11- Muhammad Fu’ad `Abdu l-Baqi menghitung hadis dalam Sahih Al-Bukhariy sebanyak 7563 hadis, belum lagi hadis dalam Sahih Muslim, atau kitab-kitab hadis yang lain.
12- Wajar LAH kita membaca kesemua hadis Nabi – sekurang-kurangnya yang sahih yang terdapat di dalam Sahih Al-Bukhariy atau Sahih Muslim – kemudian barulah diikuti dengan kitab-kitab ANNASAI ATTirMIZI, ABID DUNYA, ABU DAUD, INBU MAJAH dll
Wahai para penceramah, wahai para penda`wah, sampaikanlah hadis-hadis Nabi itu – keseluruhannya – kepada masyarakat Kata Nabi:
فليبلغ الشاهد الغائب ، فرب مبلغ أوعى من سامع
«Maka hendaklah orang yang menyaksikan menyampaikan kepada yang tidak hadir. Maka barangkali orang yang disampaikan itu lebih faham daripada orang yang mendengar» [Al-Bukhariy/ 1741]
13- Maka apakah hujah untuk para `alim menafikan masyarakat daripada mendengar dan mengetahuï hadis Nabi sedangkan Nabi yang memerintahkannya… Bahkan Nabi menyebut bahawa mungkin orang yang disampaikan hadis itu lebih faham daripada orang yang mendengarnya sendiri…
14- Wahai umat Islam, mulalah membaca hadis-hadis Nabi, bermula dengan kitab Sahih Al-Bukhariy, agar anda lebih dekat dengan Islam dan ajarannya.
Mula kan
lah baca hadis Arbain imam AnNawawi, hadis sahih muslim hadis, sahih Bukhari dan hadis qudsi
15. Bersama
kita belajar hadis sahih supaya kita hidup cemerlang
Saturday, 14 April 2012
AL ANDALUSI IBNU HAZMI ULAMA' SOHOR DI BUMI EROPAH
“MENANGISLAH
anak ku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu
tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.”
Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani Al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.
Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 Hijrah hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.
Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.
Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”
Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.
Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.
Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.
Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.
Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.
INTI PATI:
Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.
FAKTA:
Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.
Daripada Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

Ibnu Hazm adalah salah seorang ulama besar dunia Islam, dari
kehidupan mewah menteri bertukar menjadi kelana miskin, temannya Al-Imam Ibnu
Abdil Bar dan lawannya Al-Imam Al-Baji. Dicela dengan teruk oleh Al-Qadhi Ibnu
Al-'Arabi dan dibela dengan agung oleh Al-Hafiz Az-Dzahabi. Dibakar
kitab-kitabnya tetapi kitab-kitabnyalah antara kitab terbaik dalam literature
Islam. Az-Dzahabi memberikan pujian yang tinggi kepada kitabnya Al-Muhalla,
demikian Sheikul Islam Ibnu Taimiyyah mengambil bahagian yang banyak dari kitab
ini. Zaman ini kitab ini ditahqiq oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir[ dan beliau
wafat sebelum menyiapkan tahqiq utk kesemua jilidnya dan usaha ini disambung
oleh ulama lain]. Di dalam Ijabatus Sail li Syeikh Muqbil, tampak jelas kemilau
kitab ini dari pandangan Syeikh Muqbil. Dr Aid Al-Qarni dalam karya2nya selalu
memuji Al-Muhalla ini dan kedudukannya adalah di bawah Al-Mughni li Ibnu
Qudamah.
Demikian kitab beliau yang lain - Al-Ihkam fi Ushul Ahkam, disifatkan kitab terbaik ushul feqh oleh Syeikh Muqbil. Demikian Syeikh Al Albani memandang tinggi dan memuji kitab ini.
Kitab beliau yang lain juga muncul menjadi karya emas semisal maratib al-Ijma' dan lain2. Bahkan beliaulah pelopor bidang perbandingan agama. Bukankah beliau telah membantah ilmuan Yahudi pada zamannya?
Beliau juga menulis berkenaan cinta, dengan bahasa yang mendalam dan membuat bercucurannya air mata. Kisah cinta beliau sungguh inspiratif!
Dan karya yang sedang akhi baca adalah dari judulnya Al-Akhlaq wa al-Siyar fi Mudawat al-Nufus. Saya telah membacanya dan ianya adalah satu buah fikiran yang sungguh berharga!
Saya ingin menulis panjang berkenaan lelaki ini seperti saya ingin menceritakan indahnya warna putih.

Wah, ramai juga peminat kisah cinta ya
Kisah tersebut saya baca dalam buku Thauq al-Hamamah (طوق الحمامة). Kemudian sebahagian kisahnya dituang oleh penulis novel yang prolifik -Habiburrahman el-Shirazy dalam novelnya Pudarnya Pesona Cleopatra.
Secara ringkas Ibnu Hazm ketika usia remajanya, di mana dia membesar dalam keluarga bangsawan lagi mewah yang memiliki beberapa orang hamba sahaya.
Kemudian semenjak usia remaja, beliau telah jatuh cinta dengan salah seorang hamba sahaya keluarganya. Kemudian pemerintahan bertukar dan keluarganya jatuh miskin dan ketika inilah dia kehilangan cinta hatinya bilamana keluarganya pulang ke kampung asal dan hamba sahaya dijual. Harus diketahui bahawa baik Ibnu Hazm atau hamba sahaya tersebut selalu menjaga kesucian diri bahkan ketika ini cinta Ibnu Hazm tidak pun berbalas!
Kemudian berlalulah waktu sehingga Ibnu Hazm muncul menjadi tokoh zamannya. Karya-karyanya mengkagumkan pemerintah dan dengan karya agungnyalah akhirnya dia menebus hamba sahaya yang dulu pernah kehilangan dari pandangan matanya. Menebusnya dari tangan pemerintah waktu itu!
Kemudian hiduplah mereka penuh mawaddah wa rahmah dengan ikatan suci suami isteri. Ibnu Hazm walaupun merupakan tokoh besar zamannya, dia tidak malu beristerikan seorang bekas hamba sahaya, dan pada waktu yang sama cintanya ditagih oleh puteri golongan bangsawan. Cintanya hanya kepada hamba sahaya ini - cinta semenjak usia remaja!
Kemudian sejarah telah menyaksikan keperitan, dan kesusahan perjalanan hidup Ibnu Hazm. Ibnu Hazm dengan lisannya sangat keras mencela dan membantah orang-orang yang berlawanan dengannya, ia merempuhnya tanpa rasa takut, dan ketika dia dipenjara, isterinya tetap setia menunggu. Mereka mengharungi pelbagai kepayahan hidup dengan penuh penderitaan.
Itulah lelaki bernama Ibnu Hazm, cintanya yang mendalam dan ilmunya yang luas sungguh mengkagumkanku!

Kenapa kitabnya dibakar? Kerana kitabnya
mendatangkan kebencian kepada orang-orang yang menentangnya. Lisan Ibnu Hazm
sangat keras dalam membantah lawannya, kerananya sebahagian orang termasuk
ulama pada zamannya bangkit menentangnya, menyusahkan hidupnya dan membakar
kitab-kitabnya. Kehidupan Ibnu Hazm tidaklah mudah.
Dan kenapa lisan Ibnu Hazm begitu keras? Hal ini dilatari antaranya kerana kepincangan dan penyelewengan yang berlaku pada zamannya termasuk yang menimpa agamawannya. Faktor lain adalah kerana kegeniusan Ibnu Hazm mendahului zamannya. Setiap yang genuis maka musuhnya adalah orang-orang yang bodoh, juga orang-orang yang cerdik tetapi hasad.
Siapa yang menyelak lipatan zaman yang telah berdebu, nescaya akan terlihat olehnya bukan sahaja kisah2 seperti Ibnu Hazm vs Al-Baji atau tohmahan Al-Qadhi Ibnu Al-'Arabi, tetapi juga kisah-kisah lain semisal Ibnu At-Turkumani Vs Al-Baihaqi, Asl-Sakhawi Vs Al-Suyuthi dan lain2.
Apa hikmahnya hal2 seperti ini terjadi? Hikmahnya maka mengalirlah sebahagian karya ilmiah kerananya.

Ibnu hazmi seperti
mendahului zamannya dimana banyak Ulama' Tradisi
se olah olah jika dizaman
ini seperti dr Asri Zainul Abidin yang membawa satu kefahaman tajdid
dalam bok entitle in pursuit of virtue yg
mengandungi 4 chapter
chapter pertama adalah
Ibnu hazmi milieu (persekitaran _biah di zaman
ibnu hazmi
halaman 16 Ibnu Hazmi Genealogy
halaman 17 Ibnu hazmi early life an
intellectual milieu
halaman 21 Ibnu hazmi views on science and
learning
halaman 26 Ibnu hazmi as a man, Thinker and
jurist
halaman 31 Ibnu hazmi as a critic and debater
halaman 39 ibnu hazmi _criticism and arguments
ibnu hazmi as a Psychologist
halaman 48 Ibnu hazmi _moral interpretation of
history
ibnu hazmi _political views in relation to
morality
Ibnu hazmi seperti mendahului zamannya dimana
banyak Ulama' Tradisi
se olah olah jika dizaman ini seperti dr Asri
Zainul Abidin yang membawa satu kefahaman tajdid
dalam bok entitle in pursuit of virtue yg
mengandungi 4 chapter
pengantar ...foreword book ini ditulis oleh ian
richard netton lecturer University of Exeter januari 1990
ibnu hazmi: A man For Our Time
introduction this book ada sebut
ibnu hazmi in modern scholarship
chapter pertama adalah
Ibnu hazmi milieu (persekitaran _biah di zaman
ibnu hazmi
halaman 16 Ibnu Hazmi Genealogy
halaman 17 Ibnu hazmi early life an intellectual
milieu
halaman 21 Ibnu hazmi views on science and
learning
halaman 26 Ibnu hazmi as a man, Thinker and
jurist
halaman 31 Ibnu hazmi as a critic and debater
halaman 39 ibnu hazmi _criticism and arguments
ibnu hazmi as a Psychologist
halaman 48 Ibnu hazmi _moral interpretation of
history
ibnu hazmi _political views in relation to
morality
nama sebenar ibnu hazmi adalah
Ali ibnu Ahmad ibnu Said ibnu hazmi hidup pada
384 hingga 456Hijriah bersamaan dgn 994 hingga 1056 Masihi
ayahnya Ahmad selaku Da_ie telah membawanya ke
dalam kehidupan istana bersama Khalifah
Ibnu hazmi belajar Al Qur'an
khat (gadis hamba yang mengajarnya...gadis ini
yang menjadi kekasih serta isterinya
pernah 3 kali jadi wazir
pernah 3 kali masuk
penjara
masa zaman kanak kanak aditimpa
sakit palpitation (berdedar debar...
semasa remaja ibnu hazmi
sudah dibawa bermesyuarat dengan khalifah bersama setiausaha khalifah, hakim
negara, da_'ie, tokoh ilmuwan dalam memberikan pandangan serta pendapat
hal ini telah memeberikan
keyakinan kepada ibnu hazmi dalam memberi pandangannya yang bernas
menghasilkan 400 juzuk,
volume, jilid books
yang terdiri dari 8000
halaman
ditulis dengan tangannya
sendiri
mualimnya
adalah
1. ibnu Al_Jassur pada 401
Hijriah (1010masihi
yang ajar ibnu hazmi di usia
15 tahun
2. ibnu al Faradi
(404hijriah bersamaan 1013 masihi
3. ketua hakim Ibnu Dahhun
_ 431 hijriah...1039 masihi
4. abu al Khiyar sulaiman ibnu Muflit The
zahiri jurist_4tn century after hijrah...10th century after decade
5 ibnu al_Kattani _ 420hijrah...1029masihi yang
ajar falsafah, logic dan natural science
semasa dipenjarakan dia
dipisahkan dari familinya
ibnu hazmi meninggal dunia
pada usia 70 tahun
gadis hamba yang mengajar
khat
ibnu hazmi membaca dan
menulis sehingga akhir hayatnya
dia telah mengjangkau pemikiran pendakwah
scholar tradisional dizamannya
ibnu hazmi dihentam hebat oleh opponent nya
kerana dia amat productive menulis serta menghasilkan karya ilmu
bukunya dibakar dikahalayk ramai sebagai
punishment oleh khalifahal mu'tamid ibnu abbad di seville
hanya sebahagian bukunya yang tinggal
ibnu hazmi berkata
dia tidak gentar walau bukunya dibakar kerana
semua isi kitabnya ada dalam dadanya dalam memorynya
ini biasa ore sebut golden memory
ingatnya amat kuat
kitab nya yang utama survive walau sebahagian
bukunya dibakar
kitabnya
1. books his encyclopedia of comparative of
religion _Al Fisal fil Milal wa'l ahwa' wa'l Nihal kini banyak diterbitkan di
banyak edition
2. book comparative law alMuhalla
3. Al Ihkam fi Usul al Ahkam...banyak meluas di
pakai oleh scholar di seluruh the world
4.ah percintaan ditulis dalam books Tawq al
Hamama_The Ring of the DOVE
Ibnu hazmi berkata
Ilmu yang amat baik adalah ilmu yang
mendekatkan manusia epada Allah
dalam al Fisal...ibnu hazmi berbahas dgn ketua
hakim cordoba yang kristian
Ibnu hazmi mahir dalam tastement
perbahasan akan hal
kehidupan di syurga
ibnunhazmi mengetahui
rujukan Luke 16;19ff
kisah lazarus ore miskin
dgn orang kaya bakhil
lazarusmasuk syurga duduk
sisi Nabi Ibnrahim disebut Abraham
oerang kaya bakhil
dihumban ke neraka
rujuk halaman 39 book entitle In Pursuit Of
Virtue
dalam kitab Al Fisal ada sebut hal rujukan dari
Mark, Luke, Genesis
biblical passage
kisah Abraham menasihati sarah isterinya mak
kepada nabi ishak ada dalam genesis 12:13
Ibnu hazmi kisah kan bagaimana sarah telah
menyebabkan king of gerara tertarik dengan kecantikan sarah (genesis 20:1-14)
sarah melahirkan nabi
ishak diusia 90 tahun
saya sebenarnya baru temu book ini
maka mohon bimbinga kawan
kawan terutama Talhah
sebab buku ini ada bahas islam dan Christian
penerbit this book adalah Ta_Ha publishers
1 wyne Road
London
SW9 OBB United Kingdom
translation dari
al akhlaq was_Siyar
penterjemahnya adalah Muhammad Abu layla
A.M, M.A Al Azhar University Kaherah mesir
isbn 0 907461-76-X
email
sales@taha.co.uk
website
http://www.taha.co.uk
copyright Ta_Ha Publisher Ltd 1411...1990
reprinted 1998
editing and production by Bookwork, norwich
brittish library cataloguing in publication
data
the moral theology and psychology
soalan saya siapa dr Muhammad abu layla yang
mengajar comparative religion di universiti exeter yang lahir di kahirah mesir
pada 1952
Ph.D Exeter University
214 halaman
Ya. Dan telah dibantah secara ilmiah oleh
Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Tahrim Alat at-Tharab. Saya sangat puas membaca
kitab ini.
Tetapi Dr Al Qaradhawi mengikuti hujjah Ibnu Hazm dalam hal ini, juga memetik perkataan-perkataan Al-Imam Al-Ghazali dalam menyokong pandangannya berkenaan muzik. Dan Dr Al-Qaradhawi juga mengarang kitab yang khusus berkenaan muzik ini setelah Al-Albani memberikan ta'liq dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Ahaadith Al-Halal wal Haram.
Keduanya baik Al-Albani mahupun Al-Qaradhawi sangatlah kucintai. Hanyasaja kebenaran itu lebih patut untuk dicintai dan diikuti.
Wallahua'lam.

Dan hal di atas adalah dari peristiwa yang
lain.
Memang Ibnu Hazm dicela di sisi muhaddithin kerana perkataannya dalam Al-Fasl bahawa at-Tirmidzi itu majhul. Al-Imam Ibnu Hazm walaupun sangat ingin mendatangi Baghdad namun hajatnya tidak kesampaian. Tahukah anda bahawa Al Imam Al-Baihaqi yang masyhur itu tidak memiliki Jami' at-Tirmidzi, Sunan An-Nasa'i dan Sunan Ibnu Majah? Padahal semua kitab itu terkenal di Timur dan beliau pun dari timur? Apatah lagi Al-Imam Ibnu Hazm, ulama dari dunia Barat ini - Andalus, padahal Al-Imam Ibnu Hazm(w. 456 H- ini tarikh wafat dalam rekod saya) dan Al-Imam Al-Baihaqi(w. 458 H) hidupnya sezaman. Namun agak menghairankan kerana sahabatnya Al-Imam Ibnu Abdil Bar meriwayatkan kitab Jami' at-Tirmidzi ini - tetapi hal ini adalah pada penghujung usia Al-Imam Ibnu Abdil Bar (w. 463 H). Dan sejarah telah memberitahu kita, selepas Ibnu Hazm dihalau dari Maroko oleh Al-Baji dan penduduk setempat, tidak jelas ke mana hala tempat tujuannya selepas itu. Sebahagian pandangan mengatakan beliau kembali ke kampung asalnya dan meninggal di sana.
Dan Ibnu Hazm dalam kitab al-Akhlaq wa as-Siyar fi Mudawat an-Nufus menceritakan kepada kita, bahawa dirinya pernah ditimpa penyakit kelupaan. Apakah diwaktu inilah terbitnya pendapat beliau berkenaan at-Tirmidzi tersebut?. Wallahua'lam.
Dan pembelaan Al-Hafiz Az-Dzahabi dari tuduhan Al-Qadhi Ibnu Al-'Arabi itu memang sahih dan boleh dibaca di dalam Tazkirah al-Huffaz. Saya membacanya dari satu kajian khusus yang ditulis berkenaan Al-Imam Ibnu Hazm oleh Dr Ali Himayah.
Dan buku yang sedang anda baca, adalah sebuah buku nipis yang sungguh berfaedah. Padanya ada dijelaskan makna istilah hadith yang khas di sisi at-Tirmidzi. Jadikan buku tersebut sebagai permulaan untuk mengkaji keagungan Al-Imam at-Tirmidzi.

Halaman 113 ada sebut hadis yang dibawakan oleh ali bin abi
talib
Dalam book ini menyebut ibnu nhazmi menyebut saiyidina ali
adalah Maskawiyh the philosopher of Islam
Hadisnya mengisahkan saiyidina ali melihat
ammar
Ali ibnu abu thalib said ti Ammar whren he found ammar deeply
sighing...
Berkata Ali
Wahai ammar why do U sigh...
Do u sigh for the yaumul akhirah atau for this world…
By Allah I swear that this world is not worth sighing for
Because its pleasure are of five kinds
1.
food
2.
drink
3.
sexual intercourse
4.
clothes
5.
perfumes
the best of all foods is MADU
and it comes from a LEBAH madu
an insect
the best of all drink is AIR…al ma’…water]and it is the most
freely available
the best of all clothing is silk
and it comes from the mouth of a worm…ULAT sutera
and the best of all perfumes is musk which comes from rat (kijang dan rusa adalah satu famili dgn rat
and the best experiences of sexual intercourse is the union of
two urine-making areas…***
rujuk kitab Badawi…Dirasat wa Nusus page 104
Halaman 115
Book entitle on In pursuit of virtue
Al akhlaq was Siyar
He shows the influence of greek philosophy in his definitions of
moral and philosophical courage; term such as virtue, justice etc
There areother similarities relating to ideas and moral
discipline
For example he agrees with Aristotle and also with some great
early muslim authorities that man should not take many friends; but ibnu hazmi
colours the idea with his own experiences and breaths new life into it
He says that talking many friends is a virtue which has the
appearance of vice
Aristotle said that many friends are neither to be desired nor
expected the fewer , the warmer intimacy
The most celebrated friendship have subsisted between two only
Neither should those chosen for seasoning in our diet is
pernicious
dalam chapter 4 ada 316 nasihat
meliputi
1. treatment of the souls
2. mind and repose
3. knowledge
4. moral and behaviour
5.friends
6.different kinds of love
7. physical beauty
8 practical morality
9 treatment of corrupt character
10 characteristics of the soul
11. man' desire to know
12 attending study sessions
Kita lihat halaman 162
Physical beauty
Dealing with the different kinds of physical
beauty
When I was asked ti examine this matter, this
is how I responded
176 Gracefulness
Consists of delicate features, supple
Movements, graceful gestures
A soul in harmony with the form which fate has
given it even where is no visible beauty
177 Allure (menarik minat
Is the beauty of each feature regarded
separately
But someone whose features are beautiful when
considered separately can still appear cold and be without piquantness, charm,
seductiveness or grace
178 seductiveness
Is the aura of visible parts; it also goes by the name of elegance and attractiveness
179 charm is a certain something which has no
other name to explain it
It is the soul which perceives it and everyone
knows what it is as soon as they see it
It is like a veil covering the face. A shining
light which draws all hearts to it so that all agree that it is beautiful even
if it is not accompanied by beautiful features
SAHABAT YANG ada simpan isikitab ulama' Al andalusi ni
buleh lag share di sini...kerajaan a;landalusi yang dibuka tariq ibnu ziyad dan
musa annusair...sebenarnya tariq ibvnu ziyad adalah khadam musa annusair cuma
pada mulanya musa annusair bantu bekal askar untuk kuasai eropah...maka
Tariq ibnu ziyad berjaya tawan dan takluk sepanyol...bersamatentera yang di bantu
musa annusair dari maghribi...
kemudian
apabila musa annusair berasa jeles dgn keberhasilan tariq ibnu ziyad lalu musa
ibnu nusair sendiri bersama askarnya kuasai beberapa part of bumi
eropah...tariq ibnu ziyad tetap hormat tuannya yang telah bantu nya di awal
zaman dia taklukalandalusi...hormatmusa annusair...sebeanrnya tariq ibnu ziyad
ni dari ethnik barbaric...yang telah mendapat hidayah islam is the way of
life...ini hasilpembacaan saya akan hal al andalusi...
والله أعلم بالصواب
Subscribe to:
Posts (Atom)